PERADUAN SAYA ANAK MERDEKA OLEH PETRONAS
Boleh atau tidak menyertai peraduan "SAYA ANAK MERDEKA PETRONAS" di mana penyertaan boleh dibuat dengan membeli petrol sebanyak RM 20, akan memperolehi satu borang penyertaan
- Soalan melalui system sms 33221-
Jawapan
Setelah melihat detail penyertaan di web berkenaan. Menurut pendapat saya dan berdasarkan keputusan Majlis Fiqh Sedunia, penyertaan seperti di atas adalah halal. Ini adalah kerana pembelian RM 20 untuk sememangnya harga asal petrol, tiada sebarang tambahan di sebabkan borang penyertaan. Tatkala itu, ia hanya sekadar promosi perniagaan oleh Petronas agar lebih ramai mengisi minyak di stesyen mereka. Menurut pendapat yang lebih ringan atau majoriti ulama dari Majlis Fiqh Sedunia, niat yang tersimpan di dalam hati (untuk menyertai) tadi tidak memberikan kesan kepada halalnya penjualan petrol dan penyertaan.
Ia hanya akan menjadi haram jika pelanggan membeli satu perkara yang tidak diperlukan dan kurang keperluan kepadanya (seperti membeli web site atau ubat yang tidak berapa diperlukan) semata-mata untuk mencukupkan had limit untuk memasuki sesuatu peraduan yang ditawarkan.
Tatakala itu, niatnya telah cenderung kepada penyertaan peraduan lalu unsur perjudian menjadi nyata, pembelian barang bukannya kerana keperluan sebenar, tetapi kerana peraduan.
Bagaimanapun, dalam hal petrol, pada hemat saya, mengisi minyak petrol memang sentiasa diperlukan dan barang keperluan utama bagi pemilik kenderaan samada anda berniat untuk menyertai peraduan atau tidak. Justeru, ia harus.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Julai 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites