Soal Jawab & Isu Pilihan Nilai Matawang Berubah : Hutang Bagaimana ?

Nilai Matawang Berubah : Hutang Bagaimana ?

  • PDF
(8 votes, average 5.00 out of 5)

  

Nilai Matawang Berubah :

Hutang Bagaimana? 

Soalan 

Yang berbahagia ustaz,

Saya telah membaca di web ustaz dan menghadiri kursus kewangan yang ustaz kendalikan, alhamdulillah saya merasa ianya amat bermanfaat sekali dan sekaligus mengubah persepsi buruk saya selama ini terhadap bank-bank Islam. Penerangan bab Riba adalah amat jelas dan cukup bimbang bila saya memikirkan apa yang ada di sekeliling kita. Saya ingin bertanya al-fadhil ustaz, berkenaan hutang yang diberi kepada seorang rakan di waktu belajar dahulu sekitar tahun 1986 sebanyak USD 400, rakan saya ingin membayarnya ketika ini ( Ogos 2007 ), berapakah jumlah yang perlu dibayar ? bolehkah dibayar dalam RM dengan nilai tukaran semasa yang sama dengan USD 400 hari ini atau jumlah atau mesti dalam USD juga atau nilai yang sama di ketika pinjam dulu. Saya bimbang berlaku Riba.

Dr Nun

Jawapan

Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan, penyertaan dan kepercayaan Dr.

Isu seperti ini telah dibincangkan di Majlis Fiqh Antarabangsa dalam sidangnya yang ke 5 pada 10-15 Disember 1998 bertempat di Kuwait dan keputusannya adalah seperti berikut :-

العبرة في وفاء الديون الثابتة بعملة ما هي بالمثل وليس بالقيمة لأن الديون تقضى بأمثالها فلا يجوز ربط الديون الثابتة في الذمة أيًا كان مصدرها بمستوى الأسعار

Ertinya : "Yang diambil kira tatkala menyelesaikan hutang yang sabit dengan matawang adalah dengan (memulangkan) secara sama jumlahnya (bil mithl) dan bukannya merujuk kepada nilainnya (tukaran semasa), kerana hutang dilangsaikan dengan yang sama jenis dan serupa. Maka tidak harus untuk mengikat pembayaran semula hutang yang sabit atas pihak lain dengan pertukaran nilai matawang semasa."

Keputusan ini juga dibuat bagi mengelakkan Riba dari berlaku, justeru dalam kes Dr yang bertanya, pihak peminjam perlulah memulangkan USD 400 juga tanpa mengira kuasa belinya sudah berbeza dengan apa yang ada di waktu pinjaman dilakukan.

Tidak dinafikan terdapat sekumpulan kecil dari ulama kontemporari seperti Seyikh Prof. Dr Sadiq Dharir dan beberapa yang lain, tidak bersetuju dengan keputusan ini. Walaubagaimanapun  keputusan majlis Fiqh tadi adalah keputusan majoriti ulama kontemporari dan ulama silam.

Para ulama silam terbahagi kepada tiga pendapat ketika membincangkan isu ini. Iaitu di waktu nilai matawang bertukar menjadi semkain mahal atau murah, maka hutang perlu dibayar berdasarkan apa, ia seperti berikut:-

1) Imam Abu Hanifah, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Hanbali : Wajib ke atas peminjam memulangkan hutangnya berdasarkan jumlah yang sama ketika aqad pinjaman dibuat, tanpa sebarang tambah atau kurang. [1]

Sebagai contoh apa yang disebutkan oleh Imam Al-Kasani :

ولو لم تكسد، ولكنها رخصت قيمتها أو غلت، لا ينفسخ البيع بالإجماع ، وعلى المشتري أن ينقد مثلها عددًا، ولا يلتفت إلى القيمة ههنا؛

Ertinya : " Dan sekiranya kerana tidak laku (sesuatu matawang itu), tetapi hanya nilainya yang menurun atau menaik, jual beli (yang telah termeterai) tidaklah terbatal secara Ijma', dan pembeli  perlulah membayar harga 'mithl' yang sama kuantitinya, dan tidak terpakai nilaian (baru) di sini" ( Badai As-Sonai'e, , 7/3245)

Imam As-Sayuti pula berkata

وقد تقرر أن القرض الصحيح يرد فيه المثل مطلقًا، فإذا اقترض منه رطل فلوس،   فالواجب رد رطل من ذلك الجنس، سواء زادت قيمته أم نقصت 

Ertinya : Telah tetap bahawa sebarang pinjaman yang sohih, mestilah dipulangkan jumlah yang sama secara mutlaq, sebagai contoh apabila dipinjam satu jumlah fulus, maka wajib memulangkan jumlah fulus yang sama jenis, tanpa mengira nilainya menaik atau menurun" (Qat'u al-Mujadalah 'Inda Taghyir Al-Mu'amalah, As-Suyuti, 1/97)

2) Pandangan kedua dipegang oleh Imam Abu Yusof, dan sebahagian fatwa dari ulama mazhab Hanafi, iaitu wajib ke atas peminjam memulangkan nilai yang sama di ketika pinjaman dilakukan. [2]

3) Pandangan ketiga di pegang oleh sebahagian ulama mazhab Maliki, fatwa mereka adalah sekiranya perbezaan nilai itu besar maka wajiblah memulangkan menurut nilai barunya, tetapi jika perubahan tidak ketara dan besar, cukup memulangkan jumlah yang sama tanpa mengira nilai. (Hasyiah Al-Madani, 5/118 )

 

Walaupun majoriti ahli Majlis Fiqh Antarabangsa telah membuat keputsuan seperti yang disebut di atas, saya secara peribadi sebenarnya lebih cenderung kepada pandangan minoriti yang menfatwakan agar dipulangkan nilai semasa dan bukan melihat kepada jumlah dan kuantiti luaran semata-mata. Ia adalah kerana dua sebab yang disebut oleh Syeikh Dr Siddiq Dharir iaitu :-

1) Ia lebih hampir kepada keadilan bagi kedua-dua pihak dan Allah SWT mengarahkan kita agar bersifat adil dalam semua hal.

2) Ia dapat menolak kemudaratan bagi kedua-dua belah pihak peminjam dan pemberi pinjam dan ia termasuk dalam kaedah umum Islam iaitu :-

  لا ضرر ولا ضرار  

Ertinya : "Tiada memberi mudarat dan membalas kemudaratan"

Nasihat saya kepada para peniaga dan orang ramai, bagi menjamin memegang pendapat yang lebih baik dan keadilan tercapai serta mengelakkan riba, seeloknya ketika penjualan dan pinjaman dibuat, di awal kontrak sudah di tetapkan kaedah apa yang ingin dipakai, samada mengambil kira pertukaran nilai atau terhad kepada jumlah tanpa melihat nilai semasa. Wallahu 'alam.


 


[1]  Bada' as-Sonai'e, 7/3245 ; Tanbih ar-Ruqud, 2/60 ; Hasyiah as-Shalabi 'Ala Tabyin al-Haqaiq, 4/142 ; Az-Zarqani ala Khalil, 60/2; hasyiah Ar-Rahuni, 5/121 ; Qat'u al-Mujadalah 'Inda Taghyir Al-Mu'amalah, As-Suyuti, 1/97 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 2/226

[2]  Tanbih Ar-Ruqud, 2/60 ;



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan





RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 43 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Nilai Matawang Berubah : Hutang Bagaimana ?