Seruan (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia
MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat. KEPADA PARA WARGA MALAYSIA MUSLIM YANG LAYAK MENGUNDI, AGAR:Mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Pihak berkuasa yang terlibat juga boleh membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa. Memilih mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas. Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat. Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah dan integriti. Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam bentuk seumpamanya. Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu mampu dari sudut 'track record' untuk membawa lebih manfaat lebih baik kepada kebajikan awam. 'Track record' adalah faktor penting bagi menilai kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara Malaysia. Memahami konteks politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen. Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah dari sengaja merosakkan undi. Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap. Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam ingin memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.
Add new comment |
Biggest Challenge of the Islamic Finance Industry?
What is the biggest challenge facing the Islamic Finance industry at the moment? My opinion, apart from being under the umbrella of the conventional system, law and its framework, one of the biggest challenges for Islamic Finance Institution (IFI) and Industry today is the appetite of the investors and customers themselves. These peoples consist of those outside the Islamic financial institutions such as corporate companies, high net worth individuals and ordinary customers whom are the predominant subscribers to the Islamic Financial Institution's products. The other part of the investors is the Islamic bank and the insiders of the Islamic financial institutions such as their shareholders and the management team.
|
Islamic Ruling on Singing & Musical Instruments (Arabic)
لقد عنى الفقهاء في شتى المذاهب بموضوع الغناء والآلات وبيان
أحكامها ، أحيانا في "البيوع" عند الحديث عن بيع آلات اللهو - وهو الذي
نحن بصدده - و حيناً في "النكاح" عند الحديث عن إعلانه والضرب عليه
بالدّفوف ونحو ذلك ، وطوراً في كتاب "الشهادات" وشروط من تقبل شهادته ،
وهل تقبل شهادة المغنيِّ والمستمع له أو لا ؟، وقد يبحث عند الحديث عن تغيير
المنكر باليد ، وشروط هذا التغيير ، وهل يعتبر الغناء من المنكر أو لا؟ كما صنفت
في موضوع الغناء والآلات (الموسيقي) وبعبارة الأقدمين "السماع" جملة
وافرة من الرسائل والكتب ، متفاوتة الأحجام ومتباينة الأحكام من استحباب إلى إباحة
إلى كراهة إلى تحريم مع الإطلاق أو مع تقييد ، واستدل كل فريق لمذهبه بما تيسر له
من الأدلة
|
Nama Allah Ekslusif Atau Tidak : Hukum Asal, Dakwah & Siyasah
Perdebatan dan perbahasan terbuka di media-media massa berkenaan isu penggunaan nama Allah oleh Kristian kelihatan sudah agak reda ditenggelami oleh isu-isu politik yang sentiasa kelihatan hangat. Maka di kesempatan ini, saya terpanggil untuk cuba membuat sedikit ulasan dan huraian kesimpulan bagi menjelaskan letak duduk isu ini, khususnya di sebalik kepelbagaian pandangan khususnya di kalangan ilmuan Islam.
Setelah menyemak dan membaca artikel demi artikel dan huraian oleh pelbagai pihak dalam isu ini, jelas bagi saya bahawa perbezaan ini datang disebabkan target dan objektif setiap tulisan kelihatan cenderung kepada salah satu antara tiga perspektif berikut iaitu.
|