Soal Jawab & Isu Pilihan Wujudkah Elemen Gharar Harga di Pasar Malam?
  • PDF
(3 votes, average 3.67 out of 5)

Wujudkah Elemen Gharar Harga di Pasar Malam?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

pasar_malam

SOALAN

Assalamu'alaikum Ustaz, pertama sekali terima kasih sebab menyediakan platform ini sebagai sumber ilmu..Pertanyaan saya adalah berkaitan jual beli di pasar-pasar malam. Kebanyakkan harga makanan tidak meletakkan harga. Setelah memilih lauk-lauk/makanan dan sebagainya barulah kita membayarnya. Hanya pada ketika itu kita mengetahui harga makanan tersebut... Jika kita bertanya harga setiap satu lauk-lauk/makanan tadi adakah kita terlibat dengan gharar?

Mohon jawapan. Terima kasih

JAWAPAN

Wa'aalaikumussalam,

Sebelum persoalan ini dapat dirungkaikan, elok jika kita dapat sama-sama melihat definisi Gharar menurut istilah Shariah iaitu:

ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم

Ertinya: Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak. (Bada'i As-Sonai'e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)

 

Nabi Muhammad SAW menegaskan:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر

Ertinya: "Nabi  melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar"  (Riwayat Muslim, 5/3 )

 

Jahalah pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, semua kategori diatas adalah termasuk dalam kategori ‘jahalah' dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar' atau ketidaktentuan.

 

Memang benar tidak meletakkan harga boleh adalah cara yang kurang baik, boleh membawa syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada ‘gharar fashiyh’ atau KETIDAPASTIAN YANG BESAR yang merosakkan aqad.

Pun begitu, dalam konteks membeli di pasar atau bazaar Ramadhan, tahap gharar ini telah menjadi berkurangan disebabkan pembeli berpeluang bertanya harga sebelum bayar dan seterusnya boleh membatalkan pembelian atau mengurangkan item yang dibeli jika merasakan harga tidak sebagaimana yang dijangkakan.

Selain itu, nilai harga pembelian makanan di pasar-pasar malam adalah kecil dan biasanya  disekitar bawah RM 100 sahaja. Jika makanan pula, biasanya sekitar RM 30 ke bawah purata nilai pembelian. Oleh kerana nilai harga sebegitu telah diketahui biasanya oleh pembeli, ketidaktahuan mereka disaat itu tidak menjadikan gharar dalam kontrak begitu serius sehingga membatalkan aqad, ia digelar ‘gharar yasir’ atau gharar yang kecil.

Ini berbeza dengan situasi jika pesakit bertemu doktor perubatan atau pemilik kereta bertemu mekanik kereta. Dimana biasanya gharar dalam harga dalam kedua contoh ini lebih bahaya kerana ia melibatkan nilai yang besar, sukar ditarik semula, dibatalkan dan pelanggan seolah TERPAKSA MEMBAYAR walau tidak bersetuju dengan harganya.

Oleh kerana itu, elok semua mekanik dan para doktor atau pihak hospital yang beragama Islam kembali menyemak cara mereka mengenakan bayaran, sama ada bebas dari gharar atau tidak.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

8 Nov 2011

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Wujudkah Elemen Gharar Harga di Pasar Malam?