Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Halatuju Kewangan Islam Kerajaan PH
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

 

 

Halatuju Kewangan Islam di Bawah Pakatan Harapan Malaysia

 

islamic finance picturesss

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Sejak kerajaan Pakatan Harapan membuka lembaran sejarah baru tanah air, dalam pilihanraya umum ke 14 yang lalu, berita politik dan dasar pentadbiran kerajaan sentiasa dalam pemerhatian, penilaian dan kritikan masyarakat Malaysia dan antarabangsa.  Sememangnya tidak dinafikan terlalu banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, khasnya bagi sebuah gabungan baru di antara pelbagai parti yang pertama kali bergabung dan mencapai kemenangan, malahan dua parti darinya belum pun berusia setahun penubuhan.

Jika dilihat dari sudut praktikal, terlalu banyak kerja, keutamaan dan perancangan yang perlu dilaksana, terutamanya sewaktu wujudnya manifesto janji 100 hari yang kini menjadi sangat rumit untuk ditunaikan atas pelbagai sebab-sebab yang mendatang. Masakan tidak, struktur organisasi kerajaan yang lama dan kepimpinan organisasi pelaksana dasar perlu diteliti. Status dan kedudukan kewangan, serta liabiliti negara perlu dinilai semula. Begitu juga dengan polisi dan dasar kerajaan sebelum ini perlu dihalusi sama ada untuk diteruskan, diubah, dihapuskan dan banyak lagi tugasan yang menunggu serta janji yang dituntut.

Saya memahami lebih banyak masa perlu diberikan bagi kerajaan hari ini selaku sebuah gabungan baru yang terkejut dengan pertama kalinya diberi peluang oleh rakyat memegang kuasa di peringkat persekutuan. Gabungan baru, orang baru, pegawai baru, polisi baru, pembangkang baru dan semua yang baru perlu pantas menyesuaikan diri, belajar dan bertindak sebijak yang mungkin dalam tempoh yang singkat.

Dalam banyak keutamaan yang dirangka oleh kerajaan baru, saya suka menarik perhatian pihak kerajaan agar tidak lupa memberikan tumpuan kepada pemerkasaan sektor kewangan Islam yang telah sedia berkembang pesat di Malaysia, khasnya bermula tahun 1983.

Prestasi kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran lama, boleh dipuji dalam hal mempromosi dan memperkukuhkan sektor Kewangan Islam dengan kejayaan, antaranya :

  1. Memperkenalkan Islamic Financial Services Act 2013 suatu akta yang lebih komprehensif bagi industri kewangan Islam berbanding Akta Perbankan Islam 1983, tiada sepertinya di mana-mana pelosok dunia kewangan Islam antarabangsa,
  2. Wujudnya institusi seperti INCEIF, ISRA, IBFIM dan ASAS sebagai antara institusi utama di bawah dan berkait dengan BNM yang menyediakan pendidikan, penyeliaan dan kajian mendalam berkenaan isu-isu kewangan Islam.
  3. Kewujudan Malaysia Islamic Finance Centre (MIFC) komuniti sebagai penghubung di antara pembuat dasar kewangan dan pelaburan dalam negara seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Labuan Financial Services Authority dan Bursa Malaysia (Kuala Lumpur Stock Exchange).
  4. Bursa Malaysia memperkenalkan Islamic Market yang merangkumi platform pelaburan saham patuh Syariah dan pelbagai lagi peluang instrumen pelaburan patuh Syariah serta kempen Syariah Investing mereka.
  5. KWSP memperkenalkan Simpanan Syariah bagi pencarum yang mengambil berat soal halal haram bagi simpanan persaraan mereka.
  6. Beberapa buah Development Financial Institution (DFI) yang di bawah naungan kerajaan persekutuan seperti Bank Rakyat, BSN, Agro Bank, SME Bank, MBSB, EXIM Bank yang sudah dan telah mengorak langkah untuk mengubah status konvensional kepada penyedia kewangan Islam sepenuhnya.
  7. Dokumen polisi BNM berkait setiap kontrak yang digunapakai oleh industri.
  8. Penerbitan Bon Islam (SUKUK) di peringkat kerajaan dan swasta yang merupakan antara yang terbesar di dalam dunia.
  9. Terkehadapannya Malaysia dalam hal inovasi produk kewangan Islam baru seperti ISSBNT, IRPS, Reits, Islamic Indexes, ETF-i dan banyak lagi.
  10. dan lain-lain lagi. 

