Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Doa Kesembuhan Sakit Dan Penyakit
  • PDF
(6 votes, average 4.67 out of 5)

 

Doa Kesembuhan Sakit & Penyakit

 

Oleh

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

sami yusuf healing with lyric by zaharuddin.net from dakwahislami on Vimeo.

Kehidupan sebagai manusia tidak dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain dan persekitarannya.

 

Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun, tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat sedemikian dengan mudah membawa syirik.

 

Jika di dalam rumah dan pejabat kita sering ada first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat kemalangan dan pesakit di sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya sertakan beberapa rawatan awal yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan kepada pasangan, anak dan diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan. Namun jangan dilupa, bertemu doktor itu PERLU.

 

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

 

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

 

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

 

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

 

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)

Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.blogspot.com

www.zaharuddin.net

28 Oktober 2010

 

 

Doa-doa lain

 

1.   أعوذ بكلمات الله التامة التى لايجاوزهن بر ولا فاجر من شر ما ينزل من السماء، ومن شر مايعرج فيها، ومن شر ما ذرأ فى الأرض،ومن شر مايخرج منها ومن فتن الليل والنهار ، ومن شر طوارق الليل والنهار إلاطارقا يطرق بخير يارحمن (رواه الترمذى وإسناده صحيح(

2.   أعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه ومن شر عباده ومن شر همزات الشياطين وأن يحضرون  (أخرجه وحسنه الألبانى(

3.   حسبى الله لاإله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم (سبع مرات ) (رواه أبوداود(

4.   بسم الله الذى لايضر مع اسمه شىء فى الأرض ولا فى السماء وهو السميع العليم  (ثلاثا) (رواه أبوداود وهو حديث صحيح(



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #18 Mohon dikongsiAyunie 2012-02-21 03:14
Salam ustaz... Mohon dikongsi... T/kasih...
Quote
0 #17 mohon dikongsialinn 2012-01-28 19:24
mohon izin dikongsi ya Ustaz.. terima kasih..
Quote
0 #16 mohon dikongsialinn 2012-01-28 19:21
Assalamualaikum tuan, mohon dikongsi doa-doa tersebut dalam FB saya ya... terima kasih...
Quote
0 #15 demam kuningfaris 2012-01-22 10:35
doa apakah untuk menghilangkan demam kuning
:sad:
Quote
+1 #14 ANAK DEGIL/TAK BERDISIPLIN nak tak degilaziah 2011-05-17 15:07
Salam ustaz,
Macamana nak didik anak yang degil? Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk mendidik anak2 saya tapi masih tak dengar kata. Saya dah mulakan dari dalam janin lagi dengan memperdengarkan ayat
AlQuran. Masa tadika lagi saya pastikan anak2 khatam quran dan solat. Sekarang berumur 15 tahun setiap kali masuk waktu saya mesti suruh itu lambat baru pergi. Bukan saja malas dalam menunaikan kewajipan sebagai sorang muslim tapi malas juga dalam akademik. Apa yang cikgu2 komen dia bijak tapi malas. Tahun ini PMR APA YANG TAK KENA???
Quote
0 #13 zulmohd zulkefli fauzi 2011-04-21 10:20
Assalamualaikum . mohon share ye
Quote
+2 #12 keturunan rawa dan upacara jejak tanahwanshah 2011-04-18 10:41
[quote name="aina"]as salam ustaz.



ana bukan ustaz,hanya pemikir islam....bagi pendapat saya...ianya adalah ritual yg jika terlalu taksub...akan jatuh syirik...jika niat dlm hati dam fahaman diri bahawa ritual itu dilakukan hanya untuk menghormati salasilah keturunan...hamba rasa tidak salah.....tentang upacara pijak tanah tu....jika ditukarkan kepada majlis selawat dan doa selamat bagi bayi tersebut...adalah lebih baik....kerana ritual jejak tanah adalah suatu upacara yg menunjukkan bahawa kita lebih takutkan sumpahan makhluk jin dan syaitan dari kekuasaan ALLAH SWT.....dan ingatlah.....bahawa tiada yg berkuasa selain ALLAH SWT......berdoalah meminta perlindungan dari ALLAH SWT dan dijauhkan dari bisikan syaitan iblis dan mata dan hati yg dengki dan dendam.........harap ustaz boleh btulkan pendapat saya ini...insyallah....
Quote
+1 #11 mssbahi 2011-04-16 22:39
Salam kpd Afiq yg diganggu masalah was-was:

Prinsipnya was-was x boleh dilayan, jgn diikut, jgn diturut.
Menurut Ustz Syafie, seorang pengamal perubatan Islam,
yg selalu juga keluar di rancangan Tanyalah Ustaz,
was-was juga boleh jadi drp salah 1 cbg sihir, jadi jika saudara di thp yg kronik, silalah berjumpa dengan perawat2 ruqyah syariyyah yang diyakini amalannya. wssalam.
Quote
0 #10 salam...Farhana Rosli 2011-03-22 12:00
mohon share ustaz..
Quote
0 #9 was2afiq 2011-03-19 13:28
salam....ustaz tolongla saya untuk menyelesaikan masalah saya ni. Saya ni klu nak solat mesti ade masalah was2 , sprti ketika nak ambil wudhuk, saya akan rse terkentut dan sblum nak ambik wuduk , sye akan was2 adakah tgn sye berminyak atau tidak dan juga ade rse sisa makanan ddalam mulut sye.... :sad:

tlg lah ustaz....sye dh x larat nak lyn was2 ni tetapi bende itu akan dtg jugak kacau sye....
ade smpi sye nk solat isyak pukul 10 mlm , pukul 2 pagi baru sye boleh solat....
setiap kali sye nak solat, mesti was2, last2 sye dpt solat pd last2 minute... :sad: :cry:
Quote
0 #8 EncikMuhammad 2011-03-05 23:28
mohon share ustaz..
Quote
+2 #7 penyakit misterimuni 2011-02-16 06:58
assalamualaikum ustaz
saya ingin bertanya,adakah saya mengalami penyakit misteri :sad: kerana saya selalu saja pengsan,dan mengalami kekejangan otot dan kancing gigi,,,,sehingg a saya tidak dapat mengenal sesiapa,maupun ibu bapa saya sendiri,,dan akan mengalami muntah,,yg keluar seperti kuning telor,,,sdah 6 taun saya mengalami pnyakit tersebut,,,diha rap ustaz dapt membalasnya
Quote
+9 #6 sumpahan adataina 2011-01-24 18:07
as salam ustaz.

saya mahu bertanya.
saya bakal melahirkan anak sulung saya, dan masalahnya, saya baru sahaja dapat tau saya adalah berketurunan rawa. dan mengikut datuk nenek saya, anak yang bakal lahir ini harus dibaringkan atas tilam bercadar serba kuning, sarung bantal kuning, pendek kata serba serbinya kuning.
kemudian, selepas bayi saya berumur 18 bulan, saya haruslah membuat upacara pijak tanah supaya anak saya tidak cacat dan tidak normal (ini dikatakan atas sumpahan orang dahulu kala).

Saya risau syirik ustaz. boleh ustaz komen?
Quote
0 #5 missliana 2011-01-16 06:06
assalamualaikum ustaz... mesti lebih bagus kalau para dokter dan jururawat di hospital yang merawat pesakit setiap hari mengamalkan doa ni kan??? :-) :-) :-)
Quote
0 #4 salamnurul iman 2011-01-13 22:54
minta izin utk share ya :-)
Quote
0 #3 typo error blogspot -> blogpsot dalam urlanonymous 2010-10-31 13:40
salam
link yang diberikan oleh ustaz dibawah nama ustaz dalam akhir post ini:

"Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.blogspot.com **** (link ini apabila di klik ia akan pergi ke URL www.zaharuddin.blogpsot.com/ (ejaan blogspot tu yang salah...menjadi blogpsot..) dimana link ini pergi ke website megasite of bible study and information)

mungkin pihak admin perlu memperbetulkan link URL yang dimasukkan.
Sekian harap maklum


UZAR : Ejaan dah dibetulkan sebelum ini, tetapi rupanya link nya masih salah. alhamdulillah dah dibetulakn, thanks
Quote
0 #2 blogspot bukan blogpsotkamarul 2010-10-31 10:18
Quoting al_hawariyyun00 7:
salam ustaz
saya pergi ke link www.zaharuddin.blogspot.com, tp website lain yang keluar, yang 'pelik'
harap mendapat perhatian ustaz


UZAR : cuba sekali lagi..tiada web pelik?


saya rasa UZAR kena check lagi sekali link tu. sepatutnya 'blogspot.com.' bukan 'blogpsot.com'.
Quote
0 #1 blogspotal_hawariyyun007 2010-10-30 11:14
salam ustaz
saya pergi ke link www.zaharuddin.blogspot.com, tp website lain yang keluar, yang 'pelik'
harap mendapat perhatian ustaz


UZAR : cuba sekali lagi..tiada web pelik?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 103 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Doa Kesembuhan Sakit Dan Penyakit