Soal Jawab & Isu Pilihan Halal Guna Dakwat Untuk Pilihanraya (Komen Saya)

Halal Guna Dakwat Untuk Pilihanraya (Komen Saya)

  • PDF
(14 votes, average 3.86 out of 5)

Majlis Fatwa Benar SPR

Guna Dakwat Pada Jari

BERITA ASAL

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 8 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kaedah penggunaan tanda dakwat pada jari yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang dibolehkan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, hasil analisis sampel dakwat oleh sepasukan pakar dari Jabatan Kimia dan Bahagian Proses Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati dakwat tersebut tidak mengandungi sebarang unsur najis.

Beliau berkata, dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu juga bersifat telap air dan tidak mendatangkan sebarang mudarat sekiranya dicelup pada tangan atau kuku.

"Dakwat itu tidak membabitkan hukum atau fatwa baru tetapi kita melihat dari segi sama ada ia boleh menghalang umat Islam daripada mengambil wuduk.

‘‘Jadi terpulang kepada SPR untuk menggunakan dakwat itu dalam pilihan raya kerana hasil analisis sampel dakwat yang dibentangkan kepada kita menunjukkan tiada sebarang halangan dan keraguan dari segi hukum,'' kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan dakwat itu di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Muzakarah tersebut diadakan bagi membincangkan cadangan SPR untuk memperkenalkan penggunaan tanda dakwat di kuku pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan penipuan ketika pengundian.

Perkara itu adalah antara pembaharuan yang ingin diperkenalkan oleh SPR dalam pilihan raya umum ke-12 selain mencadangkan penggunaan peti undi lut sinar menggantikan peti undi hitam yang digunakan sejak 1955.

Menurut Abdul Shukor, Jakim selaku urus setia muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan akan memaklumkan serta-merta keputusan rasmi mengenai hukum penggunaan dakwat itu kepada SPR.

Ditanya berapa lama tempoh dakwat itu melekat pada jari sebelum dapat dipadamkan, beliau berkata, ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari bergantung kepada individu yang menggunakannya.

KOMEN SAYA

Alhamdulillah, setakat ini saya merasakan ia adalah tindakan yang baik bagi menambahkan keyakinan ramai terhadap proses pilihanraya.

Cuma perlu dipastikan semua pengundi menggunakan dakwat yang sama. Bukan dakwat lain yang belum disahkan halal oleh Majlis Fatwa, adalah sangat baik jika dapat dihebahkan jenis dakwat dan jenamanya (jika ada), sesiapa yang ada info harap dapat berkongsi di yahoogroups saya.

Dalam bab seumpama ini, setelah diyakini ia : -

a) tiada unsur najis

b) tidak mengganggu wudhu

c) dapat memberikan sedikit jaminan tambahan kepada keadilan dalam proses pilihanraya.

maka menurut pendapat saya, bagi menepati ruh dan kehendak hukum Islam ia sudah menjadi satu perkara yang dituntut dan bukan hanya tergolong dalam jenis perkara 'terpulang untuk lakukan atau tidak''. Justeru, ia adalah suatu perkara yang tergolong dalam kategori "KEMESTIAN' bagi SPR untuk melaksanakannya demi mencapai Maqasid Shariah iaitu kesaksamaan dan ketenteraman jiwa rakyat dari semua pihak.

Ia berdasarkan kaedah Fiqh :

الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني

Ertinya : Asal bagi hal ehwal  Mu'amalat ( urusan sesama manusia merangkumi politik, kewangan dan lain-lain) dan adat adalah perlunya melihat kepada ma'ani" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 2/228 )

Ma'ani yang dimaksudkan di sini menurut sebahagian ulama adalah hikmah dan kebaikannya dari sebuah hukum atau ketetapan, kesimpulannya merangkumi maksud 'maslahat' atau kepentingan yang tiada percanggahan dengan hukum yang lain. (Al-bahrul Muhit, Az-Zarkasyi, 5/119 ; Nazariyat al-Maqasid, hlm 26 )

Jika ditinjau dari perspektif kaedah ini, maka aplikasi kaedah mencelup jari tadi adalah amat wajar dan sangat diperlukan bagi menjaga maslahat semua pihak dan menjamin keadilan serta mengelakkan penipuan. Malah, pada hemat saya, boleh dianggap hukumnya ketika ini sebagai wajib. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Halal Guna Dakwat Untuk Pilihanraya (Komen Saya)