Peribadi, Tazkirah & Fikir Beritahu Hukum Jadi Bapak Syaitan?

Beritahu Hukum Jadi Bapak Syaitan?

  • PDF
(11 votes, average 4.91 out of 5)

Beritahu Hukum Jadi Bapak Syaitan?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

apa.jpg

 

 

Soalan

Samalah kes dengan myvi yang boleh di tempah sebelum ada model di kedai pameran. Kebanyakan rumah bila siap tidak menepati spesifikasi jadi haramlah kalau mengikut hukum ustaz ne, saya harap ustaz berbincang ulama dan jangan buat FATWA sesuka hati, Kalau salah akan menyesatkan orang lain jadi jangan jadi bapak syaitan seperti satu parti politik yang banyak menghalalkan yang haram ambil iktibar jangan terlampau ikut hati.....

-Skizzo-

Jawapan

Buat pembaca yang baru membaca, komentar di atas dihamburkan oleh penyoal sebagai komentar kepada tulisan INI. Sebagai ulasan kembali kepada komentar tersebut, saya buatkan jawapan lebih tersusun ini:-

Pertamanya : Terima kasih atas soalan, cumanya gaya bahasa yang saudara gunakan adalah tidak manis di baca serta tidak menggambarkan keikhlasan dalam membaca dan menerima ilmu. Moga Allah mempermudahkan kefahaman agama buat saudara.

Kedua : Apa yang saya catatkan adalah syarat yang digariskan oleh para ulama silam dan masa kini berdasarkan kefahaman dari nas-nas hadis dan al-quran.

Justeru jika penjualan kereta myvi juga dilakukan dengan kaedah yang sama, (malah semua jenis penjualan  menggunakan tempahan yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan) akan jatuh dalam hukum haram tanpa mengira apa syarikat pengeluar atau penjualnya

Ada yang keliru lalu mengatakan, tempahan baju, kasut dan buku dan lain-lain lagi  akan turut  menjadi haram. Ini tidak benar, saya yakin menurut pengalaman, semua jenis tempahan item-item tadi dibuat dengan cara yang berbeza dengan tempahan kereta dalam kes kita ini, ini kerana tempahan baju dibuat  setelah :-

  • ukuran tepat diambil,
  • jenis kain dipilih,
  • harganya ditentu dan dipersetujui,
  • begitu juga tempoh siapnya.

Demikian juga halnya dengan tempahan kasut, sandal, buku (judul buku, harga dll) dan lain-lain barangan lagi Namun, kejelasan itu tidak berlaku dalam kes penjualan kereta MPV, ia tidak mempunyai gambaran model jelas, harga belum diputus, dan tempoh serahan tidak diketahui.

Fahamkan perbezaan dengan menggunakan kefahaman aqal bukan berasaskan emosi yang kerap tersasar dari pertimbangan waras.

RUMAH BERBEZA SPESIFIKASI HARAM?

Persoalan isu rumah yang berbeza dari spesifikasi, perlu difahami terlebih dahulu bahawa kontrak pembinaan rumah secara automatik dilakukan kontrak istisna', malah jika ia tidak dinamakan istisna  sekalipun, ia tetapi selari dengan kandungan kontrak istisna dan terikat dengan syarat-syaratnya.

Menurut penelitian halus dan terperinci tentang sifat sebenar Istisna berdasarkan kumpulan pendapat ulama dari pelabagai mazhab, Prof Dr Muhyidin Ali Qurrah Daghi berpendapat bahawa Istisna  ' adalah suatu kontrak yang tersendiri, ia bukan Ijarah, bukan bai as-salam dan bukan juga jualbeli biasa. Ia adalah :

هو العمل والعين من الصانع

Erti : kontrak di antara pelanggan dan pembuat untuk melaksanakan TUGAS atau KERJA dan juga menjual 'AIN atau barang fizikal. [1]

Apabila ia jatuh dalam kategori istisna yang mempunyai unsur tempahan menyiapkan sesuatu aset menggunakan proses perkilangan dan pembuatan, secara automatik syarat yang disebut oleh Nabi dalam hal penjualan tempahan as-salam akan turut menjadi wajib ke atasnya, ia datang dari hadis :-

 

قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة والناس يسلفون في التمر السنة والسنتين والثلاث , فقال صلى الله عليه وسلم (( من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم ))

Ertinya : Nabi s.a.w sampai di Madinah dan orang ramai ramai yang berjual beli secara tempahan (tangguh serahan barangan) dalam urusan belian tamar sama ada selama setahun, dua atau tiga tahun, lalu bagnda s.a.w membalas : Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari) [2]

Hadis di atas menyebut dengan jelas tiga syarat asas  sebagai panduan PERLUNYA spesifikasi jelas bagi mengelak unsur gharar. Justeru itu, para ulama silam dan bukannya SAYA, mereka memutuskan hasil dari kefahaman hadis di atas yang lainnya, semua jenis asset atau barang yang dibeli secara tempahan as-salam atau istisna' mestilah boleh disifatkan dengan tepat.[3)

 

Untuk tujuan itu, semasa pembelian atau tempahan dilakukan, spesifikasi rumah dari sudut saiz, bentuk, harga dan lokasi, semuanya telah pun ditetapkan dan jelas, lebih jelas apabila ia mempunyai rumah contoh yang boleh dilawati. Hasil dari wujudnya detail inilah ia dikira sah menurut hukum syara'.

