Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Dilema Saya Dan Mengapa Tak Jawab Soalan ?
  • PDF
(30 votes, average 4.17 out of 5)

 

Dilema Saya Dan Mengapa Tak Jawab Soalan ?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

masalari

‘Dilema’, itulah yang boleh saya gambarkan yang berlaku kepada saya ketika ini. Kalau ketika cuti belajar di United Kingdom dahulu agak relaks, kini masa tersebut sudah berlalu. Sejurus nombor hubungan saya diketahui oleh pihak yang memerlukan, jemputan dan lantikan datang bertali arus. Di waktu itu, sebagai manusia biasa, saya perlu membuat pertimbangan jelas, manakah program yang patut saya terima dan manakah pula yang terpaksa saya korbankan disebabkan memberi keutamaan kepada tugasan lain.

Ya, dilema dan juga tercabar untuk efisyen dalam tugasan, bijak mengatur masa dan keutamaan.

KAJIAN AKADEMIK

Perlu difahami, sebagai ahli akademik yang memegang sijil PhD, semua tenaga pengajarnya DITUNTUT oleh pihak Universiti untuk menyumbang atau menulis sesuatu yang tinggi tahap keilmuannya serta menambah kedalaman dan perincian terhadap apa-apa topik yang spesifik. Sama ada dalam bentuk penghasilan artikel ilmiah yang diterbitkan di journal-journal universiti berwibawa peringkat antarabangsa yang cukup ilmiah, sebagai tatapan, rujukan dan bacaan ahli akademik, kerajaan, swasta dan peringkat pembuat dasar. Kajian tersebut juga diharapkan dapat menambah baik apa sahaja dasar, kefahaman dan amalan semasa yang telah wujud dan beroperasi.

Bagi menghasilkan satu kajian seperti itu, TENTUNYA memerlukan masa untuk pengamatan, kajian meluas serta pemikiran yang mendalam. Tentunya ia memerlukan masa untuk duduk di satu-satu tempat bagi melaksanakan tugasan tersebut. Jika sibuk ke sana kemari, berceramah di sana sini, tentu sekali kajian sebegitu TIDAK akan berjaya dihasilkan sama sekali. Atas sebab itulah, majoriti ahli akademik di Universiti TIDAK DIKENALI oleh masyarakat ramai, itu disebabkan tidak mampunya mereka untuk turun ke padang dan pada masa yang sama, menghasilkan kajian kualiti tinggi di jurnal antarabangsa dan konferen akademik serta eksklusif.

INPUT RINGAN DAN BERNAS BAGI AWAM

Pada masa yang sama, selaku ahli akademik dan pemikir, tentu rakyat juga perlukan buah fikiran, nasihat serta input yang menarik dari kita. Namun bezanya, sesuatu tulisan yang ditujukan bagi segmen ini mestilah lebih ringan, santai atau ringkas serta tepat.

Lalu berlakulah dilema pertama; antara tulisan bagi journal akademik dengan hasil kesimpulan ‘baru’, itu memang menjadi tuntutan utama bagi seseorang pensyarah di Institut Pengajian Tinggi dan tulisan ringan tapi menarik bagi panduan masyarakat awam.

ANTARA TULISAN AKADEMIK, BUKU ‘POPULAR’, MAJALAH, FACEBOOK & WEBSITE

Kalau itu antara dua, tapi kini saya menghadapi lebih dari itu, iaitu teragak-agak untuk menulis sama ada menghasilkan lagi buku akademik dalam bidang takhassus saya seperti buku saya ‘Contracts & Products of Islamic Banking’ atau buku separa akademik seperti ‘Wang, Anda & Islam’ , ‘Formula Solat Sempurna’, ‘Untukmu Wanita’ atau santai seperti ‘Untukmu Ummat’ dan lainnya dalam bidang yang pelbagai.

Terus terang, saya setakat ini mempunyai sangat banyak idea untuk menghasilkan buku bagi kedua-dua segmen di atas tetapi masa yang terhad menjadikan saya sentiasa di dalam dilema, manakah yang perlu saya dahulukan?.

Di ketika artikel ini ditulis, saya sedang menulis 6 buah buku sekaligus, dua dalam bidang Fiqh Ibadat, 1 Fiqh Hadith , satu Tafsir Al-Quran, satu berkenaan motivasi umum dan satu lagi berkenaan pengurusan Islam.

Juga sedang mengusahakan satu komik profesional berkaitan Kewangan Islam.

Juga satu 3 artikel akademik tahap tinggi untuk siaran jurnal tempatan dan antarabangsa.

Juga dalam plan menulis satu lagi buku akademik berbahasa Inggeris berkaitan kewangan Islam.

Di tambah pula dengan keperluan penulisan dan tuntutan mengisi kolum majalah, mengemas kini website www.zaharuddin.net , status facebook fan page zaharuddin.net dan lainnya.

Akibat dari terlalu ditimbuni kesibukan saya terpaksa menguzurkan diri dari menjadi kolumnis mingguan di akhbar Metro Ahad dan beberapa majalah lain. Walau terasa ingin menyumbang kepada media-media penting itu, namun kemampuan sudah kelihatan tipis, lalu terlepas.

KONSULTASI

Sebahagian dari dunia ahli akademik dan 'specialist' adalah dilantik untuk memberi panduan dan menasihat sebagai konsultan. Buat masa ini terdapat  8 buah syarikat di dalam dan luar negara yang sedang dalam penyeliaan saya, iaitu dari sudut Shari’ah. Setiap satu mempunyai pelbagai permintaan kecil dan besar untuk disemak dan diluluskan.  Demikian juga dengan jurnal akademik yang melantik saya sebagai 'reviewer' bagi menyemak, menilai dan meluluskan artikel untuk siaran jurnal ilmiah. Tentunya ini juga mempunyai keutamaan yang tinggi.

Ditambah tugasan rasmi di UIAM selaku pensyarah yang diperlukan mengajar subjek-subjek tertentu dan memberi waktu untuk konsultasi para pelajar. Keperluan menyelia pelajar peringkat MA dan PhD.

BAGAIMANA PULA RIBUAN SOALAN?

Kalau itu pun sudah dilema dalam menentukan yang mana lebih besar manfaatnya buat diri saya dan masyarakat, bagaimana pula menulis jawapan kepada seribu satu macam soalan yang memasuki kotak email, facebook inbox, facebook discussion board, sms dan sebagainya.

Atas sebab itulah, saya jarang memberi jawapan, bukan tidak mahu tetapi tidak mampu, khususnya apabila menyedari sebahagian besar soalan telah ada jawapannya di dalam pelbagai artikel saya di web atau buku, atau boleh difahami dari ulasan sebelumnya.

UNDANGAN PROGRAM

Sudah tentu, sebarang penulisan tidak akan mampu disiapkan jika saya terus bergerak ke sana kemari menerima semua jenis undangan program, tidak kira kecil dan besar.  Ramai atau sedikit, serius atau ‘lebih kurang’nya promosi dan pengaturan penganjur.

Lalu, bagi memastikan manfaat terbesar dapat dicapai, saya tiada pilihan lain kecuali PERLU MENENTUKAN prioriti dan menolak beberapa program bagi memastikan saya punyai cukup masa untuk duduk menaip di hadapan komputer dan membuka lembaran buku-buku rujukan bagi menghasilkan buku dalam kedua-dua segmen di atas.

Dilema tidak terhenti pada pertembungan keutamaan menulis, malah ditambah pula, dilema dalam menerima jemputan program ceramah.

Sebagai ahli akademik, kita diTUNTUT untuk menerima jemputan bagi seminar akademik dan konferen sepertinya. Bagi menghadirinya, tentunya kertas kerja yang lengkap dan akademik perlu dihasilkan.

Dalam masa yang sama, jemputan ceramah bagi orang awam di program persatuan, NGO, syarikat Swasta, Jabatan Kerajaan, Televisyen, Majalah, radio, masjid dan surau.

Semua jemputan ini datang dalam masa yang sama, jika anda dijemput, apakah yang manakah menjadi keutamaan dan mengapa?

Ada penceramah yang menjadikan jumlah audien yang besar sebagai neraca, kerana baginya, lebih ramai lebih ‘meriah’ dan lebih besar manfaat dan tersebar ilmunya. Kerana itulah radio dan televisyen biasanya menjadi keutamaan tertinggi bagi ramai pendakwah, atas anggapan yang menontonnya paling luas berbanding yang lain.

Ada juga yang menjadikan ‘imbuhan’ sebagai neraca; ia bukanlah sesuatu yang asing kerana terdapat agak ramai penceramah bebas yang menyara keluarga dari hasil susah payah seperti ini. Justeru, ‘bread and butter’ penceramah ini tentulah menjadi neraca yang agak penting juga. Lainlah jika seseorang penceramha itu sudah mempunyai kerjaya mantap dan pendapatan hebat, justeru, tatkala itu, imbuhan bukan neraca utamanya.

Ada yang menjadikan relevansi badan yang menjemput dan bakal pendengar sebagai keutamaan. Sebagai contoh, jika bertembung jemptan sebuah masjid dan jemputan Kabinet Menteri untuk berceramah kepada para menteri, tentulah ‘priority’ akan diberikan kepada ceramah di hadapan menteri. Dengan sangka baik kita, kerana dijangka impak dari ceramah itu mungkin mampu membuka hati pihak yang berkuasa.

Begitulah, rutin harian semua para penceramah, dilema mereka, dan saya adalah seorang dari mereka.

Yang penting, jangan dicemuh penceramah yang menolak undangan tuan jika undangan itu kelihatan kurang utama dari beberapa aspek yang dinyatakan di atas.

Saya mengakui menghadapi dilema ini, kebanyakan ahli akademik di Universiti, tidak  begitu memberatkan undangan yang tidak bersifat ilmiah, atas sebab itulah tidak ramai pensyarah universiti atau professor universiti yang dikenali masyarakat. Namun saya berusaha untuk tidak termasuk dalam kategori itu.

Cuba setakat yang mampu memainkan peranan ahli akademik yang boleh mengubah laras bahasa akademik kepada bahsaa orang awam, menerima jemputan kedua-dua segmen.

Namun, untuk menunaikan tanggungjawab itu, kesukaran menyelinap masuk dalam menentukan keutamaan antara ceramah yang perlukan kehadiran fizikal, berkenderaan, mengharungi 'jammed' dan trafik atau keletihan ke airport dan keperluan menulis buku, jurnal, kajian ilmiah, penulisan popular di web dan sebagainya.

MENJAWAB CEMUHAN?

Selain kesibukan di atas, bagi mereka yang bekerja, berperanan dalam masyarakat dengan menyebarkan yang benar, pastinya akan ada yang tidak suka. Malah walau seikhlas mana pun kita dan di tahap paling jujur sekalipun, masih akan ada yang membenci, bersangka buruk dan memanipulasi kata-kata kamu, mereka PASTI akan WUJUD. Itu sudah menjadi suatu lumrah.

Namun bagi saya, ia bukan satu keperluan dan prioriti untuk menjawab apa jua kutukan, cercaan, bantahan dari pembaca tulisan dan pendengar ceramah saya, kerana saya tidak punyai masa yang luas untuk mendengar dan menjawabnya, malah kebanyakkannya, tidak sempat saya baca dan mendengarnya.

Mungkin sebahagian fitnah jika sudah keterlaluan akan diambil tindakan, tetapi jika ia kecaman, kutukan, cemuhan biasa..abaikan sahaja, jangan biarkan ia memasuki ruang minda kita, itu lebih baik dari melayan ‘kegilaan orang gila’.

Kecuali jika, teguran itu merupakan suatu nasihat yang baik dan khusus serta ilmiah, pembetulan kesilapan tertentu dalam kata-kata dan tulisan, InshaAllah saya akan mengambil faedah darinya dan membuat tindakan perlu, jika saya diizinkan oleh Allah punyai kesempatan untuk membacanya.

uzar_majalahi

KECAMAN TERHADAP SYEIKH AL-QARADAWI

Ada yang bertanya, “Ada pihak yang mengutuk dan mengeji Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, bukan beliau guru ustaz, mengapa ustaz berdiam diri?”

Saya jawab :” Biarlah mereka dengan dunia kutukan mereka, sedang Syeikh Qaradawi sedang menambah pahala”.

Juga saya katakan “Syeikh Al-Qaradawi tidak perlukan saya untuk menjawab bagi pihaknya, segala tulisan, sumbangannya serta pengiktirafan jutaan ulama sedunia dari Timur, Barat, Utara dan Selatan sudah cukup sebagai jawapan KEPADA PENGHASADNYA, biarlah mereka hidup dengan sangka buruk mereka, biar mereka yang berhati batu itu dengan dunia mereka”

“Kalau dijelaskan sekalipun, bukan ingin diterimanya..” tambah saya lagi.

Selebihnya, banyak prioriti lain yang jauh lebih utama untuk dilakukan berbanding membaca baris-baris fitnah, kutukan dan kritikan bernafsu amarah pihak yang membenci  Syeikh Al-Qaradawi mahupun diri saya sendiri.

Tiadalah masa atau banyak faedah untuk saya jawab dan melayannya di waktu saya kekurangan waktu untuk memilih pelbagai keutamaan lain.

AKHIRNYA

Kita tidak lupa kesibukan pejuang-pejuang Islam lain yang lebih sibuk dari saya, mereka yang berjuang melalui politik, NGO, syarikat korporat, sekolah, universiti dan pelbagai medium lagi.

Bukan itu sahaja, malah sebuah tanggungjawab pendakwah yang besar adalah pendidikan dan perhatian terhadap keluarga mereka sendiri. Isteri, anak-anak dan ibubapa jika masih hidup. Mereka juga sentiasa meminta perhatian dan masa.

Namun itulah salah satu cabaran kecil kepada kami agar hidup terus berkhidmat, menuai bakti dan benih redha Allah agar rahmat Allah dan syurgaNya milik kami dan anda semua. Ameen. Maka kerana itu diharap mana-mana yang ringan mulut untuk mengutuk kononnya 'saya sebegai selebriti yang tidak melayan soalan orang marhain, sengaja jual mahal  dan sombong lantas tidak mahu melayan soalan-soalan dan pelbagai lagi tuduhan buruk , agar dapat memahami dilema saya.

Akhirnya, berdoalah agar kita sama-sama sempat dan diberikan peluang untuk meraih keberkatana Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

www.zaharuddin.net

14 Julai 2011


masalari


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Dilema Saya Dan Mengapa Tak Jawab Soalan ?