Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Berapa Lamakah Waris MH 370 Perlu Tunggu?
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

 

BERAPA LAMA WARIS MH 370 PERLU TUNGGU?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

mh370

Selain kita terus berdoa agar mereka yang ditimpa musibah selamat dan mampu ulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Isu ini mesti diperbincangkan bagi menjelaskan kedudukan hubungan suami-isteri dan pemilikan harta orang yang hilang.

Mazhab Hanafi ada pelbagai pandangan berkenaan tempoh perlu tunggu, yang paling relevan saya lihat adalah pandangan kelima mereka iaitu tempoh ditentukan oleh qadhi menurut ghalib zan ( atau kebarangkalian yang paling tinggi). (Syarah Fath Al-Qadir, 5/374)

Mazhab Maliki mempunyai pelbagai pandangan, antaranya yang menyatakan perlu ditunggu hingga 4 tahun. Selepas 4 tahun tanpa sebarang berita dan jawapan, isteri akan bermula iddah 4 bulan 10 hari.

Asas ijtihad ini adalah dari keputusan Khalifah Umar al-Khattab bagi kes kehilangan seseorang di sesebuah negara Islam bukan di musim waba’. Ini bermakna 4 tahun itu berlalu pada musim sihat tanpa bencana. Ketetapan khalifah Umar ini juga dinyatakan oleh para ulama’ disokong oleh sahabat-sahabat lain sehingga Ibn Qudamah mengganggapnya ijma’ sahabat. Menurut Imam Ibn Hajar, pandangan ini juga disokong oleh Al-Zuhri yang mensibahkanya kepada Umar, Ibn abs,Uthman Affan, Ibn Mas’ud, Ibn Umar r.a dan ulma besar tabi’en seperti Al-Nakha’ie, Ato’ ibn Rabah, Makhul dan Al-Sya’bi.

Pun begitu, kesahihan ijma’ dipertikaikan kerana terdapat riwayat yang menunjukkan sahabat besar seperti Ali bin Abi Talib r.a tidak sependapat.

Jika ingin digunakpakai untuk kes MH370 mungkin boleh dipertikai kerana kehilangan pesawat yang melebihi tempoh biasa tanpa sebarang perhubungan di zaman mudahnya perhubungan boleh dianggap seperti kehilangan di zaman waba’.

Antara sebab perlu dibincang hal ini adalah :-

1. WANITA

Wanita atau isteri mungkin berganda deritanya, pertama, derita hasil kesedihan kerana kehilangan insan yang dikasihinya, ditambah lagi derita hidup tanpa suami dan seolah tergantung tanpa tahu bila kesudahannya.

2. HARTA

Dibincang juga oleh ulama, mudarat ke atas isteri atau anak-anak apabila ditinggakan tanpa nafqah zahir dan belanja, tambahan pula tidak boleh membahagikan harta peninggalan mangsa kerana belum disahkan kematian. Justeru, ketetapan untuk menentukan penantian sehingga tempoh bila adalah sangat penting.

IJTIHAD SILAM DAN MODEN

Terdapat tidak sedikit ulama kontemporari yang melihat ijtihad dan pendapat ulama silam termasuk para sahabat seperti Khalifah Umar r.a adalah berdasarkan kepada situasi dan keadaan alatan perhubungan dan komunikasi di waktu itu. Contohnya dalam perbincangan Kesatuan Fiqh Sedunia, guru saya, Prof. Dr Abd Naseer Abul Basal berkata:-

فأنا أرى أن القرار يكون فيه قوة لولي الأمر باختيار هذا الرأي في التفريق بالضرر حتى نرفع الضرر عن النساء، بعد استنفاد جميع وسائل التقنية المعاصرة لتبليغه، لذلك أرى أن يمنح القاضي سلطة التفريق.

Ertinya: Aku melihat, ketetapan yang kuat adalah (kuasa) diberikan kepada pemerintah untuk memilih pendapat ini iaitu memisahkan (perkahwinan) kerana mengelak kemudaratan dari wanita, itu dengan syarat setelah lesu dan habis teknik moden untuk mencarinya, oleh itu, aku melihat qadhi boleh diberikan kuasa memutuskan (ikatan pekahwinan)

Prof. Dr. Abdullah Al-Rukban menyatakan:

ما ذكر من آثار عن الصحابة ومن اختلافات عن العلماء، أظنهم لو عاشوا هذا العصر لغيروا كل ما طرحوه لأن الوسائل التي جدت في وسائل الاتصال والمواصلات غيرت أموراً كثيرة، لأن ما أشار إليه عمر بن الخطاب من تحديد أربع سنوات، المراد به التأكد من كون المرأة حاملاً أو ليست بحامل، الأمر الذي لم يعد الآن واجباً، لأن الآن هناك تحاليل مخبرية تكشف عن هذا الأمر».

Ertinya: Apa yang disebut berkenaan athar para sahabat dan perbezaan ijtihad para ulama, aku menggangap sekiranya mereka hidup di zaman ini pasti akan ditukar pendapat-pendapat mereka kerana melihat pengangkutan, perhubungan dan komunikasi di zaman ini pastinya banyak ketetapan akan berubah. Apa yang ditunjukkan bahawa Umar al-Khattab menetapkan empat tahun, target darinya adalah untuk memastikan wanita itu benar-benar telah bersih dari benih suaminya (yang hilang), perkara ini (menunggu empat tahun) tidak lagi dianggap wajib di zaman ini kerana banyak teknik moden makmal yang boleh mengenalpasti hal ini (dengan lebih cepat).

Setelah berbincang panjang dan meneliti semua dalil dan pendapat silam dan moden, keputusan Al-Majma’ Al-Fiqh Al-Islami di bawah Rabitah al-‘Alam al-Islami dalam persidangan mereka yang ke 21 bertempat di Mekah al-Mukarramah pada 8 – 12 Dis 2012 memutuskan dalam hal "Tempoh Penantian Orang Hilang" :

أولاً: ينتظر في المفقود, فلا يحكم بموته حتى يثبت ما يؤكد حاله من موت أو حياة.

ويترك تحديد المدة التي تنتظر للمفقود للقاضي بحيث لا تقل عن سنة ولا تزيد على أربع سنوات من تاريخ فقده؛ ويستعين في ذلك بالوسائل المعاصرة في البحث والاتصال, ويراعي ظروف كل حالة وملابساتها, ويحكم بما يغلب على ظنه فيها.

ثانياً: بعد انتهاء المدة التي يقررها القاضي يحكم بوفاة المفقود, وتقسم أمواله, وتعتد زوجته, وتترتب آثار الوفاة المقررة شرعاً.

ثالثاً: للزوجة إذا تضررت من مدة انتظار زوجها المفقود أن ترفع أمرها للقاضي, للتفريق بينها وبين زوجها المفقود للضرر. وفق الشروط الشرعية لهذا النوع من التفريق.

Ertinya :

Pertama : Hendaklah ditunggu yang hilang, tidak dihukum matinya orang yang hilang sehingga sabit (sesuatu bukti) yang menunjukkan keadaannya mati atau hidup.

Tempoh penantian ditentukan oleh qadhi (pemerintah yang berwajib) yang mana mesti TIDAK KURANG dari 1 tahun dan TIDAK LEBIH dari 4 tahun dari tarikh hilangnya. Dan diusahakan pencarian dan perhubungan menggunakan alatan moden. Setiap situasi dan perubahan keadaan mestilah diambil kira.

Kedua : Selepas tamatnya tempoh (penantian), qadhi boleh memutuskan bahawa orang yang hilang telah meninggal dan bolehdibahagikan harta peninggalannya (menurut hukum faraid), dan isterinya bermula iddah dan terpakai lain-lain urusan kematian.

Ketiga : Bagi seorang isteri, jika sangat termudharat disebabkan tempoh penantian suaminya yang hilang, diharuskan membawa kesnya kepada qadhi bagi memohon pemisahan dengan suaminya yang hilang (lebih cepat dari tempoh 1 tahun)

 

Sekian,

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden, MURSHID

28 Mac 2014 ( Disiarkan di Facebook Ustaz Dr Zaharuddin )



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Berapa Lamakah Waris MH 370 Perlu Tunggu?