Peribadi, Tazkirah & Fikir Memang Sikap Melayu @ Umat Islam Malaysia ? ( Mesti Baca !)

Memang Sikap Melayu @ Umat Islam Malaysia ? ( Mesti Baca !)

  • PDF
(55 votes, average 4.87 out of 5)

Memang Sikap Melayu @ Umat Islam Malaysia ?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

"Ustaz jadinya saya kena keluar la dari pelaburan ni ye ustaz?" Tanya seorang peserta winlifund kepada saya setelah saya memberikan penjelasan panjang lebar tentang kenapa pelaburan cepat kaya melalui internet itu haram.

Sebagai kesimpulan semula semua tulisan saya sebelum ini, ringkasannya ia diharamkan kerana sebab berikut :-

1) Jahalah (ketidaktahuan) : Iaitu tiada diketahui dengan jelas identity pengurus dana atau syarikat, disamping tiada mempunyai lessen untuk membuktikan kewujudan mereka dan kepertanggungjawaban mereka terhadap dana yan terkumpul kelak. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.

Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan salah satu syarat sah aqad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan aqad menjadi batal.

2) Gharar ( Ketidaktentuan ) : Iaitu tiada diketahui tempoh kewujudan web site pelaburan itu, juga tidak mengetahui samda benar-benar si ‘pelabur' boleh dapat wang yang dijanjikan atayu tidak pada tempoh yang disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana jika wang yang dijanjikan tidak muncul tiba, tiada sesiapa yang boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan aqad.

3) Riba : Ini telah saya terangkan panjang lebar dalam pelbagai artikel sebelum ini.

4) Tipu : Iaitu penipuan yang dibuat kerana mendakwa menggunakan wang yang terkumpul itu untuk pelaburan oil and gas, properties, currencies, commodity dan lain-lain. Ini kerana menurut pakar-pakar pelaburan sebenar, tiada satu syarikat pun yang jika benar-benar ia melabur dalam industri tersebut, mampu menjamin pulangan sebanyak 240 % sebagaimana yang ditawarkan oleh si syarikat tipu pelaburan ini. Malah bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan Riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan assetnya yang mencecah Trillion RM, masih gagl memberikan janji pulangan sebanyak 240 % dalam produk Riba mereka seperti "Fixed Deposit".

5) Syubhah & Money Game : Inilah sebenarnya cara mereka mendapatkan wang dari pelabur, iaitu setiap peserta yang dapat mencari ahli baru, akan diberikan komsiyen. Justeru aqad komisyen atas kepala dan bukan atas barang yang dijual ini mengandungi syubhah kepada 'money game' yang diharamakan oleh Majlis Fatwa Sedunia termasuk Saudi dan Indonesia.

Tidak syak lagi ianya diharamkan.

Perlu Maksimumkan Fungsi Otak Kita 

Manja, Malas @ Apa?

Tiba-tiba setelah diterangkan demikian,, "habis kami kena berhentilah ustaz ye" Tanya peserta.

"ye, sudah tentu, bukankah sudah jelas haram, mengapa perlu tanya lagi samada perlu berhenti atau tidak "Tanya saya kepelikkan dengan sesetengah sikap umat Islam yang kelihatan amat lemah dalam membuat keputusan.

"Habis macam mana nak berhenti ye usteaz, kami tak tahu caranya, nombor telefon penganjur pun tak de ?" Tanya peserta lain pula..

Itulah amat jelasnya unsur ‘Jahalah' iaitu ketidaktahuan dalam aqad di antara peserta dan pengurus dana haram ini. Sehinggakan peserta langsung tidak mengetahui cara berhenti. Pelikkan, bagaimana boleh beraqad tanpa mengetahui cara menamatkan pelaburan itu.

Jawabnya, bukan tak reti, tapi memang tak boleh..kerana anda sedang ditipu.

"Ada alternatif tak ustaz" Tanya seorang lagi peserta

"Ada dan sangat banyak, rujuk web saya," Jawab saya.

"Dah, ustaz, tapi banyak la , ustaz, saya nak masuk mana satu" Tanya peserta ini lagi.

"Maaf, saya tiada lesen ‘Financial Advisor' untuk membolehkan saya mencadangkan salah satu Skim Pelaburan Islam yang perlu anda sertai, anda perlu buat keputusan dan kajian sendiri" terang saya

"Oklah, ustaz, saya dah pilih yang ini, ustaz ada nombor telefon nye tak? " tanyanya lagi.

Kemudian setelah saya memberitahu nombor telefonnya, lalu ditanya pula oleh peserta lain..

"Jika telefon nak cakap dengan sapa ye ustaz?"

"Lepas tu , perlu ke kami pergi ke bank tu sendiri atau boleh melalui telefon saja ? 

"kalau kami pergi nak jumpa pegawai nama apa ye ustaz ? »

« Lama tak agaknya prosesnya ? »

« Apa dokumen yang perlu bawa ye ustaz »

Dan lagi lagi lagi lagi dan lagi soalan.

Ya Allah, ini minda orang Islam atau orang Melayu ??? ..kelihatan amat perlukan simpati dan sentiasa perlu di pandu satu demi satu tanpa ia boleh melakukan kajian sendiri dan fikiran. Sentiasa perlukan subsidi fikiran orang lain, macam bagi subsidi baja pula.

Bagaimanapun, saya masih ingin ucapkan tahniah kepada si penanya ini kerana imannya masih kuat untuk berhenti dan mencari yang halal berbanding sebahagian yang lain yang masih enak berada dalam perkara haram tanpa merasa sebarang bersalah. Padahal pelaburan cepat kaya ini telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kita Semua Wajib Bangunlah Dari Kemalasan Membaca, mengkaji dan Berfikir Dengan Nama Allah.
 

"Tapi yang skim yang ini pula bagaimana?" Kenapa ustaz tak haramkan, sebab saya lihat sama saja skim nye" Tanya seorang pemuda yang mendakwa dia ikhlas dalam berjuang.

Lihatlah bagaimana pemikirannya, tiadalah saya atau majlis fatwa mempunyai kemampuan untuk menyenaraikan semua nama-nama syarikat satu persatu, pastinya akan ada pula syarikat baru yang bertapak dan muncul di kemudian hari. Bagi memudahkan umat Islam, fatwa dan tulisan lebih cenderung untuk mendedahkan ciri-ciri yang menyebabkan ia jatuh haram. Selebihnya, anda sendiri perlu menggunakan fikiran dan minda anda untuk meneliti skim baru itu dengan ciri-ciri dan panduan yang telah diberi.

"ala ustaz, susahkan macam tu, kiranya ustaz ni double standard la kan; hanya haramkan yang itu, yang ini sama je tapi tak diharamkan, emm tak ikhlas ustaz ni " Sambil mencebik bibir tebalnya.

Kalau inilah sikap melayu Islam, memang habislah, malas fikir, jika ada sebarang ciri-ciri haram yang telah kami dedahkan, bermakna sudah tentulah haram hukumnya skim itu, terutamanya apabila ciri haram ini terdapat dalam sebarang skim yang tidak mempunyai penasihat Shariah. Lalu tidak perlulah menjadi kerja saya atau Majlius Fatwa untuk menyebut satu demi satu setiap hari.

 Malangnya, dengan perangai buruk seperti ini, mereka menambahkan dosa dengan membuat fitnah, bersangka buruk serta menyebarkannya.. Melayu oh Melayu....atau Umat Islam oo umat Islam atau apa ye rintihan yang paling sesuai agaknya buat mereka ?

Inilah jenis minda yang tidak diingini oleh Nabi SAW dalam diri umat Islam. Islam mengajar kita agar rajin bekerja dan berfikir serta mengkaji, bukan hanya ikut membabi buta dan hanya mengharapkan suapan orang dalam setiap perkara. Tidak salah kita meminta kepastian dan jalan yuang benar, tetapi selanjutnya perlulah kita melakukan ‘homework' sendiri agar kita bertindak dengan ilmu dan bukan dengan nafsu.

Sebuah hadith menyebut :

Ertinya : "Jangankanlah kamu menjadi pak turut, apabila suasana di keliling kamu jahat, maka kamu jahat bersama mereka, dan suasana di sekeliling kamu baik maka kamu baik bersama mereka, tetapi hendaklah kamu tetapkan pendirianmu, maka apabila suasana baik, hendaklah kamu  baik bersama mereka, dan apabila suasana buruk, jauhilah keburukan mereka" ( At-Tirmidzi, no 2007 ; Gharib : Albani : Dhoif )

Bagi saya inilah salah satu punca yang melemahkan umat Islam hari ini. Agak malas menggunakan fikirannya secara optimum dalam menganalisa sesuatu di hadapannya.

MLM dan Orang Melayu Islam.

Sama juga ceritanya dengan skim Multi Level Marketing yang majoritinya disertai orang melayu. Majoriti tuan milik skim ini pula biasanya adalah bukan bumiputra. Pekerjanya adalah bumiputra.

Tetapi amat malang walaupun melayu Islam lah yang paling ramai menggerakkan syarikat MLM ini, mereka langsung tiada sebarang 'power' dan kuasa untuk ‘menuntut' agar pihak pengurusan melantik dan mendapatkan pengesahan Majlis Penasihat Shariah bagi skim yang disertainya.

Adakah demikian lemahnya umat Islam yang majoritinya berbangsa Melayu ini. Hanya mampu tersenyum girang apabila dihadiahkan sebuah kereta atau pakej umrah atau melancong oleh syarikat hasil kerjayanya yang ‘cemerlang'. Malangnya, langsung tidak pernah fikir, tersenyumnya itu diredhai oleh Allah dan RasulNya atau tidak..

Mahal sangatkah kos professional untuk mengambil dan membentuk sebuah Majlis Penasihat Shariah bagi sebuah syarikat MLM yang sudah maju ke hadapan?

Agak memalukan bagi saya, sebuah syarikat yang mampu menghadiahkan sebiji kereta kepada ahlinya, tetapi tidak mampu membentuk Majlis Penasihat Shariah untuk meraikan ahli-ahli dan pekerja beragama Islamnya yang telah berjasa.

Lebih memalukan apabila, terdapat ustaz-ustaz yang cuba mempertahankan kononnya skim MLM yang disertainya adalah halal tanpa sebarang hujjah konkrit.

Malunya saya, sedangkan pihak pengurusan tidak pernah endah hal ehwal halal haram dalam setiap plan pemasaran yang dirangkanya, walaupun majoriti ‘runners' nya adalah Islam. Tiba-tiba satu dua ustaz ini bermatian mendakwa ia halal, kononnya. Kembali kepada hukum asal urusan muamalat , iaitu kaedah Fiqh yang menyatakan "Asal hukum dalam sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada dalil yang mengharamkan"

Memang benar demikian, tetapi kaedah itu hanya terpakai apabila terdapat individu yang benar-benar berkelayakan untuk menyemak samada transaksi ini terdapat sebarang ciri haram atau tidak. Kaedah itu tidak akan terpakai jika pihak pengurusan atau semua orang jahil tentang hukum. Ini akan menyebabkan semua orang akan mengatakan hukum harus dalam semua hal padahal terdapat dalil yang mengharamkan tindakannya itu, malangnya ia tidak mengetahuinya kerana bukanlah bidangnya serta tidak punyai majlis Shariah yang tersusun.

Tak Puas Hati  Majlis Shariah

"Habis tak kan nak beli nasi lemak tepi jalan pun nak Majlis Penasihat Shariah?" Tempelak seorang pemuda berumur 45 tahun menampakan kejahilannya kepada semua peserta di dewan yang luas itu.

"Benda yang direct dan gunakan simple transaction, hanya bayar duit dan kemudian terus ambil barang maka tamatlah urusan jual beli, macam beli nasi lemak atau beli apa-apa barangan harian di pasaraya, sudah tentu ia tidak memerlukan penasihat Shariah. Yang memerlukannya adalah sebarang transaksi yang rumit, berbelit serta kompleks, macam MLM, bonus sana, komsiyen sini, syarat sana syarat sini, perjanjian sana perjanjian sini, inilah yang perlukan pakar Shariah mengesahkan, termasuklah sebarang skim pelaburan." Jawab saya.

Simpati saya melihat minda jenis sebegini.

Lagi Perangai Umat Islam atau Melayu : Rasuah

Saya pernah mendengar di radio ikim.fm satu hari ketika memandu ke pejabat, ustaz Zamri IKIM membacakan tajuk-tajuk akhbar pada jam 7.30 pagi, satu berita menarik yang dibacanya adalah :

Menurut statistik yang diberitahu : pemberi rasuah yang terbesar di malaysia adalah berbangsa Cina, kedua India dan ketiga Melayu. Ini info rasminya, sila buka.

Tersenyum sambil menggeleng saya mendengarnya, kerana saya terfikir, jika statistik penerima rasuah pula di kaji, tentu jawabnya di tangga pertama adalah Melayu, India dan Cina.  Wallahu ‘alam, hanya andaian..

Salah seorang bekas kenalan di universiti saya bertemu saya, dia kata dia kerja sebagai pegawai bahagian penguatkuasaan di salah satu pejabat kerajaan. (di rahsiakan) semasa kami berborak, dia sambil menggelengkan kepala mengatakan,

"isyh, kerja di bahagian penguatkuasaan ini, jika iman tak kuat, memang habis rasuah hampir setiap hari boleh ambil, amat menggoda" katanya dengan loghat utara.

" Siapa yang paling ramai ‘offer' rasuah tu, " Tanya saya

"Semua jenis kaum " katanya.

Kemudian beberapa minit kemudian, meminta diri dan saya mengiringinya ke keretanya.

MasyaAllah, hebat keretanya..BMW baru 3 Series yang baru.

Tiba-tiba timbul rasa kurang elok dalam perasaan saya ( astaghfirullah kerana tersangka buruk pula)..ye la, kerja sekadar pegawai dalam kerajaan, memang diketahui kadar gajinya, isterinya pula hanya seorang guru sekolah rendah.

Bagaimana dia mampu membeli kereta sebegini hebat, masuk MLM kah dia, sedangkan dia telah menyatakan tidak terlibat sebarang MLm dan Pelaburan haram internet ? Wallahu'alam. Itu dalam keadaan ‘kuat iman' sebagaimana di nyatakan, saya tak tahu jika ‘tidak kuat iman', entah kereta apa pula yang bakal dipakainya.

Nabi SAW bersabda : -

‏لعن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏الراشي والمرتشي في الحكم

Ertinya : Nabi SAW melaknat si pemberi rasuah dan penerima rasuah ( At-Tirmidzi : Hasan Sohih)

Sub Kontrak : Melayu lagi atau umat Islam?

Sekali lagi, semasa mendengar radio, berita menyatakan kekecewaan Perdana Menteri dengan sikap kontraktor Bumiputra yang kerap melakukan ‘sub kontrak' kepada kontraktor bukan Bumiputra. Disebutkan oleh berita itu bahawa Kerajaan ingin membantu kontraktor Bumiputra lalu dianugerahkan kepada mereka kerja-kerja besar dan kecil. Malangnya bumiputra lebih suka ‘relax' dan dapat komisyen hasil sub-kontrak kepada bukan bumiputra.

Baca petikan berita ini

WHAT the study on the leakages in Bumiputera contracts by the Works Ministry shows is that the practice of selling contracts seems to have become so rampant that it can no longer be considered as leaks which trickle in dribs and drabs into the hands of non-Bumiputeras. Like the Ali Baba in the tale of the Forty Thieves, whose fortune did not depend on hard work or talent but on the fortuitous overhearing of the magic words "Open Sesame", the door to quick wealth seems to be open to the opportunistic Bumiputera businessman in the form of the contract that can be sold off to the highest bidder. ( NST : 17 Feb 2007)

Juga petikan berita NST ini :-

"THE Prime Minister is disappointed with the attitude of Malay contractors who sub-contract projects awarded to them, and wants them to be blacklisted for life."

Sedih, inikah sikap orang Melayu atau sikap umat Islam ?. Yang pasti, ia sudah tentu bukan sikap yang diingini Allah SWT. Islam menginginkan umatnya kuat bekerja dan berusaha sendiri, sehinggakan Nabi SAW menyebut hasil pendapatan yang terbaik adalah hasil usaha tangan kamu sendiri.

Nabi SAW bersabda :

لأن يحتطب أحدكم حزمة على ظهره , خير له من أن يسأل أحداً فيعطيه أو يمنعه

Ertinya : Seseorang kamu untuk pergi mengangkut kayu api lalu diletakkan di atas belakangnya adalah lebih baik dari seseroang kamu meminta-minta (sedeqah) , maka samada diberi atau tidak" ( Al-Bukhari)

ما أكل أحد طعاماً قط خيراً من أن يأكل من عمل يده

Ertinya : Tiadalah seseorang yang makan suatu makan yang lebih baik dari seseorang yang makan dari hasil tangannya ( kerjanya sendiri) " ( Al-Bukhari)

Seorang lelaki A berkata kepada saya, "eh ustaz, dapat komisyen dan jual kontrak ni usaha juga la ustaz" katanya sambil tersenyum kambing.

Lihatlah minda kelas keberapa ini?, malas saya melayannya, ada aqal tetapi buat-buat tidak faham akan maksud hadith Nabi SAW tadi. Sudah tentulah nabi SAW maksudkan bekerja sendiri serta meningkatkan lagi tahap ketekunan dan keprofesionalan kita, bukan hanya "tekun sub kontrak" kepada orang lain.

Nabi SAW bersabda :

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملاً أن يتقنه ( يحسنه)

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hambanya yang apabila melakukan kerja, sentiasa menekuninya dan memperkemas hasilnya"

Juga disebutkan dalam sebuah hadith lain yang menunjukkan maksud yang hampir sama:

إن الله كتب الإحسان على كل شيئ , فإذا قتلتم فإحسنوا القتلة فإذا ذبحتم فإحسنوا الذبحة

Ertinya : " Allah SWT mewajibakan ihsan ( tekun & professional ) dalam segala perkara, dan apabila kamu menyembelih maka perkemaskanlah sembelihanmu, dan apabila kamu berburu, kemaskanlah perburuanmu"   

Oh , itu Sebabnya ?

Tidak hairanlah mengapa majority yang menyertai pelaburan cepat kaya melalui internet juga adalah Melayu. Jika sebahagian besar usahawan Melayu Islam Bumiputra pun masih bersikap berminda ‘sub kontrak' dalam kerja mereka, iaitu jenis ‘relax atau goyang kaki dan dapat duit"

Maka apatah lagi individu yang bukan seorang yang berpendidikan atau tidak berlatarbelakangkan usahawan. Sudah tentu mindanya sama , iaitu nak duduk "goyang kaki sambil tunggu duit masuk dalam akaun"

Jika beginilah sikap umat Islam, sudah tentu tidak lama lagi, seluruh kekayaan sebenar akan dibolot oleh bukan Islam. Di ketika itu, kesukaran pasti berlaku.

Bayangkan, jika seorang non muslim bekerja di kilang milik syarikat Islam, jarang didengari terdapat penindasan. Wallahu'alam.

Berbanding pekerja Islam berkerja di syariakt bukan Islam. Selalu kotak email saya di hujani oleh pekerja sebegini, ditekan oleh majikan kerana tak dibenarkan solat jumaat, tidak mahu dibuat surau, tak boleh kelaur untuk solat fardhu dan macam-macam lagi. Inilah hasil umat Islam asyik malas berfikir dan bekerja lebih dari rutin biasa, akhirnya orang lain yang memonopoli. Ketika itu, sebagai pekerja...jadi pak turut la kepada apa juga dasar yang ditentukan mereka walaupun bercanggah dengan Islam. Mulut tertutup atas alasa ‘maslahat', ‘periuk nasi' dan macam-macam lagi. Amat menyedihkan.

Yang kuat, kena Juga

Tidak dinafikan terdapat juga usahawan Islam yang kuat bekerja dalam erti kata yang diingini oleh Allah SWT. Malangnya , penyakit dengki Melayu pula bertakhta..

Satu email sampai ke kotak box saya :

Antara petikannya "ustaz, boleh tak ustaz tolong makan di restoran abang saya, tolong tengok-tengokkan samada ada apa-apa atau tidak?, bimbang kerana tiba-tiba pelanggan kurang, macam kena buat orang la ustaz" adu si pengadu.

