Video Ceramah Pelbagai Isu
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Menghargai usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan, yang bersusah payah mengedit dan menerbitkan petikan ceramah-ceramah saya yang lepas di ruangan youtube, saya merasakan ada baiknya saya pilih beberapa video yang baik untuk dikongsikan bersama para pelawat web ini. Moga ada manfaat yang boleh diperolehi dari petikan kuliah tersebut.
Saya pecahkan petikan-petikan ini berdasarkan topik yang disampaikan agar lebih mudah dipilih oleh para pembaca dan pendengar.
Oleh kerana setiap ceramah ini dilaksanakan di tempat-tempat yang berlainan, maka kemungkinan untuk saya menyebut isi dan kandungan yang sama adalah besar. Ia adalah kerana setiap kali bertemu dengan pendengar yang baru, sukar untuk saya terus naik ke level ke seterusnya sebelum menyentuh isu asas atau basic terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, isu advance atau berlainan hanya akan diulas apabila saya melakukan kuliah di satu-satu tempat secara bersiri atau menggunakan kitab atau pun diberikan tajuk secara khusus oleh pihak penganjur.
Justeru, saya berharap walaupun di beberapa ketika dan tempat, isu yang dihurai adalah sama, harapannya ia tetap masih boleh memberi banyak manfaat buat pendengar, walau mereka mendengarnya berulang kali, kerana ulasan saya mungkin berbeza.
Khat nama saya ditulis oleh Ust Zuhud
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
1 Ramadhan 1430 H
CERAMAH 1
CERAMAH 2
CERAMAH 3 ( Mufti dan Kepentingan Ilmu)
CERAMAH 4
CERAMAH 5
CERAMAH 6
CERAMAH 7
CERAMAH 8 ( Isu Beer Halal & Alkohol )
CERAMAH 9(Makanan dan Samak)
CERAMAH 10 (Taubat dan Solat Qadha)
CERAMAH 11 ( SOLAT DAN JEMPUTAN MAKAN )
CERAMAH 12 (ISU SANGGUL WANITA & PELAJAR MEDIC SENTUH LAKI WANITA KERANA BELAJAR & ALKOHOL & CARA TEGUR ORG TUA)
CERAMAH 13 (CARA TEGUR ORG TUA, HUKUM JOIN SILAT & MENGUMPAT)
CERAMAH 14 (TIDAK MAHU MEMBERI MAAF, MATLAMAT HALALKAN CARA? & KOMEN 'ERTI HIDUP PADA MEMBERI)
CERAMAH 15 (KOMEN ERTI HIDUP PADA MEMBERI)
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites