Rumahtangga & Keluarga Poligami Secara Rahsia : Ok ?

Poligami Secara Rahsia : Ok ?

  • PDF
(58 votes, average 4.22 out of 5)

Poligami Secara Rahsia : Ok ?  

Poligami

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

Ana perlukan nasihat ustaz dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini saya bekerja di satu ofis dengannya.

He proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga telah memberi persetujuan awal.

Kini kami dalam perbincangan untuk menjalankan perkara ini dengan cara terbaik, sedikit cabaran awal yang kami hadapi. Dia bercadang untuk bernikah dahulu dan kemudian memberitahu isteri dan anak-anaknya as the right time comes by, because:

1. Dia amat rapat dengan anak-anaknya dan dia tidak mahu berita yang surprising ini merosakkan hubungan mereka dan risau akan menjejaskan pelajarannya. He plans to convey it to his child  at least when the eldest one has finished the secondary school i.e. lebih kurang dalam setahun setengah lagi.

2. Isteri pertama beliau tidak begitu menerima idea poligami. So he needs time to convey it to his wife but not immediately. That's why he is looking at bernikah dahulu dan memberitahu kemudian....kami belum berbincang tarikh pernikahan etc....we still have a lot of things to be discussed

Semalam semasa berbincang dengan family, mereka sarankan memberitahu isteri pertama dahulu sebelum bernikah which even i would be more comfortable with however i do understand the concerns he's facing, he may be able to convey it to his wife but is worried about his son....Allahu a'lam.....

Ana sendiri walaupun tidak kenal dengan isteri dan keluarganya. I care and love for them, i want them to continue living a happy live.....only the family is growing bigger now.....ana tidak mahu menjadi penyebab retaknya hubungan mereka yang telah lama terbina.

Semasa menerima proposal darinya ana sudah pun terbuka untuk menangani cabaran yang dijangka, perlukan nasihat dari ustaz untuk menangani cabaran ini dengan lebih baik....sebarang pandangan dan nasihat ustaz amat dialu-alukan.

Jazakallahu khaeeran katheera and please make do'a for me.....

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

aman

Sebelum itu, saya terpaksa mengakui bahawa saya bukanlah orang yang cekap dan berpengalaman dalam kaunseling bab rumahtangga. Bagi tidak mengecewakan saya akan cuba memberikan beberapa ulasan terhadap perkara terpenting sahaja (menurut penilaian saya dari info yang diberikan).

 

Pertamanya : Tahniah saya ucapkan dengan berita yang baik buat saudari.

Keduanya : Elok juga jika saudari dapat cuba merisik samada ia mempunyai masalah dengan isteri pertamanya. Saya pasti, kaum wanita biasanya ingin mengetahui mengapa lelaki ini ingin berpoligami, adakah kerana isteri pertamanya tidak sihat atau apa?. Tetapi bagi saya, ini bukanlah perkara yang begitu penting untuk dicari kerana keinginan berpoligami adalah salah satu sifat asas bagi kebanyakan lelaki dalam banyak keadaan. Ia tidak perlu dihairankan. Tidak kiralah samada kerana isteri pertamanya sakit, ingin meramaikan zuriatnya, untuk mengawal nafsunya, untuk tujuan membantu dan lain-lain, ia adalah biasa  kecuali jika ia ada kemungkinan disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak baik.

Ketiganya : Berterus terang,  saya adalah salah seorang individu yang berpegang bahawa poligami yang terbaik lagi menurut sunnah adalah poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri pertama. Amat tidak digalakkan 'sorok-sorok' dalam poligami, demikian kefahaman saya.

Tidak dinafikan bahawa tindakan menyorok dan mendedahkan mempunyai pro dan kontra yang panjang lebar jika ingin dibincangkan. Kedua-duanya mempunyai target dan Maqasid Syariah yang benar untuk dicapai.

Bagaimana pun demikian, saya berpandangan tidak menyembunyikan poligami adalah lebih kukuh dan kuat. Antara sebabnya secara ringkas :-

1) Ia juga amat bertepatan dengan salah satu Maqasid Shariah (objektif Syariah) poligami itu sendiri. Iaitu untuk menuntut pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam.

Justeru, tindakan menyembunyikannya bakal menyebabkan isteri kedua sahaja yang terpaksa berkorban perasaan, manakala isteri pertama tidak tercabar dengan ujian ini. 

2) Ia juga membuktikan kelayakan lelaki tersebut untuk berpoligami berada di tahap yang memuaskan. Kejayaan lelaki berbincang dan mencari persetujuan isteri pertama adalah suatu jenis ‘skill' dan ilmu yang membuktikan kelayakannnya untuk membantu wanita Islam lain dengan mengahwininya. Dengan itu, lelaki yang secara terbuka berpoligami adalah mereka yang cukup berilmu dalam menangani dua isteri secara terbuka. Kelayakan ini pasti akan menyumbang kepada kebijaksanaannya membahagikan peranannya sebagai suami kepada dua orang wanita.

3) Ia juga merupakan suatu tanda keikhlasan dan kasih sayang suami kepada isteri pertama. Selain ia membawa tanda kejujuran dalam tingkah lakunya kepada isteri pertama dan kedua.

4) Berpoligami secara terbuka atau dengan pengetahuan isteri yang sedia ada juga merupakan amalan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

5) Amalan berpoligami secara terbuka juga mampu (dengan lebih berkesan) untuk mengelakkan suami dari bergelumang dengan pembohongan. Biasanya, lelaki yang bersembunyi akan ‘terpaksa' berbohong untuk ke rumah isteri keduanya, ini menjadikan tahap iman dan islam suami tadi semakin menurun kerana terlalu banyak berbohong dalam kehidupan rumahtangganya.

6) Menyembunyikannya juga mendorong kepada berlakunya fitnah. Ini kerana orang ramai tidak tahu bahawa ia telah berkahwin lagi dan isteri pertama juga tidak mengetahuinya. Amat dibimbangi ada yang terserempak di mana-mana akan menyangka ia sedang melakukan maksiat.

7) Menyembunyikan pernikahan kedua atau seterusnya adakalanya boleh mendorong kepada pernikahan tidak sah disebabkan tanpa izin wali kerana ia menyorokkannya dari pengetahuan umum.

Justeru itu, bagi saya lelaki yang menyorok-menyorokkan perkahwinan kedua dan seterusnya belum cukup layak berpoligami kerana dia belum punyai ilmu yang cukup menangani dua wanita dalam hidupnya. Hanya selepas ia berjaya menangani isteri pertama dan anak-anak, barulah ia benar-benar matang dan berwibawa untuk membawa keadilan dalam berpoligami bersulamkan ilmu rumahtangga yang baik.

Hasilnya, pendapat peribadi saya, lelaki tersebut perlu menggunakan ilmunya untuk menyakinkan isterinya yang pertama terlebih dahulu agar masalah-masalah yang mendatang tidak berlaku selepas ini.

Jika lelaki tersebut rapat dengan anak-anaknya, saya merasakan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepadanya malah ia patut menjadi kelebihan untuknya meyakinkan mereka dengan tindakannya untuk berkahwin lagi. Terutamanya jika anaknya adalah anak lelaki, mungkin ia lebih mudah untuk diterangkan.

Demikian pendapat ringkas saya, harap ianya dapat memberikan sedikit bantuan idea buat saudari.

Saya doakan agar semuanya dapat diselesaikan dalam keadaan baik dan yang dirancang.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

3 November 2007



 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Poligami Secara Rahsia : Ok ?