Di dalam hukum Islam, sekiranya terdapat perbezaan nyata, besar dan mengubah nilai berbanding dari spesifikasi yang diwarwarkan pada permulaan kontrak, PIHAK PEMBELI BERHAK :-

  

  • Membatalkan pembelian dan penjual mesti memulangkan seluruh wang pembeli.
  • Menuntut gantirugi melalui diskaun berdasarkan susut nilai sebenar aset.

     

    Sebagaimana juga tersebut dengan jelas dalam resolusi kumpulan ulama fiqh kewangan sedunia :-

    إذا كان المصنوع وقت التسليم غير مطابق للمواصفات فإنه يحق للمستصنع أن يرفضه , أو أن يقبله بحاله , فيكون من قبيل حسن الإقتضاء و يجوز للطرفين أن يتصالحا على القبول ولو مع الحط من الثمن

    Ertinya : Sekiranya asset yang diserah waktu serahan, berbeza spesifikasinya , pihak pembeli berhak menolaknya atau boleh juga menerima seadanya atas dasar tolak ansur, dibenarkan juga bagi kedua-dua pihak untuk bersepakat untuk serah terima walau terpaksa pembeli menurunkan harga ( akibat perbezaan) [4]

    Jika pihak pembeli, tiada memberi ruang pembatalan atau gantirugi atas perbezaan yang berlaku, lalu dipaksanya pembeli untuk menerima aset yang berlainan bentuk dan spesifikasi tanpa sebarang gantirugi, tatkala itu pihak penjual dikira menjual secara haram, memperoleh harta haram dan dari sudut undang-undang, pihak pembeli boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa.

    Justeru, tidak timbul saya memberi fatwa sesuka hati. Saudara sebenarnya tidak membaca atau tidak mampu memahami lalu bersangka buruk.

    Perlu  saya ingatkan apa yang saya sebutkan adalah guideline yang telah termaktub dalam kitab fiqh silam dan juga fatwa majlis Fiqh antarabangsa dan juga resolusi oleh Lembaga Syariah, Majlis Perakaunan and Kewangan Islam Sedunia. Telah saya sertakan dalam artikel sebelum ini rujukan-rujukan kitab dan fatwa terbabit.

    Akhirnya, nasihat saya, kaji dahulu sebelum bertanya, kerana soalan akan menunjukkan sama tahap ilmu orang yang bertanya. Juga jangan membaca lompat-lompat nanti kelak menjadi sesat.

    Dan saya ulangi, saya tidak kelaurkan hukum sendiri, ia juga bukan hanya hasil perbincangan dengan ulama lain, malah adalah resolusi dan fatwa ulaam silam dan kontemporari, saya hanya beritahu dan adaptasikan resolusi kepada isu semasa di depan mata.

     

     

    Sekian

     

    Zaharuddin Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

    15 April 2009

     

     

     



    [1] Buhuth fi al-Fiqh al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asiroh, Dar al-Bashair al-Islamiyah, Beirut, 2001, hlm 136

    [2]  Fath al-Bari Syarah Sohih Al-Bukhari, Kitab as-Salam, no 2240, 4/541

    [3] Badai as-Sonai'e, 4/441; Mawahib al-Jalil, 6/503 ; Rawdah at-Tolibin, 3/204 ; Al-Mughni, 5/677

    [4] Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah, Accounting and auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AOIFI), hlm 181



    Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Pengumuman

    Wang, Anda dan Islam
    Panduan Perbankan Islam

    Untukmu Wanita

     
    Untukmu Umat
    Formula Solat Sempurna
    Murabahah
     A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
    Akidah dan IbadatRiba
    cover_maqasid_arab 
    Money, You and Islam
     cover_bicaralah_new ledakan_FB 
    indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


     

    Ruangan Iklan




    RSS Feed

    Pengisian Terkini Pengisian Terkini

    Statistik

    Site Meter

    Pelawat

    Now online:
    • 9 guests

    Komen Terbaru

    You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Beritahu Hukum Jadi Bapak Syaitan?