Peribadi, Tazkirah & Fikir Zaharuddin.Net : KeranaMU

Zaharuddin.Net : KeranaMU

  • PDF
(14 votes, average 4.93 out of 5)

zaharuddin.net Setahun Di Alam Maya

:  KeranaMU Ya Allah 

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

 

Kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi dan tidak rasmi serta ditambah pula dengan ribuan soalan dari pelbagai sudut samada zaharuddin yahoogroup, email, sms, telefon, zaharuddin.net forum dan lain-lain, sehingga terlupa saya bahawa website saya telah mencecah umur 1 tahun sejak 26 Mac 2007 yang lalu.

Alhamdulillah, hasrat saya untuk berkongsi ilmu dan membantu masyarakat secara 24 jam sehari berjaya direalisasikan melalui web site ini. Bagaimanapun, amat saya sedari akan kekurangan kemampuan masa dan tenaga untuk membantu semua jenis pertanyaan dari orang ramai.

Saya kata 24 jam, kerana menurut statistik yang dirakamkan di web saya, tidak pernah satu saat pun kecuali web saya mesti akan terdapat pengunjungnya. Ia sememangnya satu bentuk kepuasan bagi saya. Kerana ini bermakna 24 jam jualah saya berceramah dan berdakwah pelbagai isu kepada masyarakat. Berbanding kemampuan ceramah secara live yang terbatas samada masanya dan juga pendengarnya.  

Respond Pelbagai

Sebahagian kecil dari respond sangat dikenali bertujuan 'menguji' dan sebahagian yang lain bersifat 'sindiran' manakala sebahagian lagi bersifat sengaja berlagak 'kurang cerdik' atau kata orang jenis 'tak makan saman'. Maksudnya, telah saya cuba menerangkan sehebat dan sejelas mana sekalipun tetap akan diabaikan segala isi penting penerangan, dalam masa yang sama ia masih sibuk mengulang-mengulang soalan yang telah dijawab.

Tidak kurang juga ujian menangani kesabaran diri apabila terdapat pengunjung yang agak kurang rajin atau tidak berapa mahir menggunakan fungsi 'carian' di web saya untuk mencari isu yang ditanyakannya.

Lebih melucukan, sebahagian pengunjung yang bertanya di 'shout box' saya bertanya soalan yang jawapannya atau artikel tentangnya betul-betul berada di tepi shout box (bahagian artikel atau soal jawab pilihan). Hal ini menjadikan sebahagian pengunjung setia web saya juga tercabar kesabarannya sehingga menempelak individu yang bertanya agar merujuk tajuk artikel sebelum bertanya.

Tetapi yang lebih melegakan adalah majoriti pelawat di web saya sememangnya melawat demi mencari info yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling mereka. Ramai menghantar email memberitahu akan kesedaran dan keinsafan mereka samada secara langsung atau tidak langsung. Syukur dan segala puji bagi Allah.

Sedikit Info Web Saya

Untuk mewujudkan web ini, 'design' asal 'berwarna hijau dibuat oleh seorang 'free designer' dengan harga istimewa (saya pun dah tak ingat berapa, sekitar RM 500 rasanya) atas dasar ingin membantu dan turut serta dalam saham akhiratnya.

Web www.zaharuddin.com yang berwarna hijau dengan hosting dari hostdepartment ini bertahan sehingga Januari 2007, bagaimanapun web hijau ini agak kurang efisyen kerana saya amat sukar untuk meng'update'kan infonya disamping bentuknya yang tidak 'user friendly'.

Atas sebab itu, satu design baru beserta 'mambo engine' telah diusahakan oleh sebuah syarikat rakan saya juga dengan harga istimewa (bagaimanapun ia melebihi kos pertama tadi).

Alhamdulillah kali ini web saya lebih 'user friendly' dan jumlah pengunjung juga naik secara berperingkat. Saya juga amat mudah untuk updatekan seluruh isi kandungannya. Design kedua ini kekal sehingga hari ini, disebabkan saya tidak punyai kemahiran sendiri untuk mengubah sebarang reka bentuk grapik di web saya, kecuali hanya tahu menambah beberapa perkara kecil sahaja.

Tiba-tiba sekitar pertengahan Januari 2007, web saya terhenti akibat jumlah pengunjung yang meningkat. Ketika itu saya menggunakan 'shared server', dan akibatnya web saya telah menganggu web-web lain yang berkongsi server dengan saya.

Hasilnya, saya mengambil keputusan untuk membeli server sendiri disamping menukar hosting dari hostdepartment ke satu syarikat tempatan melalui bantuan syarikat rakan saya, kerana merekalah yang akan menguruskan urusannya kerana saya tiada masa untuk urusan sebegitu. Server termurah yang saya beli adalah dengan harga  RM 4000 termasuk seluruh kos-kos berkaitan dan bayaran RM 200 setiap bulan atas kos operasi perlu dibayar kepada syarikat al-jaroom.

Di ketika itu pula, shout box saya yang asalnya digunakan secara percuma, juga telah ditutup kerana telah sampai tempoh penggunaan percumanya. Hasilnya, bagi memudahkan pengunjung mengutarakan soalan dan berinteraksi ringkas dengan saya dan pengunjung lain, saya membyaar sekitar USD 20 untuk membeli satu package shout mix agar ruang tulisannya lebih panjang dan terdapat beberapa 'features' tambahan seperti 'banned user' dan lain-lain fungsi control panel.

Itulah serba ringkas web yang sedang anda saksikan ini, baru berumur 1 tahun dan 2 bulan dan saya mengeluarkan wang sendiri disamping beberapa jumlah kecil sumbangan para penderma yang berjasa untuk meng'online'kannya secara percuma untuk orang awam, disamping 'free of charge' juga segala tulisan dan kajian yang saya hasilkan buat pembacaan orang ramai.

Sebagai info, disertakan beberapa info statistik web saya :-

1) Statistik pelawat dan halaman yang dibuka sejak Mei 2006 sehingga hari ini. Anda dapat melihat bagaimana pengunjung mendadak pada Bulan Feb dan Mac disebabkan kes Pelaburan Internet. Tiada saya jangkakan perubahan mendadak ini. Di ketika waktu hangat tersebut semua hampir jenis manusia melawat web saya termasuklah 'kaki mencarut dan mencaci'. Alhamdulillah semua artikel saya tiada ruangan komen sebagaimana yang terdapat di blog-blog lain, jika tidak, jenuh saya untuk men'delete' teriakan nafsu si pelawat tidak beradab ini. Shout box saya pula terdapat fungsi ban dan delete, justeru dapatlah di kawal.

statistik zaharuddin.net
 

Jelas kelihatan jumlah pelawat sudah menurun apabila isu menjadi reda, tiada masalah. Saya lebih suka, jika yang menziarahi web saya terdiri dari orang-orang yang ikhlas, ingin menuntut ilmu dan benar-benar menyelamatkan diri. Biarlah ia reda sedikit agar email saya yang terpaksa saya tutup akibat dibanjiri email soalan sehingga 1000 email sehari menjadi 'reasonable' untuk saya bantu.

2) Kedudukan di seluruh dunia, menurut http://www.alexa.com/ web saya pernah menduduki kedudukan sekitar top 45,000 di seluruh dunia iaitu dari sudut jumlah capaian pelawat dan halaman yang dibuka. Iaitu pada bulan Feb dan Mac. Tetapi di ketika ini ranking jumlah pelawat dan halaman web saya jika dinilai di seluruh dunia adalah 81,640 dan ranking web saya di seluruh Malaysia adalah 908, dengan 90.6 % pelawat dari Malaysia dan 3.5 % dari USA.

      Lihat graph ini ( ranking ) :-

Ranking Dunia ALEXA.COM     

 Lihat graph pelawat bagi www.zaharuddin.net menrut alexa.com ( statistik seluruh dunia) ni :-

statistik pelawat seluruh dunia alexa

 

Berikut pula pelawat dari destinasi mereka :- 

Zaharuddin.net users come from these countries:

Malaysia                                     90.6%

United States                             3.5%

Indonesia                                   1.2%

Australia                                    0.6%

Brunei                                       0.6%

Egypt                                        0.6%

Yemen                                      0.6%

Ireland                                       0.6%

Kuwait                                       0.6%

New Zealand                              0.6%

Palestinian Territory                     0.6%


Less...




Zaharuddin.net traffic rank in other countries:

Malaysia                                           908

Brunei                                           8,249

Indonesia                                     51,032

Australia                                    159,045

United States                             385,508

Menurut statistic Technorati, yang sefaham saya menyediakan rating berdasarkan sebanyak mana web kita di ‘link' ke web lain. Web saya berada di tangga ke 16,507 di seluruh dunia.

Pengisian Paling Popular

Menurut catatan Mambo ( engine web saya),dari pelbagai info yang disediakan di web saya, maka berikut adalah 10 pengisian paling popular di web saya hingga tarikh 11 Mei 2007 adalah seperti berikut :-

#

Title

Page Impressions

1

 Pelaburan Empay : Halal atau Haram? (2007-02-15 08:25:03) 

55458

2

 ABB Fund, Eaindex, DanaFutures, Arabic Fund & Winlifund : Hukum Shariah (2007-02-17 19:40:32) 

51839

3

 Hukum ‘Perfume' Beralkohol & Senarai Pelaburan Islam Alternatif (2007-02-06 09:50:04) 

35524

4

 Profile (2006-06-09 09:25:59) 

25711

5

 Multi Level Marketing Menurut Shariah ( Updated 10 April ) (2007-04-08 14:05:09) 

25145

6

 Senarai Skim & Pelaburan Internet Serta Bukti Kepalsuan? (2007-04-09 13:19:43) 

22157

7

 Hukum Pelaburan ASB (2007-01-09 11:41:26) 

20385

8

 Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ? (2007-04-12 08:20:38) 

17244

9

 Ust Zaharuddin Tiada 'Locus Standi' Ulas Isu Riba : Wawancara (2007-03-09 15:41:53) 

13353

10

 Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund : Pandangan Shariah (2006-10-17 21:23:39) 

13339

Penutup

Akhirnya, inilah web saya yang baru berumur setahun jagung, doakanlah agar saya diberikan kekuatan untuk terus meng'update' info-info yang amat berguna buat seluruh umat Islam di dunia. Itulah hasrat saya, disebabkan itulah saya menyediakan info di dalam English dan juga Arab.

Jutaan terima kasih kepada anda menyokong, menyumbang dan yang sudi membaca tulisan ini serta mengambil sebarang info dari web saya. Tidaklah saya inginkan dari tulisan saya kecuali keselamatan kita semua di hadapan Allah SWT kelak.Adapun jika matlamat itu gagal pembaca lihat dari web saya, itulah sekadar yang termampu dari usaha saya yang amat kecil ini. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa samada di dalam tulisan mahupun ceramah saya, kerana sebagai manusia yang amat lemah, had kesabaran seseorang sememangnya boleh terganggu di dalam sesetengah keadaan.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

12 Mei 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Zaharuddin.Net : KeranaMU