Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Asri Rabbani : Selimut Putih Pembalut Badan

Asri Rabbani : Selimut Putih Pembalut Badan

  • PDF
(19 votes, average 4.84 out of 5)

Bila Izrail Datang Memanggil

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

asriibrahim.jpg

 

Membuka laman berita-berita Malaysia sejurus solat subuh hari (4.30 pagi UK = 11.30 pagi Malaysia) menemukan saya dengan berita yang menyedihkan. Ustaz Asri Ibrahim, volkalis kumpulan Rabbani pergi selama-lamanya menemui ilahi. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim atas pemergian abadi ini.

Pemergiannya dikaitkan dengan sakit jantung yang kini semakin banyak menragut nyawa orang muda. Ia bukan lagi sebuah penyakit orang tua.  Saya sendiri pernah diserang sakit yang sama (99 % arteri utama sebelah kiri tersumbat) dan hampir-hampir menemui ajal pada tahun 2004 di Jordan. InshaAllah akan saya kongsikan pengalaman serangan tersebut dalam tulisan-tulisan mendatang. Cuma, itulah penyakit jantung yang skeali menyerang orang muda, biasanya adalah penamat, namun Alhamdulillah Allah swt masih memberi saya ruang dan peluang untuk terus berusaha menyiapkan bekal di sana.

TERPUKAU DEK SUARA MERDU

Berdasarkan ingatan saya, nasyid-nasyid nadamurni mula menyentuh minda dan hati saya pada tahun 1990 dengan lagu-lagu seperti To'laal Badru ‘Alayna, Maulana ya maulana, Selimut Putih, Di Pondok Kecil, Selawat dan lain-lain.  Hampir semua nasyid-nasyid nadamurni pasti menjadi kesuakaan saya, malah boleh dikatakan saya amat terpukau dengan suara solonya yang ketika itu saya kira, suara yang paling indah pernah saya dengari. Suara beliau begitu tawadhu dan insaf ketika bernasyid, tidak seperti beberapa penasyid muda hari ini yang nasyidnya berbunyi ssperti suara orang bercinta mendayu-dayu. Selain itu, sauara beliau juga amat natural, tanpa perlu banyak sentuhan sound engineering.

Selain suara Ust Asri, ketika itu saya juga amat ‘mabuk' dengan bacaan al-Quran oleh Ustaz Ismail Hashim.

 

 

Video : salah satu nasyid yang memukau saya awal 90 an

 

Suara muda Ustaz Asri ketika itu amat lunak, merdu dan menusuk ke jiwa menyebabkan saya terus mencari nasyid-nasyid nadamurni selepas itu, selain itu juga sibuk mencari jalan untuk mengenali vokalis yang bersuara luar biasa itu. Namun pencarian di ketika itu amat sukar, kerana tiada web, tiada gambar, tiada macam-macam.

Beberapa tahun selepas itu, saya berjaya menghadiri persembahana nsyid  nadamurni secara live, di Kuala Lumpur. Tatkala itu tersebar berita bahawa persembahan seni suara ustaz Asri yang amat merdu, dengan mesej Islam serta dihiasi dengan persembahan konsert dan laser yang mantap telah menjadi salah satu sebab kepada beberapa orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

DAPAT BERTEMU

Di awal tahun 1990an (tidak ingat secara tepat), saya berjaya bertemu beliau secara face to face apabila kumpulan nasyid sekolah (SMAP Labu) membuat rakaman album pertama mereka di studio Nadamurni di sungai Penchala. Namun tidak banyak yang mampu saya ingati.

Hanya pada tahun 1996, saya sekali lagi dapat bertemu secara peribadi dengan al-marhum yang ketika itu, kami (Jawatankuasa Kerohanian Kolej) jemput beliau bersama kumpulannya untuk membuat persembahan di kolej kediaman kelapan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Tutur kata dan perawakannya yang lembut tentunya memikat ramai sahabat-sahabat untuk menjadi rapat dengan beliau.

Kali terakhir bertemu dengannya adalah semasa pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Sebelum itu juga telah beberapa kali terserempak dengan beliau di pelbagai jenis program, dan setiap kali bertemu, beliau pasti akan mengingati hari pertemuan kami di Kolej Kediaman Kelapan.

Setiap kali bertemu, saya akan teringat betapa minatnya saya dengan suaranya khususnya di awal tahun 90 an dahulu, teringin rasanya untuk mengungapkannya di hadapan tuan punya suara, tetapi setiap kali itu jugalah saya batalkan hasrat tersebut, dengan niat untuk tidak merosakkan niat dan menguji beliau dengan perasaan kurang sihat di sisi agama. Nampaknya hasrat itu tidak mungkin lagi untuk direalisasikan selama-lamanya.

AKHIRNYA

Begitulah sedikit coretan ringkas mengingati keterkaitan saya dengan almarhum. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah swt agar memberikan belas, rahmat dan ihsan terbaik buat almarhum serta mengurniakan keampunan atas segala jenis kesilapan yang dilakukannya.

 

asrirbni.jpg

 

Buat ahli keluaraga al-marhum, tabahkan diri dan teruskan hidup dalam kerehdaan Allah. Kami doakan anda semua tabah.

Bilakah pula giliran kita? Dan dapatkah jantung kita melaksanakan tugasnya bertemu Ramadhan akan datang ini. ??

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Sha'ban 1430 H

13 Ogos 2009

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Asri Rabbani : Selimut Putih Pembalut Badan