Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Al-Quran DiHina Musuh,Ketidakpedulian Yang Menghina

Al-Quran DiHina Musuh,Ketidakpedulian Yang Menghina

  • PDF
(18 votes, average 5.00 out of 5)

Al-Quran DiHina Musuh,

Ketidakpedulian Juga Dianggap Menghina

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Apabila Quran dihina dan dikondem oleh musuh Islam (melalui Fitna) dan lain-lain, kita dituntut untuk mempertahankan hak dan kesuciannya dengan pelbagai cara menurut kebijaksanaan dan perancangan masing-masing. Namun salah satu perkara yang tidak boleh luput dari pemikiran kita adalah di waktu Al-Quran dihina, sejauh manakah kita pula berdamping dengan Al-Quran dari sudut membacanya, memahami nasihat-nasihatnya, hukum hakamnya dan pengamalannya dalam kehidupan seharian.

 

Al-Quran
 

MasyaAllah cuba kita bayangkan kita sedang di dalam peperiksaan yang tiada peluang  untuk mengulangi jika gagal. Peperiksaan SPM, STPM, PMR, UPSR, PTK, Final Exam Universiti dan lain-lain, semuanya mempunyai peluang untuk mengulanginya kembali malah hidup seseorang belum tentu menempuhi kegagalan jikapun mereka gagal dalam ujian-ujian yang disebut tadi.

Namun demikian, peperiksaan kehidupan kita ini, silibus utamanya terdapat dalam Al-Quran  (Juga Al-Hadis),  adakah ‘performance' kita hari ini diyakini boleh mencapai tahap lulus, cemerlang atau gagal...?

Jika peperiksaan yang lain, gagal pertama kali boleh dimasukkan dalam minda kita, tetapi peperiksaan dunia tidak sama sekali kita wajar berfikir untuk gagal. Namun kegagalan pasti akan datang jika kita jauh dari Al-Quran dan kandungannya. Kegagalan jenis ini tiada jalan 'U Turn' nya.

Selain kegagalan, ketidak pedulian kita dari Al-Quran itu adalah salah satu bentuk penghinaan Al-Quran, cuma bentuknya berlainan. Ia disebut oleh Allah swt :-

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Ertinya : Berkatalah Rasul: ""Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan"".(Al-Furqan : 30)

Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya (tafsir Al-‘Azim, 3/318)  

Satu lagi amaran yang disebut dalam sebuah hadis :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وما حَلَّ مُصَدَّقٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : Al-Quran itu memberi syafaat dan sesiapa yang menjadikannya di depannya ( sebagai panduan hidup, nescaya ia akan membawamu ke syurga, dan siapa yang meletakkannya di belakangnya, Al-Quran itu akan mengheretnya ke neraka) (Riwayat Ibn Hibban, 1/332 ; Syuaib : sanadnya sohih dengan syarat Muslim , Al-Qaradawi : Hasan)

Sebagai permulaan bagi mereka yang belum bermula atau mereka yang telah lama berhenti dari membaca Al-Quran dan menghayatinya.

Berikut disertakan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang amat baik, saya sendiri tidak dapat menahan air mata dari mengalir dengan bacaan ini..pembawa ketenangan jiwa dan menusuk qalbu. Bagi yang gagala membukanya di web ini, sila layari (http://www.youtube.com/watch?v=g5hjVy90HAM&eurl)

 

 

 

Berikut pula satu lagi petikan lain yang beserta dengan penghayatan erti dan kandungan bagi mereka yang tidak memahiri bahasa arab al-quran.

 

 

Akhirnya, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang menghina al-quran dengan ketidakpedulian kita. 

 

 

Zaharuddin  Abd rahman

www.zaharuddin.net

3 April 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests

Komen Terbaru

You are here: Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Al-Quran DiHina Musuh,Ketidakpedulian Yang Menghina