Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Boleh Tuntut Kembali Modal Swisscash

Boleh Tuntut Kembali Modal Swisscash

  • PDF
(6 votes, average 3.67 out of 5)

Boleh Tuntut Wang Swisscash

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

duitkotor.gif

 

Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang diharamkan oleh Majlis Fatwa dan kerajaan Malaysia kini berpeluang mendapatkan kembali wang pelaburan mereka. Bersyukur atas usaha pihak berkuasa yang menyelematkan para pelabur dari skim scam ini dan kejayaan menyediakan khidmat pulangan wang bagi mereka yang terjebak. Kita berharap modal dari lain-lain skim pelaburan haram yang lain turut berjaya dikembalikan.

 

Saya berharap selepas ini mereka lebih bijak secara : -

  • spiritualnya iaitu dengan mengambil kisah persoalan hukum hakam,
  • mentalnya iaitu dengan membuat kajian lanjut latarbelakang syarikat dan bagi mengelakkan terlibat dengan sesuatu skim dari jenis samar dan scam,
  • monetary iaitu dengan  dalam memahami jenis perniagaan yang ditawarkan serta membuat semakan berkenaan kebolehuntungan dan potensi kerugiannya dengan jelas sebelum sesebuah pelaburan itu diceburi.

 

Beringatlah agar tidak masuk ke lubang yang sama dua kali. Nabi s.a.w meningatkan :

 

"Seorang mukmin tidak disengat di lubang yang sama sebanyak dua kali"

 

 

Bagi mereka yang terlibat, selamat membuat tuntutan.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

28 Januari 2010

 

 


 

NOTIS OLEH PENTADBIR YANG DILANTIK OLEH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


NOTIS INI MUNGKIN MEMBERI KESAN KEPADA HAK PERUNDANGAN ANDA. SILA BACA DENGAN TELITI.

PricewaterhouseCoop ers Advisory Services Sdn. Bhd. (573259-K) telah dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk bertindak sebagai Pentadbir bagi penilaian tuntutan dan pengagihan wang kepada pelabur yang layak dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash ("Pentadbir" atau "Administrator").

Notis diberi kepada semua pihak yang telah melabur dalam Skim Pelaburan Internet SwissCash hendaklah menyerahkan tuntutan mereka dalam bentuk tulisan untuk sampai kepada Pentadbir pada atau sebelum 7.00 ptg pada 10hb Februari 2010. Semua tuntutan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berkaitan dan Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan. Penyerahan tuntutan mestilah dibuat seperti berikut:

Melalui Pos/Kurier


Di alamatkan kepada:


Administrator- SwissCash
c/o Suite 126, 3rd Floor, Wisma RKT
No. 2, Jalan Raja Abdullah
Off Jalan Sultan Ismail
50300 Kuala Lumpur
Malaysia.

Tarikh:

27 Januari 2010 hingga 10 Februari 2010

Masa:

Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg to 5.00 ptg

 


*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur

 

 

 

Dengan tangan


Lokasi:


Bilik Labuan,
Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra
41, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Lokasi Pusat Dagangan Dunia Putra

Tarikh:

3 Februari 2010 hingga 10 Februari 2010

Masa:

Isnin hingga Jumaat *
9.00 pg hingga 7.00 ptg

 

Sabtu*
9.00 pg hingga 2.00 ptg

 


*Tutup pada cuti umum untuk Kuala Lumpur

 

 


Setiap penyerahan mesti disertai perkara berikut:

1)

Akuan Berkanun berkenaan Pembuktian Tuntutan asli yang ditandatangani dan diperakui seperti dalam borang di bawah yang menyatakan jumlah yang dituntut dan kiraan terperinci (Sebagai contoh, jika anda telah melabur sebanyak USD1000 dan menerima pulangan USD300, tuntutan adalah pada jumlah USD700)

2)

Penjelasan ringkas tentang bagaimana anda telah diperkenalkan kepada skim tersebut dan sejarah pelaburan anda

3)

Salinan Kad Pengenalan/pasport anda atau dokumen pengenalan lain

4)

Sijil Pelaburan yang menunjukkan jumlah pelaburan

5)

Bukti pembayaran yang dibuat bagi setiap Sijil Pelaburan atau resit rasmi daripada penerima jumlah yang anda labur (Contoh: penyata deposit bank, penyata pembayaran kad kredit, bukti pindahan telegrafik melalui perbankan internet atau ATM)

6)

Bukti pulangan pelaburan yang diterima setakat ini

7)

Sebarang dokumen-dokumen tambahan anda rasa diperlukan bagi mengukuhkan tuntutan anda.

Semua tuntutan mestilah diajukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.. Sila maklum bahawa keupayaan pihak Pentadbir untuk memproses tuntutan anda dengan sewajarnya bergantung kepada maklumat lengkap dan tepat yang anda berikan seperti di atas.

Para penuntut yang telah menyerahkan aduan sebelum ini secara sukarela kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya perlu menyerahkan perkara (1) dan (2) di atas kepada Pentadbir berserta sebarang dokumen tambahan yang dinyatakan dalam perkara (3) hingga (7) di atas, yang tidak diserahkan sebelum ini.

Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mahupun Pentadbir tidak akan mengiktiraf tuntutan:

(i) yang diserahkan selepas tarikh akhir 7.00 ptg pada 10 Februari 2010; atau
(ii) yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti tertera di atas; atau
(iii) dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari bahagian "Hubungi Kami" untuk maklumat lanjut.

PricewaterhouseCoop ers Advisory Services Sdn Bhd (573259-K)
Pentadbir
Bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bertarikh: 27 Januari 2010

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Boleh Tuntut Kembali Modal Swisscash