Semua ini dan banyak lagi fakta dan data lain telah meletakkan Malaysia antara destinasi utama di mata dunia Islam dan begitu popular di kalangan Dunia Kewangan Islam bagi pelabur dan juga dari aspek pengajian ilmu dan praktikal bagi kewangan Islam.

Justeru, di samping kesibukan kerajaan Pakatan Harapan dengan urusan meneliti dan membersihkan pentadbiran kerajaan dari pelbagai penyelewengan dan salah tadbir kerajaan yang lalu, saya berpandangan kerajaan perlu mula menjuarai isu kewangan Islam. Ini kerana sejak hari bersejarah tanggal 9 Mei 2018 yang lalu sehinggalah artikel ini ditulis, belum kedengaran lagi pendirian pihak kerajaan sama ada oleh YAB Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan, mahupun Gabenor baru BNM berkaitan panduan arah bagi sektor kewangan Islam di Malaysia.

Saya mencadangkan cadangan ringkas agar:-


a. Pihak kementerian kewangan dengan sokongan dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi mengeluarkan kenyataan bahawa kelestarian industri Kewangan Islam akan diteruskan malah didokong penuh untuk terus berkembang melalui institusi sedia ada. Tanpa sebarang kenyataan bertulis atau lisan oleh pihak kerajaan, itu sedikit sebanyak meresahkan sebahagian pemain industri dan pendukung kewangan Islam akan masa hadapan industri ini di Malaysia.

b. Keutamaan kepada Kewangan Islam yang inklusif: Iaitu dengan memberikan gambaran bahawa pihak kerajaan juga akan mengkaji kesesuaian untuk memperkenalkan konsep ‘Islamic First’ iaitu memberi prioriti kepada produk Islamic Finance dalam urusan kewangan kerajaan dan GLC seperti sewaktu kerajaan ingin membuat ‘fund raising’ dengan penerbitan Bon, pemberian pembiayaan melalui institusi bersesuaian kepada rakyat melalui perbankan, yang biasanya di umum sewaktu bajet, simpanan dan pelaburan syarikat GLC dan yang berkaitan.

Ini kerana sektor kewangan Islam adalah bercirikan pelaburan dan instrumen bertaraf SRI and ESG pada hampir semua produknya yang tentunya memberi manfaat kepada seluruh masyarakat tidak kira agama dan kaum, malah statistik menunjukkan hampir USD 20 trillion wang telah dilaburkan oleh masyarakat antarabangsa ke dalam sektor pelaburan yang bersifat mesra persekitaran, kukuh selia tadbir dan berimpak tinggi dan positif kepada masyarakat awam (ESG dan SRI) termasuk juga kategori ‘sustainable investment’ dan ‘green investment’. Semua ini amat selari dengan ciri-ciri dan ukur rujuk (benchmark) bagi pelaburan patuh Syariah juga. Ini bermakna kumpulan masyarakat pelabur sudah mula memikirkan aspek positif lain selain hanya pulangan keuntungan kewangan semata-mata.

c. Di Malaysia, Value Based Intermediation (VBI) telah diperkenalkan, maka amat wajar kerajaan baru untuk terus memperkemas dan memperkukuhkan nya. Secara ringkasnya, VBI telah diperkenalkan oleh BNM supaya sesebuah institusi kewangan Islam, tidak hanya mengejar keuntungan tetapi turut memberi perhatian penuh kepada nilai tambah positif dalam setiap produk terhadap ekonomi, komuniti dan persekitaran. Maka untuk memastikan VBI dapat mencapai matlamatnya dan bukan hanya berbangga dengan konsep, suatu Key Performance Indicator (KPI) mesti dicipta dan diwajibkan ke atas institusi kewangan Islam khasnya dan juga perbankan konvensional melalui Bank Negara Malaysia.

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman (PhD)

24 Ogos 2018

INFO!
Web Khidmat kewangan Islam : www.elzarshariah.com



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 22 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Halatuju Kewangan Islam Kerajaan PH