Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Separuh Ramadan & Puasa Yang Tercabar
  • PDF
(42 votes, average 4.86 out of 5)

Separuh Ramadan & Puasa Yang Tercabar

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

ramadhan1430h.jpg

 

"Tolong saya ustaz, apa formula dan caranya lagi untuk saya boleh berubah, tolong saya ustaz, saya benar-benar ingin berubah dan insaf, walau di bulan Ramadhan ini saya masih melakukan dosa itu"

Demikian luahan hati yang ikhlas beberapa orang pemuda dan pemudi kepada saya melalui medium internet. Pelbagai bentuk lafaznya, namun itulah juga inti maksudnya.

Kesnya apa? ada yang berzina, onani, tonton video lucah, bercerai suami isteri, bergaduh, mengumpat, menipu, mencuri, minum arak, tidak solat dan macam-macam lagi. Berlalu sudah 15 hari Ramadhan, ia masih berlaku dan terus berlaku di kalangan umat Islam kita.

Setelah hampir 15 hari kita berada di bulan mulia Ramadhan, kesan tarbiyahnya makin terasa bagi sesetengah pihak, manakala sebahagian yang lain semakin makin larut dan menjauh dari Allah swt. Sekumpulan lagi pula masih turun naik prestasinya, seperti nilai matawang yang kerap fluctuate.

Beribu-ribu ahli agama dan pendakwah mengingatkan diri dan orang ramai agar mempergandakan ibadah di bulan mulia ini. Di samping menjauhi diri dari perkara yang pasti akan merosakkannya.

SYAHWAT SEKSUAL DI BULAN RAMADHAN

Di samping senarai panjang itu, tidak dilupakan juga bulan ini seharusnya menjadi penguji dan pendidik kepada nafsu syahwat yang asyik ingin membara. Nafsu syahwat yang menjurus kepada syahwat seksual sentiasa cuba melepaskan diri dari kekangan Ramadhan.

Bagi yang sudah berumahtangga, apa yang Allah swt minta untuk diusahakan hanyalah jangan ‘bersama' di siang  hari Ramadhan. Ia kelihatan mudah, tapi jangan pelik dan hairan, amat ramai yang gagal. Web dan email saya juga dibanjiri dengan soalan berkaitan hal ini, masing-masing bertanya cara dan kaedah membayar kaffarah dan sebagainya. Memang benar, Allah swt maha mengetahui ramai manusia akan gagal dalam ujian tahan syahwat seks ini, justeru disediakan untuk manusia kaffarah bagi mereka menebus dosa, kesalahan dan kegagalan mereka.

Bagi yang belum berumahtangga, sepatutnya isu berpuasa syahwat seks di siang Ramadhan tidak menjadi hal, kerana mereka belum berumahtangga dan belum merasa nikmat ‘bersama'. Namun, amat ramai si bujang Muslim dan Muslimah yang jatuh tewas, seburuk-buruk ketewasan itu adalah apabila mereka berzina di siang hari Ramadhan. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. Amat buruklah apa yang mereka kerjakan.

Yang lain pula tewas dalam ‘ringan-ringan' syahwat bersama pasangan ‘kekasih', atau juga melalui medium komunikasi elektronik dan internet. Sekumpulan lagi tewas dengan penangan ‘tangan' sendiri. Semuanya buruk, namun menjadi lebih buruk apabila dilakukan di bulan Ramadhan, di siang harinya pula. Kes seperti ini juga tidak kering dari menjengah kotak email dan web saya, memberikan satu gambaran sebenar umat Islam di tanahair tercinta.

Pada bulan yang nafsu syahwat patut dididik dan dipukul kerana degil, malangnya ia berterusan menguasai sang diri. Amat dibimbangi, jika itu berlaku, itu adalah tanda diri akan terus menjadi hamba si nafsu syahwat di bulan-bulan lain yang mana nafsu akan diperkukuh kedudukannya oleh Syaitan yang berlegar.

Allah menyebut melalui hadis qudsi :

 يترك طعامه وشرابه وشهوته من أجلي الصيام لي وأنا أجزي به  

Ertinya : Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana aku (ALLAH), maka puasa khas untukKU, dan aku akan memberikan ganjaran untuknya.. ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Bagaimana mengubati syahwat luar kawalan ini? Tiada jalan mudah wahai anak Adam! Nafsu ini perlu ditekan dan dipaksa untuk tidak dituruti. Siapa yang diharap dapat membantu?

Jawapannya adalah diri sendiri, utuhkan keazaman dalam diri, seperti ketika dirimu ingin sesuatu lalu akan kamu redah dan bijak mencari aqal demi mencapainya.

Namun pelik, mengapa ‘diri' masih ingin kepada yang ditegah dan diharamkan. Lalu timbullah rintihan ‘saya lemah', ‘saya tidak cukup kuat', mereka ingin beritahu saya, bahawa mereka insaf tapi mereka mengaku lemah untuk melawan kehendak nafsu.

Justeru JANGAN SESEKALI mengaku diri lemah terhadap godaan nafsu, sebaliknya nyatakan kepada diri, "Hanya kali ini sahaja aku tewas, tidak di waktu yang lain!."

Akhirnya bertubi-tubi ruangan komen web saya dan email dibanjiri puluhan soalan berkenaannya. :

"Bagaimana ingin jadi kuat dan kalahkan nafsu ini?"

Jawapannya boleh jadi berjela-jela panjangnya, atau pendek mewakili seribu ayat. Biar saya pilih yang pendek, sesudah puas menghuraikan dengan panjang berjela di dalam pelbagai artikel.

"Yakinilah Allah swt dan hari akhirat"

Itulah kunci yang boleh membuka pintu yang diingini.

 

SYAHWAT LISAN

Berbekalkan hadis qudsi dan sebuah lagi hadis yang cukup popular di bulan ini, dapat kita ketahui syahwat yang mesti dikekang juga adalah syahwat lidah atau lisan.

Nabi bersabda :

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه  

Ertinya : Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata buruk, dan perbuatan buruk, maka tiadalah bagi Allah hajat kepada penahanan makanan dan minuman (seseorang yang berpuasa itu)" ( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Al-`Arabi dan al-Qaradawi masing-masing mengulas bahawa pahala puasa akan hancur dengar kesalahan-kesahalahan ini, puasa tidak batal tapi pahalanya batal, hingga jadilah puasanya kosong, lagi gagal menghasilkan taqwa yang menjadi sasaran.

Umar ibn Al-Khattab berkata :

"Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari bercakap bohong, tipu dan cakap kosong"

MARAH DAN KEMARAHAN

Lisan yang suka memaki hamun apabila marah, mengeji apabila benci, mengumpat apabila dengki, mengadu domba apabila busuk hati, berbohong untuk menyelamat diri dan mendapati yang dihajati.

Bercerita tentang keaiban orang dan keburukannya mungkin ada suatu kesedapan dan kelazatannya yang tersendiri. Ya, lazat yang diulami oleh nafsu ke dalam diri. Agar manusia tunduk menjadi hamba kepadanya.

Lalu di bulan ini, Nabi mendesak kita untuk mengawalnya, mengekangnya dari terus bermaharajalela dalam diri.

Nabi mengingatkan :-

الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين 

Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu jawablah : Aku berpuasa, sebanyak dua kali. ( Riwayat Al-Bukhari)

Tahanlah marahmu..

Manusia bila dikuasai marah, kerap berkata keras, memaki lagi menghina.  Maka kawal ia sehabis mungkin. Elakkan dari berkata-kata buruk kerananya, ambillah wudhu dan bergeraklah dari tempat kemarahan ke tempat atau perbuatlah urusan lain. Jika kamu sedang berdiri, duduklah, dan seterusnya. Dari Abu Hurayrah r.a:-

 فإن سابك أحد فقل : إني صائم ، وإن كنت قائما فاجلس  

Ertinya : Sekiranya ada seorang mencercamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, dan jika kamu sedang berdiri, duduklah. ( Riwayat Ibn Khuzaymah, Fath Al-Bari, hlm 126)

Ya, ubah posisimu, agar aqal yang tidak waras kerana marah dapat dibendung dari memudaratkan diri dan orang lain yang berdekatan.

Ada yang marah sehingga membunuh, kemudian menyesal dan tidak menyangka itu perbuatannya. Ya ia seperti arak yang memabukkan, menghilangkan pertimbangan waras aqal dan iman.

Ada yang marah lalu tercerai isterinya, tercedera anaknya, dihina suaminya, tuntutan cerai kedengaran setiap minggu, mendera jiwa suami yang cuba bersabar.  Semua itu diinginikah ?

Semua itu mencederakan, bukan hanya di fizikal tetapi lebih jauh dan sakitnya di hati dan minda. Yang marah dan berkata keras itu pula dapat apa?.

Hanya dapat melepaskan marah dan memberitahu diri sedang marah.  Itu saja, tapi kesannya amat dalam dan jauh lebih buruk, sukar ditaksirkan. Kesannya buruk bagi yang marah dan yang dimarahi.

Justeru Allah mengarahkan kita menjadi kuat dan mampu mengawal marah, sesuai dengan sabda baginda Nabi s.a.w.  Namun ada kemarahan yang dituntut, iaitu dalam menyelamat maruah Islam yang dicabar, maruah diri dan keluarga yang cuba dicarik. Namun itu tidak boleh dilaksana secara semberono. Ia punyai kaedah dan peraturan.

Lihat bagaimana Nabi melarang seorang hakim memutuskan keputusan dalam keadaan marah, kerana marah menghilangkan kewarasan pertimbangan aqal. Ia cenderung mendorong ke arah melakukan kezaliman. Justeru Ramadhan bulan untuk mengikat dan mengawal kemarahan.

Malang pula, kelihatan di bulan berpuasa ini, jumlah yang marah semakin ramai berbanding di bulan lain, alasannya kerana perut kosong, emosi jadi lebih nipis.

Justeru adakah di bulan lain, emosi kita dikawal oleh perut yang kenyang? Janganlah percaya dengan alasan itu.  Ia hanya mainan Syaitan. Perut kenyang sama sekali bukan merupakan sumber ‘kawalan diri' yang akan berkekalan, yang patut menjadi sumber kawalan marah adalah iman dan taqwa, yang ditawarkan secara habis-habisan di bulan Ramadhan ini. Bertindak cepatlah mengambilnya dan jangan lagi perut dijadikan alasan.

DOSA DALAM DIRI

Namun walau dicuba sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan dosa, sebagai manusia kita akan gagal juga. Ada dosa yang berpunca dari kita sendiri, ada juga yang didorong oleh faktor luaran. 'Zero dosa ' bukanlah target kita, ia di luar kemampuan. Target kita adalah ‘minima dosa kecil, zero dosa besar'. Kerana kita manusia dan bukan Malaikat.

Akan tetapi jangan jadikan sifat ‘kemanusiaan' kita sebagai excuse untuk berterusan melakukan dosa, atau selesa dalam dosa. Kelak nanti kita akan hilang kemanusiaan kerana dosa itu, hingga bertukar kepada ‘sifat kebinatangan' atau lebih teruk dari binatang lagi.

Nabi menyebut :

 لو لم تذنبوا لذهب الله بكم ولجاء بقوم يذنبون فيستغفرون الله فيغفر لهم  

Ertinya : Demi nyawaku di tanganNya, sekiranya kamu tiada dosa, maka Allah akan hapuskan kamu dan didatangkan satu kaum yang berdosa, lalu mereka meminta keampunan Allah, dan mereka diampun oleh Allah ( Riwayat Muslim)

Hadis di atas memberi maklum, kita tidak akan mampu mencapai ‘zero dosa', dan yang diinginkan oleh Allah bagi merkea yang berdosa, sama ada kecil atau besar,  adalah taubat. Sama ada dosanya dari syahwat seksual dan lisan yang tidak terkawal atau lainnya. Pintu peluang untuk bertaubat masih terbuka, pintalah keampunan Allah, gandakan amal soleh agar ia dapat memadam kekotoran yang ditinggalkan oleh dosa.

Saya teringat kes pendakwah dan artis nasyid terkenal, Sdr Ust Akhil Hayy. Kita bersimpati dengan apa yang menimpa rumah tangga lamanya namun kekeruhan dari isu tersebut menjadikan dirinya dicaci dan dihina sebegitu teruk. Lihat saja koleksi ceramah dan nasyidnya di youtube, hampir tidak lekang dari kutukan dan cercaan.Demikian juga cercaan di pelbagai forum-forum di internet.

Semua cercaan ini adalah salah sama sekali, tanpa mengira siapa yang menjadi penyebab awal kepada penceraian itu, menjaja isu ini serta menafikan keseluruhan usaha baik yang telah, pernah dan masih disumbangkan untuk kebaikan Islam, adalah tidak wajar sama sekali.

Dengan terbinanya rumah tangga beliau yang baru, secara peribadi berdoa dan berharap agar tiada lagi aksi kurang sihat dan kurang wajar dilakonkan oleh seorang muslimah bertudung yang berimej Islam , dipertontonkan kepada umum, aksi yang kerap dilihat wujud di dalam filem-filem lucu dan lawak beberapa tahun lalu.  Saya doakan beliau mampu mengubahnya dan perolehi keluarga dan rumahtangga yang diberkati Allah.

Bagi pihak yang terselamat dari ujian sedemikian rupa atau dari sebarang dosa besar khususnya, janganlah meremehkan sesiapa yang pernah jatuh ke dalamnya.  Hulurkanlah bantuan, bukan cercaan. Galakkan mereka terus mempergandakan amalan soleh, bukan membantutkan mereka dari menyakini rahmat Allah.

"orang macam kamu ini memang hina dan tak layak dimaaf oleh Allah lagi"

"tak payahlah lagi kamu ajar orang lain buat baik, kamu tu sendiri pun teruk"

Janganlah sesekali dilontarkan kata sedemikian, ia hanya menjauhkan dia dari keinginan bertaubat dan penyesalan. Kelak nanti yang mengeji mendapat saham dosa juga kerana menghina

 

 

Video : Rakaman kuliah ringkas Ramadhan saya di Leicester, UK pada 30 Ogos 09 yang lalu

 

 

Semoga diri ini sentiasa ingat..Yakini Allah dan hari Akhirat, ayat yang sentiasa diulang kerap di dalam kitab Al-Quran.

Moga-moga kita semua beroleh taqwa sempena Ramadhan ini yang mampu membantu kita untuk meraih redha Allah swt, diganjari SyurgaNya dan segala nikmatnya.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Ramadhan 1430 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #50 Iklan RamadanMunirah T. 2011-11-28 08:00
Salam saudara saudari,
Sudikan tonton iklan Ramadan arahan saya. Segala komen/nasihat amat dihargai untuk meningkatkan kempen Ramadan akan datang. Semoga Allawh terima ibadah saya, insyallah dan memberkati anda semua.

www.youtube.com/.../
Quote
0 #49 Hanya Hendak kepastiankadiaq 2011-08-24 13:23
Quoting ahmad:
Salam Ramadhan Kareem UZAR,



Respon dari UZAR amatlah dihargai dan terima kasih.

UZAR :

1) Tiada kaffarah tapi haram + batal puasa + batal pahala puasa

2) Ye benar, suami mulakan, suami kena kaffarah shj..namun ada macam2 ijtihad ulama dalam hal ini. Dan kaffarah atas isteri shj.

Lebih baik dari itu, tunggu malam..beberapa jam sahaja perlu kawal nafsu tu, dan tidak pening kaffarah atau tidak.


Ustaz :kalau x silap ana kaffarah hanya kepada Suami sahaja walaupun isteri yg mulakan,lihat hasyiah Baijuri kepada Fathul Qorib,pendapat yg muktamad yang dinaskan oleh imam Syafie sendiri....kalau silap harap diperbetulkan ..Shukran ustaz
Quote
+4 #48 sokong ustazSon Faizal 2010-09-07 19:28
btoi tu ustaz.... akhbar x bole caya... klu betol pon, jgn kita terlalu pndang aib org dan mnyebarkannya... kita pon ada aib sndiri.... jgn bersngka buruk...
steady ustazzz......
Quote
+2 #47 Kitarohajimari 2010-09-01 20:49
Assalamualaikum ..

Pada saya jgnlah bercerita masalah keluarga sendiri buat tatapan umum, lebih baik dibuat secara tertutup. Kita tidak digalakan membuka sebarang keaiban diri & keluarga sendiri kpd umum, memadailah rujuk mereka yg boleh simpan rahsia.

Jgnlah kita menidakkan kebenaran, perkataan Hadis Nabi & Kalam Allah ada sumber hidayat, tidak kiralah siapa yg menyampaikannya . Amalan dakwah tidak terhad kepada para ust, imam shj. Sesiapa shj yg ucap kalimah tabyyibah kena menyuruh manusia kpd kebaikan.

Bersyukurlah, selama ini Allah swt dah beri nikmat kepada Anda & Ibu memiliki ayah & suami sehingga kini. Tibalah masa, Allah swt nak bagi nikmat itu kpd saudara Islam kita yg lain, bukannya Anda & Ibu ditinggalkan buat selama-lamanya, hanya berkongsi jer...Itulah Islam benarkan poligami.

Mungkin anda kata, saya ckp senang jer sbb tak kena kat diri sendiri. Sebenarnya apa yg anda alami, saya & Ibu dah alami..last2, kami semua dpt menerima kehendak Allah swt..kan aman tu...

Sekadar pandangan...
Quote
0 #46 silap prioritiadi 2010-08-29 19:11
maaf, bila saya baca komen di atas saya teringat komen "kalau tak sembahyang baik tak payah puasa" yang mana saya rasa dah salah aruhan dalam membuat keputusan. Kalau tak sembahyang pun puasa masih wajib. Juga, kalau jahat macam mana sekali pun, memberi nasihat, menuntut ilmu dan lain2 perkara baik patut digalakkan. Dari aspek pihak ketiga, jangan lihat siapa yang berkata2, tapi dengarlah (dan pertimbangkanla h) apa yang dikatakannya. Maaf klu menyinggung perasaan.
Wallahu'alam.
Quote
0 #45 Copy & Pastemuazzom 2010-08-27 09:10
Saya akan copy & paste artikel? ustaz zaharuddin utk di linkkan ke kawan? atau laman? tertentu @ diprint utk diletakkan di masji atau surau. Saya harap Boleh selalu, so takdelah akan asyik nak minta kebenaran dari ustaz. Tapi dgn meletakkan credit atau link ke website ustaz & nama ustaz. Bolehkah? utk kemudahkan bg saya. kerna saya kerap membaca & melihat perkembangan dakwah yg ustaz lakukan dlm media ini mengikut peredaran isu semasa berkaitan Umat. Tambahan pula, kemungkinan ada di kalangan kita para muslimin mahupun muslimat yg tidak berapa tahu atau berkecimpung dalam dunia internet ini utk mengkaji atau mengetahui soal jawab yg telah dirungkaikan oleh ahli ilmuan seperti ustaz.
Quote
0 #44 cabaran sekelilingali76 2010-08-26 17:34
setelah membaca artikel ustaz tu, saya faham apa yang berlaku kepada mereka yang sukar berubah. faktornya ialah :
1. diri yang telah ter'mind control' oleh media
2. faktor sekeliling yang kurang membantu

bagi saya dua faktor ini memang sangat berperanan, tinggi mana pun keimanan boleh luntur jua anda masih terdedah dengan faktor ini.

justeru untuk mengubahnya :
1. mesti usahakan diri bersama jemaah yang boleh membantu. saya rasa ini sangat kurang, iaitu jemaah yang khusus untuk membantu mereka seperti ini. sebenarnya ramai yang ingin berubah tapi tiada tempatnya. kalau adapun kurang promosi.

2. sudah semestinya membersihkan diri dengan zikir dan ibadat-ibadat tertentu yang telah ditetapkan.

3. dakwah memang ada dan saya bersyukur sebab dakwah di malaysia nie telah mencakupi pelbagai media termasuk blog dan fb. ini sangat membantu sebenarnya.

4. aktiviti di masjid mesti lebih rancak lagi. biar setiap masjid mempunyai jemaah khas untuk membantu mereka seperti ini. kalau di tempat saya nie masih banyak masjid yang kosong dan kurang aktiviti

itulah pendapat saya yang bukan sekadar pendapat tetapi perkara yang pernah saya lalui.
Quote
0 #43 mohon shareamin 2010-08-26 16:40
mohon share ustaz
Quote
+1 #42 hukum arakMarlizah 2009-11-16 20:21
Assalamualaikum UZAR,
Minta maaf sekiranya ruangan ini bukan ruangan septutnya sy utarakan soalan y amat memusykilkan sy.
Saya sekarang berada di Australia. Saya bekerja part time sbg penghantar katalog. Malangnya di dalam katalog tersebut juga ada mengiklankn arak. Apakah hukum sy sebagai pengedar katalog tersebut di negara y bebas beralkohol tersebut atau apakah pendapat ustaz berkenaan pekerjaan tersebut? terima kasih. Jawapan dari ustaz amat saya hargai.
Quote
0 #41 tanya tentang duit interestIjai 2009-10-20 08:30
A`kum UZAR..
Bagaimana ingin membelanjakan duit interest?contoh org yang baru keluarkan duit kwsp..dah tentu ada interest..mcm mana nam diuruskan ye? syukran lak..

UZAR : duit kita sendiri di kwsp semua ok, dividennye saja yang ada campur2 sikit. tu kena baca jwpn di artikel berkaitan.
Quote
0 #40 Kaffarah SumpahAiman 2009-10-08 05:18
Salam, ustaz saya ingin bertanya tentang bayaran kaffarah bai'ah/sumpah, adakah mesti diberi makan 10 org miskin atau jika saya tidak mahu, saya memilih untuk berpuasa 3 hari berturut-turut, bolehkah begitu?
Quote
-2 #39 selamat hari rayaabusyathibie 2009-09-29 23:12
pasal akhil khay tu bukan aper..ustaz...ustaz kena faham...bg saya tak kisah dia nak kawin berape pun..tp ...perangai dia yg sebelum itu ...bergambar dgn waheeda dia tepi pantai..keluar mlm2 tgk wayang...tidak mengaku ade hubungan dan sebagainya...tak sepadan dgn title dia sbagai penceramah...cuba tanya kpd diri kita sendiri...adakah kita sanggup buat begitu sedangkan ade isteri dan anak2..adakah isteri kita sanggup berhadapan dgn suami yg sebegitu...semua inilah yg menyebabkan kemarahan masyarakat sampai ke tahap sebegitu...dan jgn kita ingat kefahaman kepada kesabaran dlm islam itu sama semua org faham...kalu kita yg mengaji agama ni...insyaAllah.. kita boleh bersandarkan kepada setiap takdir Allah itu ade hikmah...tp bg org lain?..yg tidak faham tentang prkara ni...so..tak boleh silapkan kesemuanya kepada masyarakat yg menghina..tp yg semestinya penyebab kpd perkara ini berlaku adalah empunya diri tersebut....maaf kalu pandangan ana tidak selari dgn pendapat ustaz.

UZAR : tiada masalah utk beza pendapat dgn saya, dan saya juga tiada info berkenaan semua tohmahan yang sdr tuliskan di atas. saya tak tahu krn saya beradad i Uk dan tiada membaca hal2 sebegitu, malah jika ada sekalipun. apa yg dipapar di kahbar belum tentu betul..gosip dan fitnah adalah dunia akhbar
Quote
0 #38 meminta kebenaran mengambil artikelmohd yusoff bin abdul rahman 2009-09-22 16:10
assalamualaikum UZAR,

Sy ingin meminta kebenaran daripada ustaz untuk mengambil maklumat2 di dalam web ustaz untuk menyiarkan melalui internet atau menyampaikan melalui kaedah lisan serta tulisan selain dari kaedah internet untuk menyedarkan pelbagai pihak mengenai agama Islam.Moga dakwah yang UZAR sampaikan diberkati rahmat ALLAH S.W.T.

UZAR : sila
Quote
0 #37 kaffarahfikry 2009-09-17 16:27
salam uzar..
bru2 ni dlm rancangan agama kat tv,ustaz 2 ckp x kene kaffarah jika batalkn pose dulu klu nk bersetubuh,.sy penah bc komen uzar yg ckp sebaliknye..mane 1 yg sohih ustaz?
jazakalla..

UZAR : Memang ada pendapat begitu, tapi bagi saya ia pendapat yang lemah dan lagi tak patut diwarwarkan di tv.
Quote
0 #36 pendapatMe 2009-09-16 20:22
Ni pendapat pribadi saya, org lain mungkin ada pendapat2 sendiri.
Klu saya anak muridnya yg dah banyak manfaat hasil kuliah dari guru berkenaan, saya akan ketepikan ttg masaalah seperti dinyatakan. Kerana dia mungkn ada sbb sendiri yg hanya dia & Allah yg tahu.
(Bukan tipu, tapi tangguh dulu kot nak beritahu)

Malah anak pun tak kan, faham..Ttg hal hubungan s/isteri takkan le nak beritahu anak2, kadang2 pasangan pun tak faham.
Yg penting keperluan makan pakai, tempat tinggal,pelajar an anak2/keluarga tak diabaikan.
Klu diabaikan..saya pun mungkin akan boykot kelasnya, apalagi klu isteri barunya tak tutup aurat.he.he

Jgn marah kek saya..
Quote
0 #35 Sambil menyelam minum ikan...2Musykil 2009-09-16 07:57
Sambungan daripada tadi...

Jadi, adakah orang yang berada dalam jalan dakwah, sekali dia menipu sekalipun perkara itu bukan termasuk dalam perkara yang didakwahnya tetapi dalam perbuatan sehariannya. Adakah penyampaian dakwahnya tu, boleh pakai (merujuk kepada kisah imam bukhari dalam mencari guru hadis)?

Harap ustaz perjelaskan..Terima kasih...
Quote
0 #34 Sambil menyelam minum ikan...Musykil 2009-09-16 07:48
Salam,
Saya nak bercerita dan bertanya(soalan ada kaitan sket ngan akhil hayy),
Saya ada bapa, dan baru2 ni, saya dapat tau bapa saya kahwin lagi satu. Lebih kurang 3 bulan lepas. Perkahwinan bapa saya ni, dilangsungkan kat Siam, dengan orang Siam. Bapa saya ni, sebenarnya seorang yg sangat menjaga solat jemaah. Solat berjemaah untuk lima waktu, setahu saya, dia jarang ketinggalan terutama waktu subuh.

Selama 3 bulan dia senyap2 kahwin, dan setiap hujung minggu menggunakan alasan 'tidur di markas' (untuk pengetahuan UZAR, dia ni merupakan 'orang tabligh' juga).Jadi, mak saya tak kata apa la. Untuk pengetahuan UZAR juga, setiap pagi waktu subuh,bapa saya ni akan baca sebuah buku 'taalim' yang diperdengarkan di masjid di tempat saya. Lebih kurang lima minit gitu.Jadi, boleh kata ni salah satu usaha dakwah yg bapa saya lakukan untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Jadi, apabila perkahwinan bapa saya terbongkar (sebenarnya tak ramai yang tau lagi melainkan adik-beradik terdekat), mak saya kata tak yah dok baca 'taalim' la lagi, coz kuat menipu.

Jadi, yang ingin ditanya di sini adalah berkenaan 'tipu'. Perkahwinan bapa saya tu, memang halal dan baik kerana kahwin itu benda baik. Tapi cara dia berkahwin dan tipu selama 3 bulan dan menggunakan alasan baik iaitu kononnya pergi tidur di markas tabligh di hujung minggu tetapi di pergi ke rumah bini muda. Jadi, dia tipu dengan menggunakan alasan 'baik'. Jadi, sekarang ni, dia masih lagi dok mengajak orang ke arah kebaikan. Tetapi, dia sendiri pun tidak baik. Buktinya dia menipu. Adakah ini dibolehkan?

Bukan ke imam bukhari (tak silap saya la), waktu dia merantau mencari guru hadis, dan didapati guru tersebut sedang memberi ayam belaan guru itu makan, dan makanan yang guru itu berikan kepada ayamnya itu bukan nasi tetapi pasir. Imam bukhari terus tak jadi berguru dengan guru hadis tersebut. Kerana pada fikiran imam bukhari, 'kalau orang ni boleh menipu ayamnya, inikan pula hadis'.

Sambungan skit lagi lepas ni...
Quote
0 #33 Pegang quran dlm solatMe 2009-09-15 23:58
Dik, Kena praktis selalu esp masa buat solat2 sunat kek rumah. Guna quran yg telah dipecah2kan ikut juz, ringan & mudah. Boleh kepit kat ketiak, jadi tak le terpaksa letak kat lantai bila sujud.

Utk wanita, klu guna telekung labuh sangat, susah nak kepit, tu yg boleh terpelanting dan terpaksa diletakkan lantai tu - kurang manis/elok.

Cuba tengok buku :"Pelik Tapi Benar Dlm Solat"..(sekadar menambah)

You'll get the feeling...
Quote
0 #32 gurlgurl81 2009-09-14 21:54
salam ustaz,
saya slalu trawih di msjid kgbaru & duduk saf ke-2. saya perhatikan ada 4-5 orang makcik2 yg dok saf pertama, ada yg pegang Quran semasa imam baca surah untuk trawih. ada yang letak quran depan sejadah sb nak tgk imam baca surah aper. diorang duk depan tu sibuk2 dok belek2 quran masa tgh solat. (saya dlm ati dok pikir diorang ni nak cek tajwid ustaz baca ker aper?- kan da x kusyuk solat) bolehker tgk or pegang quran masa tgh solat ni??saya nak jer tegur takut nt ckp org muda x layak tegur org tua2 ni.
dan satu lagi diorang x rapatkan saf, satu sejadah satu org.

kalo uztaz ada note ker saya bole suruh diorang baca.
salam.

UZAR : jika ikut mazhab selain syafie, memang dibenarkan. Mazhab syafie pun boleh juga cuma kena jaga peegerakan besar agar jangan sampai tiga kali berturut2
Quote
0 #31 tolong je..zikir 2009-09-13 19:12
sy merasa terpanggil utk tlg menjawab bg pihak ustaz yg mgkin bz. jawapannya tak batal..
Quote
0 #30 Pencerahanmuslimin88 2009-09-13 12:39
Dr Lo'lo' kata:

"bercerai pun halal walau dibenci,"

saya minta maaf, betul ke pernyataan di atas tu? sapa yang kata dibenci?

UZAR : yang kata tu adalah Nabi dalam hadisnya,

"Perkara halal yang dibenci di sisi Allah adalah bercerai"
Quote
0 #29 SalamMe 2009-09-12 20:05
Caya le YB. Setuju sangat. Slmt berpuasa.Semuga kita semua dirahmati Allah, dikurnia yg terbaik dunia akhirat.
Quote
0 #28 Puasa Berkualiti & Akhil HayyDr Lolo 2009-09-11 04:32
Salam,
Sebenarnya soal nafsu ni yg kawal ialah diri kita sendiri. Kalu puasa kita berkualiti, nafsu pun akan tunduk, kalu tidak kenapa Nabi suruh orang yg tak mampu kawin lg utk berpuasa.

Kalu hari kerja kita semua sibuk disiang hari, kalu hari cuti petuanya senang shj:Suami sibukkan diri dgn mengaji, solat berjemaah disurau/masjid atau berjemaah dgn kluarga dirumah, bantu buat kerja2 dirumah,kerja2 DIY, mengasuh&mengajar anak2 - banyak boleh dibuat dlm masa bbrp jam disiang hari. Isteri tentu lagi banyak yg perlu diuruskan.Jgn tidor dlm bilik tidor bersama2 waktu siang.Isteri tidor dlm bilik, suami tidor diluar. Kalu jenis cepat 'turn-on' JGN CUIT2 pun takut terlajak. Isteri pun kena pandai tengok 'signal' suami, kalu nampak riak2 cepat2 berwuduk,pakai telekung, solat sunat atau ngaji quran.

Juga kalu kita sibukkan diri dgn gerak-kerja jemaah dan menyantuni masyarakat dlm kerja2 kebajikan, memang takde masa langsung nak layan nafsu, tak kiralah nafsu muda atau nafsu tua. 10 mlm terakhir hidupkan sunnah, ikat kain kejab2, laksanakan IKTIKAF, berebut2 mencari mlm lailatul qadar.
Skadar berkongsi pengalaman.

UZAR apakhabar? saya berehat dirumah, ada masa sikit nak turut serta dlm perbincangan yg menarik ni. Saya setuju dgn UZAR tentang kes AkhilHai - bercerai pun halal walau dibenci, bernikah lagi halal. jauh lebih baik dari artis/selebriti yg bergaul bebas sehingga bersekedudukan dll. Pada kira saya ujian hebat utk seseorang krn Allah menyediakan diri org tsb dgn peranan yg lbh besar n juga utk dpt ganjaran yg lebih. Salam pd zaujah dan anak2-dah besar dah hingga boleh handle blog sendiri.

Dr Lo'lo
docpearl.blogspot.com


UZAR : Ahlan wa sahlan kepada YB Dr Lo'lo', terima kasih atas ziarah dan coretan perkongsian ilmu. Saya doakan Dr cepat sembuh, Fawwaz ada berkomunikasi dengan saya maklumkan berkenaan kesihatan Dr..

Ada masa, bolehlah ziarah DR, sebab kami balik cuti di Malaysia mulai 13 Sept ke 1 Oktober 2009. Kirim salam buat family dan Dr AMin khususnya
Quote
0 #27 Ilmu yang bermanfaatassulami 2009-09-10 01:39
Jazakallahukhai ran kathira...Ustaz, tima kasih..saya mintak izin copy n sebar dalam tazkirah...
Quote
0 #26 Mukjizat QuranInsaf 2009-09-09 00:25
Assalamualaikum ...

