Peribadi, Tazkirah & Fikir Travelog Bahrain & Debat Kewangan Islam

Travelog Bahrain & Debat Kewangan Islam

  • PDF
(11 votes, average 5.00 out of 5)

Catatan Perjalanan di Negara Bahrain & Debat Kewangan Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

bahrainworldtradecenter.jpg

 

Alhamdulillah, bertambah sebuah lagi Negara arab yang masuk dalam senarai lawatan saya. Sebelum ini saya pernah sama ada sekali atau lebih menjejakkan kaki ke Jordan, Syria, Mesir, Saudi, Lubnan, Morocco, UAE dan Qatar. Kali ini berpeluang pula untuk menjejakkan kaki di al-Manama, Bahrain, sebuah pulau di negara teluk.

KONFEREN KEWANGAN ISLAM DUNIA

Saya menghadiri konferen kewangan Islam yang dianjurkan oleh AAOIFI, The World Bank dan Bank Negara Bahrain pada tanggal 14 dan 15 Disember 2009. Konferen kali iini membincangkan persoalan Tawarruq, Bankruptcy, Derivatif, Sukuk, Risk Management dan beberapa yang lain. Alhamdulillah amat bermanfaat serta mampu menambahkan beberapa pengetahuan baru.

Konferen terbabit dihadiri oleh kumpulan ulama terkemuka dalam bidang Fiqh, Kewangan dan Perbankan Islam seperti Syeikh Prof Dr Said Ramadhan al-Bouti, Sheikh Prof Dr. Ali Muhyidin Al-Qurrah Daghi, Syeikh Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Shiekh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'qubi, Dr. Md Daud Bakar, Sheikh Prof Dr. Ali El-Gari, Dr. Zamir Iqbal, Dr. Abd Bari Mash'al  dan ramai lagi.

 

uzarsaid.jpg Gambar : BersamaAl-Allamah Dr Md Said Ramadhan Al-Bouti

PERDEBATAN TAWARRUQ MUNAZZAM

Sesi terpanas adalah sesi perbincangan berkaitan Tawarruq di sebabkan terdapat beberapa ulama yang berbeza pendapat. Cuma pendapat yang lebih dominan di dalam konferen ini adalah cenderung kepada mengharuskan produk Tawarruq sama ada ia Munazzam atau Fardi, selagi mana syarat-syarat utama seperti yang termaktub di dalam keputusan majis Fiqh OIC dan Shariah Standard AAOIFI dijaga.  (Iaitu syarat seperti jelas pemilikan semasa jual, selepas membeli serta  tiada wakil yang menjadi pembeli dan penjual sekaligus dan beberapa syarat lain.

 

uzaraaoifi.jpg
Gambar :dari kiri pembaca ( Dr Sattar Al-Qattan , Dr Hussain Hamed Hassan, Dr Said al-Bouti, Dr Ali Muhydin dan Syeikh Nizam)

Pendapat ini didokong oleh panel seperti Syeikh Dr Said Al-Buti, Syeikh Dr Abd Sattar dan Syeikh NIzam Ya'kubi dan ramai lagi.

Pendapat ini disalahfahami oleh beberapa peserta sebagai bertembung dengan keputusan Majlis Fiqh OIC yang mengharamkan Tawarruq Munazzam (Organized Tawarruq) baru-baru ini.

Ia dijawab oleh panel bahawa tiada pertembungan, cuma mereka menegaskan :-

a-    Mereka lebih cenderung bahawa nama "Tawarruq Munzzam" perlu dielakkan kerana ia akan memperlihatkan seolah-olah sifat "tanzim" iaitu organized itu adalah ‘illah yang menjadikan Tawarruq munzamm di haramkan, mankala jika sesebuah jualbeli secara tawarruq yang tidak diatur (non-organized) yang disebut "Tawarruq Fiqhi atau Fardi" sedangkan hampir semua produk perbankan Islam disusun atur (organized) seperti Murabahah lil Amer Bishira, ijarah muntahiyah bit tamleek dan banyak lagi. Maka jelas, jangan sampai ada yang tersilap faham bahawa pengaturan (munazzam) itu yang menjadikannya haram, justeru mereka mencadangkan agar digunakan nama "Tawarruq Mundabid" (Tawaruq yang mengikut syarat) sebagai Tawarruq yang dibenarkan, MANAKALA Tawarruq ghairu mundobid sebagai jenis Tawarruq yang diharamkan.

b-    Resolsui Majlis Fiqh OIC kelihatan terlalu umum, maka apa yang mereka bincangkan adalah perincian kepada resolusi terbabit sahaja dan bukannya suatu pertembungan.

Sesei tersebut juga menjadi bertambah hangata apabila Syeikh NIzam ya'kubi mengritik tulisan dan tohmahan Dr Mahmud El-Gamal, yang memfitnah perbankan Islam sebagai menyediakan wang untuk terrorist selain dari mengamalkan money laundering. Tanpa disangka pengikut Mahmud El-Gamal hadir dari kalangan hadirin lalu bangun mempertahankan el-Gamal lalu menghentam Syeikh Nizam secara terbuka sebagai tidak bersifat sebagai seorang alim kerana menghentam seseorang semasa ketiadaannya (Dr El-Gamal tiada dalam konferen terbabit). Ini menyebabkan Syeikh Nizam menjawab kembali dan keadaan menjadi sedikit hangat.

PENDAPAT KONTROVERSI DR SAID AL-BOUTI

Dalam sesi esoknya, Syeikh Dr. Ramadhan al-Bouti pula mengundang kontroversi apabila mengutarakan satu pendapat yang agak pelik apabila beliau mendakwa setiap duit kertas hari ini (currency notes) sepatutnya dianggap dari jenis yang sama (walaupun ia dikeluarkan oleh negara yang berbeza) dan bukan jenis berbeza sebagaimana keputusan majlis Fiqh OIC, AAOIFI dan pendapat hampir semua ulama kontemporari.

Pendapat beliau dianggap oleh panel sebagai amat berbahaya dan merosakkan kerana akan menyebabkan terbantutnya hampir seluruh transaksi kewangan Islam di dunia disebabkan matawang berbeza tidak boleh berbeza nilai ketika ditukar.

Persoalan itu kemudiannya dijawab secara lembut dan berhemah oleh Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah dan beberapa ulama lain di kalangan hadirin. Namun tidak dipastikan sama ada beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Namun begitu beliau masih bertegas bahawa pihak AAOIFI perlu mengadakan satu sidang khas membincangkan persoalan itu kembali di masa akan datang.

PROGRAM SAMPINGAN

 

uzarkfh.jpg
Gambar : Saya di hadapan kedai Kuwait  Finance House Ltd ( bank Islam yang benar-benar menjual kereta sehingga mempunyai show room sendiri- usaha yang patut diikuti oleh bank-bank Islam di Malaysia)

ceramahbahrain1.jpg
Gambar : Ceramah untuk Malaysian di Bahrain, turut dihadiri oleh TYT Dato Syed Sultan Idris (berkot kelabu baju biru), Dr Asyraf Wajdi, Dr Said, Hj Rosman (kot berjubah)

  ceramahbahrain2.jpg

Gambar : Pendengar melanjutkan soalan selepas ceramah anjuran Discover Islam

Bagi memaksimumkan usaha dakwah dan manfaat, di samping menghadiri konferen terbabit, saya berpeluang mengadakan program Kefahaman Kewangan Islam dan Fiqh Luar Negara bersama komuniti Malaysia di Bahrain. Program ini walaupun kecil dan sangat sederhana dari sudut tempat program dan penganjuran, tetapi Alhamdulillah sudi dihadiri oleh TYT Dato' Syed Sultan Idris, Duta Besar Malaysia di Bahrain.

Selain program itu, satu lagi program terbuka anjuran bersama sebuah NGO Islam di Bahrain iaitu Discover Islam juga berjaya dilaksanakan. Sesi ini dsampiakn di dalam bahasa inggeris untuk warga kerja di Bahrain yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warganegara. Banyak persoalan diutarakan dan sebahagiannya sukar untuk saya menjawab dengan baik disebabkan kurang jelas masalah di negara masing-masing.  

 

uzardiscover.jpg
Gambar : Bersama warga Malaysia di pejabat Discover Islam, Bahrain

 

 

Khususnya soalan seperti kelebihan kewangan Islam di Bahrain berbanding konvensional dari sudut kadar tawaran dan kiraan, saya sukar mengulas kerana tidak tahu dengan jelas kadar yang dikenakan oleh intitusi kewangan Islam dan konvensional di Bahrian. Ia sudah tentu berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Saya sudah pun mencari info-info tersebut sebelum dari ceramah lagi melalui internet namun gagal mendapatkannya disebabkan ia tidak dipaparkan di web bank-bank di Bahrain. Keadaan menjadi lebih sukar apabila kelajuan internet di Bahrian amat mendukacitakan. Menurut semakan saya menggunakan program ini . Kepantasan download di Bahrain hanya mendapat 0.5 mbps berbanding di UK 8 mbps secara purata.

Ada juga soalan berkaitan skim pencen dan system pembelian tanah di India. Ia juga sukar dihurai kerana gambaran yang diberikan oleh yang bertanya tidak mencukupi untuk saya memberikan komentar hukum. Namun yang penting slot tersebut dapat meningkatkan sensitiviti mereka terhadap hukum dalam transaksi kewangan mereka, itulah yang amat penting sebagai permulaan.

LAIN-LAIN BERKENAAN BAHRAIN

Bahrain secara umumnya sedikit berbeza dengan UAE (khususnya Dubai dan Abu Dhabi) dan Qatar yang lebih terkehadapan dari sudut pembinaan bangunan-bangunan tinggi dan moden. Bahrain kelihatan lebih perlahan atau sederhana.

 

bahrainworldtradecenter.jpg

 

uzartrade.jpg
Gambar : Bergambar di hadapan Bahrain World Trade Centre

 

Walaupun begitu, secara umumnya mereka berkongsi KEKAYAAN dari sumber yang sama iaitu Minyak dan Gas. Bahrain, walaupun berpenduduk kecil sekitar 1 juta ( termasuk 50 peratus adalah pekerja luar), mereka sedang sedikit bimbang apabila mendapati bekalan minyak dan gas yang dipunyai mereka dijangka hanya mampu bertahan sekitar 20 tahun lagi. Usaha PETRONAS yang ditugaskan mencari minyak dan gas di bahagian laut gagal membuahkan hasil. Setakat ini minyak Bahrain hanya diperolehi di daratan padang pasirnya.

BUDAYA KERJA RELAX DAN TANGGUH

Selain itu, mereka juga kelihatan budaya kerja yang hampir sama. Iaitu suka bertangguh dan perlahan.

Di Al-Manama, Bahrain, rakan-rakan Malaysia memaklumkan, sepanjang musim panas dan bulan Ramadhan, amat jarang mereka membuat apa-apa keputusan dalam bisnes. Malah sejak dari awal lagi makluman telah diberi kepada para pelanggan mereka.

"sepanjang musim pansa (sekitar 3-4 bulan), kami tidak boleh membuat keputusan, dan bulan Ramadhan juga, selepas Ramadhan baru keputusan akan dibuat"

Itulah sebahagian budaya kerja relax mereka. Namun begitu, hakikatnya budaya kerja sedemikian tidaklah tergolong di dalam budaya kerja yang disukai oleh Islam. Islam menganjurkan kerja dan tugas yang efisyen, tepat serta tidak ditangguh hanya kerana musim panas. Lihatlah bagaimana peperangan Badar dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan yang panas.

"Selepas waktu pejabat, memang tidak akan ada orang call berkaitan kerja" kata Hj Zul, yang bertugas di bidang kewangan Islam di sana.

Kebanyakkan warga Malaysia di sebelah sana juga terkena tempias yang sama, jika sebelum ini kerja mereka tersangat stress, balik lewat serta berkejar-kejar. Apabila memulakan tugasan di Bahrain, ‘larian kerja' mula menjadi ‘jalan' sambil kerja atau dalam kata lainnya, slow and steady.

Keadaan ini menjadikan bertugas di Negara terbabit mungkin lebih merehatkan dalam satu bab, namun demikian, adakalanya budaya kerja tersebut akan menimbulkan banyak tekanan yang lain pula. Bagi sesetengah pihak mungkin budaya kerja sebegitu lebih menyenagkan berbanding di tempat-tempat lain.

Apapun, cukai pendapatan di Bahrain menjadikannya sebagai destinasi pekerjaan yang amat menarik, hanya 1 % dari gaji dikenakan oleh kerajaan. Keadaan ini menjadikan tawaran pendapatan buat semua pekerja khsusunya pekerja luar agak lumayan dan cukup menarik.
 

KIBLAT ‘MAT SALEH'

Cuma sedikit malang, sebagaimana di Qatar dan Dubai, orang-orang Arab di sini terlalu memandang tinggi kepada ‘Mat Saleh', atau sesiapa sahaja dari Negara barat yang berkulit putih. Sebagaimana di Dubai, layanan kepada ‘mat saleh' kerap melebihi mana-mana bangsa lain malah pendapatan gaji mereka juga turut melambung-melambung walaupun kelayakkan dan skill mereka adalah sama atau lebih rendah dari pekerja yang berasal dari negara lain seperti Malaysia.

"jika engkau datang ke Qatar, engkau jangan bertutur di dalam bahasa arab walaupun engkau boleh, banyakkan guna bahasa Inggeris" demikian nasihat rakan Pakistan yang berkerja di Qatar Islamic bank kepada saya semasa datang bermesyuarat di sana tahun 2007 yang lalu.

Lebih malang, apabila Negara barat menganggap warga mereka yang berhijrah ke Bahrain hanya dari kalangan mereka yang kurang bermutu dan keadaan ini sudah tentu akan menjejaskan orginisasi yang dipimpin oleh mereka di Bahrain.

KES JENAYAH YANG KURANG

Jumlah kes jenayah di Bahrain juga mempunyai persamaan dengan apa yang diberitahu oleh rakan-rakan di Dubai. Kes-kes jenayah dikatakan agak rendah, tidak seperti Malaysia. Saya diberitahu, mungkin antara faktor penyumbang kerana semua warga buruh di tempatkan jauh dari penempatan penduduk tempatan dan pekerja professional. Malah di Dubai, katanya untuk sampai ke penempatan warga buruh di pedalaman padang pasir, kenderaan khas diperlukan.

Keadaan ini mungkin menghalang dari peningkatan kadar jenayah yang biasanya dilakukan oleh warga buruh. Manakala pekerja-pekerja professional di katakana jarang melakukan jenayah curi dan rompak dengan pendapatan besar mereka. Demikian juga warga tempatan yang kerap dibantu oleh kerajaan, sesuai bagi sebuah Negara minyak berpenduduk rendah, sama seperti Brunei.

SEKOLAH DAN PENDIDIKAN

Kualiti persekolahan Bahrain di sekolah antrabangsa dikatakan kurang memuaskan walaupun kosnya tinggi, demikian tegas warga Malaysia di sana. Keadaan ini menyebabkan sebahagian mereka lebih rela membiarkan anak-anak mereka bersekolah di Malaysia dan tidak dibawa sekali ke Bahrain jika boleh.

Walaupun bisnes sedang dan kelihatan sedang berjalan dengan sedikit maju, namun begitu pendidikan tinggi di Bahrain amat jauh ketinggalan. Universiti-universiti di Bahrain masih terkial-kial untuk hidup dan jika hidup sekalipun, lulusan dari universitinya tidak ditiktiraf oleh negara-negara luar termasuk Malaysia dan negara-negara arab di teluk yang lain. Oleh yang demikian, kini mereka sedang berusaha mendapatkan tenaga-tenaga pakar dari luar Negara untuk menjadi pensyarah agar status dan silibus pendidikan dapat dipertingkatkan. Imbuhan pensyarah yang ditawarkan juga amat lumayan berbanding Malaysia, malah boleh menyamai pendaoatan pensyarah di UK dan USA. Antara bekas pensyarah Malaysia yang berada di Bahrain adalah Prof. Madya Dr Ugi Suharto yang bertindak selaku Director of Islamic Finance Program di University College of Bahrain dan juga Dr Rosylin Bt Hashim yang telah sekitar dua tahun berada di Bahrain.

Demikian serba ringkas coretan pengalaman di Bahrain dalam kembara menuntut ilmu dan dakwah peribadi. Semoga ia dapat memberikan sedikit  gambaran khususnya bagi mereka yang ada menyimpan hasrat untuk bertugas di Bahrain. Selamat menyambut awal muharram 1431 H.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

1 Muharram 1431 H

17 Disember 2009

 

 


 

Beberapa lagi gambar ketika di Bahrain

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Travelog Bahrain & Debat Kewangan Islam