Lelaki & Wanita Mestikah Jodohnya Penzina Juga?

Mestikah Jodohnya Penzina Juga?

  • PDF
(27 votes, average 4.74 out of 5)

Mestikah Jodohnya Penzina Juga?

http://www.zaharuddin.net/

Soalan

Saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

-Gadis Muslimah-

Jawapan

UZAR : Saya rasa saya telah pernah mengulas isu-isu seperti ini sebelum ini, cuba buka link berikut :-

Namun ringkasan jawapan saya kali ini bagi muslimah yang bertanya. Allah maha mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (Taubat Nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

 Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :-

a- rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif,

b- masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi,

c- masih ber ‘boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz' atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu'.

Jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu..

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurta kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq ( hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.

munafiq stlyes

Gambar : Bentuk Tudung glamour menurut gelaran oleh Media Malaysia (sumber)

Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibubapanya.

Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar', bergurau senda, berdating sana sini berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

 

Gambar Hiasan Semata-mata

Gambar Hiasan Semata-mata  

Akhirnya, Allah SWT berfirman  " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3

Dalam ayat lain Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat'  kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat diatas. Hikmah yang Allah maha mengetahui..amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.  Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.

Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh.nauzubillah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

8 Ogos 2008

Wales, UK



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+2 #37 lamaran daripada penzinahany 2011-04-18 13:22
saya telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui internet.saya telah mengetahui bahawa lelaki ini telah berzina dengan 3 orang wanita seawal umurnya 14 thn oleh gurunya sendiri.menurut beliau juga, hampir 3 tahun dia tidak lagi meniduri mana-mana wanita.lelaki ini bekerja di offshore.pekerjaannya yg memerlukan dia berada di atas kapal di tengah2 laut, menyebabkan dia dapat mengekang keinginan untuk berzina.Saya telah membuat solat istikharah setiap mlm hampir sebulan,kerana saya turut menerima lamaran drpd lelaki lain,tetapi saya kerap mimpi lelaki ini (lebih dari 3 kali)
Saya juga tertarik dengan lelaki ini kerana dia telah menyediakan sebuah rumah khas utk 24 org anak yatim,kesemua mereka dilayan seperti anak sendiri, malah mereka turut mempunyai akaun ASB yg mempunyai deposit sebanyak RM10,000 seorang.lelaki ini turut mempunyai ilmu agama & tidak meninggal solat.(
Adakah patut saya menerima lamarannya?Harap ustaz dapat membantu saya.thanks.
Quote
+6 #36 salam ustazkeliru 2011-02-11 00:11
sy nk tnya....bru2 ni kwn sy pmpuan br pts cinta...dia dh kwn dgn tmn lelakinya slm lbih 7thn....pastu tmn llaki dia tglkn dia ats alasan lelaki tu dia ckp dia xpuas ht dgn layanan tmn wanita dia yg suka mrh..padahal kwn sy ni mmg syg kt tman lelaki dia xnk pts..tp yg lelaki tu xnk truskn dh.kwn sy ni dia kt ms diorg tgh becinta dl diorg xde la smpai telanjur tetapi diorg pernah berpeluk,berciu m n yg sy kesal kwn sy ckp die pnh pgang kmaluan lelaki tu..pastu diorg jgk pnh bt sexs dlm intenet..kt cni sy nk tnya lah,adakah dosa dia sm dgn dosa org yg berzina...n kwn sy tu dia dh btaubat xnk mlakukn perkara terkutuk tu dah...tp apa yg dia risau skg adakah msh ada peluang utk dia dpt jodoh yg baek sbb sbaek2 lelaki utk sebaek2 wanita....mnta ustz tlg jwb kn.....sekadar untuk bertanya bkn utk mengaibkan kwn sy....blh kn ustz?
Quote
0 #35 terlanjurdieya 2011-01-22 10:37
assalamualaikul ustaz,sy syirah..tahun lepas sy pernah terlanjur sebab mase tu sy tgah ade byk mslh,dan sy bru lepas ptus cinta,akibat kawan sy yg mghasut tman lelaki sy,,selama sy bercinta dgn dia..sy x prnah mlakukan ape2 yg mlanggar batasan kami..tp apbla sy putus cinta dan sy dh rse fail up nk bercinta dan dlam mase tu juga kawan sy pertaruh kan sy utk berzina..sy tidak mahu dan menolak sehingga lah dia memberi no tfon sorg lelaki dn sy bkenalan dgn dia sbgai teman hidup bru..tp lelaki ni rupenye jahat..dia telah meragut kesucian sy..sy menyesal sgt..dan sehinggalah sy terpaksa bgthu kpd mak angkt sy..dia seorg ustazah dan juga guru disiplin..dan sy telah mgikuti rmbongan ank solehah,,dn sy telah sedar ksilapn sy dan telah bertaubat nasuha,,sy amat kesal sgt..dan sy juga telah putus kn hbgn dgn lelaki tu..smpai skrg sy telah jmpe lelaki yg btul2 sygkn sy..dn kami telah rancang utk berkahwin..adkah dosa sy tuhan akan ampunkn? :cry:
Quote
+1 #34 sucikah??aina 2010-12-04 16:38
salam..
ape status kesucian seorg gadis yg pernah dirogol ketika berusia 5 thn lg??adakah die bkn gadis suci lg??tidak layakkah ntk mendapatkan suami yg bek kerana kerana kesuciannya telah diragut..org kata seorg laki tu boleh tau yg isterinya msh dara atau x??btlke??jd sudah tentu suami akn kecewakn??sy rse diri sy sgt jijik..sy pernah dilamar seorang lelaki tp sy tolak sb sy malu kerna dri sy xsuci..sedangkan die memandang sy sbg 1 org perempuan yg bek..kalo die berkahwin dan mengetahui bhwa sy sudah tiada dara tentu die akn kecewa..sy tkt nk hadapi sume itu..sy xpnh berkapel wlpn peluang tu ad sb sy tau sy kotor..sy da xsuci..
Quote
-1 #33 Kapel haram ke?ahmad8312 2010-10-15 18:38
Salam ustaz,

Sy ingin meminta penjelasan dr ustaz, betul ke kapel nie haram?Kalau haram, mcm mana kita nk kenal dgn pasangan yg kita ingin kahwin? Sy ada mmbaca sebuah artikel yg mengatakan kapel tu haram. Harap ustaz dapat mengesahkan artikel trsebut di:

ariefhikmah.com/.../...
Quote
+1 #32 Tapi...Marsz Syifa 2010-08-17 20:24
..sahabat karib saya juga seorang yang multi-partner dalam bidang terlanjur ni...tiap kali dia break, dia akan down, sedih, menangis dan merasa amat terseksa..dia memang serius nak berumahtangga tapi exes yang dia dapat tu selalu jenis yang tak boleh pakai..sekarang dah hampir setahun dia single, tiada teman lelaki. Walaupun dia ada mengadu sunyi tanpa teman dan kasih sayang, hingga kini dia masih belum bertemu dengan teman baru. Macam mana nak bantu dia? saya risaukan dia, dia nak bertaubat, tapi selalu goyah...macam mana tu ustaz?
Quote
-1 #31 BERTAUBATadiazemi 2010-06-17 09:27
sesungguhnya hanya allah yang maha mengetahui akan kebaikan bagi setiap makhluknya.jauhila segala kemungkaran dan bertaubat la kita selagi msih bernyawa.sebelum ajal kita menjelma
Quote
0 #30 Pinjam.Fazli 2010-06-03 04:45
Assalamualaikum Uzar.

Saya nak pinjam artikel ini untuk dimasukkan kedalam blog saya. Saya akan letak nama Uzar dan link Uzar sebagai kredit untuk Uzar. Saya juga perlukan artikel Uzar yang lain sebagai ilmu untuk saya. Saya harap Uzar benarkan.
Quote
0 #29 lanjurnurerin 2010-05-29 15:15
slm ustaz sy nk tnye,ade seorg rakan sy pernah trlnjur n mngndung tnpa pk pjg utk menyelamatkan keadaan die tepksa kahwin dgn org yg menyebabkan die mngandung itu,skrg sudah 3 thun tp perkhwinan jrk jauh..tp sejak awl kahwin shgga skg die xpernah merasa puas hati dgn suami nya yg mmg ade gaya suami nusyuz krn rkn sy tu seorg yg educated n bkl menjwt jwtn tgi 1 hri nti(manakala suaminya tkt SPM je,xde kje ttp,n terlalu mghrp pd isterinya),so die pn berdoa spy Allah temukan die dgn jodoh lbh baik,klulah jodoh yg skg xboleh mmbw dia ke syurga,sbb after kahwin die dh totally change,drpd seorg yg xtutup aurat,jd seorg yg tutup aurat,solat xtgl,mslhnye suami die tu ttp sme spt dlu,walupon byk kali rakan sy menasihati suaminya spy berubah,solat jgn tggl(kdg2 dia rs tekanan yg amat smpai sgup mrh2 pd suami,dan ckp die berkahwin hya dpt dosa,n jd isteri derhaka bkn dpt kebaikan..)..tp skg ni rkn sy tu ckp die seakan2 dh jpe org yg boleh bimbing die,dan berhasrat utk meninggalkan suaminya yg skg..apa pendapat ustaz?
tq
Quote
+2 #28 assalammualaiku mterima taubatku... 2009-12-14 09:08
ustaz...saya ingin berkongsi kisah peribadi saya...saya seorang gadis yang berusia 22 tahun. 2 tahun lepas saya telah berkenalan dengan seorang jejaka yang seterusnya telah menjadi kekasih saya. saya sangat menyanyangi dia sehinggakan menurut semua kemahuannya termasuklah melakukan zina. saya menyesali perbuatan saya ustaz. lantas saya memutuskan hubungan dengannya dan bertaubat. syukur alhamdulillah kini saya telah bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar telah membimbing saya ke arah kebaikan. walau bagaimanapun, mengenangkan dosa yang pernah saya lakukan sebelum ini, saya berasa benar2 sedih ustaz. saya rasa telah menipunya. adakah saya harus berterus terang kepadanya mengenai dosa saya yang lalu... dan adakah Allah akan mennerima taubat hambanya yang hina ini...
Quote
0 #27 Pinjaman Perumahan SPPPI & SPPPARIF AHMAD 2009-05-31 23:23
Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya ustaz, saya nak buat pinjaman perumahan kerajaan, masaalahnya, saya kena menggunakan 2 nama dalam permohonan ini (nama bersama), mengikut bahagian pinjaman perumahan,sekir anya dua nama, ia tidak lagi boleh menggunakan Sistem Pinjaman Perumahan Islam ( SPPPI ) dan kena mengikut Sistem Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ( SPPP ), itu syaratnya..macamana ya Ustaz?


UZAR : haram ambil yg tidak Islamic...maka kenalah ambil di bank-bank Islam yang lain di luar
Quote
0 #26 Guest 2008-09-20 07:45
Ketentuan Allah tidak boleh dipertikai walau sedetik manapun.Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala kejadian yang berlaku. Oleh itu kita tidak harus bersussah hati dan gundah gulana. Sebab itu orang Islam tidak mjngkin boleh sakit jiwa, jika kita pasrah.
Quote
0 #25 seroja 2008-09-18 23:05
salam uzar.

saya ada seorg kawan - kak ann, berumur 43 tahun masih bujang.

baru2 ni jatuh sakit sbb percintaan di halang keluarganya. skrg dah agak pulih. katanya dia cari sendiri tpt utk memulihkan diri..dia berkenalan dgn sorang wanita ni..drpd ceritanya saya dpt agak gunakan cara yg islamic lah..

then dia kata wanita ni bgtau insyaALLAH pd umur 45 nanti kak ann akan bertemu jodoh..k.ann bertanya wanita itu adakah jodohnya dgn lelaki yg lelaki yg dia sdg berkawan ni..wanita tu jwb, tak tau, tak nmpk lagi.

sampai tahap tu saya mula tak sedap hati..saya kata pd k.ann, hati2 nak cari tpt berubat, mmg ramai yg mendakwa guna ayat2 al-quran..kalau dah smpi tau kita dpt jodoh pd umur brapa wpun bersandarkan insyaALLAH, tp sedikit sebyk tentu kita teruja dgn apa yg diperkatakan

saya katakan pd nya kesemuanya itu dlm tangan ALLAH..jodoh, ajal, rezeki semua dlm pengetahuanNya..

katanya lg, wanita tu tau byk perkara..dia kata org yg tak belajar tasawuf mmg pelik & tak akan percaya..saya katakan pd k.ann itu kuasa ALLAH nak buka kan hijab uk wanita itu..mmg saya mengaku sy tak tau apa itu ilmu tasawuf, tp saya takkan sekali2 percaya bhw dia blh tetapkan jodoh k.ann pd usia 45..saya katakan jgn smpi tergelincir aqidah..seolah2 menyamai tukang tilik.

uzar..apa cara saya utk menyedarkan k.ann? saya dpt rasakan dia juga belajar ilmu agama (tapi saya tak tau ilmu apa)..katanya belajar di johor.

apa komen ustaz?..maaf tulisan saya terlalu pjg..terimakasih atas pandangan uzar

UZAR : NASIHATKANNYA AGAR JGN TERLALU PERCAYA DENGAN RAMALAN ITU DAN TERUSKAN BERDOA AGAR DIPERMUDAHKAN JODOH SEGERA.
Quote
0 #24 69_TBI 2008-09-15 13:55
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada kemusykilan.Betul ke ada suami yang dicontrol oleh isteri ke-2 dengan cara ilmu hitam iaitu melalui ilmu saka yang diwarisi dari ibu isteri tersebut.Apa yang saya lihat sendiri..silelaki tadi apabila berhadapan dengan isteri akan bertukar watak dari pemarah kepada orang yang mendengar arahan isteri.Lagipun,semua harta sepencarian dengan isteri pertama akan diberikan kepada isteri kedua tanpa persetujuan isteri pertama.Lagipun,isteri kedua tidak ada apa harta pun sebelum ini.Boleh ke ustaz beri pandangan berkenaan kes ini?
Quote
0 #23 insan hina 2008-09-14 02:11
ana xpsti ana ni masih risau suatu ms nnt bila brkhwin suami dpt tahu hal nih..hrp ustaz dpt nilai..

masa umo 7thn dlu,sepupu ana pna buat ssuatu pd ana yg ana xphm.bla dh bsr bru ana tau yg dia tlh cabuli ana..klu d lihat dgn cara brpakaian ana,psti xsiapa pcaya prkara mcm tu pnah trjadi dlm hidup ana..dh 13thn,ana xprnh bgtau siapa2..mmg btul xtau ap yg dia slalu buat kt ana dlu tu..Ana btul2 bingung..

UZAR : IA BUKAN DOSA SDRI KRN MASIH BELUMBALIGH TAPI SEJAUH MANA'CABUL' TU SENDIRI? ADAKAH SAMPAI TAHAP DI ROGOL?

APAPUN, JIKA BERKAHWIN KELAK, RAHSIAKAN IA DARI SUAMI DAN SESIAPA JUGA..ANGGAP IA TIDAK PERNHA BERLAKU
Quote
0 #22 \abdah Allah 2008-09-13 09:01
Allah Maha Mengetahui tentang hamba-hamba-Nya. Moga Allah menerima taubat hamba-hamba-Nya yg memohon keampunannya seolah-olah takut dilemparkan ke neraka jahim..dalam erti kata taubat bukan sekadar lafaz pd lidah tetapi mengzahirkan dgn perbuatan...
Quote
+1 #21 panglima ayat 2008-09-11 04:22
Assalamualaikum ustaz..disini saya ingin berkongsi kisah hidup saya disamping ada sedikit kemuskilan yang saya ingin tahu.

Saya seorang lelaki berusia 26 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata dan kehidupan kami sangat bahagia.sy juga merupakan seorang kakitangan kerajaan dan juga seorang kontraktor kecil kecilan...masalah sekarang ni saya sendiri tak mampu mentafsir diri saya,apa sifat saya sebenarnya.

Orang mengenali saya dalam pelbagai2 kategori iaitu sahabat2 dan semua yang mengenali saya...ada mengenali saya sebagai kaki gaduh,ada mengenali saya sbg seorang terpelajar,ada mengenali saya seorang kaki sukan,ada mengenali saya seorang yg penyabar dan pemurah,ada yang mengenali sy sbg jahat,,,,sy pun tak pasti..Ada satu kisah yang sentiasa menghantui pikiran saya di sebalik kebahagian rumahtangga saya,,saya dan isteri pernah terlanjur sblm kahwin,,dan waktu tu sy masih buta mengenai wanita dan itu pertama kali ternoda,,,dan kami bertunang selama hampir setahun.Di saat2 hampir pernikahan kami,entah mcmana sy rasa ada yang tak kena dengan tunang saya hingga terbongkarlah satu rahsia besar dalam hidupnya.

