Perarakan Maulidur Rasul :
Wajar Diterus Atau DiUbah?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Baru-baru ini timbul sedikit pertikaian apabila disebut kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Ia dijadikan isu politik oleh ahli politik. Walaupun telah dijelaskan bahawa hal itu tidak benar, saya suka untuk mengulas amalan tersebut dari perspektif bukan politik kepartian, tetapi melalui perspektif yang sedikit berbeza. Adakah jika benarlah dibatalkan perarakan itu, adakah ia merupakan satu isu besar dari sudut agama serta tanda tidak menghormati baginda Rasul dan Islam?
Seumur hidup saya, saya belum dan tidak pernah menyertai kumpulan perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul. Saya tidak berhasrat untuk membicarakan persoalan perbezaan dan perdebatan hukum tentang perarakan seperti itu. Saya kira hal ini setiap tahun akan menjadi polemik dan kerap dijadikan bahan perdebatan yang akhirnya menjadi medan memperlekeh antara satu sama lain atau lebih buruk, menyemai titik kebencian di antara satu sama lain. Saya ada pandangan dan pendirian dalam hal sama ada bid'ah atau tidak sebuah perarakan Maulidur Rasul, Namun cukuplah memadai tulisan-tulisan dari mereka yang telah mengulas panjang lebar.Tulisan ini hanya saya sasarkan untuk kita sama-sama fikir dan fahami tentang keutamaan atau yang ‘sepatutnya' sahaja.
Sebagaimana kita tahu dan faham, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya bertujuan untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w atau yang lebih penting adalah perlantikan baginda menjadi Rasulullah. Setakat mengenang tarikh kelahiran semata-mata tanpa mengenengahkan inti risalah, mesej dan perjuangan yang dibawa oleh baginda Nabi adalah suatu kesilapan dalam pendekatan dan memahami keutamaan.
Justeru itu, bagi mereka yang TEGAS berpegang kepada KEHARUSAN menyambut Maulidur Rasul, atas alasan-alasan yang mereka yakini, aktiviti yang paling wajar ketika itu tentunya adalah semua jenis majlis yang mengenengahkan inti perjuangan Nabi seperti mengajak kepada tauhid Allah dan menjauhi syirik, meyakini akhirat dan hidup di atas dunia bersesuaian dengan keyakinan tersebut, mematuhi hukum-hakam dalam bidang hubungan manusia dengan manusia sama ada dari sudut akhlak, nikah kahwin, muamalat kewangan dan hukuman jenayah.
Ruang inilah yang perlu dimaksimumkan ketika menyambut Maulidur Rasul. Itulah tanda kita sedang benar-benar memperingati baginda. Itulah sebuah penghargaan dan syiar yang benar-benar tepat mengenai sasaran sebuah sambutan terhadap baginda Nabi. Kerana itu juga merupakan inti dan kandungan perjuangan Rasulullah yang mulia selama 23 tahun kehidupannya sebagai seorang Rasul dan Nabi terakhir bagi seluruh bangsa manusia.
Jika demikian, bagaimana cara untuk mengengahkan semua itu kepada masyarakat? Sambutan maulidur Rasul sangat mesti mensasarkan objektif mengajar mereka yang belum tahu, mengingat mereka yang lupa, mengukuh pegangan mereka yang telah dan masih ingat serta membetul mereka yang tersasar dari kehidupan yang ditunjuk oleh Rasul mereka.
Kita ingin menyambut Maulidur Rasul dengan mengembalikan ingatan masyarakat kepada tatacara kehidupan yang layak untuk mendapat belas Allah dan syafaat Nabi di akhirat.
Persoalannya, adakah sebuah perarakan dengan pakaian seragam, mengangkat sepanduk puji-pujian, sambil berselawat mampu membawa kita ke arah objektif itu? Jika itulah upacara utamanya, saya kira ia benar-benar sebuah antiklimaks serta TIDAK memberi banyak manfaat dari sudut akhiratnya, di tambah pula lagi di ketika wujudnya pertikaian pada sambutan Maulidur Rasul itu sendiri. Jika begitu, apa yang patut dibuat?
Bagi saya, banyak perkara yang lebih utama, wajar dan tepat untuk dilakukan. seperti program kuliah dan ceramah sama ada di peringkat masjid, surau, sekolah, universiti sememangnya sudah tentu menjadi pilihan utama. Kerana itulah satu cara yang terulung dan paling klasik dalam menyampaikan sebuah mesej untuk mengingat, menegur, meneguh dan membetul.
Memang benar, sebahagian besar perkara di atas memang sudah menjadi amalan, namun apa yang perlu diubah adalah cara dan kaedah itu masih tidak diketengahkan dan dijadikan sebuah klimaks sambutan Maulidur Rasul. Sebaliknya ia hanyalah inisiatif kecil-kecilan pihak-pihak tersebut sahaja, sedang ruang dan peluang yang dipunyai oleh pihak pemerintah sama ada negara atau negeri menunjukkan mereka punyai ruang kuasa yang jauh lebih besar.
Justeru, gunakanlah kuasa itu untuk membesar skala program yang lebih patut diatas, jangan dibazir dengan sebuah perarakan tanpa mesej yang jelas.
Biasanya coverage program-program ceramah terlalu kecil, berbadning sebuah perarakan yang diwajibkan setiap jabatan kerajaan menghantar wakil.
Adalah lebih tepat jika pihak kerajaan pusat menggunakan ruang Televisyen untuk memasuki rumah jutaan rakyat bagi menyampaikan mesej perjuangan Rasulullah, syarikat gergasi GLC dan swasta wajar boleh menyumbangkan sedikit dari keuntungan mereka untuk menaja program-program kesedaran di ruang TV. Itu yang sepatutnya berbanding memberi tajaan kepada peraduan yang entah apa-apa dan konsert penuh maksiat.
KEPELBAGAIAN DAN KREATIVITI
Jika ingin menarik minat pelbagai latarbelakang, muda dan tua, berpendidikan tinggi dan rendah. Saya kira kreativiti diperlukan untuk mempelbagaikan majlis penyampaian mesej dan risalah Rasulullah itu. Konsert Islam seperti Konsert Maulidur Rasul berserta selingan nasihat dan ceramah ringkas mungkin munasabah walau ditentang oleh beberapa pihak yang menolak nasyid secara total. Majlis sebegitu jauh lebih baik berbanding perarakan beserta selawat tanpa sebarang ingatan dan nasihat.
Atau boleh juga kita menunjuk syiar Islam dan kecintaan kepada Rasul, melalui perhimpunan mega seluruh kakitangan kerajaan negeri dan jabatannya di sebuah stadium, tidak perlu berarak, apa yang perlu adalah duduk mendengar dan menghayati mesej-mesej dari sang penceramah berwibawa atau melalui forum, atau boleh beserta selingan nasyid. Majlis penaugerahan tokoh boleh diteruskan. Majlis peringkat kebangsaan boleh disiar secara langsung di televisyen, bagi menambah jangkauan liputan kepada mereka yang lebih suka berada di rumah.
Hari tersebut juga perlu disambut dengan usaha menutup pusat-pusat hiburan dan rancangan hiburan di media yang jelas bertentangan dengan mesej dari kebangkitan Rasulullah.
Itulah tugas seorang pemimpin disemua peringkat, rumahtangga, masyarakat, negeri dan negara. Lagi besar kuasanya, lebih besar tanggungannya di sisi Allah.
Nabi s.a.w bersadba :
ما من أمير يلي أمور المسلمين ثم لا يجهد لهم وينصح لهم إلا لم يدخل معهم الجنة
Ertinya : Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya dari kalangan Muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh dalam untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak memasuki syurga ( Riwayat Muslim)
Atau dalam riwayat lain disebut hukumannya sebagai
فلم يحطها بنصحه لم يجد رائحة الجنة
Ertinya : dan apabila mereka tidak menasihatkan rakyatnya dengan nasihat kebaikan, nescaya diharamkan baginya bauan syurga (amat jauh dari syurga sehingga bauannya pun tidak diperoelhi apatah lagi syurga itu sendiri)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, menurut pandangan saya, sambutan Maulidur Rasul melalui perarakan walau ia telah dilaksana turun temurun di Malaysia, ia tidaklah mampu menunaikan hak baginda Rasullullah dan Islam itu sendiri. Ia jelas, tersasar dari objektif utama perjuangan Rasulullah, apa yang sepatutnya lebih ditumpukan dan disalurkan peruntukan besar adalah program meningkat kesedaran terhadap inti perjuangan dan mesej Islam.
Justeru, jikalau ada mana-mana negeri yang membatalkannya sekalipun lalu diganti dengan sebuah acara yang lebih menepati maksud sambutan Maulidur Rasul seperti himpunan ceramah dan sebagainya, ia adalah lebih baik.
Semoga kita semua mampu lebih beringat dan faham mesej perjuangan baginda Rasulullah bersempena sambutan hari lahir baginda.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Rabiul Awwal 1431 H
19 Feb 2010
Timbalan MB: Kelantan tidak adakan perarakan Maulidur Rasul
Oleh Adib Zalkapli
Kelantan tidak akan menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini meskipun Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam kerana didakwa merancang untuk membatalkan acara itu bulan ini.
"Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.
"Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kebanyakan negara Islam menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan perarakan selepas solat. Bagaimanapun Arab Saudi tidak mengadakan perarakan.
Minggu lalu Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk membatalkan perarakan tahun ini, sekali gus mengundang kritikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.
Laporan dan krtikan itu dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menegaskan, kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah memutuskan untuk membatalkan acara itu kali ini.
Beliau menyifatkan laporan Utusan Malaysia sebagai satu pembohongan.
Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah perarakan itu bukan satu kemestian.
"Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad," kata Ahmad.
"Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi," katanya.
Semalam ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keikhlasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.
Justeru Mahfuz berkata, pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim seolah-olah "dijadikan modal politik murahan" untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
"Ada beberapa negeri lain yang pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebelum ini, tetapi saya tiada maklumat yang tepat.
"Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
bukan menyanggah..tetapi mendetailkan..kalau ada unsur2 haram..jadilah haram..kalau tidak ada maka harus..haram bukan kerana benda itu haram tatapi kerana unsur-unsur didlamnya..tidak ada percanggahan dalam kenyataan tg.nik aziz dan sy.nurudin..fahamkan betul2..jangan ambil separuh2..tq
Kesian dengan UZAR, tulis panjang2 ramai lagi tak faham. UZAR tak kata haram, UZAR tak kata jangan buat, ulama2 pun cakap HARUS saja.. LGE pun kata dia tak batalkan.. kalau berarak itu harus saja, gi dengor ceramoh fardu ain pulok wajib.. bukan takat fardu ain, asalkan ilmu pun wajib.. Pesanan ikhlas, sambil baca jangan tutup mata..
diharap bila suatu hari nanti , bila org bukan islam tidak membenar kan kita pakai SONGKOK DAN KOPIAH, jgnlah ustaz sokong pulak... harap faham dgn maksud hamba yg cetek ilmu ini.
d sini sy ingin mnyuarakan pandangn..sy....ade yg cakap..dgn berarak..berjalan...berapa jauh memegang sepanduk dan sbgnyaa sambil melaungkan berselawat semasa perarakan dpt..menanam rasa kcintaan kita kpd nabi.....soalnyaa sejauh mn kahh?? pndapat ni btul2 sampai ke tujuan yg sebenar itu......jika d banding kan dgn ceramah2 ilmiahh yg dpt mnjentik haty2 kita untuk memperingati maulid nabi dgn...prkongsian hadis2..sirah2..y d sampaikan semasa ceramah.............
sehingga kan..ada yg mneteskan airmata..sms ceramah d sampaikan.............di sbb kan...mngenangkan..perjuangannn nabi..sms hidupnyaa melalui..hadis dan sirah yg d ssampaiakan sms ceramh....jd..d mn kah?? dan apakah?? yg mn satu?? lbihhh baik dan berkesann??..dengarr ceramah kaa? atau..pergi berarakk???...(mohon maaf....bg yg sy silap..arap dpt d perbetul kan...)
tujuan kta mengadakn perarakan dan majlis ilmu sempena maulud nabi adalah utk kta menzahirkn rsa cnta terhadap baginda..
jgnlah dibandingkan dgn zamzn para sahabat kerana cnta kta terhadap baginda hanyalah umpama sebutir debu halus dibandingkn cnta para sahabat terhadap baginda..
bnda yg baik jgn dibalah, ada akal bley fikir baik bruk..
jika sesuatu itu kearah kebaikkan tidak salah kita teruskan, betul tiada dalil perarakkan dibuat pd zaman nabi..tapi, jika ceramah & tazkirah shj, tidak semua org terutama golongan muda akan ikut..jika ada perarakkan bergini,golonga n muda akan merasa bersemangat utk menyertainya..itulah sbbnya ulama malaysia terdahulu mengadakan sambutan maulidur rasul secara perarakkan..
Dek kerana perarakan ini dah lama kita buat, maka kita anggap ianya betul... padahal bukan lama pun.. dari zaman Fatimiyah... zaman sebelum tu mana ada..
Bila ada ulama2 memberi pendapat yg berbeza ngan kehendak kita, kita kata dia ulamak moden... macam-macam lah
Saya menyeru en halim n en sodiq belajar sikit lg ilmu agama...ilmu sirah...ilmu balaghah...ilmu mantiq...ilmu tafsir...ilmu hadis...
encik berdua tanyalah org yg berilmu ttg bid'ah hasanah dan bid'ah sayyi'ah...
Allah bagi akal utk berfikir... so guna akal...
setakat ingat rasulallah tapi tak ikut hukum apa-gunaya...
Apabila seorang ulamak berfatwa lalu fatwanya diperakui oleh ulamak2 yg lain samada hidup sezaman dgnnya atau zaman selepas itu maka fatwa tersebut diperakui sbg SATU HUKUM DLM ISLAM.
SEBAB SECARA ASASNYA SUMBER RUJUKAN DLM ISLAM YG DISEPAKATI OLEH SELURUH ULAMAK DULU HINGGA SEKARANG IALAH ALQURAN,ALSUNNA H,IJMAK ULAMAK & QIAS.
dlm soal sambut MAULIDUR RASUL MAKA TELAH SEPAKAT ULAMA AKAN KEHARUSANNYA.
so kalau ada selepas ini ada pihak yg mengatakan ianya BIDAAH maka tuduhan itu TERTOLAK/ TAK TERPAKAI.
KALAU MASIH ADA YG BERDEGIL PERTAHANKAN PENDAPATNYA DGN ALASAN NABI TAK BUAT,SILA RUJUK BERATUS KITAB YG TELAH DITULIS OLEH PARA ULAMA YG MEMBOLEHKAN TERMASUK ULAMAK WAHABI(BIN BAZ)YG TELAH MENARIK BALI FATWANYA ITU.
SEKIAN..
Apa yg Islam suruh kita tak buat (tak bersungguh-sungguh), tapi apa yg Islam tak suruh, kita beria-ia. Kadang kala sampai bertelagah sesama sendiri. Ana pun sering digelar Mualaf (walaupun dah bertahun-tahun kembali pada Islam). Not a convert but a revert. Kadang-kadang ana rasa pelik dgn sikap masyarakat Islam kita dalam mempraktikkan agama Islam kita ini. Pelik sungguh! Pokok pangkalnya amalkan aje apa yg di suruh dan jauhkan aje apa yg di larang. Kalau tak mampu, itu bererti iman kita lemah dan cuba kita perbaiki. Jgn pula nak kondem org lain. Kenapa nak pening2 kepala. Itu yg porak-peranda tu..! Jangan pula nanti kata ana ini baca dua tiga buah buku, dah pandai nak komen. Pokoknya, org yg baca dua tiga buah buku pun tahu mana satu bidaah dan mana satu bukan bidaah dgn jelas..drp orang yg kononnya arif dalam agama. Sekian. wallahualam [allaah knows best]
Komentar UZAR tentang perarakan tersebut adalah lebih bertujuan mencari, memperhalusi dan menambahbaik kesempurnaan hari kelahiran baginda supaya ianya tidak menjadi amalan ikut2an dan budaya lampau yang dikhuatiri akan disalah-ertikan oleh org2 islam sendiri dan masyarakat lain.
Kalau dulu ada yang pernah buat, dan tiba2 skrg berhenti, itu mgkin Allah telah campakkan secebis kesedaran dihati mereka! Dia Maha Mengetahui...insyaallah..
Wslm.
deltaindianovem beroscar
Keputusan ini dibuat oleh pemimpin bukan islam, yang saya curiga tentang maksud tersirat / agenda beliau? Kalau negeri lain tu tak la dicurigai tentang kejujuran terhadap islam. Jadi elok la ditegur supaya mereka2 lebih sensetif dengan program2 keislaman dinegeri tersebut.
5. maki hamun sesama islam
6. berdoa kehancuran sesama saudara islam
7. berkompromi dgn musuh Allah & Islam.
8. Pulau memualau sesama masyarakat.
9. memandang umat islam lain tadak islam daripada mereka.
10. menentukan syurga neraka kpd umat islam yg tidak menyebelahi perjuangan mereka
11. membiarkan kafir pijak2 kepala saudara islam dalam malaysia.
12. gembira melihat kafir membaca Al-Quran kalam suci, sedangkan keadaan mereka yang najis.
terlebih dulu sy ingin mendapatkan penjelasan ustaz berkenaan tajuk artikel ini?
apakah perarakan itu bermasalah sehingga wajar diubah?
maaf kalau sy salah topik.tp sy ingin dptkan pandangan uzar mngenai teater berunsur islam yg dipentaskan smpena maulidur rasul ini,berjudul 'ANTARA'.yg menjadi isu ialah watak nabi Adam a.s dan Hawa lakonan Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz.sy perhatikan tak byk pihak tampil mengulas isu ini.produksi teater memaklumkan sudah mndapat kelulusan JAKIM dan mndapat pandangan mufti perak,datuk harusssani.watak nabi adam dan hawa hnya ditunjukkan dibalik tabir (bayang2).bab suara,samada watak Adam bercakap atau tak,sy x pasti sbb x menonton.sy tak arif mengenai hukum sbnrnya,tapi sy ada prasaan 'kurg enak' apabila mngtahui perkara ini.wpun rupa nabi adam&hawa tidak ditonjolkan scara jelas di pentas,tapi tentu smua maklum siapakan yg mendukung wataknya,malah poster teater tersebut ada mnnjukkan wajah jelas pelakon2 utk watak2 trsebut(bukan lg wajah bayang2 belakang tabir)dlm aksi watak hawa(nasha) memeluk pinggang watak adam(fahrin).sy bimbang ia mnimbulkan kekeliruan&slh tafsir apabila mmandang 'wajah adam&hawa' pd poster trsebut.di akbar dan internet juga ada disebut2 mengenai lakonan sbagai 'nabi adam'.
teater trsebut dikomen sbagai sgt islamik,menyent uh perasaan&menginsafkan' oleh media&kbnyakan org awam.
sebelum ini,teater 'sirah junjungan' menampilkan watak khadijah¶ sahabat Rasulullah (khabarnya belakang tabir juga).bgaimana pula skiranya slpas ini ada pihak mementaskan teater wtk nabi nuh,ibrahim dan sbgainya,wpun hnya byg2 tp bolehkan bygan itu ditunjukkan menerusi pelakonnya?
apa yg terlintas difikiran sy selain isu watak nabi,bgmana karya islami sbgini bagai mengabaikan hukum basic sprti pelakon bukan muhrim bersentuhan (merujuk pd poster,yg atas pentas sy tak tau)&pelakon wanita tak menutup aurat(merujuk poster&gmbr2 internet swaktu pementasan),wpu n dgn tujuan baik,adakah ini dikatan 'niat mghalalkan cara?'.
mohon pndangan uzar mengenai hal lakonan dan poster sebegini...
mmg tidak berdosa mmbuat perarakan, tapi saya cenderung untuk sokong sambutan maulid nabi tanpa perarakan.cukup ceramah, tazkirah, edaran nota tentang rasulullah dan paling penting mengingati init perjuangan baginda.
buat masa ini,apabila perarakan dibuat, scr peribadi, saya melihat banyak keutamaan pada perarakan, bukan pada intipati perjuangan islam.wallahualam
Pada pendapat saya, perarakan seperti itu merupakan kesan daripada penghayatan maulidul rasul. Apabila diadakan ceramah, forum dan sebagainya sehingga timbul perasaan cinta kita kepada Rasulullah (kerana kita sudah mengetahui dengan lebih jelas peribadi baginda). Maka, akan timbul satu perasaan dihati kita untuk bersama-sama dengan umat Islam yang lain bagi mengingati dan berselawat kepada nabi yang kita kasihi pada hari yang bersejarah ini. Lagipun, apa salahnya kita menyambut hari kelahiran Rasulullah dengan pelbagai cara tetapi mestilah tidak melanggar syariat yang ditetapkan oleh agama. Hal ini kerana, nabi Muhammad bukanlah calang-calang orang dimuka bumi ini. Orang Yahudi sendiri pun mengakui kehebatan dan kepimpinan baginda. Tetapi mengadakan perarakan seperti ini, jangan timbul perasaan untuk menunjuk-nunjuk kepada umum. Seperti yang saya telah sebutkan, perarakan seperti ini adalah kesan daripada perasaan cinta kita kepada Rasulullah. Ada seorang hamba Allah, pada hari kelahiran Rasulullah, dia menangis di dalam hati. Dia takut Nabi Muhammad tidak akan menerimanya sebagai umat baginda. Hal ini kerana, dia sentiasa sibuk dengan perkara-perkara dunia. Pada hari-hari yang lain, dia hanya berselawat kepada nabi setiap kali solat sahaja. Umat apakah seperti ini kerana hanya berselawat setiap kali solat iaitu pada tahiyat akhir? Sedangkan nabi mengingati umatnya walaupun diambang sakaratul maut!Umat beginikah yang berhak menerima syafaat daripada baginda? Sebab itulah hamba Allah tadi menangis...
Analogi yang tidak revelan apabila bandingkan tarian singa dengan maulud, lawat kuil dengan maulud. Sungguh childish pemikiranmu..
saya bersetuju dengan pandangan saudara.saya ingin menambah sedikit pandangan peribadi saya. pada saya perarakan terpulang kepada sesiapa sama ada dia mahu turut serta atau tidak.
saya merasakan di zaman sekarang masih ramai umat islam masih bersetuju malah boleh menerima pakai kaedah berarak sambail berselawat dan dalam masa yang sama mengenang jasa rasulullah. pendekatan saudara untuk mengumpulkan manusia islam di stadium pada hari kelahiran baginda demi mendengar dan mengingatkan manusia kepada junjungan adalah langkah terpuji. kalau ia dapat dilaksanakan ia merupakan nikmat yang besar yang mesti kita syukurikerana pada zaman ini manusia lebih suka berkumpul untuk melihat konsert akademi fantasia. oleh itu, pada saya kalau ada yang nak berarak berikanlah mereka peluang disamping beri saranan kepada mereka untuk menambah ilmu di rumah dengan tengok alkuliyyah atau halaqah.atau pergi mana2 masjid utk dengar ceramah maulidurrasul. saya juga bersetuju dengan saudara bahawa perbalahan tentang isu perarakan adalah bidah atau tidak membuka ruang perpecahan umat islam.
oleh itu saya menyarankan umat islam supaya menghentikan amalan membid'ahkan orang lain selama mana ada ulama yang mengharuskan perarakan yang mengikut batasan islam. sesungguhnya zaman ini masalah keruntuhan akhlak adalah yang paling layak untuk kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaiannya .
Nabi Muhammad SWT tidak pernah sekalipun mendoakan kebinasaan ummatnya..
Sekalipun diuji dengan kedegilan kaumnya dan pelbagai lagi...
Kita semua patut bersyukur....
Kalau tidak tentulah kita diuji dengan bencana alam yg lebih hebat
dari apa yang berlaku sekarang...
Nabi Muhammad SWT kasihkan kita...
Seharusnya kita memahami pengorbanan Nabi...
Dengan lebih memahami maka kita akan lebih sayangkan Rasulullah SWT...
Dan mahu mencontohinya...
Mohon lari sikit dr topik yg dibincang. Nak mintak pdgn ustaz ttg makanan yg diseludup. Baru2 ni sy, husband n kwn husband sekeluarga jln2 kat Brunei. kitorg stay kat sabah, so naik keta aje lah p Brunei. Harge brg2 kat Brunei mostly mahal2 coz nilai matawang RM2.5= B$1. mase round kat supermarket sblm balik sabah, husb n kwn found out beras wangi (yg orang suka mkn coz high quality) agak murah wpn lepas convert to RM. so kitorg pun belilah sorg sekampit - 10kg.
the problem rised when we came back to sabah n got to know that beras tu antara brg kawalan n x leh bw keluar dr Brunei. so kitorg ni dah dikira mcm menyeludup ( seumur hidup x penah fk nak jd penyeludup )
2nd Q; kitorg biasa dgr kwn2 yg kampungnye dekat sempadan Thai cerita yg diorg mmg x mkn beras yg biasa2, diorg mkn beras Siam yg high quality n leh dpt dgn harge murah coz ade yg bw masuk senyap2. tu dh kire mcmane lak? kalau kitorg p umah kwn2 ni kt sempadan sane, leh ke mkn nasi yg dihidang?
Sy mintak maaf byk2 kalau my words too harsh or menyinggung hati sesape....
Wassalam...
UZAR : jika masa beli tak tahu, tiada sbrg masalah dan boleh guna beras tu.
RSS feed for comments to this post