Inilah satu lagi perangai yang buruk yang pasti memundurkan umat Islam, hasad dengki serta keterlibatan dengan sihir dan perbomohan yang syirik.  Tidak suka melihat rakan Islam yang lain maju kehadapan, sepatutnya dalam Islam, disuruhnya kita berlumba dan bersaing dengan sihat, bukan berlumba dengan menyihirkan ‘competitor' kita. La Hawla Wa la Quwwata Illa Billah. Baca tentang sihir di sini.

Usahawan Muslim Tulen

Terdapat seorang lagi kenalan saya, seorang usahawan Islam yang begitu komit dengan masjid dan majlis ilmu. Baru-baru ini beliau mendapat kontrak kerajaan yang alhamdulilah bernilai beberapa juta RM sebulan.

Beliau jalankan tugas dengan cukup mantap dan professional, malangnya satu hari beliau datang bertemu saya untuk meminjam duit tanpa faedah. Pelik ?!

Apa sudah jadi, ? lalu diterangkan kepada saya,

"ustaz maaf lah saya memang malu ni, tapi apa boleh buat, kerajaan tak bayar-bayar lagi hutang dia pada saya dan dah 4 bulan tertunggak. Sekitar RM .. juta . Lalu saya tengah sukar sangat nak bayar gaji pekerja. " Katanya degan terus terang.

Kesian, saya berikan ‘Qardhul Hasan' setakat yang saya mampu. Bayangkanlah, ada yang bersungguh tapi pekerja-pekerja Melayu di dalam jabatan yang terbabit pula tidak bersungguh melakukan kerja sehingga usahawan bumiputra yang benar-benar bekerja ini hamper-hampir lumpuh disebabkan lewatnya pembayaran oleh kerajaan.

Bagaimana?  Yang pasti ini bukan sikap umat Islam sebenar, ini sikap ...entahlah , jika kata Melayu nanti, marah pula orang tertentu.

Kalau beginilah keadaannya, memang sukar untuk bumiputra Islam kehadapan. Akhirnya, lahirkan sikap malasa bekerja dan nak duit cepat dan senang.

Kesimpulan & Menang Loteri Free

Jika umat Islam berbangsa melayu ini masih lagi malas berfikir, sentiasa ingin disuap, malsa berusaha dan malas bekerja. Selagi itulah kita akan jadi terhina dan semakin kerap ditipu. Bayangkan, setelah diharamkan pelaburan cepat kaya internet, masih ramai berdegil dan yang pelik lagi ajaib, banyak pula yang hamper percaya mereka menang loteri tanpa bertanding melalui email-email pelik.

Sebahagian yang lain pula sibuk bertanyakan hukum jika mereka ambil saja duit loteri yang mereka tak sertai itu untuk maslahat awam. Kesian, mereka tidak sedar orang sedang nak menipu mereka. Tiada orang yang tiba-tiba nak bagi duit kepada anda sebanyak duit menang loteri itu tanpa anda sertai.

Juga pelik, ramai orang melayu percaya, apabila dapat email dari si penama , dari Africa..'from the desk of ... » yang menybeut ada kematian, maka kami nak taransfer duit juta-juta.

Masih ada yang sudi percaya sedangkan email ‘bodoh' itu sudah bertahun-tahun sama formatnya untuk menipu. Bagaimanalah agaknya ada orang Islam kita boleh percaya cara penipuan yang ‘sebodoh' ini. Wallahu'alam.

Cuma alhamdulillah masih ada iman, lalu email kepada saya bertanya hukumnya. Jawabnya semuanya tipu dan hukum membiarkan diri ditipu adalah haram.

Saya tidak menghina atau mengutuk orang  Melayu dalam artikel ini, Jika mereka ras dikutuk, saya pohon kemaafaan atas kelemahan penulisan tergesa-gesa saya ini ( maaf, kurang masa untuk teliti secara halus) malah saya juga orang Melayu. Tapi saya menyebut tentang sikap buruk dan lemah yang melekat di dalam diri kebanyakan orang islam kita hari ini. Sikap yang wajib diubah demi mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Bertepatan dengan Islam.

Kuatkan iman, tingkatkan kerajinan sebenar, kuatkan minda dan fikiran...inshaAlllah ikutilah acuan Allah.

Sekian

Ust Zaharuddin

15 Mei 2007

http://www.zaharuddin.net/



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 21 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Memang Sikap Melayu @ Umat Islam Malaysia ? ( Mesti Baca !)