Soal Jawab & Isu Pilihan 'Set Off' Hutang Dengan Servis
  • PDF
(2 votes, average 4.50 out of 5)

 

'Set Off' Hutang Dengan Servis

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

NORIBA

SOALAN

Ustaz, katalah ada seorang berhutang dengan saya sebanyak RM 12,000 tanpa sebarang faedah, dan berjanji akan membayarnya dalam masa 1 tahun, iaitu RM 1,000 setiap bulan. Disebabkan beliau seorang yang pandai membaca Al-Quran, bolehkah saya memintanya mengajar anak saya mengaji dengan upah sebanyak RM 200 sebulan yang akan ditolak dari hutangnya tadi, maka jadilah setiap bulan hanya perlu membayar RM 800 sahaja. Adakah ini dibenarkan atau jatuh dalam hukum riba?

JAWAPAN

Riba adalah apa sahaja pemberian hutang wang yang mensyaratkan sesutau pulangan yang melebihi jumlah yang diberi. Pulangan itu sama ada dalam bentuk wang juga, atau manfaat-manfaat lain.

Melalui soalan yang diberikan, hutang RM 12,000 yang diberi tanpa faedah, maka ia adalah HARUS.

Kontraknya juga menetapkan pembayaran dibuat dalam tempoh 1 tahun. Dengan bayaran RM 1,000 setiap bulan, ini juga dibenarkan.

Kemudian, disebabkan khidmat atau servis mengajar mengaji, melalui aqad yang berasingan iaitu aqad ujrah ‘ala amal ( upah atas kerja ) dia akan menerima bayaran sebanyak RM 200 sebulan, yang kemudian saudara ingin memotongnya dari jumlah RM 1,000 yang wajib dibayar olehnya.

Isu memotong hutang sebegitu dinamakan Al-Muqassah di dalam Fiqh Islam, ia hanya dibenarkan jika kedua-dua pihak bersetuju. Jika pihak pengajar al-Quran tadi tidak bersetuju, maka hendaklah saudara menepati janji dengan membayar RM 200 setiap bulan, kemudian dia pula akan tetap dengan janjinya untuk membayar RM 1,000  sebulan pada waktu yang berlainan.

Setiap orang mempunyai keperluan tersendiri dan tidak dapat dijangka keperluan seseorang pada waktu tertentu. Oleh itu, penolakan secara kontra itu hanya boleh menjadi HARUS bila persetujuan dicapai oleh keduanya.

RIBA ATAU TIDAK?

Ia boleh jatuh dalam riba dan boleh tidak jatuh dalam hal ini. Ia akan menjadi RIBA jika bayaran upah biasa (harga semasa) bagi pengajaran Al-Quran di kawasan saudara adalah RM 500 sebulan, namun disebabkan pengajar itu mempunyai hutang maka ia dikurangkan kepada RM 200. Jika itulah sebab pengurangan itu dibuat, transaksi itu mempunyai elemen riba yang dilarang.

Itu adalah kerana, secara tersembunyi, saudara sudah dikira mengambil  hak tenaga pengajar hanya kerana dia berada keadaan berhutang dengan saudara. Ia dikira manfaat tambahan disebabkan hutangnya. Tatkala itu ia termasuk didalam larangan Baginda Nabi s.a.w.

Namun, jika bayaran upah yang diberi tiada terkesan sama sekali dengan posisi hutangnya pengajar tadi, dan semua pertimbangan dibuat tanpa mengambil kira hutang tadi. Ia adalah halal dan diharuskan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

28 Feb 2011



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan 'Set Off' Hutang Dengan Servis