Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
Zaharuddin ABd Rahman
26 Oktober 2009
[1] Ijma ini dicatatkan oleh Ibn Rusyd al-Hafid dan juga Ibn Kathir (Bidayatul Mujtahid, 4/169 ; Tafsir Ibn Kathir, 4/368)
[2] Al-Iqna', Al-Khatib, 1/151 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/39
[3] Syarh Fath Al-Qadir, 2/69 ;
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
إذا صلى أحدكم الجمعة فليصل بعدها أربع ركعات.
(Imam al-Hafiz Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qushayri al-Naisaburi (2000), Sahih Muslim, Kitab al-Jumu‘ah : Bab al-Salatu Ba‘da al-Jumu‘ah)
bagaimanakah cara @ kaifiat jika kita ingin menunaikan solat sunat 4 rakaat ni ya ustaz?
terus lakukan 4 rakaat @pun solat 2 rakaat, tahiyat kemudian sambung 2 rakaat lagi?
minta penjelasan.sekian,salam.
sy ingin kpastian ttg sjauh mana wajibnya solat jumaat ke ats umat Islam kerana berdasarkn satu hadis yg mnyatakan jika kamu mninggalkan solat jumaat 3 klai bturut2 maka berdosa/kafir (mohon perbetulkan sy jika tersilap). jadi persoalan sy ialah 1) golongan yg culas jumaat akan hnya pergi solat pd jumaat yg ketiga untuk mngelakkn dihukum berdosa/kafir brdasarkn hadis diatas 2)di dlm ayat al-quran disebut "wahai org3 yg beriman jika kamu diseru.....(ayat seterusnya etc.)" apakh seruan tersebut bmksud azan&iqamah atau seruan yg bagaimana? TK
1) Berdosa ke jika sengaja lewat ke masjid?
atau
sekadar tidak beroleh pahala jumaat?
2)adakah berdosa mereka2 (biasanya anak muda) lepak dan berborak diluar masjid ketika khatib berkhutbah dan masuk masjid ketika mula solat?
sebabnya, khatib cuma beritahu tidak dapat pahala jika berkata2 ketika khutbah, tidak pula berdosa?
Mohon penjelasan.
syukran
jika situasi sama berlaku tetapi dalam pada waktu azan pertama dibolehkan ye?
UZAR : Slm, BELI LEPAS solat jumaat lebih baik. Ya, sebelum azan kedua, semasa atau selepas azan kedua adalah haram
UZAR : YA, BAGI SEMUA LELAKI YG WAJIB SOLAT JUMAAT..KALAU MEREKA SEDANG MUSAFIR, ADA KEUZURAN DAN LAIN-LAIN YANG DIBENARKAN, TIDKA DOSA..HANYA YANG SEDANG 'PONTENG' SAHAJA.
UZAR : YE BETUL ADA IJTIHAD ULAMA yang menyebut sedemikian. Termasuk ulama mazhab Syafie.
Jazakallahuhair atas artikel nie ya ustaz.
Cuma nak mohon kepastian, daripada artikel ustaz haram bila melibatkan lelaki muslim yg wajib menunaikan solat jumaat. jadi adakah hukumnya harus jika wanita muslim berurusniaga dengan lelaki non-muslim?
UZAR : ok
termasuk bagi lelaki yg ingin menunaikan solat jumaat yg singgah dikedai runcit untuk membeli sebotol air meneral?
terima kasih
UZAR : baca artikel di atas betul2, nescaya akan faham
UZAR : ya boleh
UZAR : sila baca betul2 artikel tu, kena rajib baca betul2 sebelum tanya
UZAR : ia bermaksud, orang ramai boleh menyertainya. Ia ada dibincangkan di sini (www.nazrichik.com/?p=1306)
apa pandangan ust.tentang akaun al-Awfar yang diperkenalkan oleh BIMB?
UZAR : ia telah disemak dan disahkan oleh majlis syariah mereka luar dan dalam, so orang awam boleh gunakannya
jazakumullah khair jaza' Ustaz..atas jawapan yg ust berikan mengenai aqad tersbut..sy trfikir juga sbelum ni, khuatir tersilap dlm mnyampaikan ilmu kpd masyarakat khususnya berkait soal hukum. Alhamdulilah ulasan ustaz menenangkan hati saya..
Barakallahu fiikum..
Katalah, dari pemerhatian saya setiap Jumaat, memang 'Mamat' penjual nasi ni memang tak solat Jumaat. Adakah haram jika saya membeli makanan darinya jika saya lakukan transaksi jual beli sebelum azan kedua?
