Perbankan & Insuran Isu Bank Islam : Jawapan Saya Bersifat 'Orang Dalam'?

Isu Bank Islam : Jawapan Saya Bersifat 'Orang Dalam'?

  • PDF
(24 votes, average 4.46 out of 5)

Isu Bank Islam : Jawapan

Bersifat 'Orang Dalam' ?

Komentar

Laman web ini mempunyai kandungan yang popular, tuntas dalam penghujahan, dan terkemaskini dalam persembahan. Cuma, beberapa pandangan Ustaz mengenai "perbankan Islam" lebih dilihat daripada kaca mata "orang dalam bank" dan bukannya daripada sudut pandangan "komuniti pengguna khidmat bank".

Saya boleh bersetuju dengan sebab-sebab mudah kenapa Bank Islam (bukan nama bank) mengenakan caj yang lebih daripada bank konvensional, TETAPI saya dapat juga menyelami MASALAH dan rinthan komuniti pengguna yang dirundung oleh masalah dengan Bank Islam kerana caj "kompetetifnya" itu.  
 
Saya percaya Islam itu bukan hanya pada "cara" tetapi juga "gaya". Bukan sahaja menepati kehendak Syara' tetapi harus juga dibina atas "akhlak" yang baik. Tidak ada sebab kenapa "yang halal harus lebih mahal" dan lebih baik jika "yang halal lebih murah". 
 
Kita kagumi kesediaan komuniti pengguna Islam yang sedia berkorban "membeli produk Halal yang lebih mahal"! Cuma, jika mereka sanggup berkorban "harga" demi Halal kenapa tidak penjual juga berkorban "untung" demi Halal? 
 
Terima kasih.

Md Rodzi Harun

www.rodzi.net/

(melalui buku catatan pelawat)

Respon Saya
 
Terima kasih saya ucapkan atas komentar saudara yang berterus terang. Tahniah juga atas perniagaan internet saudara. Moga berkembang dengan maju dan berkat.
 

Sebagai respon kepada ulasan saudara di kotak catatan pelawat saya, saya dapati dari baris-baris ayat saudara iaitu 'kacamata orang dalam bank' seolah-olah menggambarkan artikel saya berkenaan perbankan Islam perlu disemak semula kerana bersifat berat sebelah dan tidak adil kepada komuniti pengguna.

Bagi saya, ini adalah antara masalah orang ramai yang perlu ditinjau semula. Iaitu tidak meraikan penjelasan dari pihak lain dengan sewajarnya. Realitinya, jika saya tidak bersama operasi perbankan Islam, akan muncul pula 'orang bank' yang akan berkata :

"Ini adalah tulisan dari kacamata komuniti pengguna yang tidak tahu hakikat sebenar di bank"

Menurut panduan keilmuan di dalam Islam, ia menuntut kita mempunyai ilmu dan gambaran jelas tentang sesuatu perkara sebelum menetapkan sesuatu pendirian, ketetapan atau hukum.

pengguna ?

 

 Ia selaras dengan kata-kata ulama :

والحكم على الشيء فرع عن تصوره

Ertinya : "(Ketepatan dalam) Penetapan hukum bagi sesuatu perkara cabangnya adalah (mendapat) gambaran sebenar" ( Majmu al-Fatawa, Ibn Taymiah,  6/295 ; Hasyiah Al-Bujairimi, 1/97 ; Al-Fawakih al-Dawani, 1/112 )

Saya Juga Seorang Pengguna 

Sebenarnya, tiada sebarang kekurangan atau negatif sekiranya saya menulis pelbagai artikel berkenaan perbankan & kewangan Islam walaupun menurut kaca mata 'orang dalam bank' kerana saya sudah mengetahui rintihan komuniti pengguna, kerana saya juga salah seorang dari pengguna, setiap hari juga saya menerima pelbagai jenis soalan, rintihan dan komen para pengguna melalui email, ceramah, kursus kewangan dan sistem sms 33221 saya.

Masalahnya sebenar yang saya lihat di sini adalah, terdapat beberapa komuniti pengguna mengganggap rintihan dan komentar mereka sahaja yang benar dan lebih tepat serta dengan cepat mengajukan hentaman mereka sehingga orang lain berpandangan buruk terhadap institusi kewangan Islam. Padahal mereka belum dan tidak mengambil tahu jawapan dan versi sebenar penjelasan dari 'orang dalam bank'. Mereka juga tidak mengetahui apakah hukum atau pandangan Islam tentang isu yang dibangkit dan dipertikaikan itu.

Masalah semakin bertambah apabila amat jarang 'orang dalam bank' yang berminat, mempunyai masa ataupun tahu cara untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat awam.   

Sedangkan, Islam menuntut kita untuk mendengar, menekuni dan mengetahui komentar dari kedua-dua pihak sebelum boleh mengetahui letak duduknya sesuatu perkara itu dengan tepat.

Sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW :-

فإذا جلس بين يديك الخصمان فلا تقض للأول حتى تسمع من الآخر كما سمعت من الأول فإنه أحرى أن يبين لك القضاء

Ertinya : Apabila datang dua orang yang bertengkar (yang inginkan perbicaraan) di hadapanmu maka janganlah kamu (hakim) memutuskan keputusan bagi yang pertama sehinggalah kamu mendengar penjelasan dari pihak lain sebagaimana yang engkau dengari dari pihak yang pertama, kerana ia lebih tepat dan baik untuk memandumu dalam menetapkan hukum (atau keputusan)" ( Riwayat Abu Daud, no 3582, 3/301 ; Al-Hakim, Shohih ; Al-Ahkam As-Sultaniyah, 1/75 : Al-Ahadith Al-Mukhtarah, 2/388  ;  hadith hasan menurt Imam Ibn Hajar ; Fath Al-Bari, 13/171 )

Tiada Kepentingan 

Saya juga ingin memaklumkan, saya tiada sebarang kepentingan diri dalam semua kegiatan mengempen perbankan dan kewangan Islam ini selain kepentingan untuk hari akhirat saya.

Saya juga tidak punyai sebarang kepentingan dengan bank Islam yang saya bekerja ini (malah objektif saya menyertainya dari awal lagi bukanlah untuk mengejar gaji tertentu tetapi adalah untuk belajar dan meneliti secara detail proses pelaksanaan bank-bank Islam dari dekat, mencadangkan perubahan dan pemantapan sekadar termampu).

Saya juga tidak mengempen bank Islam yang saya duduki bagi mendapatkan komisyen tertentu. Malah tiada pun skim komisyen sedemikian bagi jawatan seperti saya (ia cuma terdapat bagi jawatan eksekutif jualan dan pemasaran sahaja, dan itu bukan bahagian saya).

Objektif dan target saya ketika berkempen perbankan dan kewangan islam hanyalah untuk mengalih ketidakendahan umat Islam terhadap halal haram dalam kewangan kepada ambil peduli dan seterusnya beralih ke mana-mana bank Islam di Malaysia tanpa mencadangkan salah satu antaranya. Saya juga tidak memerlukan sebarang balasan atau ucapan terima kasih dari Institusi kewangan yang dikempen. Cukuplah ganjaran dari Allah SWT.   
 
Justeru, untuk menimbulkan was was seolah-olah saya memberi jawapan samada :-

a)     Untuk kepentingan diri sebagai 'orang dalam' bank.

b)    Jawapan 'orang dalam bank' yang semestinya mempertahankan bank tanpa sebab yang munasabah.

b)     Tanpa melihat realiti komuniti pengguna dan mengemukakan jawapan berat sebelah.

Semuanya adalah tidak tepat sama sekali terutamanya kerana saya tidak mendapat sebarang faedah dunaiwi yang khusus dari aktiviti ini dan saya juga bukan pemegang saham kepada mana-mana bank-bank Islam. Malah ia tidak termasuk sama sekali dalam 'Key Performance Indicator' (KPI) saya, tidak juga termasuk dalam 'bidang tugasan rasmi saya di bank' dan tidak juga termasuk dalam 'perkara yang  boleh menaikkan gaji saya'. Semuanya tidak.
  
Kesimpulan

Kesimpulannya, saya juga pengguna lain termasuk anda yang 'terpaksa' berkorban demi meraih keredhaan Allah dengan mendapatkan produk kewangan yang halal tanpa mengira mahal atau boleh mendapat tawaran murah.

Tanpa dinafikan pasti akan ada jauh di sudut hati saya berbisik seperti anda

 "alangkah baiknya jika lebih murah".. 

tetapi, hukum halal dan 'sesuatu lebih baik' (afdhaliyah) adalah satu perkara yang berbeza. Tidak semua yang halal itu mampu mencapai 'lebih baik' yang kita inginkan, disebabkan masa dan waktunya belum tiba.

Bolehlah diibaratkan bahawa;

"Bank Islam di Malaysia ini memang sudah Islam, cuma belum mencapai tahap 'Taqwa' dan Mukmin" 

Yang lebih penting, ia jauh lebih baik dari bank Riba yang menawarkan riba dengan murah. 

Saya ingin kita bersikap adil dalam menilai bank-bank Islam dan tidak tergesa-gesa menuduh mereka zalim, padahal merekalah penyelamat, iaitu penyelamat umat Islam dari terjebak dengan bank yang mengempen Riba yang murah lagi menggoda tetapi membawa ke Neraka, iaitu Institusi kewangan konvensional.


Zaharuddin Abd Rahman 

http://www.zaharuddin.net/

31 Julai 2007

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 21 guests

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Isu Bank Islam : Jawapan Saya Bersifat 'Orang Dalam'?