Peribadi, Tazkirah & Fikir Perbincangan Saya Bersama Ulama Dunia

Perbincangan Saya Bersama Ulama Dunia

  • PDF
(27 votes, average 4.93 out of 5)

Pengalaman Bersama Ulama Besar Dunia

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa pada tanggal 12 Julai 2007 cukup padat, mereka menggabungkan perbincangan tajuk ‘Time Sharing', Hak Irtifaq, Pembedahan kecantikan dan perkara moden yang membatalkan puasa bermula jam 9 pagi sehingga jam 1.30 tengahari.

Bersama Syeikh Wahbah Az-Zuhayli

Syeikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily, ahli di Kesatuan Fiqh Antarabangsa 

Gambar : Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhayli di tengah 

Di waktu rehat pada jam 11.30 tenghari, saya sempat berbual dengan Syeikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily.  (buka http://www.zuhayli.net/ untuk mengenali beliau)

Bro Yusri Mohammaed dari ABIM (juga Pensyarah UIA) yang hadir bersama mengatakan kepada saya beliau ingin bertanya kepada Syeikh Wahbah berkenaan hukum murtad. Pada masa yang sama saya juga memang mempunyai beberapa hal yang ingin dibincangkan dengan Syeikh Wahbah, justeru saya terus meluru kepada Syeikh Wahbah ketika beliau kelihatan ‘free' semasa minum.

Setelah memulakan introduksi diri dan setelah diberi izin untuk berbincang dan bertanya, saya berkata kepada beliau :

"Berkenaan hukuman murtad, sebagaimana yang diketahui para ulama terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan samada hukuman bunuh bagi orang yang murtad ini, satu kumpulan menyatakannya sebagai hudud yang wajib dilaksanakan, manakala sebahagian lain mengatakannya ta'zir sahaja, apakah pandangan yang rajih (lebih kuat) pada hemat Syeikh" kata saya.

"Sebenarnya, hukum bunuh bagi murtad ini adalah sabit dengan nas, dan kau jangan pandang sangat pelabagai qawl yang mengatakan selain itu, kerana ia biasanya akibat tekanan politik dan lain-lain. Biarlah, dosa kerana tidak melaksanakannya adalah di atas bahu pemerintah Negara" jawabnya.

Sebenarnya jawapannya panjang lagi, cuma itu ringkasan. Semasa memberitahu saya pandangan beliau, Syeikh Wahbah kelihatan menghampirkan wajahnya kepada saya seolah-seolah berbisik sambil menyatakan pandangan di atas.

Kemudian saya menyambung soalan hukuman bagi murtad berserta ‘hirabah' (sambil menghebohkan kemurtadannya dan melancarkan serangan terhadap kemurnian Islam secara langsung atau tidak langsung) iaitu dibuat secara terang-terangan samada dengan memohon pertukaran nama di mahkamah dan sebagainya secara terbuka. Saya kira isu ini agak mudah, beliau menegaskan selagi si murtad senyap tidak mengiklan dan mengheboh maka sudah tentu tiada sebarang hukuman dijatuhkan kepadanya kerana tiada infomasi, tetapi tatkala ia menghebohkannya, hukuman perlu dijatuhkan tanpa syak lagi. JIka tidak dilaksanakan maka dosa ke atas pemimpin Negara tersebut kata Syeikh Dr Wahbah.

Bagi sesiapa yang ingin membaca lanjut hukuman murtad, sila baca di sini. Hukuman Murtad 

Agak banyak soalan dan perbincangan sambil berdiri kami, yang pada mula saya berdua sahaja dengan Syeikh Wahbah, kemudian mulai dikerumuni sedikit demi sedikit oleh rakan-rakan Malaysia yang lain.

Isu seterusnya adalah berkenaan hukum Multilevel Marketing, saya bertanya pandangan beliau tentang ‘simsar ala simsar', iaitu broker atas broker dan atas broker dan atas broker sebagaimana yang dilaksanakan dalam system MLM.  Ringkasan jawapan Syeikh Dr Wahbah, ia adalah haram.

Saya cuba membawakan hujjah rakan-rakan MLM seperti, bagaimana jika semua pihak yang menyertai skim MLM ini telah saling meredhai dengan cara kiraan dan komisyen itu. Syeikh Dr. Wahbah Zuhayli terus menjawab" jika demikian, persetujuan mereka semua itu adalah persetujuan yang batil dan salah."

Saya juga memberikan gambaran kepada Syeikh Wahbah, bahawa sesetengah MLM , downlinenya terlalu ramai sehingga tiada lagi kenal mengenal di antara satau sama lain dan upline langsung tidak ada lagi usaha ketika itu, hanya duduk di rumah dan menerima komisyen orang bawahannya.

Selepas mendengar penjelasan saya, beliau terus menekankan bahawa fatwa dalam mazhab Syafie yang memerlukan adanya kerja dan usaha setimpal bagi setiap komisyen yang diperolehi, jika tidak  komsiyen itu adalah tidak sah.

Isu Khitan Wanita 

Isu Khitan wanita yang difatwakan oleh Mufti Mesir sebagai haram juga ditanya, Syeikh Wahbah menjawab pada pandangan beliau, khitan wanita adalah harus sahaja, tetapi ia dianggap sebagai kemulian bagi sesetengah masyarakat. "Hanya sebahagian Negara-negara panas sahaja mungkin mengamalkannya" kata beliau lagi.

"di Syria , kami tidak mengetahui adanya khitan bagi wanita ini" katanya.

" tetapi Syeikh, bagaimana jika terdapat kajian para doctor yang mengatakan tindakan khitan ini baik kerana dapat mengurangkan syahwat wanita dari melampau ? . bukankah sepatutnya ada perbincangan antara ulama dan doktor sebelum apa-apa fatwa dikeluarkan, sebab mungkin hari ini gejala sosial terlalu banyak, dan ia mungkin punyai kaitan" kata saya pula.

Dr Wahbah, seketika kelihatan berfikir dan sambil mengganguk, dan menyatakan

"ya mungkin ia baik jika dapat mengurangkan syhawat secara berpatutan".

"Di Malaysia, ia menjadi kebiasaan mengkhitankan anak perempuan sewaktu kecil" kata saya, Dr Wahbah hanya mengganguk.

Boleh rujuk tentang isu khitan di  sini

Nikah Misyar 

Bro Yusri Mohammad sempat bertanya berkenaan Nikah Misyar

"adakah benar, Syeikh Wahbah bercanggah pandangan dengan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dalam hal ini". Tanya Bro Yusri 

Syeikh Wahbah menafikan, malah beliau mengatakan sewaktu beliau di Qatar, beliau sememangnya sempat berbincang dengan Al-Qaradawi hukum nikah misyar dan mereka sepakat menyatakan ianya nikah yang sah Cuma tidak menepati beberapa objektif perkahwinan (maqasid shariah) dalam Islam. Justeru hukum nikahnya adalah sah tapi ia adalah makruh untuk diamalkan.

Buku Baru Syeikh Wahbah Az-Zuhayli 

Saya sempat bertanya adakah kitab baru beliau akan keluar, Syeikh wahbah menyebut memenag ada seperti Mawsu'ah Fiqh (Ensaiklopedia Fiqh) sebanyak 8 jilid, kitab berkenaan hukum muamalat Islam, dan satu lagi kitab khas tentang Fiqh Syafie.

 Di tanya juga kepada Syeikh Wahbah, samada beliau ada menulis buku khas yang mendedahkan manhaj (cara) beliau dalam meneliti dan mengeluarkan fatwa. Beliau tersenyum lalu menjawab, "tiada"

Kemudian menerangkan bahawa beliau bersifat terbuka dalam meneliti pandangan semua mazhab dan melihat kepada dalil dan kemudian membuat tarjih yang terkuat menurut ilmu yang dimilikinya. Tiada sebarang taksub kepada mana-mana pandangan walaupun mazhab hanafi paling berpengaruh di sekitar Syria dan Jordan.

Perbincangan kami diteruskan kemudiannya berkenaan hal ehwal perbankan dan kewangan, yang saya kira sukar untuk saya ringkaskan di sini. Antaranya berkenaan Bai' Inah, Bai' Tawwaruq Munazzam, Bai Dayn, Rahn sesuatu yang tidak harus dijual ( Ar-Rahn Bima La Yajuz Bai'uhu), Bursa Saham dan lain-lain.

Agak panjang juga, maaf saya tidak dapat berkongsi isu-isu itu kerana ia memerlukan ‘basic knowledge', jika saya ingin menurunkannya di sini, saya terpaksa mengulas lebih panjang dan masa tidak menyebelahi saya.

Dr Mahmod Zuhdi Bergurau

Ketika kami sedang hangat berbincang dengan Syeikh Wahbah, tiba-tiba Prof. Dato' Dr Mahmood Zuhdi datang menyampuk dan bersalaman dengan Syeikh Wahbah, bertanya khabar dan bertanya sedang bincang apa.

Syeikh Wahbah terus mengatakan, mereka ini semuanya pecinta-pecinta ilmu. Tiba-tiba Dr Mahmod Zuhdi bergurau dengan berkata :

"Mereka ramai-ramai dekat anda sebenarnya kerana mereka suka dengan jubah anda ni"

Dr Wahbah kelihatan tersenyum lalu berkata : "Jika demikian, juga Alhamdulillah"

Semasa berbincang tentang kewangan islam tadi, Dr Wahbah ada menyebut kekecewaan beliau dengan beberapa ulama Malaysia yang mengambil info dari buku beliau secara tidak tepat sehingga menghalalkan beberapa konsep yang tidak sepatutnya dihalalkan. Maka sambil bergurau, saya pula men'gena'kan Dr Mahmood Zuhdi apabila saya katakan kepada Syeikh Wahbah :

" Syeikh, jika tadi engkau ada sebut ulama Malaysia itu dan ini, elok engkau katakan kepada dia (sambil saya menunjukkan kepada Dr Mahmod Zuhdi), kerana dia adalah antara orang utama di Malaysia ini"  kata saya..

Dato Dr Mahmood Zuhdi mengangkat tangan seolah menafikan penglibatannya, semua tergelak termasuk Syeikh Wahbah.

Di akhirnya, Syeikh Wahbah sempat memberikan saya nasihat agar memastikan operasi Bank Islam ini bertepatan dengan Shariah, kerana orang ramai bergantung kepada orang seperti kami. Moga diberi kekuatan.

Bersama Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah

Di sebelah tengahari saya makan sekali dengan Syeikh Dr Ab Sattar Abu Ghuddah yang merupakan Muqarrir ‘Am bagi Majlis Fiqh Dunia, Penyelaras Majma Fiqh Islami, Ahli utama yang bertanggung jawab membuat ketetapan dan keputusan bagi Majlis Fiqh Antarabangsa dan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank yang saya duduki sekarang.

Saya juga berpeluang bersembang pelbagai isu kewangan dan Fiqh semasa dalam kereta BMW 7 series (milik bank) bersama Syeikh Dr Abd Sattar sepanjang perjalanan dari Marriot Putrajaya ke Restoran di Jalan Sultan Ismail, dan juga dalam perjalanan pulang ke Marriot.

Malangnya saya tidak berkemampuan untuk mencatatkannya di sini. Sebahagian isu yang dibincang pula hanya konfirmasi kajian-kajian yang saya telah saya tulis. Iaitu saya sebutkan beberapa isu yang saya pernah saya tulis hasilnya di web ini dan mendapatkan pengesahan beliau.

Saya juga sempat bertanya mengapa ramai ahli-ahli yang pakar bagi Majlis Fiqh Sedunia kelihatan tidak hadir, beliau memaklumkan prosedur yang diberikan oleh tuan rumah (Malaysia) adalah hanya ulama pakar yang membentang kertas kerja sahaja perlu hadir, yang tidak berkaitan secara langsung tidak perlu hadir. Prosedur ini menyebabkan ramai juga ulama pakar lain tidak hadir. Wallahu ‘alam.

Saya juga sempat bertanya beliau tentang keputusan yang akan dibuat bagi topik Islam Hadari. Bagaimanapun, apa yang saya bincangkan eloklah saya tidak nyatakan di sini. Lebih baik kita tunggu keputusan Majlis Fiqh pada malam ini. InshaAllah.

Bersama Syeikh Mufti Taqi Uthmani

Pada sebelah petang pula, bagi sempat bersembang ringkas dengan Syeikh Mufti Taqi Uthmani. (Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Taqi_Usmani untuk mengenalinya) Memandangkan beliau adalah ulama top 5 dalam dunia berkenaan hal ehwal kewangan,maka saya pilih isu Multi Level Marketing untuk dibincangkan.

Beliau menyatakan di Pakistan, belum ada skim dan plan sebegitu Cuma beliau memahami penerangan saya. Agakpanjang juga saya terangkan dan berlaku perbincangan antara saya dengan Syeikh Taqi berkenaan ‘Takyif Fiqhi' untuk MLM. Secara umum, beliau ada menyebut beberapa konsep yang mungkin sesuai untuk MLM antaranya "Ijarah Minal Batin" tetapi beliau berkata sepatutnya kerajaan melarang skim sebegini MLM ini kerana ia bertentangan dengan Maqasid Shariah dan boleh menyebabkan harga pasaran bagi barang yang terlibat naik. Ini adalah kerana biasanya harga barang jualan MLM adlaah jauh lebih tinggi dari harga pasaran biasa.

Demikian beberapa coretan ringkas,  saya tidak berkemampuan untuk memuatkan isi perbincangan dalam persidangan majlis Fiqh kali ini kerana terlalu banyak point pentingnya. Mungkin lebih baik saya fokuskan kepada keputusan yang akan dikeluarkan nanti sahaja.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

13 Julai 2007

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Perbincangan Saya Bersama Ulama Dunia