Assalamualaikum,
Saya ada mengikuti beberapa siri ceramah ustaz di youtube dan juga web ini. Saya berminat untuk mendengar seberapa banyak ceramah ustaz, jadi bolehkah ustaz berikan info dimana saya boleh dapatkan ceramah penuh ustaz dan apa jua medium untuk saya menuntut ilmu dengan cara tidak rasmi ini dari ustaz.
Saya amat berminat mendengar ceramah ustaz. Saya juga minta ustaz dapat jelaskan beberapa displin menerima ilmu melalui ceramah. Terima kasih
-Pemuda Islam-
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Terima kasih atas minat sdr dan niat sdr yang sebegitu baik. Saya ingin menasihati saudara agar mengambil ilmu dari pelbagai sumber dan penceramah. Namun sdr perlu melihat latarbelakang penceramah tersebut dan jangan hanya terikut-ikut dengan populariti seseorang.
Terdapat ramai penceramah dan ilmuan yang tidak popular di sisi masyarakat namun mampu memberikan ilmu yang amat mantap dan baik kepada pendengarnya.
Terdapat juga penceramah yang tidak begitu mahir dalam menyusun ayat-ayat atau menyelitkan lawak-lawak jenaka, namun isi kuliahnya adalah amat cemerlang.
Justeru, pelbagaikanlah dan janganlah terhenti hanya kepada penceramah satu aliran. Nilailah setiap ceramah dari mereka yang pakar dengan adil. Buangkan isi-isi hodoh yang diungkapkannya, campakkan sikap memaki dan merendah jika ada tersilt dalam ceramah mereka. Cukuplah manfaatkan yang baik darinya. Lihatlah kepada positifnya berbanding yang negatifnya. Janganlah merasa pelik dengan sikap sebahagian penceramah yang kelihatan bukan dari akhlak Islam, ini adalah kerana mereka juga manusia biasa yang punyai kelemahan dan dosa. Manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk.
Firman Allah SWT :-
Ertinya : yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal ( Az-Zumar : 18)
Adapun soalan sdr berkaitan beberapa displin menerima kandungan ceramah :-1) Semak latar belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu " ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)
2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya. Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.
3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar konteksnya. Petikan-petikan di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya.
4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata.
5) Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Jika anda mendengar sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah tersebut.
6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya. Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intrepertasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini.
7) Setelah mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza.
8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.
Saya merasakan itulah sahaja yang sempat untuk saya kongsikan bagi menjawab soalan ini. Semoga ada manfaatnya.
Berikut disertakan:-
001. Maulid Nabawi (Unsur Syirik Dalam Kehidupan)
April 2007, Precint 9, Putrajaya
http://www.mediafire.com/?lebgez91zy3
002. Rasulullah Pakar Ekonomi
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?em4414mmyxm
003. Penjelasan FOREX
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?z4tulsxagzz
004. Soal Jawab Pelbagai
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?hxm8ax4jvjz
005. Pelaburan Internet
10/4/2007, Surau Damai, Jalan 2, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?1gegdvmwd99
006. Halal & Haram (Aurat)
20/4/2007, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara
http://www.mediafire.com/?oldmjiigggm
007. Usul Fiqh (Isu Semasa)
1/5/2007, USJ12
http://www.mediafire.com/?jryimbttxzm
008. Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?ipsovmte1jm
009. Soal Jawab Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?zep40gqowzi
010. Muamalah & Isu Semasa
3/5/2007, Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam
http://www.mediafire.com/?mmgjylmkgst
011. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/5/2007, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b
012. Halal & Haram (Bab Nafsu)
25/5/2007, Masjid Saidina Umar, Damansara
http://www.mediafire.com/?stl3ydgmrh9
013. Pelaburan Haram (Riba)
26/5/2007, Surau Telok Menegon, Klang
http://www.mediafire.com/?9xavqdd1vy9
014. Halal & Haram Pelaburan Saham
9/6/2007, Surau Al-Firdaus, Bandar Sri Permaisuri
http://www.mediafire.com/?imuqfmmnbt5
015. Hak Sesama Manusia
24/6/2007, Masjid Al-Mujahidin, Damansara Utama
http://www.mediafire.com/?bmlmzn3n9tz
016. Mencari Pendapatan Halal
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?s1n4tx1sezq
017. Kaedah & Hukum Jual Beli
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?oj8bmevvbny
018. Halal & Haram (Syubhah)
20/7/2007, Surau Al Furqan, Bandar Baru Selayang
http://www.mediafire.com/?0zjvyxugn1l
019. Usul Fiqh (Mazhab Sahabat)
30/7/2007, Surau Al Muttaqun, USJ12
http://www.mediafire.com/?gfl1mmzw2v3
020. Israk Miraj
2007, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
http://www.mediafire.com/?4xinhilmnms
021. Ceramah Muamalat (Mudharabah & Musyarakah)
18/12/2007, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tyngdsn9syn
022. Pembentangan Kertas Kerja Muamalah
29/12/2007, Multaqa Ulama Muda, Darul Fuqaha
http://www.mediafire.com/?y9bc41bg4cm
023. Pengajaran Hijrah
11/1/2008, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara
http://www.mediafire.com/?cmhclai1otg
024. Pendapatan & Ekonomi Islam
12/1/2008, Bangunan MAS, KLIA, Sepang
http://www.mediafire.com/?9nvcmvxn14v
025. Ceramah Muamalat (FOREX & Leverage)
13/1/2008, Surau Mustaqimah, Cheras
http://www.mediafire.com/?2iz2dddjbm4
026. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/1/2008, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b
027. Ceramah Kewangan Islam (Riba, Takaful, Bank Islam, Hedging)
24/1/2008, Fakulti Ekonomi, UKM
http://www.mediafire.com/?yuqyx5j9ucm
028. Forum Ad-Deen (Zakat Jana Ummah Cemerlang)
2/2/2008, Masjid Puchong
http://www.mediafire.com/?swtuhphbxm9
029. Pembiayaan Rumah Cara Islam Bai Bithaman Ajil (Komen ASB bersama Dr Haron Din)
19/2/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tntzxwoww2j
030. Hubungan Perkahwinan
22/2/2008, Masjid Saidina Umar, Damansara Heights
http://www.mediafire.com/?2lbmth3ud0n
031. Rasuah Konteks Semasa
18/3/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tujyhmdjmew
032. Maulidur Rasul
21/3/2008, Surau Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam
http://www.mediafire.com/?03ojgtagmy1
033. Ceramah Khas Maulidur Rasul
22/3/2008, Dataran Perumahan Daisy, Taman Subang Perdana
http://www.mediafire.com/?kiwinzmwm4e
Sharekey Folder di Mediafire.com:
http://www.mediafire.com/?sharekey=9438814f86f0a79cd5a101cf914073b4e926eb504c8aaf8c
002. Tanyalah Ustaz - Isu Perbankan Islam Siri 1 - 31 Dis 2010
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Isu Perbankan Islam Siri 1 - 31 Dis 2010
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?kwevnnih5iean4h
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?zwgrbupsxmrs077
Credit to: Syeikh Jazimin Aziz
003. Tanyalah Ustaz - Isu Perbankan Islam Siri 2 - 1 Januari 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Isu Perbankan Islam Siri 2 - 1 Januari 2011
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?cc4rsx8rk4x66l9
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?srn1pmd9fi4ct74
Credit to: Syeikh Jazimin Aziz
004. Tanyalah Ustaz - Isu Perbankan Islam Siri 3 - 2 Januari 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Isu Perbankan Islam Siri 3 - 2 Januari 2011
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?55s6914092g48m3
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?goav7mwi4i51pcs
Credit to: Syeikh Jazimin Aziz
005. Internet Baik dan Buruknya
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Internet Baik dan Buruknya
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?23c8o2xlsw0yru9
006. Ulasan Riba dan menjawab Syeikh Imran Husein
Download Audio MP3:
Link 1 Hotfile: Ulasan Riba dan Radd Syeikh Imran Husein
Link 2 4Shared: Ulasan Riba dan Radd Syeikh Imran Husein
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?f9uz75cw7259zuj
Credit to: Abu Thalhah
here are the lyrics: shakautu ila Waki` su'a hifdhi wa arshada-ni an tark al-ma`asi wa akhbara-ni bi anna ilman nur wa nur Allah la yu`ta al-`as The great Imam ash-Shafi', he went to his teacher Waki` Complaining about the weakness of his memory. He told him, 'abandon rebellion, for knowledge is a light And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
www.zaharuddin.net
19 Ogos 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites