Soal Jawab & Isu Pilihan Hukum Pembelian Guna Skim ESOS

Hukum Pembelian Guna Skim ESOS

  • PDF
(4 votes, average 5.00 out of 5)

Hukum Pembelian Guna Skim ESOS

Oleh

Zaharudddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

UNtung dan untung

 

SOALAN

Ustaz, Majikan saya (UMW Holdings) telah menawarkan beberapa unit saham dengan skim Employee Share Option Scheme (ESOS) sebagai imbuhan kepada kakitangan yang  telah berkhidmat lebih daripada 3 tahun . Untuk mengelakkan daripada unsur-unsur riba, saya telah menggunakan wang sendiri tanpa menggunakan khidmat pinjaman daripada institusi kewangan semasa membeli saham ini.

Selepas beberapa ketika dan peningkatan harga pasaran  yang berterusan saya telah pun menjualkan kembali saham ini beberapa unit bagi mendapatkan keuntungan daripadanya. Untuk pengetahuan ustaz, keuntungan yang diperolehi daripada jualan ini berjumlah diantara RM 30 - 40 ribu selepas ditolak daripada zakat saham yang telah dibayar. Kemusyikilan saya ialah

Halalkan pendapatan yang saya perolehi hasil daripada keuntungan jualan diatas?

Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ustaz dalam berdakwah untuk menegakkan syiar Islam yang syumul ini.

JAWAPAN

Setakat pengetahuan dan kefahaman saya, Employee Share Option Scheme (ESOS) adalah satu bentuk penghargaan oleh syarikat kepada para pekerjanya. Maka dengan itu, pihak syarikat memberikan diskaun untuk setiap unit saham yang ditawarkan kepada pekerjanya.

Sebagai contoh, katalah harga satu unit saham syarikat tersebut di pasaran adalah RM 12, maka pekerjanya dibenarkan untuk membelinya dengan hraga diskaun iaitu RM 7. Namun biasnaya kebenaran itu dihadkan kepada jumlah unit dan lot yang tertentu sahaja, contohnya had dibenarkan adalah 10 lot saham sahaja dan sebagainya.

Menurut hukum Islam, saya tidak dapati terdapat sebarang masalah Shariah terdapat dalam skim ESOS ini, justeru pembelian oleh pekerja dengan harga diskaun dan kemudian menjualkannya kembali di pasaran dengan harga pasaran bagi memperolehi untung hasil perbezaaan harga diskaun dan pasaran adalah HALAL.

Namun begitu, HALALnya proses ini mesti melihat kepada perkara berikut juga :-

a)      Syarikat tersebut mestilah tergolong dalam syarikat patuh Shariah dan diiktiraf kepatuhan Shariahnya oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Untuk mudah, anda boleh meneliti nama-nama Syarikat yang patuh syarikat di sini . Maka dalam kes saudara iaiu UMW Holdings Berhad, ia patuh Shariah.

b)      Pembelian mestilah dilakukan tanpa sebarang hutang atau pinjaman secara riba dari mana-mana individu atau institusi kewangan konvensional. Jika modal untuk pekerja ini membeli datang dari sumber riba, semua transaksi menjadi haram dan batal menurut Islam walaupun syarikat itu patuh Shariah.

Namun jika pekerja melakukan pembiayaan dari institusi kewangan Islam, ia adalah halal dan sah.

c)       Syarikat mestilah tidak mensyaratkan pekerja yang ingin beli mestil membuat pinjaman dari institusi kewangan tertentu, samada pinjaman Islam (tanpa faedah) atau konvensional.  Ini kerana apabila DIWAJIBKAN membuat pinjaman untuk membeli ia telah jatuh dalam kategori haram yang disepakati oleh ulama. Penegasan haram ini juga dibuat oleh PARA ULAMA TERHEBAT SEDUNIA yang menganggotai Majlis Shariah Badan Perakaunan Islam sedunia ( AAOIFI) sebagaimana fatwa mereka :-

لا يجوز اشتراط عقد البيع أو الإجارة أو نحوهما من عقود المعاوضات في عقد القرض

Ertinya : Tidak harus ( haram) mensyaratkan sesuatu jual beli atau sewa atau apa-apa sahaja aqad yang tergolong dari aqad pertkaran hak milik (mu'awadat) ketika memberikan pinjaman. ( Ma'ayir Syari'yyah, hlm 325)

Akhrinya, jika sekiranya pekerja itu tahu bahawa aktiviti syarikatnya mempunyai beberapa peratus yang haram, adalah digalakkan untuknya mensedeqahkan beberapa peratus itu kepada faqir miskin atau kemaslahatan umum bagi memastikan keuntungan yang diperolehi adalah diyakini halal dan jauh dari syubhat.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Jun 2008

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Hukum Pembelian Guna Skim ESOS