UZAR : sebelum azan kedua adalah makruh sahaja. Tapi elok pilih kedai orang penjualnya solat, kerana hak ALlah pun mamat tu tak jaga, maka bimbang nasi tu dan bahan2nya pun jenis tak bersih krn amanah kepada pembeli pasti tidak akan jaga juga
saya bercuti kesana dan kebetulan pada hari jumaat. ketika membeli buku di sebuah buku di bandar kota bharu, tiba2 kedai itu mcm dah nak tutup. saya tanya kat pekerja dia, dah tutup ke? sedangkan jam lebih kurang 12.30 tegah hari. beliau mengatakan pihak berkuasa di sana mengarahkan semua kedai tidal beroperasi sebelum azan zohor hari jumaat dan buka balik selepas sembahyang jumaat.
semoga dapat berkongsi dengan pembaca zaharuddin.net dan semoga allah memberkati peniaga-peniaga disana
Minta izin untuk cetak artikel ini, untuk disebarkan...
dari artikel ustaz jual beli adalah haram jika penjual dan pembeli adalah lelaki, bagaimana jika penjual adalah lelaki (yang wajib solat jumaat) dan pembeli adalah wanita, atau sebaliknya. saya pernah terbaca yang seperti ini pun adalah haram. minta penjelasan ustaz.
UZAR : ya, yang si lelaki tu haram, yang perempuan sepatutanya tidak haram, tetapi jadi berdosa juga kerana pemebliannya dikira membantu dan menggalakan lelaki itu terus tidak pergi solat. Bagus soalan ini.
perpustakaandigital4u.blogspot.com/
Sila dapatkan perpustakaan digital 1600 judul kitab (10 000 jilid) beserta free maktabah syamilah...
KAMI SEDIAKAN UNTUK ANDA
No telefon & e-mail:
Ustaz Azhar Bin Yahya
Pengarah Urusan Faza Publications
019- 3642314
(azharsua@hotma il.com)
Abdul Rahman Bin Yahya
012- 2486001
(abdrhmn08@gmai l.com)
KEISTIMEWAAN PERPUSTAKAAN DIGITAL (e-Kitab)
Untuk makluman, e-kitab ini boleh di muat turun secara percuma di laman2 web dari Timur Tengah, kami cuba kumpulkan dan memudahkan penuntut dan pengkaji ilmu didalam mencari sumber rujukan tanpa perlu bersusah payah mengggunakan masa yang lama untuk memuat turun file kitab2 ini dari internet.. Di harapkan usaha kami ini dapat dimanfaatkan dan dihargai..
Berikut diantara keistimewaan e-kitab ini :-
1. Mengandungi 1,600 judul e-kitab dengan lebih 10,000 buah jilid buku. (dianggarkan bersamaan 3 kontena kitab)
2. Merangkumi pelbagai bidang.. (Kini segalanya di hujung jari anda)
3. Diakui sebagai sumber rujukan dan penulisan ilmiah.
4. E-kitab ini adalah daripada kitab yang sebenar.
5. Paparan imej didalam komputer yang jelas, dilengkapi pencarian tajuk di sebelah paparan imej.
6. Sistem pencarian kitab yang mudah.. hanya mengunakan butang ?search? di dalam komputer anda.
7. Dengan hanya satu set Perpustakaan Digital ini,anda telah menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk membeli kitab.
8. Tidak memerlukan ruang untuk menyimpan kitab yang banyak.
9. Kini anda memiliki sebuah perpustakaan peribadi impian.
10. Kekurangan e-kitab ini hanya anda tidak dapat cium bau kitab..
macam2 manfaat yang akan anda ketahui dan rasai apabila anda memilikinya.. anda mampu memilikinya..
Ada juga yang suka pergi ke restoran seafood non muslim kerana makanannya sedap dan fresh tetapi menghidangkan juga air beralkohol..mereka pergi juga kerana atas dasar seafood itu halal tetapi tidak memikirkan tentang Dapur Halal.(mungkin time rehat tukang masak makanan tidak halal menggunakan periuk yang sama).Harap ustaz dapat terangkan sedikit sebanyak kepada saya yang ilmu sikit ni dan terangkan kepada rakan-rakan yang lain. Oleh kerana kurangnya ilmu ramai muslim di sini (yang ada duit lebih) pergi ke restoran atau hotel yang tidak di ketahui status halalnya yang memungkinkan pada jangka masa panjang ...melekehkan agama sendiri (hati sudah tidak bersih).
Terima Kasih
RSS feed for comments to this post