Perbankan & Insuran Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?

Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?

  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

save.jpg

 

Ada pihak yang marah-marah dan mempersoalkan mengapa bank Islam tidak mewajibkan pemberian diskaun kepada pelanggannya apabila pembayaran awal penuh dibuat, sama ada hasil dari aset yang dimiliki dijual lalu jumlah pembiayaan diselesaikan oleh bank pihak yang membeli, atau diselesaikan secara tunai atau lump sump oleh pelanggan.

Isu ini sedikit teknikal dan agak sukar juga untuk diterangkan kepada orang awam dalam tulisan pendek di web ini, ia jauh lebih mudah untuk saya terangkannya secara verbal. Namun demikian, bagi yang mencintai ilmu dan ingin mengetahui, saya cuba huraikan dan berusahalh untuk memahaminya sedaya mungkin. Dalam masa yang sama buangkan dahulu perasaan skeptik kepada perbankan Islam agar minda lebih mudah mencerna informasi yang diberi. Dengan minda sangka buruk dan terikat, penilaian dan kefahaman yang tepat akan sentiasa menjauh.

Namun begitu saya yakin, ramai yang mengelak dari membaca artikel ini sehingga akhir kerana terasa sama ada kurang minat atau terasa kandungannya agak berat dan teknikal. Percayalah, perasaan sebegini  adalah salah satu punca utama yang menjadikan umat Islam keterbekalang dan terus ‘buta' dalam ilmu perbankan dan tidak sudah-sudah terperangkap dengan kejahilan diri berkenaan isu dan hal ehwal perbankan, khususnya perbankan Islam. Hasilnya, terus menerus menjauhi perbankan Islam sehingga membantutkan perkembangannya. Yang lebih menyedihkan sengaja terjun dalam lembah perbankan haram yang menepis keberkatan dalam kehidupan dan kematian.

KONTRAK BANK ISLAM MENGGUNA JUALBELI.

Dalam transaksi jual beli secara Murabahah, BBA dan lain-lain produk pembiayaan perumahan dan lainnya yang berasaskan kontrak jual beli, apabila pihak bank telah menjual aset dengan satu harga yang dipersetujui bersama, pihak penjual dan pembeli tidak boleh sama sekali mengubah nilai harga yang telah sempurna kontraknya.

Jika sesuatu harga itu boleh berubah-ubah, ia akan jatuh dalam hukum haram akibat ‘gharar' pada harga item yang dijual. Oleh kerana semua jenis kontrak jual beli yang memberikan kemudahan bayaran harga secara bertangguh, harga TIDAK BOLEH lagi diubah khususnya dinaikkan. Bagaimanapun ia boleh diturunkan NAMUN ia hanyalah tertakluk kepada keputusan dan budibicara pihak penjual. Dalam kes perbankan hari ini, penjual adalah pihak bank.

Justeru, saya ulangi, harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded', masih boleh dikurangkan dengan syarat :-

·           Potongan diskaun atau ‘rebate' datang dari pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim.

·           Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak penjual untuk menentukan.

Ini juga merupakan keputusan Majlis Syariah Kuwait Finance House, Bank Ar-Rajhi, Bank Islam Sudan,  Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dalam sidang mereka yang kelapan, menyebut :-

الحطيطة من الدين المؤجل لأجل تعجيله سواء أكانت بطلب الدائن أم المدين ضع وتعجل ) جائزة شرعا لا تدخل في الربا المحرم إذا لم تكن بناء على اتفاق مسبق

Ertinya : ‘Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara' dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal' [1]

Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah diskaun jika membayar awal ini TIDAK boleh disepakati oleh kedua belah pihak sebagai terma kontrak Murabahah dan apa-apa kontrak jual beli  mereka kerana ia akan membawa kepada hukum gharar PADA HARGA yang diharamkan. Hal ini ditegaskan oleh teks fatwa Kuwait Finance House, iaitu :-

ولا ينشأ بارتباط شفوي أو كتابي في العقد أو بعده وإنما يكون بإرادة منفردة من الدائن إن شاء أي دون شرط ملفوظ أو لحوظ

Ertinya : Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis. [2]

Antara hujjah yang digunakan bagi rebate ini adalah :-

1)   Hadis

Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi

فقالوا يا نبي الله : إنك أمرت بإخراجنا ولنا على الناس ديون لم لم تحل فقال رسول الله ضعوا وتعجلوا

Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai.

Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud)

 

2)   Ijtihad Sahabat

Pandangan ini juga dipegang oleh Ibn Abbas, An-Nakha'ie, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, satu pandangan dalam mazhab Syafie, salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan juga ijtihad Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan majoriti ilmuan Fiqh kontemporari. Di sebut juga keharusannya di dalam Majalla al-Ahkam Al-Adliya :-

ويجوز أن يقضي المقترض خيرا مما أخذ أو دونه برضاهما ولو بزيادة أو نقص في القدر أو الصفة من غير شرط ولا مواطأة

Erti : Harus bagi peminjam untuk membayar balik hutang sama ada lebih atau kurang dengan redha kedua belah pihak, walaupun ia melibat kurang dan lebih pada jumlah atau sifatnya namun mestilah tanpa disyaratkan (di awal kontrak) atau perancangan dengan persetujuan awal kedua belah pihak.  [3]

3. Aqal 

Ia adalah tergolong dalam bab melepaskan hak (tanazul) sahaja menurut kaedah (  ضع وتعجل )

Unsur gharar yang ditakuti juga telah terhakis kerana objektif di sebalik pengharaman gharar adalah pergaduhan dan kezaliman, namun dalam hal ini pihak peminjam sudah tentu tidak akan menolak tawaran diskaun, manakala pihak pemberi pinjam pula redha kerana mengalu-alukan hutangkan dibayar dengan kadar segera. Apabila mafsadah di sebalik gharar telah dapat ditangani, justeru hukumnya kembali kepada harus.

 

KESIMPULAN

Para ulama silam dan kontemporari yang mengharuskan praktis ibra' atau rebate telah meletakkan syarat bahawa klausa ini tidak boleh dimasukkan di dalam kontrak Murabahah , namun demikian majlis-majlis Penasihat Syariah di Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia telah membuat resolusi yang lebih ringan apabila mengharuskan kluasa rebate di masukkan di dalam kontrak dengan syarat cara kiraan dijelaskan. Kesannya, pihak bank akan terikat untuk memberikan rebate kepada pelanggannya apabila pembayaran awal dilakukan. [4]

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Mac 2009





Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?