Pembuka Bicara
  • PDF
(168 votes, average 4.52 out of 5)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Salam persaudaraan dan ukhuwwah buat seluruh pengunjung zaharuddin.net, ia adalah sebuah laman web peribadi yang baru dibangunkan bagi membolehkan saya turut serta menyemarakkan lagi sumbangan ilmu dan idea demi kelangsungan kebangkitan Islam di muka bumi ini umumnya dan di Malaysia khasnya.

Sebagai sebuah laman web yang baru, ianya sudah tentu tidak lepas dari kelemahan pengisian, semoga usaha kerdil ini dapat menyumbang amal jariah disamping menjadi medium dakwah dalam bentuk moden seiringan dengan zaman.

Web ini mengandungi beberapa bahagian seperti berikut :-

1) Laman Ilmu : Mengandungi artikel ilmiah dan separa ilmiah saya bagi tatapan peminat ilmu islam. Juga memuatkan ruangan jawapan kepada soalan jawab Islam.

2) Komuniti Siber : Mengandungi egroup dan forum yang memberikan ruang kepada pengunjung untuk berforum berkaitan isu-isu agama dan kemasyarakatan sahaja.

3) Produk : Mengandungi paparan beberapa VCD, DVD, kaset yang mengandungi ceramah-ceramah saya, ceramah tokoh luar negara, kartun Islam, VCD pendidikan Solat, nasyid-nasyid luar Negara yang berkuailiti tinggi. Pelawat boleh membuat tempahan dan pembelian melalui internet.

4) Tibyan : Ia adalah sebuah Pusat Pengajian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebuah konsultan Islam yang menawarkan beberapa kursus yang cukup terkenal, juga beberapa modul siri motivasi Islam.

5) Galeri : Memuatkan beberapa gambar bersejarah saya bersama tokoh-tokoh ulama dunia dan guru-guru saya. Antara yang dimuatkan adalah gambar saya bersama guru saya, bersama Prof. Dr. Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi, Dr Abd Sattar Abu Ghuddah dan Dr Ahmed Mohiedin Ahmed (Kedua-duanya merupakan Ahli Majma’ Fiqh Dunia), Syeikh Atiyyah Saqar dan Mufti Mesir Syeikh Dr. Ali Jumaat.

6) Shout Box : Disediakan untuk mesej ringkas ditujukan kepada saya.

7) Buku Tamu : Untuk pelawat mencatatkan komentar dan catatan ringkas mereka selepas melayari laman ini.


Sekian,
Salam Hormat,
Akhukum fillah,

Zaharuddin Abd Rahman

Email :

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Pembuka Bicara