Sekadar ingin berkongsi pengalaman. Ramadhan tahun ni saya rasa sangat bermakna kerana saya berjaya mengawal nafsu2 yg jahat serta byk beramal. Jika sebelum ramadhan saya agak malas nak solat. Beronani. Tapi ramdhan ini benar2 melunturkan nafsu saya. Nasihat saya baca dan amalkanlah al-quran. sejak awal ramdhan ini saya mula belajar membaca quran diikuti tazkirah pengajaran al-quran.
Saya benar2 terkesan dengan mukjizat quran yang dapat merawat penyakit hati. Ikhlaskan hati kerana Allah. Sungguh, Allah akan bantu. Sebelum ramadhan saya xpernah mampu membaca surah2 seperti yasin, al-rahman dan al-waqiah. tapi dalam masa yg singkat ini saya sudah dapat membaca dengan lancar. Apa yg saya cuba nak sampaikan. Jika anda letak penuh keyakinan kepada ALLAH dan kesungguhan serta berdoa. PASTI Allah akan makbulkan.
Saya juga berharap agar uzar dapat mengutarakan byk kisah tentang al-quran kerana saya yakin ramai lagi dari masyarakat kita yg kurang berpegang dengan quran. walaupun quran ditangan tapi disudut hati, jauh sekali
Quote
0 #25 cara tegur suamiisteri serba salah 2009-09-08 23:02
salam, ustaz
Al-Hamdulillah kini ssaya telah mendapat hidayah Allah bermula dgn menutup aurat dgn sempurna. Masalah saya ialah suami yg enggan solat,dn juga tidak ambil endah urusan kewangan riba atau tidak, dn agak dingin jika ditegur. SOalan saya berdosakah saya selemah2 iman saya hanya membenci perbuatan dlm hati, sambil terus berdoa utk mengelakkan pergaduhan. Kadang2 saya keliru bagaiman nak jadi isteri solehah pada suami yg toleh? Adakah saya berdosa sekiranya suami marah atau tidak redha dgn teguran2 dn nasihat2 saya padanya? Suami juga marah pada saya kerana saya enggan melakukan braces, kerana saya ragu2 ada unsur shubhah di sini. Urusan pembayaran saya khuatiri menggunakan kad kredit konvesional dn bayaran boleh di claim semula dgn company suami bekerja. Berdosakah saya ustaz kerana enggan patuh atas permintaan suami saya ni berkenaan braces ni. Bantulah saya ustaz yg ingin menjadi isteri yg solehah dlm masa yg sama takut pada hukuman Allah pada diri sendiri dn suami. T.kasih banyak2 ustaz.
Quote
0 #24 setuju...Syawal07 2009-09-08 18:26
benar sekali kata saudara,...

insan hebat sudah tentu ujiannya hebat. jgn dimaki beliau kerana apa yang terjadi kepadanya.
Quote
0 #23 jawapan utk soalan musykil saudarazoowhyrie 2009-09-08 16:25
salam saudara,
Uzar telah menerangkan mengenai persoalan saudara berulang kali dlm web ini dan ini ringkasan/ulasan dr petikan Uzar:-

i- mandi junub slps subuh mahupun mandi semasa tghari tidak membatalkan puasa tetapi berdosa kerana meninggalkan solat Subuh.
ii- bersetubuh suami/isteri @ berzina sblm imsak dan mandi slps imsak tidak membatalkan puasa tapi berdosa besar ke atas zina tambahan pula di bulan Ramadhan..nau'zubillahiminzal iq

p/s: diminta Uzar betulkan jika jawapan sy diatas salah..tq
Quote
0 #22 Kaffarahahmad 2009-09-08 16:16
Salam Ramadhan Kareem UZAR,

Semasa mendengar tazkirah Ramadhan (khusus untuk wanita) minggu lepas, penceramah telah memaklumkan kepada jemaah tentang beberapa perkara tentang hubungan suami isteri di siang hari Ramadhan, yang baru beliau ketahui. Perkara berkenaan adalah :
1. Tidak dikenakan kaffarah ke atas suami sekiranya bersetubuh bersama isteri melalui jalan belakang. Tetapi puasa batal kerana memasukkan benda melalui rongga.

2. Suami tidak dikenakan kaffarah sekiranya isteri yang memulakan hubungan terlebih dahulu (atau dengan ertikata lain isteri yang menggauli suami).

Respon dari UZAR amatlah dihargai dan terima kasih.

UZAR :

1) Tiada kaffarah tapi haram + batal puasa + batal pahala puasa

2) Ye benar, suami mulakan, suami kena kaffarah shj..namun ada macam2 ijtihad ulama dalam hal ini. Dan kaffarah atas isteri shj.

Lebih baik dari itu, tunggu malam..beberapa jam sahaja perlu kawal nafsu tu, dan tidak pening kaffarah atau tidak.
Quote
0 #21 mohon izinbelajar 2009-09-08 07:40
salam.
artikel yg sgt bermanfaat.
mohon izin 'copy' isi artikelnya ustz.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 95 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Soal Jawab Ibadah Separuh Ramadan & Puasa Yang Tercabar