Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading
  • PDF
(29 votes, average 4.59 out of 5)

Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

forexcrazy

 Setelah berhempas pulas melayan sebahagian bantahan, komentar dan tidak puas hati pedagang matawang asing ( Forex Trader) sejak tahun 2008, iaitu sejak dari awal saya menyediakan kajian ringkas yang dipaparkan di web ini, boleh dirujuk artikel tersebut di link berikut :-
 

1.    Hukum melabur dan berniaga Forex
2.    Hukum Leverage Haram.
3.    Perosak Forex Trader

Saya bersyukur kerana semalam telah diadakan satu muzakarah besar yang dihadiri  oleh lebih 200 orang ilmuan Shariah, ulama, ahli ekonomi, bankers dan peguam. Tiga kertas kerja dibentangkan.

Kertas kerja pula bukanlah disediakan oleh individu tetapi dibuat secara berkumpulan. Ini bermakna kertas kerja tersebut wajar diberikan lebih kredit kerana merupakan buah fikiran dan kajian secara kolektif yang sememangnya akan lebih kukuh berbanding kajian dan pandangan dari seorang individu. Bukan sekadar itu, malah kumpulan pengkaji juga telah mencuba sendiri berdagang melalui salah satu platform forex bagi mendapatkan kejelasan maksimum sebelum menyimpulkan sebarang hukum. Selain itu, mereka juga telah bertemu dengan penyedia platform FOREX itu sendiri di samping beberapa siri temubual dengan pedagang FOREX yang berpengalaman. Justeru, saya kira, perdagang FOREX tidak boleh sama sekali mempertikaikan kefahaman para pengkaji kerana penyelidikan mereka jauh lebih dalam dari hanya sekadar 'pengalaman', tambahan pula penyelidik juga menrima informasi rasmi dari pihak Bank Negara Malaysia selaku 'regulator'.

KUMPULAN PERTAMA

Hasil daripada kajian kumpulan pengkaji pertama yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Som, Dr. Marjan Muhammad, Ust Luqmanul Hakim Hussain, En. Wan Norhaziki Wan Abdul Halim. Kesimpulan mereka mencatatkan seperti berikut :-

“1.  Spot forex yang dijalankan oleh individu melalui platform internet agak berbeza daripada konsep spot forex yang dijalankan di peringkat inter-bank. Dari satu sudut, ia dibuat berdasarkan spot forex dari segi harga lani (value spot), tetapi dari segi penyelesaian ia tidak berlaku berdasarkan T+2. Malah penyelesaian tidak akan berlaku selagi pedagang tidak menutup posisi yang dibukanya.

Namun, dari sudut yang lain, spot forex dilihat lebih mirip kepada forward forex, kerana apabila pedagang membeli sesuatu matawang daripada broker, beliau tidak akan dapat memiliki matawang yang dibelinya. Sebaliknya, pedagang akan menikmatinya setelah beliau menjualnya semula kepada broker pada waktu hadapan. Apa yang membezakan spot forex oleh individu dengan forward forex ialah kadar tukaran matawang masa hadapan adalah tetap iaitu kadar yang dipersetujui pada tarikh transaksi, manakala kadar tukaran matawang dalam spot forex tidak tetap, tetapi berdasarkan turun naik harga pasaran matawang yang didagangkan.

2. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sebarang urusniaga matawang asing yang dibuat melalui saluran-saluran yang tidak sah. Malah, terdapat peruntukan perundangan yang jelas berhubung larangan tersebut, iaitu melalui Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1),(2) dan (3) Akta Kawalan Pertukaran
Wang (AKPW) 1953. Mana-mana individu dilarang sama sekali berurus niaga matawang asing, kecuali setelah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Asing, iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.

3. Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard = leverage, riba al-nasi’ah = rollover interest, qabd, menjual matawang yang tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi spot forex secara online oleh individu adalah tidak mengikut landasan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli matawang (bay‘ alSarf).”

