Pelaburan & Perniagaan Berita Dari Singapura : Swiss Cash Haram

Berita Dari Singapura : Swiss Cash Haram

  • PDF
(29 votes, average 3.72 out of 5)

SWISSCASH BERASASKAN SISTEM KONVENSIONAL, RIBA

Berita ini dipetik dari akhbar Berita Harian Singapura 13 Mac 2007 

Oleh
Fadilah A. Majid

SWISS Mutual Fund atau SwissCash adalah sebuah pelaburan berorientasikan sistem konvensional dan riba yang terlarang.

Menekankan demikian di laman webnya, www.zaharuddin.net , Ustaz Zaharuddin A. Rahman, yang mendapat banyak e-mel dan soalan mengenai skim itu, yang turut berleluasa di Malaysia dan Singapura, berkata:

'Ia amat nyata apabila tiada satu pun maklumat di laman web itu yang memberitahu pelaburannya ditadbir urus menurut kehendak syariah, tiada juga disebut nama-nama penasihat syariah.'

Isu mengenai SwissCash, skim pelaburan pesisir pantai kelolaan Swiss Mutual Fund yang berdaftar di Republik Dominica, mendapat perhatian baru-baru ini, termasuk di Malaysia dan Singapura.

Skim SwissCash begitu aktif di Malaysia sejak sekitar 20 bulan lalu, dengan beberapa pelabur mendakwa menjadi jutawan.

'Sebagaimana diketahui oleh korporat dan umum, syarikat, badan pelaburan dan pengurus kewangan di Barat sentiasa bersifat profesional dalam iklannya bagi menonjolkan apa jua jenis dan kelebihan yang ada pada mereka.

'Justeru, jika mereka mengurus secara Islam, sudah pasti mereka akan menghebahkan dengan jelas bahawa mereka adalah syarikat pelaburan yang menurut prinsip syariah. Di samping itu, suatu kemestian bagi syarikat pelaburan menyiarkan nama panel penasihat syariahnya bagi menarik keyakinan orang ramai,' ujar Ustaz Zaharuddin.

Bagaimanapun, menurutnya, jika dilihat di laman web pelaburan Swiss Cash, tiada satu pun yang menonjolkan imej ini.

'Ini kerana apa yang saya perolehi menunjukkan ia amat bertentangan dengan ciri pelaburan Islam sama ada dari sudut penggunaan terminologi pelaburannya, mahupun bentuk cara ia menjana keuntungan,' ujar Ustaz Zaharuddin.

Menurutnya, lebih jelas daripada itu, jika pembaca meninjau ruangan Frequently Asked Questions (FAQ) di laman web itu, tiada satu perkataan dan soalan pun berkaitan keislaman produk mereka.

'Satu maklumat sahaja dalam FAQ-nya yang menyatakan bahawa mereka tidak melaburkannya dalam industri judi. Bagaimanapun, ia tidak banyak mengubah ciri pelaburan ini daripada haram kepada halal kerana sifat pelaburannya dikira riba menurut keputusan Majlis Fiqah Sedunia,' ujar Ustaz Zaharuddin.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat pelaburan berasaskan konvensional dan riba yang sentiasa mempromosikan keuntungan luar biasa sebagai satu-satunya alat penarik, pelaburan yang dilakukan pastinya menggunakan instrumen yang terlibat dengan riba, gharar dan perjudian, tanpa sebarang pertimbangan.

Antara instrumen (ia terkandung sama ada tersirat dan tersurat dalam 'pelan pelaburan' yang dipaparkan di laman web http://www.swisscash.biz/ termasuk hedging (lindungan risiko perubahan nilai mata wang).

'Adalah amat jelas hedging salah satu instrumen yang diguna oleh pelaburan Swiss ini bagi mendapatkan keuntungan.

'Secara terang, boleh kita simpulkan pelaburan ini pasti akan terlibat dengan elemen perjudian, spekulasi berlebihan yang bersifat judi serta tidak menurut bentuk yang diterima syariah, iaitu hanya untuk tujuan menghalang risiko dan bukannya mencari keuntungan,' ujar Ustaz Zaharuddin.

Untuk penjelasan lanjut beliau, kunjungi laman web http://www.zaharuddin.net/ .



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Berita Dari Singapura : Swiss Cash Haram