Tunang saya pernah terlanjur dengan org lain sblm saya..dan lebih menyedihkan lg berdasarkan ceritanya kebanyakkan aksinya berlaku di rumahnya sendiri sewaktu kedua2 ibubapanya sedang tido..dan di bilik yang bakal saya kunjungi pd malam pertama.

Tak dapat digambarkan hancur luluh hati saya waktu itu...saya cuba menyiasat siapa yg merosakkanya dulu namun saya tewas dengan sejarah,sy hampir bunuh lelaki itu dan beliau bernasib baik.

Pikir punya pikir akhirnya saya ambil keputusan untuk kahwin juga atas banyak alasan..yg pertama sekali jika sy tinggalkanya apa akan jadi pada dia seterusnya,kedu a maruah keluarganya..dan sy bertanya pada diri sendiri samaada sy ingin menjadi pembunuh dan kedua kahwin dan menanggung penyiksaan jiwa sepanjang hayat.

Saya hanya ada 2 jalan itu sahaja.CUba bayangkan perasan saya pada ketika itu dengan saya ni seorang kaki pukul dan seorang penyayang dan seorang dan seorang yg bertanggungjawa b.Entah apa sifat saya sebenarnya hingga sukar saya buat keputusan.

Buat pengetahuan ustaz saya juga pernah menjadi penarik kereta yg paling baik tapi hanya sementara.Dan masalah sekarang ni macamana sy nak mengikis semua kenangan pahit tu buat selamanya kerana saya seorang yg suka berilusi .
Quote
0 #20 nakamura 2008-09-04 09:07
adakah pasangan nya juga seorang yg suka beronani sebelum kahwin?

UZAR : TIDAK SEMESTINYA, DAN TIADA DISEBUT DARI MANA-MANA NAS.
Quote
0 #19 ismail 2008-08-20 07:53
sy nk tanye sal etika aurat sebenar dalm syariat secare jelas.
Quote
0 #18 hafizah 2008-08-19 12:55
salam,
ustaz, email address ustaz apa?

UZAR :zaharuddin@yah oo.com
Quote
0 #17 fizi 2008-08-17 13:48
Assalamualaikum ustaz..Apakah perbezaan Sistem Pinjaman Perumahan Islam ( SPPPI ) dan Sistem Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ( SPPP ).Untuk pengetahuan ustaz saya ini adalah seorang kakitangan awam dan akan membuat pinjaman perumahan.Ustaz.. adakah SPPP macam sistem riba ?.saya betul - betul musykil..?

UZAR: AMBIL YG ISLAMIK PUNYA, INSHAALLAH OK
Quote
0 #16 budak-budak 2008-08-16 01:15
ustaz, adakah itu di kira sebagai zina, adakah saya akan dapat suami penzina, nauzubillahimin zalik, saya masih suci

UZAR : ITU BUKAN ZINA, HANYA MUQADDIMAH ZINA..
Quote
0 #15 Zana 2008-08-14 23:00
Sy ingat chatting online cara org zaman skarang cari potential husband. Bila ustaz ckp br tsedar...patutlah tak jumpa lelaki soleh, yg rendah akhlaknya ramai ler :P
Quote
0 #14 pompuan 2008-08-13 12:32
mat, saya pernah baca ini mgkn kerana isteri awak goda awak dulu, jd sebab tu awak jadi sangka buruk pada dia, seolah-olah dia akan goda lelaki lain pula, sebab itu seorang perempuan x boleh menggoda, sebab bila dah kawin suami akan curiga, dua-dua perlu bertaubat nasuha
Quote
0 #13 budak-budak 2008-08-13 00:31
ustaz, saya tak pernah berzina, tapi waktu kecil dahulu ada bermesra-mesra dengan saudara kandung lelaki,mungkin saya jahil waktu tu, tapi tidak sampai ke tahap bersetubuh, cuma bercumbuan, apa hukumnya, bila ingat waktu kecil mesti fikir kenapa aku [censored], nasib baik tak terlanjur
Quote
0 #12 wan 2008-08-12 23:17
Jodoh pertemuan adalah urusan ALLAH...walaupun dia pernah berzina sekalipun...tapi kalau ALLAH nak jodohkan dia dengan seorang yang warak...itu adalah HAK DIA...kita hanya boleh berdoa...jadi berdoalah agak kita mendapat jodoh yang terbaik untuk kita..
Quote
0 #11 Jais, ILP Kuala Terengganu, Ma 2008-08-12 09:34
konklusinnya ; jangan sekali-kali lakukan maksiat. Betul tak uzar?
Quote
0 #10 ^_^ 2008-08-12 09:33
salam mat,alhamdulill ah awak dah pun berkahwin dan di kurniakan anak yg comel2 :-) ...ttg perasaan awk pada isteri awk tu...sy rasa adalah lbh baik dr awk mengimarahkan "masjid" di dalam rumah tangga awak...fikir kembali hubungan kita dgn ALLAH..brp bykkah amalan sunat yg kita lakukan spt solat sunat rawatib atau witir setiap hari?berapakah kalikah kita mambaca al-Quran dgn hati yang penuh rasa gentar apabila membacanya?solat berjemaah bersama keluarga...mkn bersama..memberi usrah utk muhasabah diri dan ahli keluarga..semua ini pnting krn hati kita ini di ikat oleh ALLAH,ALLAH juga yg membolak-balikkan hati manusia...berapa bykkah kita mendoakan isteri kita agar menjad pndamping kita yg solehah kpd kita,dan mendoakan agar hati kita ini sygkan kpd isteri kita krn ALLAH dan begitu juga kpd isteri kita...semua ini perlu di reung2 semula :D
Quote
0 #9 Encik ApiEs 2008-08-12 09:30
Subhanallah..,
Mungkin saja komen saya dilihat tidak pasti..,namun saya cukup berkeyakinan bahawa firman Allah itu benar dan janji Allah itu pasti terjadi. Sekiranya Allah telah menjelaskan dengan firman yang bermaksud bahawa.., " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3) dan firman NYA lagi?." Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 ) dapatkah firman ini diragukan lagi..???? Patutkah diragukan..??? Perhatikanlah Rukun Iman?, Tidak terkandungkah perkara mengenai percaya kepada Kitab Allah????
Dapatkah ayat yang sedemikian jelas ini ditakwil lagi bagi menyenangkan hati sebahagian dari manusia lalu menjauhkan insaf dan takut dari hati mereka..??? Tidakkah kita mengerti bahawa Allah SWT mengharamkan zina demi kebaikan manusia..???? Saya merasakan jika kita mengatakan bahawa ada maksud lain dari ayat tersebut..,maka ramai orang yang tidak takut menghampiri zina kerana merasakan masih sempat bertaubat ( Nasuha ) lalu mendapatkan kebahgiaan dunia terutamanya mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah dan baik keturunannya yang membawa kepada kebaikan hidup akhirat.
Memang tidak dinafikan bahawa Allah SWT Maha Kuasa dalam segala urusan..dan Maha Berhak menentukan segala sesuatu,dan saya mengakui bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu bagi Nya..,tiada sekutu dalam urusan penetapan Nya. Bukankah kita perlu untuk memelihara diri? Firman Allah SWT?Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. 24:21) Tidak jelaskah ayat ini untuk kita beringat dan menjaga diri dari perbuatan keji dan mungkar..??? Firman Allah SWT lagi.. Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS. 24:30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, (QS. 24:31) Tiadakah perintah bagi menjaga diri dan langkah-langkah menjaga diri dalam ayat ini..????
Dan setelah segala langkah dan peringatan dalam ayat yang seperti ini masih tidak cukupkah bukti Allah menetapkan ketentuan yang seperti ayat (QS 24: 3 & 26 ) sebagai haq Allah dan hukum Allah atas mereka yang ingkar..,Marilah kita menjernihkan fikiran dan hati kita agar kita mendapat pelajaran dan belajar untuk memperbaiki diri dan kepercayaan kepada Allah SWT dengan kepercayaan yang selayaknya bagi Allah SWT.
Diharap kita tidak menafikan ayat-ayat Allah SWT dengan tafsiran keliru demi menjaga hati sesuatu pihak sedang redha Allah lebih baik untuk kita..Fikirkanlah?.
Quote
0 #8 buGs 2008-08-10 07:21
salam..

huhu..susah betul nak cari perempuan yg solehah zaman sekarang ni..

ustaz,bagaimana kah cara terbaik mencari jodoh? perlukah saya mengorat mereka? :D
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 89 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Mestikah Jodohnya Penzina Juga?