KUMPULAN KEDUA

 Manakala satu kumpulan lagi datangnya dari Universiti Utara Malaysia yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Kertas mereka menyimpulkan seperti berikut :-

“Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.

i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.

ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan ‘pinjaman’ dan jual-beli’.

iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep ‘darurat’ bagi transaksi ‘bonafide’.

iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.

v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.

vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka.”

PERANAN SAYA

Saya hanya berfungsi sebagai pengulas dalam majlis semalam. Secara dasarnya hampir kesemua kesimpulan yang dibuat oleh kedua-dua kumpulan adalah sama dengan kesimpulan yang telah saya simpulkan sejak tahun 2008 yang lalu, dengan itu, saya menyeru kepada semua pedagang matawang yang tidak berpuas hati dan menolak pandangan yang mengharamkan pedagangan matawang ini untuk berfikir kembali demi kebaikan iman dan pendapatan masing-masing.


DOWNLOAD KERTAS KERJA


Bagi mereka yang ingin mendapat kejelasan bagaimana kesimpulan tersebut dicapai, pembaca boleh download kertas kerja mereka ( yang belum diedit selepas muzakarah) untuk bacaan asas. Sebarang permasalahan bolehlah terus disampaikan kepada mereka.


Kertas Kerja Pertama (Kumpulan Pengkaji ISRA) - 735 KB

Kertas Kerja Kedua (Kumpulan pengkaji UUM) - 415 KB

 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
1 Jun 2011

 

Saya bersyukur kerana semalam telah diadakan satu muzakarah besar yang dihadiri  oleh lebih 200 orang ilmuan Shariah, ulama, ahli ekonomi, bankers dan peguam. Tiga kertas kerja dibentangkan.  Kertas kerja pula bukanlah disediakan oleh individu tetapi dibuat secara berkumpulan. Ini bermakna kertas kerja tersebut wajar diberikan lebih kredit kerana merupakan buah fikiran dan kajian secara kolektif yang sememangnya akan lebih kukuh berbanding kajian dan pandangan dari seorang individu.

 

Saya hanya berfungsi sebagai pengulas dalam majlis semalam. Secara dasarnya hampir kesemua kesimpulan yang dibuat oleh kedua-dua kumpulan adalah sama dengan kesimpulan yang telah saya simpulkan sejak tahun 2008 yang lalu, dengan itu, saya menyeru kepada semua pedagang matawang yang tidak berpuas hati dan menolak pandangan yang mengharamkan pedagangan matawang ini untuk berfikir kembali demi kebaikan iman dan pendapatan masing-masing.

Bagi mereka yang ingin mendapat kejelasan bagaimana kesimpulan tersebut dicapai, pembaca boleh download kertas kerja mereka ( yang belum diedit selepas muzakarah) untuk bacaan asas. Sebarang permasalahan bolehlah terus disampaikan kepada mereka



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #97 CEPIKIR..PEMOREK TEGAR 2012-04-20 20:46
Salam Ustaz...macamana dengan hasil pendapatan kerajaan malaysia dari cukai yang dikenakan ke kepada syarikat judi seperti MAGNUM...TOTO..4D...GENTING...KELAB-KELAB MALAM...CALRSBERG...ANCHOR..TIGER...GUINESS STOUT....PASTU.. BUNGA BUNGA DARI BANK BANK MALAYSIA...pastu duit tu wat bayar gaji kakitangan kerajaan...macamana tu ustaz....HALAL ker?
Quote
+1 #96 perdebatan/perbincangan yg adil dan sihatfaliq 2012-03-17 21:15
satu persoalan : mengapa kedua-dua kumpulan tiada jawapan membangkang. Sepatutnya perdebatan atau perbincangan seharusnya mewakili kedua-dua pendapat. baru kesimpulan nya dapat di capai jika pedebatan secara sihat dilaksanakan....

cth : pihak berkuasa agama dari indonesia yg mana mereka membolehkan forex. sepanjang yg saya tahu.

Terima kasih.
Quote
0 #95 Forex4You Islamickamal 2012-02-24 14:01
Quoting rahman:
AFB adalah pakar dalam dagangan-dagangan yang berikut:


:: SOALAN SAYA, BAGAIMANA PULA DENGAN FLATFORM INI.

www.afb.com.kw


BAGAIMANA PULA DGN PLATFORM NI?
sumber: www.forex4you.my/.../
Quote
0 #94 duniaGAPO 2012-02-22 21:14
kalau yang loss tu tobat renti macam forex pencen tu tapi yang untung tetap buat...cam tu lah dunia
Quote
+2 #93 forex pencen he heGAPO 2012-02-22 21:05
Quoting Forex Pencen-er:
Terima kasih kepada mederator laman kerana sudi berkongsi dan menyiarkan ilmu ini dengan berani dan telus. Sy juga seorang bekas aktivis Forex suatu ketika dahulu, dan sy telah berhenti atas dasar timbul keraguan berkenaan Halal & Haram. Dan sekarang sy benar yakin yg Forex itu Haram.

Kepada aktivis Forex di luar sama, yg Haram akan tetap Haram. Seperti Arak, sungguh pun ada kebaikannya dalam beberapa segi akan tetapi kemudaratannya lebih banyak. Wassalam...

AKU RASA "FOREX PENCEN" MESTI DAH BANYAK KALI MC NI KAH KAH KAH PATUT LAH EKAU PENCEN FOREX
Quote
+5 #92 mozamozara1965 2012-02-21 18:16
leverage. gharar adalah perkara yg berbeza pendapat ulama. Abu yusof dari mazhab syafei pun mengharuskan laverage dgn beberapa syarat. Garar pulak berbeza dari segi benda yg tiada dlm majlis dan benda yg tiada dlm majlis tetapi diyakini dapat mengadakan barang tersebut stelah akad. Kalu spekulate judi. Maka kluarkan fatwa haram bagi BSKL sebab yg beli tu semua spekulate. Kalu pasal nak dapat untung pun kena haramkan BSKL sebab smua beli nak dpt untung.
Quote
+3 #91 Hukum tak jelas...Umar 2012-02-21 14:07
Begitu-lah diakhir zaman ini..dimana Nabi telah menjelaskan bahawa...Yang HALAL diharamkan..kerana faktor kepentingan politik... Yang HARAM di halal..kerana faktor kepentingan dan kekuasaan...bertanggungjawa b-lah kepada sesiapa yang mengeluar fatwa tanpa menyelidiki sesuatu secara keseluruhan dan mempunyai kepentingan dunia dan kekuasaan ..ingat semua ini akan dibawa diakhirat nanti...kita jumpa disana....
Quote
+1 #90 Cara ingin berhenti dari forex tradingAdy 2012-02-19 10:50
Ustaz, saya ada kemusykilan berkenaan dgn fatwa haram forex kepada muslim. Bagi pelabur forex yang ingin berhenti kerana mengikuti fatwa itu, salah ke kita ambil balik duit modal yang telah dilaburkan dan meninggalkan semua untungnya. Adakah dikira haram duit modal itu sedangkan semasa melabur di forex, saya tidak mengetahui ianya haram. Cuma saya dengar hukumnya harus sebelum ini...harap Ustaz berkongsi pandangan. Terima kasih
Quote
0 #89 minta penjelasanrahman 2012-02-19 02:41
AFB adalah pakar dalam dagangan-dagangan yang berikut:

Dagangan mata wang Forex
Pengurusan dagangan Forex
Akaun Swap Free
Pelaburan Islam
Pelaburan Perak
Dagangan Besi
Dagangan Minyak Mentah
Dagangan Gas Asli
Dagangan Jangkaan Kopi

Pastikan anda membuat keputusan yang tepat, pilihlah AFB untuk strategi dan panduan Forex. AFB mengesyorkan bahawa semua khidmat nasihat pelaburan adalah sah dan halal. Ia di sediakan oleh broker komiditi beragama Islam yang pakar bagi semua perkara berkaitan komiditi termasuk dagangan minyak secara maya, dagangan jangkaan nilai emas, dagangan Forex dan dagangan jangkaan kopi.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai bagaimana AFB boleh membantu anda, silalah menghubungi kami terus melalu e-mel untuk nasihat lanjut.


:: SOALAN SAYA, BAGAIMANA PULA DENGAN FLATFORM INI.

www.afb.com.kw
Quote
+2 #88 responbarun 2012-02-18 23:37
Assalamualaikum ... semua... terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada ustaz kerana berjaya dalam perjuangannya menegakkan agama Allah s.w.t. dah kita semua sebagai umat islam patut sama2 menyokong perjuangan ustaz... tetapi disini saya ingin memberi pandangan pada sudut yang berbeza... saya sudah baca detail mengenai muzakarah yang terbaru ini dan mengikut fakta, hadis2 dan kajian memang jelas forex haram kerana tidak mengikut syarak dalam agama islam tetapi jika syarak2 dalam islam dipatuhi dan mendapat kelulusan undang2 negara forex ini tidak jadi masalah.... jadi salah satu langkah supaya menjadikanya halal dan umat manusia yang mencari rezeki dengan forex tidak terus melakukan dosa ialah kita semua, ustaz2, ulama2,kerajaan , NGO mencari satu fomula membuat satu platform yang halal dan tidak melanggar undang2 negara bg trader forex ini.... pendapat saya lebih baik cari cara pembetulan ke cara yang betul...mcm bdk sekolah yang kerja sekolah yang salah kita bg pembetulan
Quote
+3 #87 penyelesaiankhairulazhar 2012-02-17 10:28
Mengaharamkan forex memanglah mendukacitakan ramai kena meyekat pendapatan.Tidak ada cara penyelesaian/atau cadangan kaedah syarak oleh para perbicang bijaksana agar forex dapat dimainkan oleh umat islam untuk mejana pendapatan.Islam menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.
contoh pinjaman rumah ...dan lainlain..yang mana ada penyelesaiannya .
Quote
+1 #86 sy ingin tahusy hanya ingin tahu 2012-02-16 16:57
ust.. kalau ianya haram, knp dkt BANK boleh buat juga?
sy sudah keliru :sad:
kalau ciri2 FOREX tu:
1. spot market ( beli harga terkini dan jual pun harga terkini )- keuntungan 100%, pembayaran terus kedlm akaun.
2. ad perjanjian
3. tidak menjanjikan keuntungan
Quote
+3 #85 menjadiIsuBankRiba 2012-02-16 14:03
Assalamua'laikum w.b.t
Bagi pandangan saya ada forex yang haram dan mungkin ada yang harus. mesti tau beza broker Islamic Account market maker,NDD dan ECN account. kalau sebab spekulasi macam mana pula dgn trading di BSKL yang juga ada Islamic stock , macam mana pula dengan unit trust. pada saya broker forex macam Instaforex dan broker yang offer affliate program mcm MLM plak jelas sekali HARAM. kalau ECN (inter-bank) broker yg mematuhi syariah (Islamic Account) mungkin diharuskan. Sebab kerajaan xdapat apa2 tu yang jadi haram tu.
Quote
+1 #84 duit free mcmmana ekfree forex 2012-02-16 13:22
ada broker bagi duit free deposit $100....tanpa kuarkan modal...drp itu sy dapat keuntungan $200usd dan dapat di kuarkan keuntungan tersebut....dan di guna pakai....tanpa megeluarkan sesen modal pun....so adakah duit itu haram???

hanya bertanya
Quote
+1 #83 Systemsawadz23 2012-02-02 11:44
Di dalam system forex ada Broker pakai system MM "Market Maker" dimana seperti kumpulan pertama katakan, ia seperti forward price dan tidak "On the spot" dan tidak hand to hand trade.
Ini dimana Broker memanipulasi harga dan sentiasa forward price (a.k.a Riba).

