Rumahtangga & Keluarga Sharlinie Dalam Pelbagai Rupa & Apa Penyelesaiannya ?

Sharlinie Dalam Pelbagai Rupa & Apa Penyelesaiannya ?

  • PDF
(19 votes, average 4.74 out of 5)

Sharline & Islam Penyelesai ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Telah 21 hari adik Sharline tiada bersama keluarganya, jika sebelum ini adik Yin yang ditamatkan dengan penghabisan yang melegakan, kisah adik Nurin Jazlin pula amat menyedihkan hati dan mengelisahkan jiwa. Sama-sama kita berdoa agar kes kehilangan adik Sharline akan ditamatkan seperti keadaan Yin.

Hampir semua buntu kini, selain buntu kita juga cemas, risau, rimas dengan hati budi manusia-manusia yang berada di bumi Malaysia hari ini. Tidak dapat  disangka ada yang sebuas dan tiada belas kasihan.

 

Kembali Kepada Islam?

Selain kes kanak-kanak seperti ini menjadi mangsa, sebenarnya puluhan malah ratusan lagi kes wanita dewasa yang hilang tanpa penghujungnya. Tiada sebarang liputan berkenaan mereka hanya kerana mereka adalah wanita dewasa yang mungkin hilang disebabkan kerakusan nafsu dan ketipisan aqal mereka sendiri, namun tidak dinafikan ada yang juga menjadi mangsa seperti anak-anak kecil tadi. Amat memilukan memikirkannya.

Ramai yang sedar, kebahayaan ini perlu dirawat dengan kembali kepada fitrah dan Islam. Namun ramai juga yang mencebek bibir, tiada keyakinan, bosan dan muak dengan laungan-laungan "kembali kepada Islam" ini.


Pokoknya, adakah kita yang meluangkan ‘kembali kepada Islam" ini sedar dan faham apa erti laungan itu?

Jika kita sendiri masih 'blur' apatah lagi mereka yang lain. Cuba dilihat isi rumah dan kehidupan kita, adakah ia seperti sebuah kehidupan seorang umat Nabi s.a.w. Adakah baginda Nabi s.a.w akan tersenyum sambil mengakui kita umatnya jika baginda melihat isi rumah kita, vcdnya, majalahnya, dvdnya, friensternya, chit chatnya dan lain-lain.

Tinjau pula dari sudut keyakinan aqidah, pendapatan, perbelanjaan, pekerjaan, kawalan nafsu seksual, auratnya, tatacara bisnes, hubungan lelaki wanita di tempat kerja, hubungan kejiranan dan saudara dan sebagainya.

Sewajarnya budjet besar perlu dikeluarkan untuk pembangunan insan tulen, melebihi wang untuk pelaburan material yang bakal menambah barah akibat tersilap prioriti. JIka silap, inilah padahnya, amat sukar mengubati penyakit yang telah semarak di setiap urat saraf dan salurah darah masyarakat. Bukahkah "Prevention is better than cure"?


Dalam Islam, 'prevention' yang pertama adalah pertahan nafsu diri sendiri. Hinggakan jika tiada undang-undang negara yang melarang pun, tidak akan dibuat dosa itu.  Ia idak mudah dan nabi s.a.w sendiri memfokuskan usahanya kepada hal ini sepanjang di Mekah selama 13 tahun. Membina empayar iman dan aqidah dalam hati dan jiwa manusia.

Hakikatnya ramai yang tiada faham apa yang dimaksudkan denagn kembali kepada Islam. Akibat dari kemalasan membaca dan berfikir tentang isi al-Quran dan Hadis. Ada juga yang faham, lalu terus melompat ke konklusinya, "kita guna undi kita".  Baiklah, jika berkuasa kelak, bagaimana bentuk cukai, tol, pendidikan, kewangan, perbankan, kemasyaratan, media, artis, pertahanan Islam dan lain-lain. Cuba anda atau kita dijadikan sebagai pembuat dasarnya, adakah kita bersedia dengan "Islam" yang kita laungkan tadi?.

Saya amat mendokong laungan ini, namun saya bimbang ia semakin dibenci oleh ramai akibat  ketidakjelasan kita sendiri. Apatah lagi untuk memberi faham orang lain. Jika kata nyatakan, "Nanti fikirlah". Ia tanda kita akan gagal.

Apa sebabnya ini?

Malas juga berfikir tentang alam serta tubuh diri. Akhirnya umat Islam gagal menikmati penyelesaian Islam. Islam ada di depan mata tetapi tidak reti tatacara menjadikannya sebagai pemandu hidup dalam bentuk praktikal.
 

Apa yang kita laungkan, mari sama-sama kita kotakan segera. Penuhkan ruang kekososngan dan kekontangan ilmu serta amal Islam ke dalam diri, agar dapat disalurkan kepada anak-anak kita. Akhirnya membentuk anak soleh dan solehah, maysarakat soleh dan Negara yang diberkati.

 

Saya juga sedang berfikir, apa lagi yang mampu saya sumbangkan kepada masyarakat untuk membetulkan keadaan ini. Sudah tentu saya mesti bermula dari keluarga saya sendiri. Kemudian apa lagi.. mari berfikir dan bertindak bersama saya dan rakan-rakan lain.

Marah kita kepada pelaku jenayah dan pembunuh Nurin Jazlin hanya retorik kosong jika kita sendiri adalah salah seorang dari virus di dalam masyarakat akibat tiada amalan ilmu Islam yang benar.


Justeru, hindarilah dari menjadi virus dalam masyarakat. Setakat kesedaran berkenaan hal ini tidak mencukupi, kita perlukan tindakan, dan kita perlukannya dengan cepat. Sama-sama kita berdoa agar adik Sharlini ditemui dalam keadaan sihat segera.

Berikut adalah hasil usaha seorang rakan yang cuba memberikan tip rupa wajah adik Sharline dalam beberapa keadaan. Harap ia dapat menambah jelaskan gambaran kita selian dari melihat gamabr asal yang berkepala senget dulu, agak sukar untuk mengceam dengan gambar sedemikian. Pihak ibu bapanya patut mengeluarkan lebih banyak gambar dalam pelbagai posisi (jika ada)

 

 

Gambaran Sharlinie Bertudung

 

 

gambaran dibotakkan

 

 

gambaran kepala tegak

 

 

Akhirnya

Awas jauhi bomoh karut lagi syirik, saya masih ingat kumpulan bomoh membuat majlis syirik tersebut, namun hanya sia-sia dan merosakkan iman dan aqidah orang yang mempercayainya. Sharline masih juga tidak ditemui tetapi aqidah berapa ramai orang telah terkorban. TATKALA ITU DOA MEREKA YANG HADIR DAN PERCAYA ITU TIDAK LAGI MAQBUL DI SISI ALLAH.

 

Hebat sungguh perancangan Syaitan. Berawaslah

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

21 Muharram 1428 H

30 Januari 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Sharlinie Dalam Pelbagai Rupa & Apa Penyelesaiannya ?