Soal Jawab & Isu Pilihan Pelaburan Hartanah Dengan Pulangan Tetap

Pelaburan Hartanah Dengan Pulangan Tetap

  • PDF
(10 votes, average 4.40 out of 5)

Pelaburan Hartanah Dengan Pulangan Tetap 

Soalan

Assalamualaikum, Salam ustaz, ada pemaju hartanah menawarkan pembelian lot hartanah dengan menawarkan PULANGAN TETAP 45% selepas 2 tahun sehingga 12 tahun di web www.xxxxxxx, adakah ini dibenarkan islam?

Konsep ini memerlukan para rakan kongsi untuk membeli lot dengan nilai yang minima bagi membantu syarikat untuk membangunkan projek di atas lot yang telah dipersetujui. Konsep Perkongsian ini bermula apabila RakanKongsi membeli sejumlah lot di atas tapak projek tersebut, dengan nilai Pembelian Serendah RM2,500.00 per lot, Rakan Kongsi dijanjikan pulangan sebanyak 145% selepas 24 bulan tempoh matang, Rakan Kongsi tidak perlu risau akan status tanah tersebut yang mereka beli kerana tanah yang akan di bangunkan pilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.

BeliHarga lotPulanganJangkamasa
1 lotRM2,500.00RM3,625.0024 bulan
1 lotRM2,500.00RM7,621.5672 bulan
1 lotRM2,500.00RM23,235.29144 bulan

Soalan diterima melalui SMS 33321 : from 013-2100xxx

Jawapan :

Setelah meneliti web site yang anda beri, saya dapati ia adalah satu bentuk perlaburan yang RIBA.

Ini kerana, Ia tidak ubah seperti pelaburan cepat kaya internet yang memerlukan pelanggan meletakkan satu jumlah duit untuk mendapatkannya kembali dalam satu tempoh yang telah ditetapkan, beserta dengan keuntungan yang telah ditetapkan dan dijamin. bentuk sebegini adalah Riba jenis Al-Fadhl dan juga jenis An-Nasiah menurut Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, Majlis Penasihat Shariah Lembaga Akauntan Islam Dunia dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan Pelaburan Melalui Internet adalah kerana beberapa ciri tertentu, yang paling utama adalah kerana jaminan dan promosi keuntungan tetap dan jaminan modal dalam sebuah PELABURAN SAMADA MELALUI INTERNET ATAUPUN SECARA BIASA.  Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :

"إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة"

 "Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)

Malah Ijma dalam hal ini juga telah ada, ia di catat di dalam Keputusan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia apabila disebutkan

وقد أجمع الأئمة الأعلام: على أن من شروط صحة المضاربة، أن يكون الربح مشاعاً بين رب المال والمضارب، دون تحديد قدر معين لأحد منهما،

Ertinya : "Telah ijma seluruh imam-imam (mujtahid) di mana termasuk dalam syarat sah sesebuah pelaburan "mudarabah" itu adalah mestilah pembahagian keuntungan dibuat secara nisbah untuk si pelabur dan pengusaha tanpa menentukan jumlah tertentu bagi sesiapa antara mereka "

Jika ditentukan samada 2.5 % dari modal akan diberi sebagai untung atau 250 % dari modal sebagai untung atau RM 2500 selain modal akan diberikan selepas beberapa tempoh. Ia adalah RIBA dan yang dimaksudkan dari fatwa di atas, kerana ia sudah ditetapkan,

Berbanding cara yang sah di sisi Islam iaitu meletakkan peratusan 30 % dari keuntungan (jika ada -dan hanya mampu diketahui setelah tamat tempoh dan ditolak semua revenue yang diperolehi dengan kos pengurusan dan modal, maka apa yang berbaki itulah UNTUNG, 30 % darinya akan diberi kepada pelabur- INILAH CARA ISLAM)..

Jumlah untung hanya akan diketahui apabila perusaha itu sampai tempoh matangnya, kiraan untung akan dibuat tatkala itu, dan barulah boleh diketahui berapa jumlah 30 % dari untung itu. Malah jika tiada untung, maka tiadalah guna lagi 30 % itu.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman 

www.zaharuddin.net

28 Jun 2007

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Pelaburan Hartanah Dengan Pulangan Tetap