Peribadi, Tazkirah & Fikir Majlis Fiqh Dunia Bincang Islam Hadari?

Majlis Fiqh Dunia Bincang Islam Hadari?

  • PDF
(19 votes, average 3.84 out of 5)

Topik Islam Hadari Dibincang

Majlis Fiqh Dunia ?

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Saya berpeluang menghadiri persidangan Kesatuan Fiqh Sedunia yang ke 18 kali ini, Persidangan kali ini membincangkan tajuk berikut :-

  • 1) Islam Hadari
  • 2) Memaksimum Peranan Zakat Dalam Menghadapi Kemiskinan
  • 3) Pembangunan sumber manusia di dunia Islam
  • 4) Islamophobia : Cabaran dan Penyelesaian
  • 5) Maqasid Shariah & Peranannya Dalam Mengeluarkan Hukum
  • 6) Hak Irtifaq (Right of easement ): Pelaksanaan Semasa
  • 7) Hak dan peranan wanita
  • 8) Penentuan umur bulugh dan kesannya kepada hukum taklif
  • 9) Pembedahan kecantiakn dan hukumnya
  • 10) Perkara moden yang membatalkan puasa

Perbincangan berkenaan Islam Hadari tadi ( pada 10 Julai 2007 bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi ) mengenengahkan pembentang Prof Dr Abd Shukor (Malaysia), Prof. Dr Qutub Sano ( UIA), Sheikh Prof. Dr Abd Latif Al-Farfur ( Syria ) , Prof. Dr Abd Majid Al -Najar dan Dr Muhammad Sharif ..

Dari semua pembentangan kelihatan hanya kertas pembentangan Prof. Dr Shukor dan Prof Qutub Sano yang benar-benar menyentuh tajuk model Islam Hadari di perkenalkan oleh Malaysia. Adapun pembentang-pembentang lain kelihatan (melalui dari kertas kerja mereka) tidak begitu menepati tajuk yang diberikan (iaitu berkenaan Islam Hadari itu sendiri) lalu mereka banyak menyentuh hal ketamadunan dan kemajuan diri umat Islam secara umum.

Hanya dua pembentang kertas kerja yang menggunakan nama ‘Islam Hadari', iaitu Dr Abd Shukor dan Dr Sano. Manakala yang lain pula menggunakan nama-nama lain seperti al-Manhaj Al-Hadari dan lain-lain. Dr Sano dengan amat jelas membantah tindakan suara-suara yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadari dan kandungannya.

Kebanyakan ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia yang hadir termasuk Sheikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli, kelihatan tiada masalah dengan kandungan untuk memajukan umat Islam sebagai sebuah masyarakat yang kehadapan dan ‘Hadari'. Cuma Syeikh Wahbah meminta untuk diperincikan perbezaan kemajuan hadarah Barat dan Islam agar kita tidak terkeliru dengan hadarah mana yang dibawakan.

Tiba-tiba suasana agak berlainan sedikit apabila Sheikh Mufti Taqi Uthmani, ulama besar dari Pakistan mengatakan bahawa semua kertas yang dibentang berkenaan ‘Islam Hadari' ini kekurangan satu perkara yang paling asas jika ingin dalam melaksanakan model kemajuan umat Islam ini, iaitu Pelaksanaan undang-undang Islam di dalam sebuah Negara umat Islam. Pandangan ini juga dikongsi oleh ulama besar Iran iaitu Ayyatollah Muhammad Ali At-Taskhiri.

Bagaimanapun, saya menjangkakan plan Islam Hadari ini bakal diluluskan oleh Majlis Kesatuan Fiqh walaupuan terdapat ahli majlis yang meminta topik ini diperluaskan lagi perbincangan di waktu akan datang. Ini kerana, keputusan dijangka akan menumpukan kepada isi kandungan plan kemajuan umat Islam. Keputusan dijangka diketahui di akhir persidangan.

Dr Yusof Al-Qaradawi 

Antara ulama terkenal yang menulis kertas kerja untuk pembentangan di persidangan ini adalah Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang menulis berkenaan Zakat, walau bagaimanapun, beliau tidak kelihatan sejak dari majlis perasmian oleh Perdana Menteri semalam. Ulama lain seperti Sheikh Abdullah bin Beih, Sheikh Dr Abd Salam Al-‘Abbadi ( Jordan), pakar ekonomi Prof. Dr Shawqi Dunya ( Mesir),  Sheikh Dr Ajil Nashmi ( Kuwait), Sheikh Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurra Daghi (Qatar), Prof. Dr Rawwas Qal'ah Ji ( Kuwait), Sheikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Syria), Sheikh Dr. Abd Latif Farfur  (Syria), Sheikh Mufti Taqi Uthmani ( Pakistan) dan ramai lagi turut serta dalam persidangan kali ini.  

Demikian sedikit coretan buat rakan-rakan yang mencintai para ulama Islam dan kajian ilmiah mereka.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

10 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 21 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Majlis Fiqh Dunia Bincang Islam Hadari?