Mengapa Komentar Anda Tidak Disiar?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
"Ustaz mengapa komen saya tidak disiar?"
"Ustaz,ini adalah kali ke-2 saya hantar pertanyaan dalam bab ini. Yang pertama dulu tidak disiarkan. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin ada masalah bahasa yang kurang senang atau apa saya kurang pasti dan minta maaf, tetapi niat saya cuma satu nak tahu lebih lanjut jer. Tolong adjustlah mana yang tak betul ye, ataupun just inform yang soalan saya ni tak boleh dijawab secara terbuka. Taklah saya tertanya2.ok?"
"Ustaz hanya siar komen yang puji-puji pendapat dia sahaja, yang bercanggah semua dia dan admin akan delete"
Soalan ini beberapa kali diutarakan ke kotak komentar dengan persoalan, mengapa tidak disiar?
Inilah Jawapannya
Bagi mereka yang dipadamkan mesej, komentar atau soalannya tidak disiarkan di web saya, ia berkemungkinan tersenarai dalam salah satu kategori berikut :-
1) Maki ; Berkata merapu dan memaki hamun
2) Fakta Keliru ; Beri fakta yang boleh mengelirukan pembaca dan saya tak sempat untuk mengulas dan memperbetulkan, justeru bagi mengelak mafsadah di dalam minda pembaca, kami delete. Saya tak siar kerana isu ini, jika saya siar tanpa penjelasan ia ibarat ajaran yang mengelirukan. Justeru saya bertanggungjawab terhadap perkara ini dan info yang tidak mengelirukan sahaja patut disiar di web saya, mengapa?
Kerana ia web saya, maka saya ada saham di akhirat disebabkan baik atau buruknya info yang disiarkan di web ini.
3) Berulang & Too Basic ; Soalannya berulang atau terlalu mudah dan telah dijawab di dalam artikel yang 'terpampang' di ruangan lain, hanya perlu berusaha sedikit sahaja menggunakan 'search' InshaAllah akan ditemui. Selain itu, kalau ingin disiarkan maka saya perlu menjelaskannya dengan detail.
Justeru,maaf saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk melayan beberapa bentuk soalan dan komen yang begini sifatnya. Hasilnya saya atau admin terpaksa delete kerana sukar untuk saya menerangkan from the basic. Malah adakalanya basic itu memerlukan satu semester untuk diterangkan. Memang saya sepatutnya memudahkan, tetapi proses memudahkan dari susah dan panjang kepada senang untuk difahami dan pendek amat meletihkan dan memerlukan masa. Justeru lebih baik kami delete saja.
Bak kata umpama orang sedang berbincang bab teknologi angkasa lepas, tiba-tiba keluar soalan tidak bersetuju tentang teori 1 + 1 bersamaan 2, atau tidak setuju kenapa angkasa tiada oksigen.
4) Tanda & Ikon Semata-mata ; Komen itu hanya beri senyuman dan lain-lain reaksi sahaja dengan menggunakan ikon tersebut.
5) Provokasi : Provokasi tidak sihat. Penilaian terletak pada pemilik web ini iaitu saya. Keputusan adalah muktamad, dan tiada peruntukan rayuan.
6) Singkatan ; Bahasa yang digunakan terlalu banyak menggunakan singkatan hingga memeningkan kepala dan boleh menyebabkan sakit minda membacanya. Justeru elok delete sahaja kerana penulis terlalu malas menulis, justeru kemalasan ini hanya layak dibalas dengan delete sahaja.
7) Terpadam ; Terdelete secara tidak sengaja dan kami tidak boleh 'undo' atau tarik balik. Ini berlaku kerana engine web saya ini iaitu mambo, telah berjaya dicerobohi oleh scam automatic comments berbahasa Inggeris, saya pula tidak tahu bagaimana ingin mewujudkan ‘verification' bagi menghalang sebarang scam automatic comments dari masuk ke kotak komentar. Disebabkan oleh banyaknya komen elektronik ini, setiap hari saya dan admin terpaksa mendeletenya sebelum memberikan respon kepada soalan dan ulasan, akibatnya tanpa sengaja ada komen yang baik terdelete juga. Saya sendiri pernah terdelete komen yang bagus, kemudian saya hanya berharap tuan punya komen menaip kembali, tapi jarang yang akan berbuat demikian.
8) Kempen ; Ada juga yang ambil kesempatan mengempen produk dan skim masing-masing.
9) Banyak ; Buat masa ini komen di seluruh pelusuk web dan artikel saya berjumlah 15,000 komen. Ruangan komen ini baru sahaja dibuka sekitar bulan September 2007. Bayangkan betapa banyaknya komen dan begitu pelbagai soalannya. Hasilnya walau terdapat sebahagiannya yang kami tidak delete, akan tetapi telah tertinggal jauh ke belakang dan kami juga tiada masa untuk semak semula.
10) Tarikh Anda ; Ada juga disebabkan tarikh di computer anda salah, ini menyebabkan komen anda masuk ke belakang database komentar kami, hasilnya..kami tidak tahu langsung wujudnya komen anda.
Justeru, jika anda ingin bersangka buruk kononnya saya memadamkannya kerana apa jua sebab, ia terpulang kepada anda dan bersangka buruk itu adalah dosa. Saya sendiri tidak pasti komentar anda termasuk dalam kategori yang mana satu.
11) Main-main : Ada beberapa soalan padahemat saya hanyalah untuk bermain-main dan sengaja ingin melucah, justeru ia dipadam.
Penggunaan Singkatan
Selain itu, bagi menaikkan keprofesionalan web ini, mulai hari ini semua komentar yang terlalu banyak menggunakan singkatan, akan dipadam walaupun mungkin komennya mempunyai isi yang bagus. Justeru itu, saya berharap semua dapat merajinkan sedikit diri mereka untuk menaip tanpa singkatan. Tersilap ejaan serba sedikit tidak mengapa kerana saya faham bahawa tidak semua orang mempunyai banyak masa untuk menyemak ejaan tulisan mereka hingga tepat semunya. Saya antara salah seorang darinya.
Mana Demokrasi & Kebebasan Idea Di Web Ini
Secara mudahnya, saya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh seorang rakan saya yang juga merupakan seorang blooger
"Web atau blog peribadi ini ibarat rumah kita juga, terpulang kepada kita untuk buat entry apa-apa yang bermanfaat pada hemat kita. Terpulang kepada kita untuk delete mana-mana komen yang kita suka. Di rumah kita tiada demokrasi, tapi hanya undang-undang rumah kita sahaja, adakah kita benarkan orang buat sesuka hati di rumah kita, biar dia tidur dan masuk dapur kita, buang sampah merata-rata, buang air diruang tamu..oo tidak, tiada demokrasi di sini"
Secara mudahnya, saya boleh bersetuju dengan beliau dan itulah jenis kebebasan bersuara di web ini juga. Web ini bukan kerajaan yang perlu menyediakan demokrasi bersuara untuk semua, malah dahulu web ini langsung tiada ruangan komentar, hanya boleh baca dan kemudian terima atau tolak sahaja.
Namun kini, ruang komentar berjaya diwujudkan untuk lebih ‘mesra pengguna' dalam beberapa keadaan. Justeru, tidak perlu ada yang merasa terkecil hati dan sebagainya jika komen tidak disiarkan. Saya dahulu juga banyak menghantar artikel dan memberi komen di pelbagai web, banyak yang tidak dilayan dan langsung tidak disiar, namun bagi saya itu hak dan keputusan pemilik web tersebut. Apa nak buat, dah rumah dia.
Akhirnya, bukan mudah untuk menyerap ‘hentakan' dari pelbagai komentar, sms, email, mahupun di zaharuddin yahoogroups. Namun saya akan buat sekadar termampu dengan cara tersendiri. Jika takut dengan ombak jangan berumah di tepi pantai..
Semoga bermanfaat untuk semua.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
8 Februari 2008
Kuala Kangsar, Perak
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites