Presiden Tahap Kasut?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Saya agak terperanjat dengan berita malam ini. Berita yang agak luar biasa. Seorang pemimpin politik yang sentiasa merasakan dirinya bertindak tepat dan betul akhirnya dihadiahkan campakkan sepasang kasut semasa lawatannya di Iraq. Satu mesej keras buat wakil Iraq bahawa apa yang diusahakan oleh Bush dan pentadbirannya di Iraq adalah satu kegagalan yang memalukan.
Menurut statistic, lebih USD 600 billion telah dibelanjakan, 4000 orang tentera US telah mati dalam sepanjang serangan mereka ke atas Iraq.
SIla buka link di bawah untuk melihat video sohih rakaman Bush dibaling kasut. Bush cuba membuat sedikit lawak selepas dibaling bagi menutup perasaan terhinanya, lalu berkata kasut yang dilontar kepadanya adalah saiz 10 namun hanya kedengaran satu dua orang audien yang ketawa kecil.
LInk : Bush diterjah kasut arab
Pemimpin politik di semua peringkat dan di setiap negara, cubalah beirngat agar tidak di'perdaya' oleh orang keliling yang hanya membawa kata-kata pujian dan indah serta cium tangan apabila keputusan dibuat. Ada banyak ketikanya semua itu hanyalah palsu.
Di ketika Presiden Iraq bercakap manis dan memuji Bush dengan katanya :
"a great friend for the Iraqi people, who helped us liberate our country"
Lelaki Iraq ini member respon balas yang jitu.
Tahniah warga Iraq kerana memberikan mesej padat buat Bush dan dunia. Lelaki itu berkata kepada Bush ayat berikut semasa membaling kasutnya ke arah Bush:-
"this is a goodbye kiss from the Iraqi people, dog"
Anda mungkin tidak bersetuju dengan tindakan wartawan lelaki Iraq itu dengan pelbagai alasan, kemanusianlah, adablah, profesional dan bla-bla bla, namun saya melihatnya dari secara positif apabila dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada Iraq dan penduduknya. Tindakan itu dikira lebih baik dari kebiasaan protes di negara barat yang pastinya menghantar peluru dan bukannya kasut.
Kepada sekalian pemimpin politik, awas lontaran kasut di sidang media anda. Justeru, hindarilah penyakit ‘syok sendiri'. Penulis blog pun adakalanya terdedah kepada penyakit 'syok sendiri' tapi kesannya tak seburuk pemimpin politik...
KINI ANDA SENDIRI BOLEH CUBA MELEMPAR KASUT KEPADA BUSH. BUKA DI SINI UNTUK MEMBUAT LEMPARAN
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Ahad (14 Disember 200)
11.45 pm ( waktu UK)
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites