Soal Jawab & Isu Pilihan Lina Joy Gagal Buang 'Islam' dari IC (Komen Saya)

Lina Joy Gagal Buang 'Islam' dari IC (Komen Saya)

  • PDF
(25 votes, average 4.36 out of 5)

Lina Joy Gagal Dalam Rayuan

Gugur Perkataan Islam

(Sila baca komentar ringkas saya di bawah artikel ini) 

PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Azlina Jailani, wanita yang menukar agama ke Kristian, gagal dalam rayuannya hari ini untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara memadamkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Azlina, 42, yang telah menukar namanya ke Lina Joy, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum JPN boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya.

Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Ahmad Fairuz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Sherif menolak rayuan itu manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan deklarasi yang dipohonnya.

Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, dia memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dengan alasan dia telah menganut agama Kristian tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.

Komen Ringkas Saya

Alhamdulillah, ramai yang rasa lega dengan kejayaan ini. Umat Islam dan pendakwah Islam perlu lebih mantap berusaha bagi mencerminkan imej Islam dengan cemerlang seperti asalnya, untuk itu kita semua WAJIB memahami ajaran sebenar Islam agar tiada lagi orang yang sanggup keluar dari Islam kerana kebenarannya yang pasti, keindahannya aturannya dan kehebatan penganutnya.

Malangnya, dengan keadaan umat Islam ketika ini yang amat rapuh iman dan amalan Islamnya. Dalam keadaan ini, sememangnya umat Islam amat mudah terpedaya dengan usaha pendakyah bukan Islam lalu murtad.

 Apapun, bagi saya..kegembiraan kemenangan ini bukannya terlalu hebat, kerana sebenarnya kita telah kalah kerana Lina Joy telah pun murtad, cuma nama Islam di Kad Pengenalannya sahaja yang kita MENANG?!. Nama 'Islam' di IC nya tidak membawa banyak erti kepada diri si Lina dalam keadaaan ia sudah murtad. Mungkin ia membawa serba sedikit manfaat agar si murtad yang lain tidak menghina Islam dengan membuat sebarang tuntutan sebegini lagi.

Cuma kelebihan yang diperolehi dari kemenangan ini adalah :Jika si Lina ni menang sudah tentulah akan berbondong-bondong puak-puak murtad yang lain, ingin membuang nama ISLAM dari IC mereka, kalau sebelum ni mereka hanya senyap, tapi jika Lina menang, sudah tentu semua nak bising. Tatkala itu lah yang kita bimbang dan risau bahawa imej dan maruah Islam tercalar seperti barang tak laku, hingga ramai pula yang berebut-rebut ingin pisahkan diri dengan nama "Islam", padahal Islam ini sangat hebat & patut berbangga walaupun hanya dengan namanya sahaja.

Selain itu, ia juga memberi sedikit tambahan lega apabila kuasa diberi kepada mahkamah shariah untuk memutuskan memberi pengesahan atau tidak secara rasmi.

Saya juga mengira bahawa, Mahkamah Shariah perlu memanfaatkan kuasa yang diberi ini untuk menyediakan kaunselor yang hebat bagi berbincang dengan mana-mana individu yang cuba murtad dan mendapatkan sijil murtad mereka kelak. Manfaatkan!

Maaf, saya tidak sempat mengulas panjang. Apapun, tahniah para peguam yang berusaha untuk menghalang penguguran nama itu.

Untuk membaca perbincangan tentang dosa murtad dan hukumannya , sila klik di sini.

Sekian

www.zaharuddin.net




Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Soal Jawab & Isu Pilihan Lina Joy Gagal Buang 'Islam' dari IC (Komen Saya)