Peribadi, Tazkirah & Fikir Tanyalah Ustaz, Cuti Raya & Terus ‘Berlari'

Tanyalah Ustaz, Cuti Raya & Terus ‘Berlari'

  • PDF
(3 votes, average 5.00 out of 5)

  'Tanyalah Ustaz', Cuti Raya & Terus ‘Berlari'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

tv9.jpg


Saya bersyukur, kepulangan saya ke Malaysia di hujung Ramadhan dan hari Raya Eidilfitri yang lalu diisi dengan pelbagai jenis program. Walaupun keletihan di samping gangguan jetlag, Alhamdulillah,  masih juga dapat menyempurnakan tugas-tugasan yang diamanahkan. Cuma saya gembira kerana dapat melalui beberapa pengalaman baru dan menyumbang dengan lebih meluas lagi.

TERUS ‘BERLARI'

Merakaman 4 slot rancangan Muqaddimah di luar studio Seri Pentas TV3, merupakan satu penglaman baru khususnya di ketika berpuasa. Saya Berjaya mengulas empat topik bagi empat slot Muqaddimah untuk siaran TV9 iaitu :

  • 1)    Kedudukan Wanita Dalam Islam
  • 2)    Adab Berbeza Pandangan
  • 3)    Adakah Hukum Islam Menyusahkan?
  • 4)    Rezeki Halal Ibadah Maqbul

 

Kesemua rakaman ini masih belum disiarkan, saya difahamkan ia akan mula disiarkan pada akhir bulan Oktober atau awal November ini InshaAllah. Jutaan terima kasih kepada Akhi Nasran dan Puan Shamsinar kerana memberi ruang.

PERNIAGAAN RANGKAIAN SECARA ISLAM

Di samping itu, saya juga bersyukur kerana dapat menyumbang kepada kemunculan skim Multi Level Marketing yang dilakar menuruti hukum Fiqh Islam. Berita berkenaan hal ini boleh dilihat di link berikut dan berikut .

RAKAMAN DOKUMENTARI

Antara program lain yang juga pengalaman baru adalah rakaman dokumentari solat yang diuruskan oleh Layar Consult Sdn Bhd untuk terbitan Astro Oasis. Sempat merkaman 4 episod untuk siaran ini. Selain itu, saya juga perlu ke pejabat Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk sesi temurama. Sebelah malamnya pula diisi dengan  tazkirah ringkas di Masjid Puchong Indah.

Pengalaman merakam suara dan temuramah semasa berpuasa, terasa amat mendahagakan, khususnya dalam suasana baru pulang ke Malaysia. Amat terasa kepanasan dan dahaganya berpuasa di Malaysia berbanding di United Kingdom yang tidak menghauskan, cuma lebih lapar.

Digigit cuaca yang panas, mandian peluh, jetlag, rakaman suara dan bertutur sehingga beberapa jam, terus menerus, agak menguji saya dan memberikan pengalaman agak manis. Terasa kerdilnya diri berbanding para pejuang Islam di zaman Nabi s.a.w yang memasuki perang Badar di padang Pasir dalam keadaan berpuasa, juga teringat kisah peperangan sukar di Hunayn. Moga amalan kita semua diterima Allah walau amat kerdil.

TANYALAH USTAZ TV9

Untuk ahli keluarga sebelah isteri, saya sempat menyampaikan tazkirah Eidilfitri pada pagi raya pertama,  manakala keluarag di sebelah saya, tazkirah dilaksanakan pada raya 26 Oktober 2009, Sesi tazkirah diikuti slot 'tanyalah ustaz' dimana ahli keluarga berpeluang bertanya pelbagai isu agama kepada saya secara live, kalau sebelum itu mereka hanya mengiktuinya di TV9, kali ini mereka dapat bertanya live.

Selepas semua urusan keluarga, ziarah saudara. Agenda selepas raya diteruskan. Terdapat dua  agenda utama, pada asalnya, iaitu siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dan mesyuarat Majlis Penasihat Shariah Standard Chartered Saadiq Berhad.

Bagi mereka yang tidak sempat menonton siaran Tanyalah Ustaz, berikut adalah beberapa petikannya.

 

u. zaharuddin tanyalah ustaz siri 1 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

u.zaharuddin tanyalah ustasz siri 1 (3/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

 

ust zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (1/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

Ust Zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

 

Sesiapa yang berhasrat untuk menonton penuh semua siri tanpa kurang, boleh download dan menonton di komputer sendiri. Boleh muat turun dari link-link ini.

Beberapa catatan gambar sewaktu di Malaysia baru-baru ini.

 

 

 

LAGI RAKAMAN, URUSAN BUKU DAN RUMAH

Agenda selepas raya juga menjadi amat sibuk apabila saya juga sibuk menguruskan pembelian buku wang, anda dan Islam oleh pihak Perpustakaan Negara sebanyak 475 naskhah. Katanya sebagai penghargaan kepada para penulis buku di Malaysia, Alhamdulillah buku saya terpilih. Semua pembelian dan urusan penghantaran perlu saya uruskan sendiri.

Lebih unik, sempat juga saya menjual kereta Myvi milik isteri saya dan membeli sebuah rumah di Gombak setelah usaha keras mencari dan mengurus dalam tempoh 4 hari. ! Semua urusan perbankan dan guaman bagi kedua-dua transaksi besar itu juga sempat disiapkan sebelum pulang ke United Kingdom.Keputusan pembelian rumah dibuat setelah info rakan, beberapa orang ahli keluarga dan semakan melalui internet mendapati pasaran harga rumah di Malaysia sedang meningkat khususnya di kawasan strategik di sekitar Gombak. Di waktu yang sama, kadar pembiayaan oleh bank-bank Islam pula sedang berada di paras yang amat baik. Setelah menimbang pelbagai perkara, saya nekad dengan keputusan tersebut bagi mengelak harga semakin melambung 1-2 tahun lagi.

Pada masa yang sama juga, sibuk berkejar ke radio IKIM fm untuk rakaman slot buku Untukmu Wanita dan juga 4 slot bicara Multi Level dan perniagaan Islam, StormReaders ( untuk siaran bulan Disember 2009 nanti).

Semasa menghadirkan diri ke studio, sempat bertemu Al-Fadhil Ustaz Zamri Zainul Abidin, dan beliau memaklumkan yang rakaman siri muamalat Islam yang pernah saya lakukan dahulu telah disiarkan di radio IKIM, setiap pagi Isnin jam 7.30 ke 7.42 pagi. Di tengah kesibukan menunggu giliran ke studio rakaman untuk slot Storm readres itu, Ustaz Zamri terus meminta saya untuk merakam sekitar 5 atau enam siri Muamalat bagi siaran akan datang, namun masa tidak mengizinkan, dan akhirnya saya terpaksa merakam sendiri di UK dan mengirimnya ke Malaysia.

Terus terang, keadaan sibuk sebegitu menjadikan kebanyakan pengisian saya terpaksa dibuat secara spontan tanpa persediaan, bagi mereka yang mendengar pastinya dapat menangkap kekurangan tersebut. Apapun, itulah yang terdaya dan sempat disumbangkan buat masyarakat sewaktu kepulangan ke Malaysia baru-baru ini.

Walau kelihatan sibuk pada zahirnya, hakikatnya masih terlalu ramai yang jauh lebih sibuk dan berjasa serta menyumbang berbanding saya, justeru operasi ‘berlumba', mengejar dan terus ‘berlari' dalam memberi manfaat kebaikan Islam akan diteruskan. Yang paling penting, untuk memastikan usaha ini bernilai di sisi Allah dan bukan hanya pada pandangan manusia yang sementara ini. Doakan saya agar istiqamah dan ikhlas..

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Syawal 1430 H

12 Oktober 2009

 


MENONTON RAKAMAN TANYALAH USTAZ

 

MUAT TURUN PENUH SEMUA SIRI SEBAGAIMANA DI BAWAH :(IHSAN MYMAKTABY.COM)

NEW 047. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 156) 25 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?idjonykyyuz
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4

NEW 048. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 157) 26 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2d2fyzjyu3m
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4

NEW 049. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 158) 27 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2ymiygmlwij
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4 

 

 

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Tanyalah Ustaz, Cuti Raya & Terus ‘Berlari'