Peribadi, Tazkirah & Fikir Diari Malaysia : Jangan Berhenti 'Berlari'

Diari Malaysia : Jangan Berhenti 'Berlari'

  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

Diari di Tanahair : Jangan Berhenti ‘Berlari'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

uzartisbweb.jpg

 

Seminggu berada di Malaysia pada 30 April - 7 Mei 2009 yang lalu, rasanya cukup berharga. Walaupun pada asalnya ia adalah rancangan ‘last minute', justeru tiada banyak perancangan program yang sempat dibuat. Namun lapan hari yang pada awalnya saya anggap terlalu lama dan akan ‘membuang masa' kerana tiada banyak program dirancang, akhirnya menjadi agak padat.

Alhamdulillah, syukur berkat doa sahabat-sahabat, mampu juga saya memberikan manfaat yang saya kira agak optima sepanjang keberadaan saya di Malaysia pada waktu itu.

Kebanyakan agenda peribadi saya juga terpaksa dibatalkan akibat program-pogram yang masuk secepat kilat, saya tetap menerima sekiranya waktu masih mampu ‘dikejar' kerana meyakini bahawa maslahat umum lebih diutamakan dari maslahat khas dan peribadi saya.

Sampai di KLIA pada pagi 30 April 09, rasa bersalah kerana pulangnya saya sebelum mempunyai segulung ijazah bersama ilmu yang diamanahkan. Terdetik di dalam hati tatkala tayar kapalterbang mencecah bumi Malaysia.

"ah..pulang juga aku di tanahair, alangkah baiknya jika pulangnya aku ini dengan segulung ijazah yang dinanti, namun masih belum, ya masih belum.."

MISI 1 HINGGA 3 MEI

Misi saya ketika itu adalah memaksimakan keberadaan di Malaysia dengan apa yang boleh sampai manfaatnya buat masyarakat. Walaupun ketika itu, jadual saya kelihatan masih kosong, hanya 1-3 Mei sahaja yang telah ditempah untuk program ESQ.

Namun setibanya pada pagi tersebut, saya telah dimaklumkan berkenaan meeting dengan trainer ESQ di rumah kakak saya. Oleh kerana saya gagal untuk melelapkan mata di atas kapalterbang, maka meeting disusun di sebelah petang.

Selain keletihan tubuh yang belum begitu hilang, masa saya seterusnya akan terisi selama tiga hari penuh, dari pagi sehingga jam 7.00 pm dengan kursus ESQ di PWTC. Sebelah malam, badan terasa cukup letih kerana saya menghadiri kursus itu bukan sekadar mendengar dan menghayati, malah juga memikir, mencatat dan berbincang. Mujur tiada satu slot pun yang saya tertidur walau di ketika letih lesunya tubuh. Waktu menulis catatan yang boleh anda baca di sini, adalah dibuat sebelum waktu subuh dan sesudah subuh setiap hari.

MULTI LEVEL CARA ISLAM ?

4 Mei dijangka kosong, saya bergegas ke Truewealth untuk melihat perkembangan buku-buku saya disamping membeli stok untuk dibawa ke United Kingdom. Sesudah itu, saya terus ke Telaga Biru Sdn Bhd, kerana ada 12 buah buku solat yang telah ditempah oleh pelajar Manchester yang perlu saya dapatkan, sementelah stok simpanan saya di UK juga sudah kehabisan.

Ketibaan saya di sana hampir pada jam 12 tengahari tidak langsung dimaklumkan kepada rakan-rakan di Telaga Biru, niat saya hanyalah untuk membeli buku saya sahaja. Tatkala itu beberapa pegawai yang mengenali agak terperanjat melihat saya. Lantas ada yang memaklumkan kepada pegawai demi pegawai sehinggalah  Al-Fadhil Ust Zahazan dan yang lain selesai dari mesyuarat dan setelah mereka turun, lalu menyedari saya berada di bilik buku. Alhamdulillah, dengan cepat Ust Zahazan menghubungi CEO Telaga Biru, Tuan Hj Abd Waharp dan tatkala itu juga mereka meminta saya untuk menunggu untuk dibuat satu mesyuarat khas Shariah bagi produk baru mereka, iaitu sebuah skim Multi Level Islam.

 

ramaitisb1.jpg

 

Gambar : bersama CEO Telaga Biru, Tuan Hj Waharp ( sebelah kanan saya ) dan semua orang penting di Telaga Biru

Meeting berlangsung pada sebelah petang sehinggalah jam 6.30 petang. Alhamdulillah saya gembira, walaupun terpaksa membatalkan beberapa program peribadi di sebelah petang itu, namun terasa agak menyeronokkan apabila berjaya bersama-sama menyemak dan mengeluarkan sebuah produk MLM yang unik dan menepati Shariah. Saya harapkan, bagi mereka yang kerap memarahi saya dan mencabar saya untuk mencipta dan menunjukkan sebuah MLM yang menepati Shariah akan turut berpuashati apabila produk ini dilancarkan kelak. Namun ingat, ia tidak sama dengan MLM biasa dan ia bukan untuk menjadi kaya raya dunia sahaja. Nantikan beritanya di Telaga Biru.

 

ASTRO OASIS DAN SOLAT

   

uzarastro.jpg

 

Gambar : Bersedia untuk slot rakaman ( songkok diperlukan) 

Pada sebelah malamnya, masa yang dijangka berlalu kosong rupanya tidak juga. Tiba-tiba saya dimaklumkan bahawa ceramah ‘khusyuk solat' yang dirancang dibuat pada esok harinya (iaitu 5 mei) akan dirakam oleh pihak Layar Consult Sdn Bhd untuk terbitan rancangan khas di Astro Oasis. Justeru, mereka ingin bertemu saya di sebelah malam itu untuk perbincangan lanjut. Perancangan awal peribadi saya yang perlu diselesaikan pada malam itu, terpaksa saya batalkan demi menghadiri meeting dengan pihak Layar Consult. Dari pejabat Telaga Biru, saya tenggelam dalam jammed yang amat jarang saya rasakan di UK, aduh amat menyakitkan. Saya terus memandu ke Shah Alam untuk menghadiri meeting tersebut.

5 Mei, pada sebelah paginya barulah saya sempat menguruskan beberapa urusan peribadi yang melibatkan bank dan lainnya, namun saya perlu bersiap segera untuk rakaman secara live ceramah di sebelah malamnya.

Sempat juga saya membuat sedikit data collection untuk thesis PhD saya, apabila mengunjungi perpustakaan IBFIM mencari buku berkenaan topik tesis PhD saya. Alhamdulillah saya juga berkesempatan terserempak dan berbual ringkas dengan Dato' Ust Mohd Bakir Hj Mansor yang merupakan Pengerusi Majlis Shariah Bank Islam Malaysia Berhad sewaktu berjalan turun dari IBFIM .

Sebelah malamnya, ceramah ; pada asalnya dianjurkan untuk Alumni ESQ, tapi turut dihadiri oleh bukan alumni di sekitar Bukit Jelutong. Agak menarik juga apabila saya terlihat seorang yang cukup popular, beliau turut hadir mendengar ceramah saya. Beliau adalah Sdr Farihin Abd Fatah, orang kuat nasyid sejak berbelas tahun dahulu. Saya hanya mendengar namanya dan tidak pernah bertemu secara lansung, kini baru berpeluang untuk bertemu orangnya. Kali terakhir melihatnya adalah di kaca televisyen ketika beliau menjadi hakim akademi nasyid. Selain beliau, isteri Dato Hussamuddin, CEO Kumpulan Karangkraf dan seorang artis wanita tempatan iaitu Eja turut hadir dalam ceramah malam itu. Trainer Pak Aminul Rahman dan Pak Arief turut hadir mendengar ceramah tersebut.

Di tengah malam dan keheningan subuh, berbekalkan tubuh dan minda yang cukup letih saya terus menuliskan catatan program ESQ yang saya hadiri lalu. Coretan, yang saya tahu sedang ditunggu-tunggu oleh para Trainer dan juga pembaca web saya.

6 Mei, sebelah paginya saya bergegas ke pejabat Layar Consult yang rupanya sebuah syarikat satu naungan dengan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Alhamdulillah, dapat pula saya menziarah orang-orang kuat Galeri Ilmu. Saya ke Layar consult kerana meneruskan rakaman beberapa episode lagi siaran Astro Oasis yang diberi tajuk Panggilan Agung. Siaran ini mempunyai sekitar 20 episod mengenengahkan hampir seluruh aspek dalam solat. Menurut pihak Layar Consult, siaran ini diminta khas oleh CEO Astro Oasis setelah membaca buku ‘Formula Solat Sempurna' . Alhamdulillah moga buku itu terus memberikan manfaat buat masyarakat.

ZIARAH GALERI ILMU

Sebelum rakaman dibuat, saya dibawa ziarah ke seluruh pejabat Galeri Ilmu oleh En Wan Azmin Wan Dolah ( Pengurus Penrbitan Buku), sempat juga bertemu orang-orang kuat termasuklah Big Boss, Tuan Hj Abu Hasan Morad, Hj Zulkefli Sungib, Puan Hjh Jalilah dan ramai lagi. sempat juga Hjh Jalilah meminta saya menyumbang sesuatu untuk majalah ANIS, khususnya kisah kembara saya di negara barat.

"Alamak...Pihak Telaga Biru sebenarnya dah minta dulu.."

Tidak mengapa sebagai balasan kepada kepercayaan pihak Galeri Ilmu dan Majalah ANIS, saya akan menyumbang kisah kembara saya yang lain. Selain itu, saya juga memberikan beberapa contoh tulisan isteri saya kepada En Zulkefli Sungib untuk penilaian terbitan di Majalah ANIS. Alhamdulillah, melalui emailnya, pihak ANIS telah bersetuju mewujudkan satu kolum khas untuk isteri saya bertajuk IBU GURU. Nantikan keluaran pertamanya di dalam majalah ANIS bulan Julai 2009, InshaAllah.  

Setelah itu, saya berbincang pula dengan En Wan Azmin berkenaan buku saya yang sedang dalam proses terakhir untuk cetakan, bertajuk "untukmu wanita".  InshaAllah nantikan keluarannya sekitar Jun atau Julai 2009.  

 

 

gisbramai2.jpg

 

Gambar : Di Galeri Ilmu : Bersama Hj Zakaria Sungib & Tuan Hj Abu Hasan Morad

Setelah itu, rakaman dimulakan, namun akibat keletihan, saya hanya mampu untuk merakamkan sekitar 3-4 episod sahaja sebagai tambahan dari episod khsyuk yang dirakam sebelum ini. Masa juga tidak mengizinkan saya untuk terus merakam, InshaAllah pihak mereka akan mendapatkan beberapa orang penceramah lagi untuk memenuhi berbelas lagi slot atau episod yang perlu disiapkan. Menurut ramalan pihak Layar Consult, siaran ini akan mula ke udara di Astro Oasis pada bulan Julai 2009. Wallahu'alam, nantikannya pada bulan Julai ya. Kalau tak Julai, Ogos le maknanya. InshaAllah

Petang itu, saya menrima panggilan dari En Nasran, dari TV 9 bertanya sekiranya saya kosong pada hari Jumaat 8 Mei 2009, untuk slot ‘Tanya Ustaz'.

"Jumaat saya sudah berada di UK" kata saya.

Sebelum ini saya ada bertemu beliau dan saya bersetuju menjadi pengisi untuk slot ‘Tanya Ustaz' itu pada tanggal 3,4 dan 5 Julai 2009. Iaitu ketika saya pulang sekali lagi ke tanahair untuk forum kewangan Islam.  Namun, berdasarkan maklumat terkini, slot itu belum pasti dapat saya hadiri juga, kerana forum kewangan Islam itu mungkin ditangguhkan.

Pada sebelah petang saya ke Telaga Biru sekali lagi bagi memenuhi permintaan Tuan Hj Waharp, untuk membincangkan beberapa perkara yang belum selesai, di samping slot fotografi untuk tiga buah buku saya yang bakal diterbitkan. Selain itu, saya juga diminta untuk menulis satu lagi kolum di majalah Solusi di samping kolum asal berkaitan muamalat Islam. Kali ini saya diminta untuk menulis pengalaman dan kembara saya di bumi Salib. InshaAllah nantikannya bermula dari solusi keluaran Jun atau Julai 2009. Maaf saya pun dah lupa da..

SLOT KILAT DI TV 9

Sebelum saya tiba di Telaga Biru, melalui panggilan telefon,  Ust Zahazan memaklumkan pihak TV 9 ingin membuat satu interview ringkas berkenaan zakat. Rakamannya akan dibuat di Seri Pentas pada jam 5 petang.

Aduh.. sebenarnya saya mempunyai mesyuarat dengan seorang wakil perbankan pada jam 4 petang. Lalu saya minta untuk dilewatkan rakaman ke jam 5.45 petang. Namun akibat beberapa pertukaran jalanraya, saya asyik tersalah masuk simpang hingga akhirnya tersekat di dalam jammed di sana sini. Pertemuan dengan wakil dari perbankan terpaksa saya batalkan (rupanya ingin menawarkan saya bekerja full time dengan sebuah bank Islam di Malaysia dengan  tawaran lumayan, maaf saya tolak).

Saya terus bergegas ke Seri Pentas di Damansara. Saya disambut oleh Sdr Syed ( maaf lupa dah nama penuh), tanpa sebarang persediaan, apa yang saya tahu, adalah isu berkaitan zakat sahaja, tanpa mengetahui apakah perincian yang ingin ditanyakan dan dirakam oleh TV 9. Katanya akan masuk dalam berita TV9 pada malam tersebut juga. Dan juga sebahagian yang lain akan disiarkan pada malam seterusnya.

Interview selesai dijalankan dan maaf, saya juga tidak tahu sama ada ia telah disiarkan dan bila waktunya kerana amat sibuk dan sekitar jam 6.30 petang, dari Seri Pentas Bandar Utama, saya bersegera pulang ke rumah kakak di Shah Alam, kerana malam itu Pak Mohammad Razib, Pak Arief dan seorang lagi wakil (maaf lupa namanya) akan datang untuk berbincang lanjut berkenaan ESQ. 

Saya mesti menyiapkan draft awal ulasan berkenaan ESQ untuk diprint dan diberikan kepada mereka pada malam itu. Alhamdulillah akhirnya sempat juga saya menyiapkannya walaupun dengan bahasa yang agak kelam kabut, namun setiap point dapat difahami dengan baik. Perbincangan itu berjalan sehinggalah jam 12.30 tengah malam, dan kelihatan trainer Pak Arief masih ingin menyemak dan berbincang, maaf sudah terlalu letih rasanya saya.

HARI UNTUK PULANG

7 Mei, waktu saya belepas ke United Kingdom, kakak dan abang ipar saya bersama-sama menghantar. Sepanjang perjalanan, kakak saya merakamkan jawapan saya terhadap pelbagai isu Islam seperti Imam Mahdi, Dajjal, keperluan berjemaah dan akibat tidak berjemaah, siapakah firqah najiah yang satu, adakah ESQ boleh dianggap sebuah jemaah, apakah syarat jemaah terbaik dan macam-macam lagi. Mungkin untuk dikongsikan dengan rakan-rakan dan alumni ESQ yang lain. Sebagai pengisian tambahan selepas kursus ESQ mungkin. Wallahu'alam.

Sampai di airport Trainer ESQ Pak Aminul Rahman Pulungan sudah menunggu. Selesai ‘check in' kami duduk minum sambil berbincang lagi. Draf komentar ESQ diberikan pula kepada Pak Aminul Rahman, beliau terus membaca dengan faham disamping menguhubungi terus Pak (Dr) Ary Ginanjar di Jepun, sempat pula saya berbicara sebenatar dengan Pak ARy buat kali kedua. Draft itu akan saya kemaskini dan diberikan kepada pihak ESQ dan disiar di web saya.

Dan..sekitar 35 minit, sekitar jam 10.00 pagi, saya masuk ke ruang penerbangan dan berlepas ke UK. Di stesyen keretapi sambil-sambil menunggu keretapi dari London ke Leicester, sempat saya mengemas kini darft komentar ESQ, malah saya turut mengarang lagi sewaktu di dalam keretapi ke Leicester.

Samapi sahaja di rumah, isteri memaklumkan pihak Astro Awani ada menghubungi mobile phone saya, tatkala itu saya sudah berada di dalam kapalterbang. Katanya Astro Awani ingin interview. Namun tidak diketahui perinciannya. Namun, saya tidak sempat untuk menyumbang ilmu di Astro Awani. InshaAllah akan ada rezeki di lain waktu.

ITULAH KEMBARA DI TANAHAIR

Alhamdulillah, demikianlah kembara saya di tanahair selama seminggu, yang asalnya dirasakan kosong bertukar penuh walau tanpa perancangan awal. Sehingga beberapa aturcara peribadi saya terpaksa di batalkan, tidak sempat juga saya ke UIAM, malah makan malan di rumah rakan saya di Gombak turut terbatal walaupun beliau sudah mengambil cuti khas untuk persediaan menerima saya sebagai tetamunya. Jutaan maaf dari saya.

Saya memang berdoa agar dapat memberi banyak manfaat buat masyarakat walaupun dalam tempoh seminggu itu. Dan Alhamdulillah berkat doa dari rakan-rakan, dan mereka yang sudi berdoa, kepulangan seminggu itu menjadi cukup berbaloi buat saya.

JANGAN BERHENTI ‘BERLARI'

Namun, jika anda merasakan saya tersangat sibuk semasa pulang itu, ketahuilah terdapat amat ramai pendakwah di Malaysia yang puluhan kali ganda lebih sibuk. Saya hanyalah manusia kerdil yang menyumbang dalam ruang lingkup yang kecil,  sekadar kemampuan, saya berdoa agar ia tidak kerdil di sisi Allah swt. Allah swt mengajar kita

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

Ertinya : "Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan ( Al-Baqarah : 148  )

Lalu mengapa harus kita berhenti dari berlari dan terus berlari dalam menyumbang kebaikan ?? Adakah amal kita sudah berlebihan untuk berhenti?

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

20 Mei 2009

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Diari Malaysia : Jangan Berhenti 'Berlari'