Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !
Soalan
fazlullah nazri <paklah1122@yahoo.com> wrote:
Minta komentar kawan2 groups berhubung dengan syarikat berikut:-
BRIGHT Pxxxx Sxxxx (M) BHD, SYARIKAT MALAYSIA (100% BUMI PUTRA). ADA IBU PEJABAT, LEMBAGA PENGARAH, ADA LESEN PERNIAGAAN DAN ADA AGREEMENT KONTRAK. KINI KAMI MEMPELAWA ANDA MENJADI RAKAN NIAGA KAMI BERDASARKAN PROFIT KEUNTUNGAN DIKONGSI 70:30
MENJANA PENDAPATAN 10% TIAP-TIAP BULAN TERUS MASUK KE AKAUN MAYBANK ANDA SELAMA 3@5TAHUN!!! MEMANG HEBAT!!! SEBELUM INI PENYERTAAN HANYA DIBUKA UTK SYARIKAT2 BESAR DGN MODAL YG BESAR... KINI PELAN DI BUKA PADA SEMUA / INDIVIDU BIASA PUN BOLEH MENYERTAINYA........
- PELAN SESUAI UNTUK MEGA CORPARATE, SYARIKAT KORPARAT, USAHAWAN, DAN INDIVIDU BIASA.:
1. RM1,000,000.00 - KEATAS (MEGA KOPRAT) BY AGREEMENT
2. RM150,000.00 - RM1,000,000.00 (KOPRAT) BY AGREEMENT
3. RM25,000.00 - RM150,000.00 (USAHAWAN) BY M.O.U
4. RM2,000 - RM25,000.00 RETAIL....
NOTE :
RM2,000 - RM4,999.99 KONTRAK 3 TAHUN SAHAJA.
RM5,000 KEATAS KONTRAK BOLEH 3 ATAU 5 TAHUN.
1. DIVIDEN BULANAN (PASSIVE INCOME)
Setiap Merch Partnership akan mendapat advance setiap bulan sebanyak 10% dari jumlah share.
Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00
2. REWARD ROYALTY (BONUS PENAJAAN)
Syarikat akan memberi insentif tambahan sedalam 4 level kepada
- ADA BONUS PENAJAAN DAN REWARD ROYALTY.( 3%, 1%, 0.7%,
0.5%)- 4 level
- POTONGAN ZAKAT
- MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK
PERINGATAN: INI BUKAN PERLABURAN INTERNET...YG SANGGUP BAYAR PULANGAN SECARA DAILY%
MARILAH ANDA DILUAR SANA, BERSAMA-SAMA MENYERTAI PROGRAM INI...MASIH BARU LAGI..DAN PROSPEK MASIH LUAS LAGI...
PROGRAM BARU BERMULA JANUARY 2007.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI SAYA ATAU BERIKAN EMAIL ADRESS UTK PRESENTATION:
JAMAL xxxxxx.
JAWAPAN UZAR
salam,
Hukumnya adalah haram dan mempunyai riba dengan amat jelas.
Keadaan ini berlaku dalam skim di bawah akibat kurang faham displin perniagaan dan pelaburan di dalam Islam dengan serius, mereka amat keliru maka skim yang ditawarkannya bercampur-campur, sebahagian diwarwarkan cara yang betul seperti profit sharing keuntungan adalah 70:30.
Tetapi selepas tu, tiba-tiba pula disebut "menjana pendapatan 10% tiap-tiap bulan"
Contoh yang diberikannya juga tidak reflect apa yang disebut di atas (profit sharing 70 :30 ) iaitu :
Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00
Di mana perginya pengiraan 70 : 30 profit sharing ratio jika sudah ditetapkan pulangan 10 % dari modal adalah keuntungan?. Amat jelas ini adalah riba dari kategori Duyun dari kelopok riba al-qard, ia juga salah satu bentuk skim cepat kaya yang diharamkan menurut pandangan Islam.
Selain itu ia juga, ia juga menjamin modal dari sebarang risiko, selakali lagi bukti pengharaman ditemui. Bezanya ia hanya bukan internet tetapi sama haramnya macam pelaburan cepat kaya internet.
Ini terbukti dari iklannya :
MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK
Secara mudah ini adalah skim money game, terbukti dari plan mencari ahlinya.
Sistem zakatnya juga adalah salah.Tiada perlu dipotong di situ, kerana ia adalah harta haram.
Saya juga diberitahu dari satu email bahawa seorang bekas pelabur pak man telo dulu berkata bahawa skim pak man telo pada tahun 1999 di Kulim Kedah juga ada lessen dan syarikat yang benama Platinum Lane SB (PLSB). 100% milik bumiputra dan ia lebih hebat ketika itu apabila dikatakan mempunyai ‘approval' dari BNM dan KPDNDHEP....
Sekian
ust zaharuddin
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites