Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Isu Pengiktirafan Sijil UEC, Interaksi Antara Kaum & Sekolah Berasaskan Bangsa di Malaysia
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

Isu Pengiktirafan Sijil UEC, Interaksi Antara Kaum & Sekolah Berasaskan Bangsa di Malaysia

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, jika Kementerian Pendidikan mengiktiraf UEC, ia dilihat berlaku tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah kebangsaan yang sedia mengikuti silibus dalam dasar pelajaran kebangsaan.

Katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya bersifat melindungi sijil peperiksaan di peringkat menengah yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Mereka yang bersekolah persendirian Cina dan mengikuti sijil UEC ini sebenarnya tidak yakin dengan dasar pelajaran kebangsaan sebab itu mereka memilih untuk belajar dalam satu sistem di luar dasar pendidikan kebangsaan.

“Maka ia tidak adil kepada puluhan ribu pelajar yang setia dan yakin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, pelajar yang mengikuti sijil UEC ini mahu menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana yuran penggajian bagi satu kursus adalah murah.

“Sebabnya yuran belajar di IPTA lebih murah berbanding IPTS. Jelas terbukti, mereka mahu sangat masuk IPTA kerana kosnya murah,” katanya.

Menurutnya lagi, kalau sijil UEC ini diiktiraf, pasti akan ada permohonan daripada pertubuhan lain terutamanya SIJIL GEC A Level yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge di United Kingdom.

 

KESIMPULAN

Saya secara peribadi TIDAK BERSETUJU kerajaan meluluskan pengiktirafan UEC. Secra ringkas sebabnya adalah :-

  1. Bahasa penghantar bukan Bahasa melayu bakal menjarakkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia yang semakin hari semakin kelihatan tercabar dan perasaan prejudis semakin membara adakalanya, ditambah lagi dengan kewujudan sekolah jenis kebangsaan mengikut bangsa yang bercambah. Sepatutnya kita hanya benarkan sekolah khas berdasarkan keperluan agama sebagaimana muncul sekolah tahfiz, sekolah agama dan sebagainya, maka tiada masalah untuk membenarkan sekolah agama masing-masing di Malaysia keran itu hak mereka di dalam negara yang berbilang agama ini. Namun asasnya adalah agama bukannya bangsa. Tiada dijumpai sekolah jenis kebangsaan melayu, kerana kita menghormati sekolah kerajaan iaitu sekolah kebangsaan.

Maka apabila sekolah berasakan bangsa ini sudah tertubuh, hampir msutahil untuk kerajaan menutupnya. Maka apa diperlukan adalah bagaimaan tindakan kerajaan agar mewajibkan silibus interaksi antara kaum dan menghormati sesama kaum di dalam silibus wajib sekolah vernacular ini.

  1. Kandungan sijil UEC yang banyak perlu disesuaikan dengan situasi Pendidikan Malaysia, maka dijangka perubahan silibus tersebut sangat sukar dan bakal merosakkan objektif sijil UEC terbabit. JIka itu boleh berlaku, maka memadailah dengan pelbagai sijil-sijil yang telah ada. Pegiktirafan sijil UEC bakal menyaksikan tuntutan dari semua jenis bangsa dan Bahasa kelak di Malaysia. Jika itu berlaku, sijil dari sekolah kerajaan dan institut pengajian awam mungkin akan pupus akhirnya.
  2. Saya merasakan tuntutan UEC agak keterlaluan dari pihak yang menuntut, seolah ia mahu dijadikan hadiah kepada kaum tertentu selepas piliharaya ke 14. Apatah lagi melihat ia seolah dipaksa-paksakan ke atas kerajaan oleh parti tertentu.

 

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden

MURSHID



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Isu Pengiktirafan Sijil UEC, Interaksi Antara Kaum & Sekolah Berasaskan Bangsa di Malaysia