Soal Jawab & Isu Pilihan Janji Masih Terpakai Apabila Mati atau Hilang Aqal?
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

Janji Masih Terpakai Apabila Mati atau Hilang Aqal?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 

empty-promises

Soalan :

Ybhg Dr, saya ingin bertanya berkenaan obligasi  untuk menunaikan janji bagi kes hilang kompetensi dari sudut undang-undang (legal capacity pemberi janji.

Apabila  pemberi  janji  hilang  kompetensi dari sudut undang-undang (legal capacity)  seperti  gila, hilang akal, atau hilang ingatan, adakah obligasi untuk melaksanakan janji tersebut terbatal atau tidak.

Terdapat  risiko  dalam  amalan pasaran institusi kewangan Islam sekiranya pelanggan kehilangan ‘legal capacity’ melepaskan obligasi selaku pemberi janji. Ini adalah kerana, dalam amalan pasaran, perlindungan takaful hanya memberikan pampasan bagi kes kematian dan bukan kehilangan ‘legal capcity’.

 

Jawapan

Menurut rujukan dan pembacaan saya. Ia adalah seperti berikut:-
a.    Majoriti ulama’: Janji terbatal tanpa sebarang hak untuk menuntut dari waris. Al-Mawusu’ah al-Kuwaitiyah menjelaskan

لا خلاف فيه هو أن الواعد إذا مات قبل انجاز وعده فإن الوعد يسقط سواء أكان مطلقا أو معلقا على سبب ودخل الموعود في السبب
Ertinya : Tiada khilaf padanya bahawa orang yang berjanji apabila telah meninggal sebelum sempat melaksanakan janjinya, janji tersebut dikira terbatal sama ada janji yang bersifat umum atau diikat dengan sesuatu sebab atau janji yang keranannya pihak yang menerima janji berbuat sesuatu perkara.

المالكية : لازم لمن أوجبه على نفسه ما لم يمت أو يفلس وبالموت سقط التزامه وتلاشي فلا يؤخذ من تركته شيء
Ertinya : Menurut ulama Malikiah, adalah kemestian bagi sesiapa yang menwajibkan ke atas dirinya sesuatu (untuk menunaikannya) selagimana dia tidak meninggal atau jatu muflis. Dengan kematian, ggurlah semua iltizam (komitmen) atau kewajibannya dan tidak boleh diambil dari harta peninggalannya seustau apapun.

Malah dalam isu wakil dan disebutkan oleh Ibn Qudamah “apabila gugur sahaja salah seorang antara keduanya dari kelayakan sebagai ‘ahli tasarruf’ (orang yang berkelayakan mengurus transaksi) seperti dihalang oleh pihak berwajib, maka hukum hilang kelayakan (seperti gila dan hilang aqal) itu dianggap seperti kematian.

Namun terdapat beberapa hadis yang perlu kajian lanjut yang zahirnya menunjukkan janji kewangan mesti ditunaikan walau selepas kematian, kerana baginda nabi pernah berjanji memberikan hadiah wang kepada Jabir r.a dan apabila dituntut oleh Jabir dari Abu Bakar r.a, beliau diberikan 500 dirham yang dijanjikan.

Imam Ibn Hajar menyatakan
فجعل العدة كالدين وانجز لجابر ما وعده به النبي صلي الله عليه وسلم من المال فدلّ ذلك على الوجوب
Ertinya: Maka menjadikan janji sebagai hutang dan disempurnakan untuk Jabir r.a janji harta yang telah dijanjikan kepadanya oleh Rasulullah saw. Maka ini menunjukkan hukum wajib disempurnakan.

Sekian

 

Zaharuddin Abdul Rahman, PhD

Dis 2014

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Janji Masih Terpakai Apabila Mati atau Hilang Aqal?