Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.
Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.
Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.
Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.
Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.
Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.
Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.
Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
4 Muharram 1431 H
21 Disember 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Terima kasih kerana selalu beri pengisian bermanfaat melalui pelbgai medium.Saya mohon copy beberapa artikel2 Ustaz & Kak Ina ke blog saya ya.. saya bukanlah org yg byk ilmu, tapi teringin juga menyebarkan ilmu bermanfaat kpd rakan2...Smg Allah SWT merahmati Ustaz sekeluarga...
Anak pertama saya perempuan berumur 13 tahun &
anak ke2 saya lelaki berumur 11 tahun.
Saya ibu yang buntu & kerisauan... dapat kiranya ustaz membantu saya....
Paling ketara bermasalah adalah anak lelaki saya yang berumur 11 tahun.
Berbagai masalah dia lakukan...Tolong bantu saya Ustaz...
Saya setuju dengan tulisan Ust. Walaubagaimana pun, ketegasan dalam pendidikan anak-anak juga harus ada. Apa yang saya lihat sekarang sudah ramai ibu bapa yang ada kesedaran untuk mendidik anak dengan cara yang "friendly" (terutama yang tinggal di oversea kerana terikut dengan budaya positif orang barat)dan anak mereka memang terbentuk menjadi anak yang baik. Namun, kekurangan yang sy nampak, oleh kerana didikan yang terlalu "friendly" si anak menjadi terlalu manja.
Jadi sy berpendapat, berlembut dan meraikan bukan bermaksud kita kene sentiasa bercakap dalam ayat yang senada setiap masa, namun ada kala nya perlu juga diberi dengan ayat perintah, kerana Allah juga mengajar kita dengan ayat yang berbentuk peringatan dan perintah di dalam kitabnya Al-Quran.
Ini hanyalah pendapat peribadi sy sebagai seorang yang cetek ilmu berbanding ust, dan pandangan sy ini mungkinlah hnya berdasarkan logik akal dan pemerhatian semata.
wassalam.
Terima kasih uzar dengan ilmu yg diberi, semoga dari masa ke semasa diadakan lebih banyak perbincangan berkaitan topik ini. Tidak dinafikan ilmu ini amat tinggi nilainya sebagai panduan kepada kita semua. Anak merupakan amanah kepada kita, dan seumpama kain putih yg mana kitalah yg mencorakkannya. Bagi saya teramat besar amanah ini dan saya merupakan insan biasa yg juga melakukan kesilapan.
Asalnya saya seorang ibu yang bekerja dan saya telah berhenti semata2 ingin membesarkan anak2 dengan kedua tgn saya.sebenarnya masyarakat kita terlalu dhaif dalam menilai ibu2 sprti sy.hbt tekanan yg diberi yg mana seseorg yg brpendidikan tggi dianggap terlalu [censored] sekiranya mnolak gaji ribuan ringgit semata2 ingin berada drumah mmbsrkan ank2. Dahulu sy sering menyogok ank2 dgn hadiah mainan yg mhl2 semata2 utk mmbuang rasa brsalah sy kpd mrk.Ttpi ketahuilah wahai ibu itu bukanlah yg didambakan oleh ank2 anda.Skrg wpun kotak tisu kosong sy berikan pd ank yg sedg brsedih serta-merta wjhnya brtukar girang kerana dhadiahkn pelukan dan ciuman dr seorg ibu?.tdk segembira ketika mdapat permainan mhl?fikirkanlah.Kepada ibu bapa diluar sana jgnlah abaikan ank anda wpun sesaat krn diluar sana byk manusia brhati syaitan sdg mnunggu,wpun d tmpat yg anda rasakan slmat.Selebihnya selalulah mndoakan kselamatan ank anda Allah yg memiliki segalanya.
Jadilah penapis filem untuk ank anda jgn biarkn semua bnda masuk ke minda mrk.ajrlah ank mengenal Allah sedari awal dan ajarlah mereka mncintai al-Quran, merindui masjid, mjadikan rasul idola dan bukannya artis. Dan jgnlah ajr ank kluar mlm dari kecil lagi dan jgn sesekali biarkan yg sdh dewasa keluar mlm.byk buruk dpd baiknya.Akhir sekali kepimpinan melalui teladan?ank lbh ikut apa yg anda buat dan bukan apa yg anda ckp?wallahualam?
apa yang uzar tulis memang tulah saya buat utk anak, selepas membaca atikel uzar saya berazam akan merubah arahan yang diberikan kpd anak
10q uzar
Ada 2 steps.
1. sekolah jgn lah bagi kerja sekolah melampau banyak. anak2 tu akan ganggu ibu bapa suruh tolong buat kerja rumah. Kalau kat Melbourne ni sekolah macam takde kerja sekolah. Kerja sekolah sikit je. Anak2 happy sgt nak pergi sekolah. Tapi nampak depa creative juga. Buat itu buat ini kat rumah. Rumah jadi sepah dengan projek2 creative. Kena suruh kemas selalu lepas main.
2. Mak bapak selalu dah penat kerja. Pastu depa nak duit lebih depa buat MLM lah, insurans lah, real estate lah, forex lah, Internet marketing lah, dgn harapan depa dpt lebih banyak duit.
Duit tu pula utk anak2 juga, nak hantar tuisyen lah, nak belikan game lah, nak bawak jalan2 theme park, hotel lah ect etc.
Ibu bapa kena baca lebih lagi tentang good parenting. Zaman akan datang akan jadi lebih mencabar. Bak kata UZAR
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan"
bagus isu kali nie. terasa plak ada benda yg saya lakukan sama cam disebut. sempena tahun baru 1431 sya berazam nak tukar sedikit cara didikan sebelum terlambat. tq
Bertambah risau bila kenangkan kami yang bermukim di darul haram. Ledakan hedonistik krismas amat memerlukan hands on islamic parenting approach dari parents. Kalau dibiarkan auto pilot...nauzubillah
terima kasih untuk artikel yang SANGAT-SANGAT BAGUS....
Buku parenting from Richard Templer , apakah tajuk buku tersebut? Boleh Ust berikan tajuknya. Jazakallah.
terima kasih.
UZAR : Hadis tu mengandungi teguran Rasulullah bahawa jika anak boleh jadi begitu hasil tangan ibubapa. Islam itu telah disebut dalam hadis tu iaitu merujuk kepada FITRAH, fitrah itu adalah Islam, tetapi fitrah boleh kotor akibat ibubapa tak betul didik.
Ye, perlu hantar ke pusat sekolah yg baik, dan ibubapa adalah sekolah pertama.
tulisan kecil sgt, boleh dibesarkan di komputer masing2, sila ke view dan zoom.
RSS feed for comments to this post