Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Keperluan GIG Ekonomi Semasa & Selepas COVID & PKP
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

Menjawab beberapa soalan ringkas wartawan BERNAMA, mengenai perkembangan ekonomi ‘gig’ di Malaysia yang kini semakin meluas dan meningkat.? Bagaimana ia dapat disesuaikan dengan keadaan sekarang (COVID-19 & MCO)

technology cantik

SOALAN : Apa pendapat Dr mengenai perkembangan ekonomi ‘gig’ di Malaysia yang kini semakin meluas dan meningkat.?

JAWAPAN :

Secara umumnya, Malaysia kelihatan secara terpaksa meningkatkan perkembangan ekonomi GIG disebabkan Covid-19.  Pun begitu, ia tidak begitu lancar disebabkan beberapa halangan, antaranya :

a] Kelajuan internet yang masih belum dibangunkan sebaiknya menjadikan data dimuat turun agak lambat dan adakalanya tersangkut. Berikut adalah maklumat kelajuan internet bagi tahun 2020:

Negara                       Kelajuan Broadband                        Mobile             Bil Penduduk

Singapore                  191.93mbps                                     50.43mbps               5,850,342

South Korea              156.18mbps                                     97.44mbps             51,269,185

Taiwan                       151.75mbps                                     43.66mbps             23,816,775

Hong Kong                151.02mbps                                     31.24mbps               7,496,981

Malaysia                     71.52mbps                                      21.29mbps             32,365,999

Sumber : Speedtest Global Index

GIG ekonomi banyak bergantung kepada kejituan dan kelajuan internet untuk memproses data, lebih banyak data maka lebih lagi keberkesanannya akan tercabar.

b] Infrastruktur yang sedia ada tertumpu kepada beberapa sektor sahaja, sebagai contoh FINTECH ( Teknologi Kewangan ) yang sedang berkembang dengan baik namun itupun masih belum mencapai tahap kematangan. Disebabkan COVID-19, permintaan yang tinggi menjadikan infra yang yang belum cukup matang ini ‘dikerah’ untuk melayani pelbagai jenis teknologi di pelbagai sektor lain dalam masa yang terlalu singkat, ia mendedahkan teknologi GiG ini kepada potensi serangan penggodam dan pencuri identiti.

c] Majoriti rakyat khususnya di luar bandar tersangat tidak bersedia untuk menggunakan aplikasi Gig ekonomi dalam kehidupan mereka, pun begitu disebabkan covid, peniaga industri mikro, kecil dan sederhana terpaksa mempeljarinya dalam masa yang singkat, ia sama ada boleh membantu mereka atau menambah lagi kerugian mereka sebenarnya, akibat pengaplikasian tanpa kemahiran yang cukup.

SOALAN 2. Bagaimana ia dapat disesuaikan dengan keadaan sekarang (COVID-19 & MCO)

JAWAPAN

 

GIG ekonomi wajar diteroki dengan pantas bagi menghadapi COVID 19 dari sudut berikut :

A] Sektor perubatan – Memerlukan bank data dan pengaplikasian teknologi Data Raya untuk mengenalpasti keadaan kesihatan semua pesakit dan bekas pesakit COVID-19. Data mereka mesti sentiasa dipantau dan dilihat ‘patern’ kesihatan jangka sederhana dan panjang mereka bagi memastikan kesan sampingan dari COVID bagi pesakit yang sembuh. Ia juga diperlukan bagi menjejaki kontak rapat pesakit covid untuk kesegeraan dalam melaksanaan ujian COVID-19 bagi mengelak dari jangkitan merebak.

B] Sektor pembuatan – Tentunya pasca cvoid -19 kelak, penggunaan tenaga buruh kerja manusia dalam sector pembuatan akan dipertimbag semula untuk digantikan dengan automasi robotic, ini bagi mengurangkan rsi=ikso covid 2.0 yang menyebabkan industry pembuatan terhenti akibat MCO diselruuh dunia. Bayangkan jika mereka telah melabur dengan cukup untuk membangunkan pembuatan secara elektronik dan robotic, nescaya tentenuya sekotr ini tidak terjejas teruk seperti hari ini, Saya menjangkanay, pemilik syarikat gergasi akan mula lebih serius melabur ke arah lebih banyak automasi. Ia sekaligus mengurangkan peluang pelkejraan buruh tetapi meningkatkan permintaan jenis pekerjaan teknikal dan kejuruteraan software computer.

C] Sektor runcit & logistik – di musim MCO ini, amat jelas sektor ini turut melimpah ruah manfaat yang diperolehi tetapi juara runcit adalah pemain yang telah dari awal mempunyai perkhidmatan digital seperti pasaraya maya Amazon, Shopee, Lazada dan lainnya. Demikian juga servis Grab, Food Panda, Lalamove dan sepertinya. Manakala pelbagai pemain industri tradisional dan baru, bertungkus lumus membangunkan platform digital mereka, contohnya berpuluh platform penghantar makanan dan barangan [parcel] cuba masuk ke dalam pasaran, ia mencipta lebih banyak persaingan dan peluang kerjaya. Ia baik, kerana permintaan terlalu tinggi dan syarikat sedia ada seperti pos Malaysia, J&T, DHL, GEDEX dan lain-lain juga kelihatan tidak mampu menangani kesemuanya dengan berkesan. Pun begitu, pemain baru ini sudah dikira jauh ketinggalan di belakang syarikat yang sudah tersedia kukuh dan matang.

D] Sektor Pendidikan – Perkembangan gig ekonomi di sector ini masih kelihatan agak sepi dan sangat lambat, sedangkan kesan Covid-19 dan MCO terhadap pendidikan menerusi sekolah, universiti, tuisyen, latihan korporat professional, seminar dan persidangan adalah terlalu besar. Malangnya, GIG ekonomi dalam seKtor ini bergerak seperti siput, mungkin terpana dengan serangan mengejut covid-19.  Terdapat beberapa universiti sahaja yang telah mempunyai sistem digital stabil untuk beralih ke pengajian atas talian, namun jumlahnya terlalu kecil kerana kebanyakan universiti sudah selesa dengan sistem lama, justeru kebanyakan mereka kelihatan masih buntu. Demikian juga sektor sekolah dan tadika yang yang masih buntu dan hanya menggunakan sistem percuma digital dari google, zoom dan Microsoft sebagai penyelesaian sementara. Terdapat satu platform digital baru yang muncul COVID 19 iaitu platform Pendidikan persendirian atas talian atau pengajian dengan privasi secara ‘one to one’. Platfrom digital berasaskan web dan aplikasi android ini adalah MyClaaz.com, ia sangat baik untuk menyelesaikan masalah sektor tuisyen pasca MCO dan juga latihan professional. Cuma ia masih sangat baru dan belum dikenali rakyat Malaysia ketika ini. Pun begitu ia sangat wajar diambil sebagai solusi kerana ia bakal mengurangkan pendedahan pelajar dengan pengajian kelompok ramai yang meningkatkan risiko penularan covid atau merawati kebimbangan ibubapa.

E] Sektor kewangan – Bagi saya, sektor ini sudah lebih awal memasuki fasa Gig ekonomi dengan cashless, e-wallet, pelaburan secara robotic, urusan perbankan di atas talian dan aplikasi mobile, Siber sekuriti, Digital Aset, kemudahan pelaburan dan semakan atas talian  dan sepertinya sudah dan telah dibangunkan sebelum COVID melanda lagi. Justeru mereka tidak begitu ketinggalan. Pun begitu, pelanggan mereka masih agak ramai yang ketinggalan dan masih belum bersedia dengan semua produk baru terbabit. Pendidikan dan latihan perlu diteruskan di musim ini.

SOALAN 3. Adakah ekonomi ‘gig’ ini mampu menjadi penyumbang kepada KDNK pada masa depan.

Ye sudah  tentu, bayangkan pasaraya maya seperti shopee sahaja sudah menjana jualan lebih puluh billion RM setahun. Jika gandingannya dengan sector-sektor lain, tentunya sector ini akan lebih pantas mendahului sktor tradisional yang lain. Khususnya sector teknolgi baru ini kerap mendapat perhatian para pelabur institusi disebabkan potensi perkembangannya rentas negara dan pantas.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Profesor Adjung, Fakulti Perniagaan & Pengurusan

UNiSZA dan UNISEL

18 April 2020

1. Pendapat mengenai perkembangan ekonomi ‘gig’ di Malaysia yang kini semakin meluas dan meningkat.
Secara umumnya, Malaysia kelihatan secara terpaksa meningkatkan perkembangan ekonomi GIG disebabkan Covid-19.  Pun begitu, ia tidak begitu lancar disebabkan beberapa halangan, antaranya :
a] Kelajuan internet yang masih belum dibangunkan sebaiknya menjadikan data dimuat turun agak lambat dan adakalanya tersangkut. Berikut adalah maklumat kelajuan internet bagi tahun 2020:
Negara       Kelajuan Broadband                         Mobile             Bil Penduduk
Singapore
191.93mbps
50.43
5,850,342
South Korea
156.18
97.44
51,269,185
Taiwan
151.75
43.66
23,816,775
Hong Kong
151.02
31.24
7,496,981
Malaysia
71.52
21.29
32,365,999
Sumber : Speedtest Global Index
GIG ekonomi banyak bergantung kepada kejituan dan kelajuan internet untuk memproses data, lebih banyak data maka lebih lagi keberkesanannya akan tercabar.
b] Infrastruktur yang sedia ada tertumpu kepada beberapa sektor sahaja, sebagai contoh FINTECH ( Teknologi Kewangan ) yang sedang berkembang dengan baik namun itupun masih belum mencapai tahap kematangan. Disebabkan COVID-19, permintaan yang tinggi menjadikan infra yang yang belum cukup matang ini ‘dikerah’ untuk melayani pelbagai jenis teknologi di pelbagai sektor lain dalam masa yang terlalu singkat, ia mendedahkan teknologi GiG ini kepada potensi serangan penggodam dan pencuri identiti.
c] Majoriti rakyat khususnya di luar bandar tersangat tidak bersedia untuk menggunakan aplikasi Gig ekonomi dalam kehidupan mereka, pun begitu disebabkan covid, peniaga industri mikro, kecil dan sederhana terpaksa mempeljarinya dalam masa yang singkat, ia sama ada boleh membantu mereka atau menambah lagi kerugian mereka sebenarnya, akibat pengaplikasian tanpa kemahiran yang cukup.

2. Bagaimana ia dapat disesuaikan dengan keadaan sekarang (COVID-19 & MCO)
GIG ekonomi wajar diteroki dengan pantas bagi menghadapi COVID 19 dari sudut berikut :
A] Sektor perubatan – Memerlukan bank data dan pengaplikasian teknologi Data Raya untuk mengenalpasti keadaan kesihatan semua pesakit dan bekas pesakit COVID-19. Data mereka mesti sentiasa dipantau dan dilihat ‘patern’ kesihatan jangka sederhana dan panjang mereka bagi memastikan kesan sampingan dari COVID bagi pesakit yang sembuh. Ia juga diperlukan bagi menjejaki kontak rapat pesakit covid untuk kesegeraan dalam melaksanaan ujian COVID-19 bagi mengelak dari jangkitan merebak.
B] Sektor pembuatan – Tentunya pasca cvoid -19 kelak, penggunaan tenaga buruh kerja manusia dalam sector pembuatan akan dipertimbag semula untuk digantikan dengan automasi robotic, ini bagi mengurangkan rsi=ikso covid 2.0 yang menyebabkan industry pembuatan terhenti akibat MCO diselruuh dunia. Bayangkan jika mereka telah melabur dengan cukup untuk membangunkan pembuatan secara elektronik dan robotic, nescaya tentenuya sekotr ini tidak terjejas teruk seperti hari ini, Saya menjangkanay, pemilik syarikat gergasi akan mula lebih serius melabur ke arah lebih banyak automasi. Ia sekaligus mengurangkan peluang pelkejraan buruh tetapi meningkatkan permintaan jenis pekerjaan teknikal dan kejuruteraan software computer.
C] Sektor runcit & logistik – di musim MCO ini, amat jelas sektor ini turut melimpah ruah manfaat yang diperolehi tetapi juara runcit adalah pemain yang telah dari awal mempunyai perkhidmatan digital seperti pasaraya maya Amazon, Shopee, Lazada dan lainnya. Demikian juga servis Grab, Food Panda, Lalamove dan sepertinya. Manakala pelbagai pemain industri tradisional dan baru, bertungkus lumus membangunkan platform digital mereka, contohnya berpuluh platform penghantar makanan dan barangan [parcel] cuba masuk ke dalam pasaran, ia mencipta lebih banyak persaingan dan peluang kerjaya. Ia baik, kerana permintaan terlalu tinggi dan syarikat sedia ada seperti pos Malaysia, J&T, DHL, GEDEX dan lain-lain juga kelihatan tidak mampu menangani kesemuanya dengan berkesan. Pun begitu, pemain baru ini sudah dikira jauh ketinggalan di belakang syarikat yang sudah tersedia kukuh dan matang.
 
D] Sektor Pendidikan – Perkembangan gig ekonomi di sector ini masih kelihatan agak sepi dan sangat lambat, sedangkan kesan Covid-19 dan MCO terhadap pendidikan menerusi sekolah, universiti, tuisyen, latihan korporat professional, seminar dan persidangan adalah terlalu besar. Malangnya, GIG ekonomi dalam seKtor ini bergerak seperti siput, mungkin terpana dengan serangan mengejut covid-19.  Terdapat beberapa universiti sahaja yang telah mempunyai sistem digital stabil untuk beralih ke pengajian atas talian, namun jumlahnya terlalu kecil kerana kebanyakan universiti sudah selesa dengan sistem lama, justeru kebanyakan mereka kelihatan masih buntu. Demikian juga sektor sekolah dan tadika yang yang masih buntu dan hanya menggunakan sistem percuma digital dari google, zoom dan Microsoft sebagai penyelesaian sementara. Terdapat satu platform digital baru yang muncul COVID 19 iaitu platform Pendidikan persendirian atas talian atau pengajian dengan privasi secara ‘one to one’. Platfrom digital berasaskan web dan aplikasi android ini adalah MyClaaz.com, ia sangat baik untuk menyelesaikan masalah sektor tuisyen pasca MCO dan juga latihan professional. Cuma ia masih sangat baru dan belum dikenali rakyat Malaysia ketika ini. Pun begitu ia sangat wajar diambil sebagai solusi kerana ia bakal mengurangkan pendedahan pelajar dengan pengajian kelompok ramai yang meningkatkan risiko penularan covid atau merawati kebimbangan ibubapa.

E] Sektor kewangan – Bagi saya, sektor ini sudah lebih awal memasuki fasa Gig ekonomi dengan cashless, e-wallet, pelaburan secara robotic, urusan perbankan di atas talian dan aplikasi mobile, Siber sekuriti, Digital Aset, kemudahan pelaburan dan semakan atas talian  dan sepertinya sudah dan telah dibangunkan sebelum COVID melanda lagi. Justeru mereka tidak begitu ketinggalan. Pun begitu, pelanggan mereka masih agak ramai yang ketinggalan dan masih belum bersedia dengan semua produk baru terbabit. Pendidikan dan latihan perlu diteruskan di musim ini.
3. Adakah ekonomi ‘gig’ ini mampu menjadi penyumbang kepada KDNK pada masa depan.
Ye sudah  tentu, bayangkan pasaraya maya seperti shopee sahaja sudah menjana jualan lebih puluh billion RM setahun. Jika gandingannya dengan sector-sektor lain, tentunya sector ini akan lebih pantas mendahului sktor tradisional yang lain. Khususnya sector teknolgi baru ini kerap mendapat perhatian para pelabur institusi disebabkan potensi perkembangannya rentas negara dan pantas.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Profesor Adjung, Fakulti Perniagaan & Pengurusan
UNiSZA dan UNISEL
18 April 2020


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 2 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Keperluan GIG Ekonomi Semasa & Selepas COVID & PKP