Ketinggian GHz Nafsu & Maybank Tipu ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh penipu, perompak dan pencuri. Adakalanya kita dapat melihat mereka memiliki keupayaan kreativiti yang tinggi disamping aqal yang baik dan sempurna. Namun agak malang, keupayaan minda yang sihat serta kemampuan untuk mencari dan mengusahakan pekerjaan secara halal tidak diminati, sebaliknya lebih suka untuk memperolehi wang secara haram dan salah.
Unblock your Account
For security reasons, your Maybank account has been blocked due to inactivity or becouse of too many failed login attempts.
Please login at maybank2u to restore your account access.
Online banking: Login
Maybank Berhad
https://www.maybank2u.com.my
© 2001-08 Maybank. All rights reserved.
Sudah tentu akan ada individu yang kelam kabut mendapat email sebegini, seolah-olah betul dari maybank, padahal ia menipu sahaja, lebih licik apabila link maybank2u yang diberikan dengan alamat url yang betul, tetapi jika anda klik, ia bukan membawa ke web maybank yang sebenar, tetapi ke sebuah web lain yang menipu.
Saya sudah kerap menerima email dari seperti ini ‘maybank' ini. Sudah berpuluh kali juga saya delete terus dari peti surat email, namun sewaktu mendelete itu jugalah sering saya terfikir entah berapa ramai individu yang mungkin ‘terjerat' dengan helah itu.
Saya yakin, ramai yang sedar dan tidak terpedaya dengan taktik murahan seperti itu, namun perlu kita sedari di luar sana tidak semuanya sebijak anda, tidak semuanya berhati-hati dan berpengalaman, tidak semuanya celik internet dan sebagainya.
Tatkala itu juga saya teringat dengan virus internet palsu yang tiba-tiba keluar di web kita memberitahu virus Trojan sedang menyerang begitu file-file di komputer kita, virus itu hanya boleh dibuang dengan menggunakan personal antivirus. Maka ramailah orang yang terpercaya virus begitu banyak sedang menyerang, lalu akhirnya klik pada personal antivirus, rupa-rupanya, personal antivirus itulah virusnya, ia akan aktif sejurus di klik untuk scan atau membuang virus-virus Trojan.
Saya yakin, mungkin ramai juga yang baru menggunakan internet banking dan internet akan terpedaya, dengan helah email seperti di atas, dalam kelam kabut menyangka akaun mereka bermasalah, pasti mendorong mereka dengan tindakan luar fikir, akhirnya terjerat dengan aktiviti pencurian id dan password dan identity.
Ini pula satu lagi versi email yang saya terima
Security Message -: No/52502
Dear Valued Customer,
We placed restrictions on your account as we recorded access from an
unauthorized third party. For security reasons, we suspended your account
awaiting your verification and reactivation.
Activate - - -
http://www.maybank2u.com.my/security.html
Note: Restricted accounts will be closed / deactivated if not resolved within
10 minutes of notice. We regret any inconvenience caused.
Sincerely,
Maybank Group
Ia sama seperti di atas, menggunakan ancaman akaun ditutup atau digantung sebagai pendorong orang ramai tersilap langkah sehingga tergesa-gesa menekan link yang diberikan, dan terus di bawa ke ‘alam lain' , dan sesiapa yang mengisinya, pasti akan berada kesusahan kelak.
Mujur sistem maybank2u intrenet banking dan lain-lainnya mempunyai verifikasi tambahan seperti TAC, demikian juga RHB bank yang turut mempunyai sistem sekuriti sedemikian. Dengannya pencuri-pencuri ini tergendala sedikit dari agendanya, namun saya pasti mereka sudah merangka kaedah lain bagi memanfaatkan identity, user name dan password yang telah dicuri.
Untuk itu, bagi pembaca sekalian, berhati-hati dan jangan sama sekali percaya dengan email sedemikian, apatah lagi email yang menyebut ada kematian di luar Negara dan berjuta-juta wang ringgit, atau USD atau Pound Sterling ditinggalkan dan memerlukan akaun luar Negara. Ia semua sampah dalam email kita dan JANGAN ada sesiapa yang tiba-tiba rasa percaya dengannya.
Berikut adalah amaran dari pihak maybank berkenaan email-email sedemikian
Security Alert
Please continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or apply for TAC or log in to Maybank2u through any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise.
Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. Please do not log in through website links contained in emails supposedly from Maybank or other institutions. Be alert or you may fall victim to a financial scam.
Click here to view a sample of FAKE email being circulated. (Updated: Mar 12, 2009)
Beware of phishing scams
If you suspect that you have been tricked into giving your ID and Password at a fake website, change your password immediately by directly logging in through http://www.maybank2u.com.my. Report Phishing websites or email immediately
Scam email (Updated: 26 February 2009)
- http://www.blocked-m2u-activation.com/M2ULogin.htm
- http://www.tac-you.com/
- http://myban2common.com/maybank2u/common
- http://linkinmaybank2009.com
- http://maybank2umy.com
- http://mail.gemacocards.com/www.maybank2u.com.my/index.html
- http://75.144.177.173/ol/verificationPortal.htm?https://www.maybank2u.com.my/mbb
- http://www.systemsqwe.net/maybank2u/common/?MULogin.do?action
- http://0x4b95d041/secure/verificationPortal.htm?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/
- http://201.6.243.249/mybank/common/index.htm
Lihat begitu banyak email penipu yang telah dikenalpasti oleh pihak maybank. Namun si pencuri tidak putus-putus asa, motivasi mereka tinggi dan setiap hari bangun dari katil mereka, otak kotor mereka sentiasa cergas berfikir untuk menzalimi dan menipu.
OTAK DARI HATI
Otak sebenarnya berwayar dari hati, dan hati yang ditutupi oleh dosa akan berada dalam kesesatan, sehingga jalan sesat sebagai lurus dan bahagia. Mereka tersesat dari jalan lurus, bagi yang beragama Islam khususnya, mereka tersesat bermula dari meninggalkan solat.
Meninggalkan solat ertinya tidak lagi berdoa untuk ditunjukkan jalan lurus sebagaimana yang dibaca di dalam al-Fatihah berkali-kali. Lebih sedih, mereka yang solat turut sama perangainya, akibat bacaan mereka hanya seperti kakak tua yang tiada faham apa yang dibaca sama sekali. Benar, pahala tetap ada bagi yang membaca tanpa faham sekalipun, namun tiada berkesan di dalam hati. Ya Allah, moga kita semua dijauhkan oleh Allah dari terjatuh dalam perigi jahil sedemikian.
Moga Allah menyelematkan mereka yang terjatuh tanpa sedar, dan moga-moga kita mampu menjadi salah seorang dari mereka yang menghulurkan bantuan kepada yang sedang tersesat.
Selamat berhati-hati dalam transaksi kewangan melalui internet anda, dan juga saya khususnya. Namun jangan lupa untuk lebih berhati-hati dalam tindakan harian kita kerana banyak email palsu dari Syaitan masuk ke hati dan minda, mendorong kita ke arah jalan yang salah. Mungkin ramai boleh terselamat dari email scam yang tersebut di atas, namun ramai yang tidak mampu selamat dari email syaitan yang masuk tanpa wayar (wireless) ke hati dan minda kita, diperkukuhkan oleh processor nafsu amarah yang tinggi tahap GHz.
Lemahkan GHz nafsu amarah, tinggikan GHz iman kita, inshaAllah sentiasa berhati-hati dengan email scam dan email Syaitan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
14 Mei 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites