Perbankan & Insuran Mengapa Lebih ramai Non Muslim Gunakan Khidmat Bank Islam?

Mengapa Lebih ramai Non Muslim Gunakan Khidmat Bank Islam?

  • PDF
(11 votes, average 5.00 out of 5)

52% Pelanggan Al Rajhi Bukan Islam

KUALA LUMPUR 8 Julai - Hanya baru beroperasi bulan Oktober lalu, Bank Al Rajhi kini sudahpun memiliki kira-kira 30,000 pelanggan yang mana 52 peratus bukan Islam. Perkembangan ini sememangnya agak ‘mengejutkan' dalam negara yang majoritinya rakyat Islam meskipun umum mengetahui bahawa sebelum ini bukan Islam telahpun menjadi pelanggan entiti perbankan Islam. Tetapi, apa yang menarik tentang Bank Al Rajhi adalah keupayaan menarik lebih ramai bukan Islam dalam jangka masa agak singkat.

Kejayaan ini dilihat ‘sebagai' kemampuan kuasa jenama memikat pelanggan dalam dunia pemasaran yang semakin kompleks. Menurut Ketua Pemasaran dan Kad Bank Al Rajhi di Malaysia, Johan Aris, pembinaan jenama bukanlah tugas yang mudah kerana ia adalah aset, identiti dan strategi jangka panjang dalam membina masa depan Bank Al Rajhi di Malaysia.

Katanya, Al Rajhi, bank terbesar di Arab Saudi dan bank Islam terbesar di dunia, begitu berhati-hati dalam membina kuasa jenamanya. Katanya, kuasa jenama yang terhasil daripada pengiklanan bukan semata-mata berkaitan revolusi dan daya kreatif bagi menjual produk dan perkhidmatan tetapi lebih utama ia perlu bersifat ‘kempen'. ‘‘Sebab itu, dalam menghasilkan iklan ini kami mahu ‘arkitek' terbabit membina jenama itu dengan penuh emosi sehingga ia boleh meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai. ‘‘Hasilnya kami menggunakan tema Telus, Jujur dan Ikhlas: Nilai-nilai yang dicari, sinonim dengan peranan Al Rajhi sebagai sebuah perbankan Islam yang mematuhi prinsip-prinsip Islam untuk kesejahteraan hidup,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif McCann Worldgroup, Tony Savarimuthu, tema yang dipilih itu mempunyai mesej tersendiri yang menggambarkan evolusi Bank Al Rajhi dalam perbankan Islam. Katanya, pada kebiasaannya industri perbankan sering dikaitkan dengan produk, sikap ‘diktator', rangkaian cawangan, produk yang seragam dan peranannya sekadar pemberi perkhidmatan kewangan. Bagaimanapun, Bank Al Rajhi perlukan sesuatu jenama yang jelas kerana ia adalah sebuah bank yang mendukung dan mematuhi prinsip Syariah sejak 50 tahun lalu, menurut beliau. Sebab itu, tambahnya, McCann menampilkan konsep baru mengenai perbankan Islam terbesar di dunia ini menerusi tawaran perkhidmatan yang telus, jujur dan ikhlas. Savarimuthu berkata, pihaknya menggunakan tiga medium dalam pengiklanan Bank Al Rajhi iaitu papan iklan besar (billboard), radio dan media cetak. Mengulas mengenai tema itu, Pengurus Perhubungan Korporat, Anneliza Zainal berkata, nilai-nilai yang diterjemahkan itu meliputi segenap urusan perbankan. Anneliza berkata, setakat ini bank itu berpuas hati kerana ia telah berjaya meletakkan nama Bank Al Rajhi di pasaran tempatan. ‘‘Dengan perbelanjaan yang ‘efektif' Bank Al Rajhi berjaya bertapak di sini dan setakat ini nama bank ini telah dikenali,'' katanya. - (Utusan Malaysia, 8 Julai 07)

KOMEN SAYA

Adakah umat Islam ke bank konvensional tanpa endah langsung pengharaman Riba, atau mereka memang tiada keperluan ke bank sama sekali? Sama-sama kita fikirkan.

Sebenarnya, bukan Rajhi sahaja yang mencatatkan jumlah pelanggan non-muslim yang lebih ramai, malah banyak lagi bank-bank Islam yang lain.  

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Mengapa Lebih ramai Non Muslim Gunakan Khidmat Bank Islam?