Perbankan & Insuran 80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti 'Cash' Untuk Elak Riba?

80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti 'Cash' Untuk Elak Riba?

  • PDF
(12 votes, average 5.00 out of 5)

80 % Rakyat Terlibat Riba &

Adakah Mesti Tunai Untuk Elak Riba?

 

Soalan

skuad kbr1 <skuad.kbr1@karangkraf.com.my> wrote:

Ketakutan saya semakin menjadi-jadi apabila membaca artikel tuan pada 15 Julai 07. Saya berpendapat hampir 80 % rakyat Malaysia terlibat dengan riba kecuali mereka yang dilahirkan kaya dan mempunyai tunai yang banyak.

Bagaimanapun, Saya punya beberapa kemusykilan utk dileraikan sekiranya tidak menjadi keberatan pihak tuan.

Jawapan

Salam,

Jawapan saya adalah di bawah soalan-soalan anda. Tahniah kepada saudara kerana keimanan masih subur hingga masih ada rasa takut dengan amaran-amaran Allah SWT. Simpati melihat ramai umat Islam hari ini yang langsung tiada lagi rasa takut kepada Allah, seolah-olah mereka tidak akan mati.


1) Saya seorang pekerja yang makan gaji dan wang gaji di masukkan ke dalam bank. Adakah itu juga terlibat dengan riba?

RESPOND : Jika anda masukkan wang gaji di dalam akaun di bank konvensional, maka ia adalah riba kerana mereka akan memberikan interest, malah jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun ia tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu telah membantu bank konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka. Sila baca di sini. Riba Di Bank Konvensional.


2) saya beli kereta dengan menggunakan pinjaman kerana tidak mampu utk membeli tunai. Sedangkan saya amat memerlukannya untuk bekerja dan aspek keselamatan. Apakah hukumnya sama seperti berzina dengan ibu bapa?

RESPOND : Tiada siapa yang menyuruh anda beli tunai, apa gunanya bank-bank Islam yang bersepah di Malaysia ini jika bukan untuk membantu menyediakan pembelian rumah, kereta dan lain-lain secara Islam ??? Sebarang pembelian menggunakan Riba, adalah sama dengan zina sebagaimana disebut oleh Nabi SAW dari hadith yang disahkan sohih oleh Syeikh Albani dan lain-lain. Buka detail dalil dan pandangan ulama di sini. Dosa Riba 

3) apakah hukumnya menyimpan wang di dalam amanah saham yang diperkenalkan kerajaan?

RESPOND : Bergantung kepada jenis amanah saham yang dimaksudkan. Anda tidak menyebut sebarang nama, justeru, saya juga tidak boleh menyebut hukum secara am. Bagaimanapun jika anda maksudkan ASB. Sila buka di sini. HUKUM ASB


4) saya berasal dari keluarga miskin dan tidak mampu untuk membiaya sendiri pembelajaran. Kami terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk meneruskan pelajaran. Bagaimana pula hukumnya? Berkatkah ilmu yang kami tuntut?

RESPOND : Pinjaman PTPTN adalah riba, dan jika benar-benar anda tidak berkemampuan, sepatutnya anda layak mendapat zakat dari lemabaga zakat dan pusat zakat. Anda wajib memohon dengan segera. Jika gagal, nescaya anda dikira terpaksa mengambil pinjaman itu dan dari sudut hukumnya ia telah jatuh kepada kepada status 'hajiat' dalam Islam yang membawa hukum 'diberikan keringanan', tatkala itu, menurut ilmu Shariah,  dosanya ditanggung oleh pemilik PTPTN.Baca detail tentang PTPTN di sini. Hukum PTPTN


5) saya tertarik dengan artikel tuan pada 15 Julai 07. Saya benar- benar ingin mengetahui bagaimana tuan menguruskan kewangan. Di mana tuan menyimpan wang, pembiayaan pembelajaran tuan dan anak2, beli rumah dan kereta? Adakah semuanya tuan lakukan secara tunai?

RESPOND : Nampaknya, anda perlu meluangkan sikit waktu untuk memahami kepelbagaian Institusi Kewangan Islam yang ada di Malaysia ini. Saya tidak terlibat dengan sebarang Riba, kerana kereta yang saya gunakan adalah dengan menggunakan produk Ijarah Thumma al-Bai dari Bank Muamalat,  ia telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah BMMB, membeli rumah menggunakan Bai Murabahah dari sebuah bank Islam lain, Menyimpan duit di akaun Islam di Bank Islam Malaysia Berhad, RHB Islamic bank dan lain-lain bank Islam. Pembiayaan pelajaran adalah biasiswa dari JPA, KP dan Zakat syarikat.

Tiada satupun yang terlibat dengan Riba. Semua institusi ini mempunyai Majlis Penasihat Shariah yang mengesahkan, justeru, jika ada kesilapan yang tidak saya sedari sekalipun, tiada dosa ke atas saya, kerana ia telah ditanggung oleh Majlis Penasihat Shariah mereka. Penyeliaan adalah wajib dilakukan mereka agar semuanya berjalan bertepatan dengan Shariah, semuanya tanggung jawab mereka dan mereka telah dibayar elaun untuk berbuat demikian.


6) Apakah hukumnya sekiranya ada golongan yang berpendapat bahawa riba seperti pinjaman pembiayaan kenderaan itu tidak haram?

RESPOND : Ia adalah pandangan karut dan tiket ke Neraka. Fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama) tentang haramnya malah Majlis Kesatuan Fiqh Antarabangsa juga telah berulang kali membuat fatwa tentangnya.



7) Apakah saranan tuan untuk saya menguruskan kewangan yang selamat daripada kegiatan riba?

RESPOND : Belajarlah dengan segera, anda boleh mendapat banyak info yang dipermudah dari blog saya di http://www.zaharuddin.net, hanya dengan ilmu sahaja anda akan berjaya mengurus kewangan yang selamat dari riba, tanpa ilmu, orang melayu kata " cakap pun tak guna"..

Jika anda merasakan kesukaran untuk pelajari sendiri, cara termudah adalah, tutup bank-bank konvensional dan insuran dari kamus hidup anda. Wajibkan diri menggunakan bank-bank Islam dan Takaful sahaja dalam semua urusan keperluan kewangan. Ia semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah.

Sekian, semoga kita semua berjaya..ameen

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 13 guests

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran 80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti 'Cash' Untuk Elak Riba?