Soal Jawab & Isu Pilihan Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan

Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan

  • PDF
(14 votes, average 4.71 out of 5)

Minta Semula Hutang Yang

Telah Di Halalkan

www.zaharuddin.net

 

Tarik menarik hutang
 

Soalan 

Assalammualaikum,

Ustaz, saya mempunyai masalah iaitu mengenai HUTANG.

Kawan saya ada meminjamkan wang kepada saya dan beliau telah menghalalkan semua hutang tersebut. Kini beliau meminta saya menjelaskan hutang yang telah dihalalkan itu.

Saya jadi risau dan keliru mengenai perkara ini. Minta Ustaz  tolong jelaskan apa hukumnya kawan saya yang meminta wang itu dan apa yang perlu saya lakukan. Adakah saya wajib jelaskan hutang yang telah dihalalkan tersebut?

Baru-baru ni abang iparnya datang jumpa saya dan mengarahkan saya supaya menjelaskan hutang itu. Saya sudah terangkan kepadanya dia telah halalkan tapi dia tetap berdegil juga.

Kini ianya menjadi masalah yang besar pula melibatkan keluarga kedua-dua pihak. Kawan saya itu tetap mahukan saya supaya bayar semula. Beliau jua telah memburuk-burukkan saya kepada semua orang. Sedih dan pilu bila seorang kwn buat saya mcm ni.

Tolong beri pandangan dan pendapat apa yang perlu saya lakukan.


Hamba Allah,

(melalui email)

Jawapan

Islam menggalakkan umatnya menulis hutang dan disertai dengan saksi bagi mengelakkan pertikaian, lupa dan yang paling berbahaya adalah menemui kematian dalam keadaan tiada siapa yang sedar akan hutang kita yang masih tidak berbayar.

Jika ketika berhutang memerlukan tulisan, demikianjuga tatkala ianya di'halal'kan atau dalam kata lain, disedeqahkan oleh si pemberi hutang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis" ( Al-Baqarah : 282)

Apabila kedua-dua amalan yang diajar oleh Islam ini tidak diaplikasikan, fenomena di atas mudah berlaku.

Dalam konteks Islam, ketika hutang itu telah dihalalkan secara berlafaz atau sms oleh si pemberi hutang, ia bermakna pemberi hutang telah member sedeqah atau derma kepada anda.

Konsep menghalalkan hutang sehingga menjadi sedeqah ini dipuji oleh Allah s.w.t dalam ayat berikut :-

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )

Justeru, di ketika ia telah menghalakan hutang itu, aqad ‘hibah' atau sedeqah telah termeteri dengan sempurna, kerana antara syarat utama sah hibah dan sedeqah adalah ‘qabadh' atau penerimaan hadiah. Maksudnya jika jiran saya berkata dia ingin menghadiahkan motorsikalnya kepada saya, tiba-tiba sebelum sempat ia menyerahkan kuncinya, ia telah meinggal dunia, tatkal aitu. Hibah belum sempurna dan saya tidak boleh menuntut hadiah itu kerana saya masih belum terima atau ‘qabadh' motorsikal tu. 'Qabadh' motoriskal adalah melalui terimaan kuncinya.

Dalam kes anda, anda telah pun 'qabadh' wang itu kerana ia [ada asalnya adalah hutang. Tatkala itu peneirmaan hadiah telah sempurna.

Adapun, ia menarik semula hadiahnya atau apa yang telah dihalalkan. Pendirian Islam dalam hal ini adalah seperti berikut :-

1) Sabda Nabi s.a.w

الْعَائِدُ في هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ في قَيْئِهِ

Ertinya : "Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)

Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)

Nabi juga bersabda :

ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده

Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)

2) Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebegaia yang disebut oleh Ibn Abbas r.a

الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر

Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"

Dalam kes anda, keluarga dan individu yang menghalalkannya menafikan ‘halal' yang telah diberikan dan kemblai menuntut hutang dan memburukan anda pula.

Jika telah sampai ke peringkat itu dan anda telah berusaha memhamakannya dari sudut hukum Syariah tetapi ia berdegil, adalah lebih baik jika anda berusaha membayar jumlah ‘hutang yang dihalalkan itu', hukum haram dan dosa hanya akan ditanggung oleh mereka kerana dikira memakan harta orang lain secara haram.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

18 Nov 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Minta Semula Hutang Yang Telah Dihalalkan