Dan ada juga system yang menemukan buyer/seller secara terus dan "On the Spot" yang dipanggil NDD(NO Dealing Desk) dan ECN(Electronic Comunication Network) ia harga semasa dan segera, dan no. ticket (contract) digunakan sebagai pengasahan pembelian dan jualan. dan swap-free.

Minta Ustaz tolong kaji pekara ini terima kasih.
Quote
+1 #82 Pinjaman dan Sebelah PihakAmir 2012-02-01 05:04
Saya setuju dengan kumpulan kedua tentang kredit.
Ianya tidak boleh. dan semua transaksi saya lakukan berdasar kan cash-basis.

Tetapi bagaiman pula seorg peniaga kedai buat loan kat bank dan untung dari situ perniagaan nya.. loan masih ada riba.. dan konsep dlm Kredit Trading adalah sama.

Macam mana nasib si peniaga itu?
Dan Car Loan? berjuta rakyat malaysia pakai kereta, bagaimana pula nak diterjemah kan itu?
Saya rasa masih ada kupasan yg belum complete disini.
Terima Kasih
Moga Allah bersam kita semua.
Quote
-1 #81 Yang Haram Tetap HaramForex Pencen-er 2012-01-23 15:51
Terima kasih kepada mederator laman kerana sudi berkongsi dan menyiarkan ilmu ini dengan berani dan telus. Sy juga seorang bekas aktivis Forex suatu ketika dahulu, dan sy telah berhenti atas dasar timbul keraguan berkenaan Halal & Haram. Dan sekarang sy benar yakin yg Forex itu Haram.

Kepada aktivis Forex di luar sama, yg Haram akan tetap Haram. Seperti Arak, sungguh pun ada kebaikannya dalam beberapa segi akan tetapi kemudaratannya lebih banyak. Wassalam...
Quote
+2 #80 Fatwakan isu Forexzainuddin yahaya 2011-12-19 19:56
Saya mencadangkan dr dan ahli akademik yang lain memberikan desakan kepada mengambil tindakan segera mengeluarkan fatwa mengharamkan perniagaan ini. Kita mempunyai tanggungjawab yang sangat berat dihadapan Allah kerana diberikan ilmu tetapi tidak menyelamatkan umat Islam dalam kesesatan nyata.Tulis seberapa banyak ruangan samada media cetak dan elektronik tentang isu ini. Sekarang satu lagi isu besar dalam masyarakat iaitu beli dinar Iraq. Isu ini juga mesti terus fokus kepada penyekatan daripada terus melanda masyarakat yang gila harta.
Quote
+1 #79 rightekoalkautsar 2011-11-26 14:55
:P
thanks for informations
Quote
+1 #78 rasanya tak mungkin 1:2Fitrah Trading Co. 2011-11-26 09:52
Quoting HASRUL IZAM BIN MOHD:
Saya ni sebenarnya baru sahaja start main forex di www.instaforex.com Modal USD100. Baru-baru ni beli emas dan silver bila dapat untung saya close lah. Sekarang modal saya dah jadi USD 400. Tapi, dengar orang kata ia haram. Alamak. Betul ke? leverage tue apa? saya amik 1:2, kemudian bebas swap.


Tak mungkin la 1:2, modal kamu cuma USD100, cuba check balik. kalau 1:1 baru tiada unsur leverage. jadi modal 10000: trade 10000, jika modal 10000: trade 1000000 (yang ini 1:100). Jika 1:2, modal 10000: trade 20000
Quote
-1 #77 Forex Haramhamdan 2011-11-22 20:46
Salam rakan2 muslim ... Siapa kita untuk menentang keputusan muzakarah ini? Adakah kira rasa kita lebih alim dalam bidang agama? Saya juga bekas ahli forex tapi saya telah berhenti kerana keputusan ini. Saya tidak mahu mendapat rezeki haram utk diberi kepada anak bini.
Quote
0 #76 Sistem yang mengelirukan umat IslamMohamad 2011-10-31 21:36
manalah kita tahu semua tu...tapi yang pasti US sbg pemegang ekonomi global dah sediakan byk sistem2 yang mengelirukan umat Islam..anataranya forex...jadi adalah lebih baik kita tidak berjinak2 dgn sistem ini kerana orang kafir tidak akan jemu2 menyesatkan umat Islam..[quote name="IIskandar"]Benda yg belum pasti jgn di haramkan .. Islamic Account tak ada swap ... nak trade kena ada modal ...Yg tak keluar duit tu trade pakai demo account ... Kalau tak faham forex trading, belajar dulu ...

USD naik bukan sebab org berjudi duit diaorg .. naik turun currency tu disebabkan faktor kestabilan ekonomi (atau ketidak stablian) ekonomi diorg .. Hari2 setiap currency tu ada News .. News tu adalah perkiraan faktor2 ekonomi diaorg .. Kalau GDP bagus, currency diorg naik lah ... Kalau Non Farm Payroll jatuh, ekonomi US teruk lah sebenar nya ... Jadi, kita beli jual USD tu bila kita faham keadaan ekonmi diaorg lah ... Yg main judi ni yg trade currency mcm org [censored].
Quote
+5 #75 Mr.Keliru 2011-10-14 16:36
Quoting ZOEL:
Salam ustaz dan sahabat semua..sekarang banyak broker memberi option " islamic account" yg khas buat org islam dan menepati islam. Jika ianya tetap haram, uption ini jelas mengelirukan trader2 islam. Apa pendapat anda ?


Contohnya spt: tadawulfx.com/.../...

"The Islamic Accounts offered have been created to be compliant to Islamic religion, specifically Sharia Law. To make it easy to understand with a simple example, the Sharia Law that is taken into account for Islamic Accounts is to give or receive and not to expect anything in return. This is why TDFX provides Islamic Accounts with no additional charge, hidden cost and most importantly no interest fees (SWAP Free)."
Quote
+1 #74 Risau & sedihsham 2011-10-05 18:31
Alhamdulillah saya dah terpanggil untuk tinggalkan forex setelah sekian lama berkecimpung dlm bidang ni. Tapi kini timbul rasa sedih & takut kerana ada yg masih menolak kata2 ustaz bahkan sampai mengeluarkan kata2 yg kurang menyenangkan. Dari pengalaman saya main forex, ramai kalangan org Islam yg terbabit dlm bidang ini, malah makin bertambah. Saya doakan agar Ustaz tabah dlm menegakkan syariat Islam bagi mendaulatkan agama tercinta ini dan menambahkan usaha utk memaklumkan perkara ini. Maaf utk kata2 saya ni, bukan disebabkan dengki atau sebagai nya. Cuma ingin meluahkan isi hati
Quote
-13 #73 Kalau jahil, mmg berjudi lah ..IIskandar 2011-09-07 18:26
Benda yg belum pasti jgn di haramkan .. Islamic Account tak ada swap ... nak trade kena ada modal ...Yg tak keluar duit tu trade pakai demo account ... Kalau tak faham forex trading, belajar dulu ...

USD naik bukan sebab org berjudi duit diaorg .. naik turun currency tu disebabkan faktor kestabilan ekonomi (atau ketidak stablian) ekonomi diorg .. Hari2 setiap currency tu ada News .. News tu adalah perkiraan faktor2 ekonomi diaorg .. Kalau GDP bagus, currency diorg naik lah ... Kalau Non Farm Payroll jatuh, ekonomi US teruk lah sebenar nya ... Jadi, kita beli jual USD tu bila kita faham keadaan ekonmi diaorg lah ... Yg main judi ni yg trade currency mcm org [censored]. Tak faham fundamental ... Tak faham ekonomi, jgn sedap2 komen .. Tak faham forex, jangan trade ... Kalau trade tu berjudi .. Kalau faham tu, bisnes .. Janji jgn ada swap n trade futures .. Buat meniaga lain pun sama .. Tak ada ilmu, meniaga apa nama nya . Tak de ilmu, kira berjudi lah ...
Quote
+14 #72 salah sapakimi 2011-08-25 14:59
Quoting Anti Riba:
Saya bersetuju dengan muzakarah ini.. tapi pandangan saya jgnlah kita terlalu menghentam ikan bilis yg kecil sedangkan si jerung juga yg bermahajarela di lautan. lebih baik diadakan muzakarah tentang sistem riba BANK-BANK KONVESIONAL dalam negara kita. kenapa kerajaan pandang sebelah mata isu ni.rasanya mustahil lebih dari 10% rakyat malaysia terlibat dengan forex..mugkin tak sampai 5%.tetapi berapa ramai anak cucu bangsa kita terlibat dengan sistem riba.. rumah,kereta,ta nah semua hasil benih riba.. dari zaman datuk nenek kita semua ni dah jadi darah daging kita.. kenapa ULAMA tidak bangkit berjuang sehinga selesai isu ini :sad:


dah kita sendiri xbagi kuasa kepasa ULAMA utk memerintah.. dari dulu smpi la, 5 tahun sekali, dok pangkah yg tu jgk la.. cuba ubah pangkah kepada ULAMA tahun ni, insyaAllah boleh..
Quote
0 #71 Senang Betul Kau Keluar Tatwa SendiriBeruk Kau 2011-08-21 22:18
Quoting ayem:
Salam semua,
Forex ni senang je, kalau beli kena bayar cash on the spot, dan dah dapat matawang tu baru boleh jual. kalau broker forex dan trader forex boleh guarantee requirement ni, ber-forex lah anda , insyaAllah halal.


Senang betul kau buat fatwa sendiri, kau ingat yg buat kajian dan kertas kerja nii, budak darjah 5 lima ker? Kalau dah nampak duit, kot-kot mana pun mesti nak paksa di halalkan jugak, bukan aku tak tahu pesen yg gila forex nii.
Quote
+9 #70 SAYA SETUJU!Anti Riba 2011-08-17 16:59
Saya bersetuju dengan muzakarah ini.. tapi pandangan saya jgnlah kita terlalu menghentam ikan bilis yg kecil sedangkan si jerung juga yg bermahajarela di lautan. lebih baik diadakan muzakarah tentang sistem riba BANK-BANK KONVESIONAL dalam negara kita. kenapa kerajaan pandang sebelah mata isu ni.rasanya mustahil lebih dari 10% rakyat malaysia terlibat dengan forex..mugkin tak sampai 5%.tetapi berapa ramai anak cucu bangsa kita terlibat dengan sistem riba.. rumah,kereta,ta nah semua hasil benih riba.. dari zaman datuk nenek kita semua ni dah jadi darah daging kita.. kenapa ULAMA tidak bangkit berjuang sehinga selesai isu ini :sad:
Quote
+3 #69 muskilapith 2011-08-15 14:18
slm ust,sy nk tnye tntg perniagaan dlm internet,contoh mcm jual e-book,atau 1 klick syarikt bg 0.10 sen,sbb tolong iklankn website dia,cmne tu,halal ke?tq
Quote
0 #68 mr.poji 2011-08-02 12:40
yg menjadikan forex ni kritikal bermasalah ialah wang adalah disandarkan kpd emas,..yg mana menjadi salah satu dari item ribawi. "..apabila didagangkan mesti bertukar tangan dlm satu aqad tanpa tangguh dan sama nilainya". SPOT ejaannya, bukan sport.

petai pula tk termasuk dlm kategori item ribawi. dan banyak lagi benda lain yg diniagakan tidak termasuk dlm item ribawi. jadi tkdala masalah jual belinya spot ke tak.
kalau hang nk tau..beli beras bayaq dgn kad kredit juga tak boleh
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 101 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Muzakarah JAKIM Berkenaan Hukum Forex Trading