Peribadi, Tazkirah & Fikir Temui Saya di "Tanyalah Ustaz' TV9

Temui Saya di "Tanyalah Ustaz' TV9

  • PDF
(17 votes, average 4.71 out of 5)

Jumpa Saya di ‘Tanyalah Ustaz' TV9 Hujung Minggu Ini

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

tutv9a.jpg

Alhamdulillah, proses ‘berlari' mengejar kebaikan dan menyebar manfaat ketika saya berada di Malaysia bersambung kembali selepas cuti raya ini. Selain program-program sampingan yang tidak dimasukkan ke dalam jadual aktiviti, antara program yang saya kira agak penting untuk diwarwarkan (khususnya kepada pengunjung setia web ini) adalah kemunculan pertama saya dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz' terbitan TV9.

RANCANGAN UNIK

Satu rancangan yang bagi saya amat unik dan diperlukan di masa ini kerana menyediakan ruang tanya jawab agama secara live antara penonton dan tetamu. Seingat saya, kali terakhir saya melihat rancangan seperti ini adalah sekitar tahun 1988-1990 yang lalu. Ketika itu siarannya diterbitkan oleh RTM menampilkan tokoh agama Al-Marhum Dato Hj Ishak Baharom yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Mufti Negeri Selangor. Ia disiarkan pada waktu petang sekitar jam 6-7 petang.

Rancangan tersebut kelihatan mendapat sambutan hangat dari para penonton. Namun malangnya, rancangan seperti itu mulai hilang dari TV kita. Saya masih ingat ketika saya dijemput ke NTV 7 sekitar tahun 2004, di balik tabir saya cuba menyarankan ntv7 untuk menerbitkan kembali siaran seperti itu. Namun ia tidak menjadi kenyataan dengan seribu satu alasan dan masalah.

 

tv9.jpg

 

Kini, atas inisiatif TV9, program tanyalah ustaz sudah mencecah 160 episod. Saya difahamankan oleh penerbit, sambutan terhadap program ini juga semakin meningkat. Sehingga soalan-soalan tidak putus-putus diterima sama ada sebelum siaran ke udara mahupun sesudah siaran tamat. Tahniah kepada semua pihak yang bertanggung jawab dan berusaha kerana pastinya hasil usaha mereka bakal dianggap sebagai amalan jariah yang amat baik sama ada untuk dunia dan akhirat mereka.

Salah satu kelebihan rancangan ini juga, adalah tetamu jemputannya akan bepeluang menjawab spontan setiap soalan yang dikemukakan. Memangnya tidak mudah untuk menjawab spontan, khasnya bukan semua soalan mampu dijawab oleh ustasz/ah jemputan. Kalau boleh pun, mungkin setengah soalannya memerlukan huraian panjang atau mungkin juga kurang dikuasai oleh sang ustaz.

Saya pernah melihat beberapa siaran 'tanyalah ustaz' ini dan mendapati kesalahan kecil dalam fakta berlaku dalam jawapan yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Namun, kesalahan tersebut tidak wajar dijadikan isu besar untuk menolak dan mem'bantai' sama ada program ini secara keseluruhannya ataupun ustaz/ah jemputan yang terbabit. Kesilapan amat boleh berlaku, khususnya di waktu jawapan spontan diperlukan, dan ditambah dengan kekangan waktu yang disediakan. Saya juga pasti menemui kesukaran untuk memberikan jawapan spontan dalam rancangan tersebut nanti. Doa saya agar dijauhkan dari kesilapan-kesilapan lidah dan juga segala jenis penyakit hati di dalam amalan. Doakan saya ya.

 

RUANG DAN PELUANG

Di kesempatan berada seminggu lagi di Malaysia (sebelum berlepas ke UK semula), Alhamdulillah, saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi sedikit ilmu kurniaan Allah swt dalam rancangan ini. Ya, buat pertama kali.

Justeru, dengan rendah diri, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama saya di dalam rancangan tersebut pada

Jumaat : 25 Sept (7.00-8.00 pg)

Sabtu : 26 Sept ( 7.00 - 8.00 pg)

Ahad : 27 September ( 7.00 - 8.00 pg).

Tema atau topik yang diberi kepada saya adalah

"Jual beli dan Perniagaan Menurut Islam"

Semua soalan-soalan berkaitan topik berkenaan, jika masih ada yang bersarang di minda anda sekalian, atau yang telah ditanyakan kepada saya melalui sms, web dan email tetapi masih tiada jawapan, maka bolehlah diutarakan dalam rancangan terbabit. InshaAllah saya cuba sedaya mampu untuk memberikan jawapan yang terbaik, setakat kemampuan ilmu yang ada.

Namun, perlulah penyoal memahami adab ketika menyoal, juga etika mengutarakan soalan yang melibatkan nama-nama tertentu sama ada syarikat atau individu perseorangan, eloklah dielakkan kerana boleh membawa implikasi pelbagai yang mungkin tidak digemari oleh pihak stesyen TV. Mudah ceritanya, faham-fahamlah, ini TV dan bukan ceramah di rumah persendirian.

Kalau tidak mahu berfaham-faham, pihak penerbit bakal menentukan tindakan sewajarnya.

Jangan lupa ya..temujanji kita.

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Syawwal 1430

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Temui Saya di "Tanyalah Ustaz' TV9