Peribadi, Tazkirah & Fikir Syiah vs Sunni di Sidang Fiqh Dunia?

Syiah vs Sunni di Sidang Fiqh Dunia?

  • PDF
(14 votes, average 4.21 out of 5)

Majlis Fiqh Dunia : Syiah vs Sunni di Dewan?

Saya tidak menghadiri persidangan sebelah petang dan malam semalam (10 Julai 2007). Tapi rakan saya mengatakan Syeikh Prof. Dr Ali Salus (Ulama Qatar) telah menyindir pegangan Syiah. Semasa berbahas, Syeikh Ali Salus mengambil beberapa contoh dakwaan kesat dan keras dari kitab Syiah yang menghentam aqidah ahl Sunnah. Ini menyebabkan Ayatullah Ali Taskhiri terus menyampuk sambil berkata " isi kandungan buku itu tidak sabit (benar)"

Hari ini, semasa perbahasan berkenaan topic ‘Kepentingan Maqasid Shariah dalam Pengeluaran Hukum" iaitu pada sebelah tengahari, sekali lagi Syeikh Ali Salus menegur pegangan Syiah yang menghentam Ahli Sunnah. Hal ini menyebabkan sekitar 10 orang wakil Syiah yang mewakili Negara Iran, Iraq, dan Lubnan (jika tidak silap saya) bulat mata melihat Syeikh Ali.

Mujur tiada ulama dari kedua-dua belah pihak yang menyambut 'bola tanggung' atau isu yang dilontar oleh Syeikh Ali Salus. Semua ulama yang membahas kelihatan memfokuskan kepada isu Maqasid sahaja. Kemudiannya, semasa ulasan terakhir, Ayatullah Ali Taskhiri meminta agar perdebatan antara Syiah sunnni tidak dipanjangkan di persidangan ilmiah dan besar sebegini. Ia adalah percedatan orang awam dan ia mengharap isu sebegini tidak mencemarkan kedamaian di persidangan Fiqh Sedunia.

Topik Maqasid Shariah, memperlihatkan pelbagai pandangan dari ulama sedunia, ada yang tidak setuju menggunakannya sama sekali kerana bimbang ia dipengaruhi hawa nafsu. Kebanyakkan yang lain pula hanya mengharuskan penggunaannya ketika tiada nas qat'ie dan zanni yang jelas. Maka di ketika berlaku khilaf muktabar (perbezaan sebenar yang diiktiraf kaedah usul) serta kedua-dua pihak punyai dalil yang umum, tatkala itu dirasakan wajar untuk merujuk kepada Maqasid Shariah bagi mencari pandangan terkuat.

Syeikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli pula ketika membahaskannya kelihatan kurang puas hati dan sedikit mengeluh kerana isu ini telah banyak kali dibincangkan di pelbagai persidangan ulama di serata dunia. Beliau juga menyatakan persidangan lain telah pun meletakkan ‘dhawabid' atau kaedah dan displin bagi menggunakan Maqasid Shariah dalam pengeluaran hukum secara wajar.

Beliau juga bimbang ada pihak tertentu yang mengganggap diri sendiri sebagai ‘ulama' atau 'berangan-angan' telah sampai tahap ‘mujtahid' akan menyalah gunakan Maqasid untuk kepentingan tertentu yang telah dirancangkan (seperti kepentingan politik, pangkat dan lain-lain). Ini akan menyebabkan hukum Islam caca marba.

Hari ini, agak ramai ulama terkenal menyatakan pandangan seperti Syeikh Ali Salus, Sheikh Prof. Dr Ajil Nashmi, Prof. Dr. Ghafar Sharif dan ramai lagi.

Kerusi bagi wakil Malaysia kosong hari ini, agak mendukacitakan kerana persidangan yang dibuat di Malaysia, tetapi kerusi wakil Negara Malaysia kosong. Persidangan ini juga dihadiri oleh dua orang Mufti dari 2 negeri di Malaysia dan mereka duduk di kerusi yang berhampiran dengan pintu.

Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah iaitu Mufti Negara Mesir turut hadir sejak semalam tetapi kelihatan hanya berdiam diri sahaja di tempat duduknya di sebelah wakil Negara Malaysia yang kosong. Ramai yang ternanti-nanti beliau berkongsi ilmunya bersama yang lain. Mungkin pelbagai fatwa pelik yang muncul dari Mesir akhir-akhir ini memeningkan minda beliau. Wallahu alam

Selain itu, peserta daari Malaysia juga menampilkan Pegawai atasan JAKIM, Prof. Dato' Dr .Mahmod Zuhdi Ab Majid,  Dato' Syeikh Ghazali (Ketua Hakim Mahkamah Syariah) dan beberapa yang lain. Setakat ini Cuma dua orang peserta Malaysia yang bersuara iaitu Prof. Dato' Dr Abd Shukor ( semalam ketika pembentangan Islam Hadari) dan Dr Akram Lal Din (UIA).

Semalam selepas pembenatngan Islam Hadari, di waktu rehat saya sempat bertemu Prof. Dr Mahmud Zuhdi, lalu bertanya, mengapa Dato' tidak memberi sebarang komen. Prof. menjawab, "eii, tak sampai ana diaorang ni bincang..islam hadari le, Islam Siyasi, Fikr Hadari le" sambil beliau tergelak.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

11 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Syiah vs Sunni di Sidang Fiqh Dunia?